Wednesday, October 19, 2005

FONNOVELA : ANAK MERDEKA

FONNOVELA: ANAK MERDEKA- DOWNLOAD NOVEL DARI LELASARI
Ingin membaca karya novel terbaru dari saya? Anda boleh layari GPRS Wap di telefon bimbit anda dan download ke dalam henset anda.... ( sudah tentu untuk henset tertentu yang dapat access GPRS ):
1. Layari wap Maxis: http://wap.maxis.com.my
2. Dalam tu ada link untuk Download Station... klik je Download Station tu...
3. Kemudian dalam DS tu ada Download Enhanced... then klik la situ...
4. Dalam tu pulak ... ada link Java Apps untuk FonNovela... klik je FonNovela5. Dalam FonNovela ada beberapa list novel.... setakat ini hanya ada 2 novel sahaja karya dari saya iaitu Anak Merdeka (Sempena hari Kemerdekaan) dan Menyinatimu (kisah Remaja) so, kalau nak baca..anda bolehlah download ke dalam henset. Harga untuk 1 FonNovela akan dicharge RM3.00 sahaja.
Disini saya lakarkan sedikit sedutan dari novel tersebut … at least anda boleh menilainya sendiri sebelum membayar …SELAMAT MEMBACA...

ANAK MERDEKA
[BAB 5]
Bersebelahan dengan air sungai yang mengalir bersih kelihatan sebuah rumah usang yang atapnya di perbuat Daripada nipah tetapi masih kukuh buatannya manakala sang burung berkicau riang serta unggas berterbangan bebas, sesekali kedengaran suara katak silih berganti.
Azrul kelihatan seolah-olah sedang meronta-ronta sambil muka berkerut menahan sakit manakala dahinya dibasahi peluh dan tiba-tiba dia tersentak lalu cuba bingkas bangun dari tempat pembaringannya. Dia tercungap-cungap seakan di kejar sesuatu.
Sambil termangu seketika beliau memerhati sekeliling sambil memegang muka dan badannya.
"Ahhh, sakit." aku mengeluh halus.
"Bermimpikah aku?" bisik hati kecilku.
"Kat mana aku ni? Lain macam je kawasan ni. Rumah siapa pulak ni?"
Aku cuba mengingatkan segalanya sambil memegang tikar mengkuang yang mengalasnya.
Cicak berkejaran sambil cuba menangkap serangga sekitar rumah itu. Manakala suara katak masih tak berhenti lagi memanggil hujan. Aku terasa badanku seram sejuk, mungkin terkena hujan semalam agaknya.
Aku termenung seketika, sambil cuba mengingati tentang peristiwa yang menimpa aku.
"Alamak!!!" Aku termenung seketika.
"Kalau tak silap aku, semalam aku baru balik dari Pub Mawar Biru, lepas tu, aku mabuk, hari pulak hujan, jalan licin, kereta terbabas...
“Ahhh... tapi mana Badrul?" ketika itu aku memandang sekeliling.
Sekali lagi aku di kejutkan dengan satu suara yang parau datangnya dari arah dapur rumah tersebut.
"Kamu dah sedar, baguslah." Aku cuba memberanikan diri menjengah kepalaku perlahan-lahan.
Seorang tua berjanggut putih, berkulit hitam manis tersenyum sambil memandang aku dengan tenang. Aku tersentak ke belakang sambil mengensot-ensotkan diriku.
"Jangan takut orang muda, kamu selamat kat rumah atuk." balas orang tua tadi.
"Mmm... mana kawan saya," tanyaku kepada tok yang aku tidak kenal ini.
Orang tua tadi memandangku sambil mengelengkan kepala"Atuk cuma jumpa kamu je, masa tu atuk keluar cari kayu api, kamu terbaring kat hujung bukit sana," kata orang tua itu sambil menunjukkan arah dengan jarinya.
"Sudah dua hari kamu terlantar kat sini, luka kat badan kamu tu semuanya atuk dah bersihkan. Ini atuk ada buatkan ubat, kamu minumlah, biar cepat segarnya." Kata orang tua itu lagi dengan air mukanya yang jernih.
Melihat keadaan itu, aku yang sedari tadi agak kekok dan sedikit gementar, telah mula dapat membiasakan diri. Mungkin juga kerana layanan yang baik diberikan oleh orang tua ini pada aku. Lalu aku mencapai cawan yang diisi air akar kayu tersebut lalu meminumnya.
"Puihhh... PAHITNYAA," tersembur keluar sikit air itu dari mulut aku.
Sambil ketawa orang tua itu mencelah. "Yang pahit itulah ubat, yang manis itu racun, sama seperti hidup ini, yang susah untuk dibuat itulah yang paling baik untuk kamu, tapi yang seronok untuk dibuat, itulah racun bagi kamu." Tegas orang tua itu lagi.
"Pandai betul orang tua ni berfalsafah kerana selama ini aku selalu fikirkan yang orang pendalaman tidak mungkin dapat berfikiran seperti ini."
"Siapa agaknya orang tua ni, sebenarnya?" tanyaku setelah agak berapa ketika mendiamkan diri.
Sambil tersenyum orang tua itu pun berkata, "Panggil je aku, Tok Leh".
"Dan tempat ni pun tak ada nama bukan macam rumah kampung, cuma atuk je yang tinggal kat sini."Aku terdiam.
"Kalau macam tu, kita ni dalam hutanlah ye Tok." tanya bodohku.
Tok Leh mengganggukkan kepalanya.
"Tok tak takut ke tinggal kat hutan?" Tok Leh tersengih menampakkan giginya yang tersusun dan agak bersih.
Jika nak dilihat susuk tubuhnya tidak siapa yang percaya umurnya mungkin sudah menjangkau hampir ke 90 tahun tetapi masih kelihatan tegap dan segak. Janggutnya mengingatkan aku kepada arwah datukku dulu.
"Sebenarnya hidup dalam hutan ni lebih tenang. Lagipun rezeki yang tuhan turunkan banyak di atas muka bumi ni, kalau ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pulak kita manusia yang di beri akal dan juga tulang empat kerat ni." Aku terasa macam kena sindir je bila orang tua ni memandang sinis ke arahku.
"Tapi Tok, saya tak boleh hidup dalam hutan ni, dunia saya kat luar sana." Sambil aku menggarukan lengan dan tengkok akibat gigitan nyamuk.
Aku lihat Tok Leh termenung sambil berdengus, "Kamu tak pernah terfikir ke kalau negara kamu berperang, dan kamu tak pernah terfikir ke macam mana datuk dan moyang kamu hidup masa perang."
Agak keras sikit bunyi suara Tok Leh sambil memandang tajam ke arahku.
Aku terpaku seketika. Kelu lidah aku bila Tok Leh menanyakan aku soalan yang tak mungkin terfikir oleh aku selama ini.
Tok Leh mencelah setelah melihat aku terdiam, "Kamu rehatlah dulu, tok nak keluar kejap mungkin ada rezeki kamu dapat makan kancil hari ni.” sambil beliau berlalu meninggalkan aku seketika.
Hari hampir menjelang senja, aku mundar mandir di persekitaran pondok usang Tok Leh. Sesekali menjeling ke arah hutan bersebelahan, kalau-kalau Tok Leh pulang dari buruannya.
BERMINAT ---->clik disini

No comments: