Yang Pertuan Agong ke13
:: Daulat Taunku ::
Ini pesan untuk raja kami
Semoga kamu menjadi
Raja yang adil lagi saksama
Jangan beraja dihati
Raja yang adil raja disembah
Tiada rakyat tiadalah raja
Raja adalah tonggak negara
Rakyatmu adalah amanah
Kelak kamu akan dipersoalkan
Ikutlah jalan yang lurus seperti
Jalan jalan orang yang terdahulu
Nabi, kitab, sunah dan ulama pedomanmu
bukannya hati, nafsu, harta dan keluarga...
::
Diwaktu kecil dulu saya dibesarkan dengan cerita raja-raja dan pari-pari. Nenda selalu bercerita tentang kisah Nabi Sulaiman yang bijak pandai. Kata nenda, Nabi Sulaiman bukan saja bijak tetapi juga tersangat lah kayanya. Bukan saja diangkat menjadi raja kepada manusia tetapi beraja kepada haiwan, jin dan pari-pari. Kisah Nabi Sulaiman dengan kancil, semut dan burung hud hud tertanam diminda saya. Tok Muda kata Nabi Sulaiman tu berdarah Melayu. Kata Tok lagi Nabi Sulaiman pemerintahanya sangat adil sehingga seluruh dunia tunduk kepadanya tetapi saya beranggapan itu hanyalah cerita dogengan semata-mata untuk mempasak minda saya bahawa raja seperti bapa dan rakyat seperti anak - bapa yang baik akan menjaga anak dengan kasih sayang dan kita sebagai anak akan mematuhi setiap arahan si bapa.
Pabila saya dewasa saya menonton cerita tentang raja melayu ditv, kisah hang tuah dan hang jebat - bagaimana seorang sahabat dibunuh hanya kerana ingin mendapat pengadilan, cerita tentang Raja Mahmud mangkat dijulang - hanya kerana sebiji nangka, cerita tentang Hang Nadim yang masih kanak-kanak dibunuh kerana menolong temasik yang diserang ikan todak, cerita bagaimana tun fatimah dan keluarga bendahara dibunuh hanya kerana kecantikannya. Sejak itu saya tidak suka melihat cerita melayu bukan kerana saya tidak sukakan cerita nya tetapi setiap kali menonton saya akan bersedih hati berminggu-minggu, memikirkan bagaimana bodohnya raja melayu ketika itu...hanya kerana wanita dan ego - rakyat yang cerdik dan tidak bersalah terpaksa berkorban - dari situ saya tahu bahawa bangsa melayu tidak suka rakyatnya bijak ... mereka hanya mahu rakyat nya menjadi hamba. Sehingga kini orang melayu tidak suka rakannya lebih bijak darinya, suami melayu tidak suka isterinya bijak darinya, ibu mertua tidak suka menantunya bijak darinya, kadang kala ibu bapa tidak suka anaknya lebih bijak darinya... walaupun kita bijak bila berhadapan dengan bangsa melayu kita terpaksa berpura-pura yang kita bodoh dan bahlul... bangsa melayu sangat ego dengan maruahnya - biar tergadai tanah dan kerajaan egonya jangan dicabar!!!! tetapi saya cuba melupakan teori diatas... saya cuba pujuk diri saya ... orang melayu tidak begitu.. orang melayu lembut dan pemberi dan beradat :) ...
10 tahun yang lalu rakan saya balik dari kota london menghadiahkan saya sebuah buku. Dia tahu yang saya sukakan cerita sejarah, cerita raja-raja ... dia kata buku ini tidak dijual di Malaysia... hak ciptaanya pun sudah dijual kepada putih, sedihnya saya, yang menjual tentulah bukan sebarang orang, ya hanya kerana wang orang melayu sanggup menggadaikan harta yang tidak ternilai kepada bangsa penjajah. Hikayat Raja Pasai itulah tajuk buku tersebut. Cerita mengkisahkan dari mana asal usul bangsa Melayu... Bagaimana raja melayu diislam kan oleh nabi muhammad... cerita bagaimana raja melayu mengasihi rakyat nya dan betapa makmurnya kerajaan melayu ketika itu... dan saya berlembut hati...
Hari ini saya dan rakyat Malaysia duduk dirumah untuk menonton siaran langsung pertabalan yang dipertuan agong yang ke13 - menandakan bahawa melayu masih punya raja (raja yang kacak dan gagah dan muda dan bijak), Saya merasakan bukan hanya saya seorang sahaja yang duduk untuk menonton hari yang bersejarah ini tetapi seluruh alam melayu dan bangsa melayu yang masih berbangga berdarah melayu... Saya percaya orang melayu dari patani, temasik, sumatera, pulau borneo dan mindano sehinggalah ke burma dan kemboja juga mengikuti perkembangan dan berbangga dengan pertabalan dihari ini... saya mengharapkan bahawa raja saya akan menjadi payung kepada bangsa melayu diseluruh dunia bukan saja di malaysia ... semoga bangsa melayu akan bangkit seperti sejarah silam dan raja melayu akan menjadi raja dihati setiap anak bangsanya.... Harapan saya lagi raja-raja melayu perlu membuat satu anjakan paradikma untuk meneruskan kesinambungan antara raja dan bangsa melayu ... jika tidak mungkin 100 tahun lagi raja-raja melayu hanya akan menjadi tontonan di istana-istana yang tidak berpenghuni atau hanya menjadi bahan kajian dinasional geografi ... atau takut nanti raja akan menjadi dinouser yang dipertontonkan dimuzium-muzium untuk tontonan rakyat jelata...
No comments:
Post a Comment