Segala puji bagi Allah semesta alam. Syukur kepadanya, mentari masih terbit cerah disebelah barat dan bahangnya mengganas seawal jam tujuh lagi. Sudah seminggu aku dah suami tidak tentu rasa, kembung perut, tercirit dan demam panas. Mungkin alam sudah tidak sesejuk dulu. Suhu bumi ini sudah tidak menentu lagi. Tapi manusia masih leka berbuai mimpi mengejar duniawi yang tidak habis. Pesan Tok kepada kami - "Dunia ini jangan dikejar kelak dia akan lari dan mengganas lebih jauh dan kejam. "
Ketika menghantar Tok pulang dipuncak banjaran aku melihat bagaimana rakus nya manusia berhati iblis merogol hutan dan gunung atas alasan kemajuan. Ku lihat daun daun kering kelayuan, monyet dan rimau mati dilanggar tanpa rasa belas , sudah tidak ada lagi titisan air di hujung daun, pokok pokok yang dahulunya hidup beribu tahun juga sudah kering dan mengeras. Kelak jangan kita salahkan Tuhan jika sesuatu terjadi dibumi tercinta nie kerana kita sebagai kalifah sudah lupa kepada tanggungjawab menjaga alam.
Sejak akhir-akhirnya ini aku pening memikirkan tentang kehidupan. Betul kata orang tua jauh perjalanan luas pengalaman. Hujung minggu yang lalu kami pergi melawat seorang kenalan yang hidupnya agak sukar ketika ini. Sebuah keluarga entah mana silapnya Ayah & Emak bersama 8 orang anak yang masih kecil dan bersekolah. Boleh kah anda bayangkan dengan 8 orang anak suami hanya bekerja sebagai buruh kasar dan isteri nya menjual kuih di tepi air terjun?? Betapa beruntungnya kehidupan aku ketika ini. Ya kehidupan ini sungguh misteri. Entah mengapa sehingga kehari ini setiap kali kami menyuap nasi kemulut terbayang 8 pasang mata-mata sayu dan kuyu terbayang diruang mata. Betapa mewahnya aku boleh makan 4 kali sehari dan kadang kala tidak perlu membayar makan yang aku makan. Mungkin kita telah dikurniakan ilham untuk berbuat sesuatu dan mungkin Dia yag sudi mengingatkan kami dari kelalain yang tiada penghujungnya.
Kepada mu, Sang Tuhan yang Maha Kaya ku mohon agar semangat untuk terus hidup kepada mereka yang duga dengan dugaanmu itu akan terus segar mekar dan membara untuk meneruskan kehiudpan yang entah bila penghujungnya. Agar nanti mungkin esok dan lusa warna dunia yang ceria akan datang menyegarkan kehidupan mereka, agar kelak ia menjadi pelita menerangi jalan yang lurus.
Aku tahu perjalanan disini sangat sukar bagi mereka yang tuduk kepada keesaanmu ya Allah ya rahman tapi jangan lah engkau menduga mereka sebegini hebat ... hendaknya permudahkan lah perjalananan hidup mereka demi ugama mu yang indah ini... Amin ..
No comments:
Post a Comment