Wednesday, September 23, 2009

SENI ANYAMAN : KETUPAT


Bangsa Melayu sudah go green sejak beribu tahun dahulu. Mereka sudah mencipta bekas bekas untuk makanan dari sumber alam yang tidak mencemarkan tanah dan laut dan udara. Bekas Bekas ini dicipta oleh orang melayu yang diperbuat dari daun daun yang hidup subur di hutan hutan mudah didapati seperti daun pisang, kelapa dan buluh contoh untuk membalut kuih muih, nasi untuk dibawa bekal, dan bekas untuk diletakakan dodal dan wajik .. cuma kita generasi muda tidak menghargai keindahan seni anyaman nenek moyang kita dan kita gantikan dengan bekas bekas plastik yang akhirnya memusnahkan alam, manusia dan haiwan ...

Salah satu seni anyaman yang sangat unik dan indah adalah seni mengayam kelongsang ketupat dari daun kelapa.

::Bengkel membuat kelongsong ketupat ::

Kami tidak mahu seni ayaman ini hilang begitu saja kerana anak anak muda sekarang yang mengambil jalan mudah dengan membeli ketupat segera yang dibungkus dengan plastik dan merebusnya ... senang dan mudah tidak perlu mengayam tapi tahukah kita dengan merebus plastik racun racun semua nya masuk kedalam perut dan menjadi berbagai jenis penyakit terutama kanser?

Dimalam raya, kami berkumpul di rumah mak di Port Dickson dan kami mengambil kesempatan ini untuk mengajar anak anak buah kami cara cara bagaimana untuk membuat bekas bekas ketupat biar nanti tidak hilang seni ini begitu saja... ahhhh melihat anak anak muda yang tidak sabar membuat kami ketawa tetapi dengan ajaran guru dari suami dan busu intan nyer anak anak muda ini dapat menyiapkan projek yang diajar dan wajah wajah bahagia terpancar di muka muka mereka menjadikan kami rasa terharu...

my first ketupat from e'ah

asraf malu malu ... ya bekasnyer sudah menjadi

kini anak anak muda ini sudah boleh mengayam ketupat.... walaupun ianya bengkal tidak formal telah kami turunkan seni melayu ini kepada waris waris kami... kelak anak cucu kami masih boleh merasa nikmat ketupat berdaun kelapa yang sungguh wangi dan enak ... dah waris waris kami tidak lah memakan nasi yang bercampur palstik yang akan menjadi racun didalam darah ... oh dan untuk mempelajari seni ini tidak sampai berbulan bulan .. cuma mengambil setengah hari saja sambil dapat mengeratkan silaturahim ... ha indah bukan seni melayu...

No comments: