Monday, April 02, 2007

GAYA HIDUP SIHAT

senaman yang terbaik - berjalan

Dari segi kesihatan saya boleh dikotegorikan agak tidak selamat . Keluraga kami mempunyai berbagai jen penyakit keturuanan yang agak kroni. Cukup segalanya … Darah tinggi , kencing manis, jantung, cancer. Umur keluarga kami pun tidak panjang … arwah datuk meninggal kerana kakinya dipotong akhibat kencing manis… nenda pula kerana darah tinggi. Arwah bapa meninggal ketika umurnya terlalu muda 40tahun akibat serangan jantung dan arwah ibu menderita hampir 20 tahun kerana kencing manis dan meninggal akibat barah rahim dan kegagalan gindalnya untuk berfungsi. Makcik dan pakcik saya juga begitu … sehingga kini hampir setiap bulan mesti ada yang masuk hospital lah, dipotong kaki lah tak pun dipotong dada mereka.

Saya juga tidak lari dari mewarisi dari keturunan saya … sejak kecil saya sudah menghidap penyakit asma yang sangat kroni, … darah saya juga tidak kuat… selalu saja demam, kulit saya begitu senstifi…mudah benar kena alahan tak boleh salah sikit pasti bernanah-nanah kulit saya…hormon tubuh saya pun tidak stabil . Semasa saya berusia 17 tahun … keadaan saya semakin buruk … muka penuh dng jerawat yang bernanah-nahah, PMS saya tidak teratur … segugut yang sangat teruk … dan saya juga mengalami masalah kegemukaan … dan mungkin itulah prestatsi pelajaran saya tidak memuaskan… dan semasa remaja saya mempunyai perasaan rendah diri kerana saya merasakan diri saya tidak menarik .

Masa berlalu … dan syukur dengan kerahmatannya saya dibuka hati dan minda untuk memperbaiki diri dan kesihatan saya. Bermula dengan saya mengenali Pak Ali. Dia mengajar saya mandi air limau untuk mengurangkan panas badan saya … kemudian dia mengajar saya mandi bunga (bukan tujuan berbomoh ya)… ya mungkin dia tahu saya tidak mampu untuk ke spa yang mahal … maka saya boleh membuat spa dirumah secara percuma .. sekali sekala apabila bertemu Tok dia ajarkan saya minum air herba dan berbekam … sedikit demi sedikit kesihatan saya pulih … kalau dulu saya sering sakit-sakit seperti demam dan sering ponteng kerja … payah untuk bangun pagi … tapi syukur segalanya sudah dapat diatasi. Kini kulit saya tidak lagi terlalu sensitive seperti dulu .. tidak ada nanah yang keluar diliang liang peluh atau darah di telinga mahupun mata … Dan yang lebih menarik … setelah saya menghadiri kelas Yoga setiap isnin , masalah sakit tulang belakang yang saya hidapi sejak hampir 10 tahun sudah pulih …


Ada sesuatu yang saya pelajari dari segalanya ini… kesihatan itu penting untuk kita merasa bahagia dengan kehidupan yang sedang kita lalui nie. Tak guna duit berkepuk tak mengapa asalkan kita sihat dan cergas. Dan untuk mendapat mendapat badan yang sihat dan cergas … TIDAK ADA JALAN PINTAS ATAU MUDAH… ianya bukan kerja sehari atau sebulan … tetapi ia memakan masa bertahun untuk meng yah semua kotoran didalam tubuh kita. Dan bukan itu saja … setelah proses meng yahkan kita perlu maintenance … itulah yang paling sukar … ianya satu proses berterusan sehingga kehujung nyawa… bak kata orang tua tua … selagi dikandung badan …

Sejak akhir-akhir nie terlalu banyak barang barang keperluan kesihatan yang dijual. Yang terbaru ada lah cakra piring terbang atau lebih dikenali dengan Bio-dics , ada juga gelang tangan manget utk kesihatan … peredaran darah dan untuk lebih oksigen … ramai yang percaya bahawa benda-benda ini semua boleh mengubati segala penyakit . Segalanya karut … benda-benda ini semua boleh menolong tetapi kita perlu menjaga cara pemakanan dan juga cara kehidupan kita. Untuk kekal sihat kita perlu selalu bersenam kerana inilah satu-satunya cara yang terbaik dan termurah untuk tubuh kita. Begitu juga dengan cara pemakanan kita. Boleh makan nasi lemak, roti canai dan sebagainya tapi selayaknya lah.

No comments: