Thursday, January 24, 2008

ANGIN!!!

Mungkin kerana aku telah berada didalam kumpulan dimana kami di ajar akan menjadi yang terbaik dari segala segi ... membuat kan aku kadang kala tidak dapat menerima budaya rakyat malaysia.

Antara budaya rakyat malaysia terutama orang kita adalah sikap "careless"... sikap lantak saja lahhhhh... tidak cuba untuk membuat yang terbaik ...

Sudah hampir dua bulan rambut ku tidak bergunting... sudah agak panjang dan ianya merimaskan. Maka aku pergi ke kedai gunting yang sering aku kunjungi... aku mempunyai satu sikap iaitu setia kepada yang satu ... tidak kira ... tukang jahit ku kalau boleh hingga ke akhir hayat ... begitu juga tukang rambut, begitu juga kedai buku, kedai makan dan lain lain ... jika aku sudah menyukai nya aku akan setia... mungkin kerana aku jenis yang tidak suka pergi try & errea kerana aku takut nanti rosak baju ku ... rosak rambut ku.

Tetapi nampaknya aku perlu menukar cara hidup ku .. tidak lagi setia kepada yang satu kerana di zaman sekarang ... apabila kita menunjukkan kesetiaan ... mereka merasakan bahawasanya kita sudah tidak punya tempat lain untuk di tuju...

tadi aku kekedai rambut yang sering aku kunjungi... mula mula aku mengenali hair dresser ku ianya cukup bagus ... rakan rakan sering memuji rambut ku ... tetapi setelah hampir 6 bulan aku setia kepada nya dia mula membuat hal ... dia merasakan keputusannya adalah yang terbaik ... hari ini aku naik angin ... aku sanggup menunggu beliau hampir 1 1/2 jam untuk memboleh kan rambut ku di potong tetapi ... tak sampai sepuluh minit dia mengunting rambutku .. dan katanya aku sudah cukup anggun ... aku bukan ingin angun tetapi ingin selesa .. dan akhirnya sampai dirumah aku sendiri yang mengolah kembali rambut ku agar tipis dan selesa bagi aku yang sudah kesibukannya.... mmmm..nampaknya aku perlu mencari tukang rambut yang baru!!!!!

Itu kisah tukang rambut ... kini kisah tukang jahit ku pula ... cerita pasal kisah tukang jahit jantungku boleh gugur dan darah ku boleh mencecah 120bph .... aku pesan aku nak pakai raya puasa ... dah 2 hari raya baju ku belum siap lagi ... begitu juga aku pesan nak pakai raya haji .. semalam baru baju ku didepan mata... a

belum lagi kisah rakan rakan ... belum lagi kisah adik beradik ... semuanya membuat kan darah ku naik hingga ke langit ke tujuh !!!! tapi aku merasakan tahap service rakyat malaysia memang hancus ... janji dan professiolsima sangat teruk!!! kerja sambil lewa ... tengok saja services dikauter tak kira di pejabat kerajaan, bank dan swasta semuanya macam s!@L. kita cuma tahu nak cuti cuti cuti ... gaji nak besar ... setiap tahun mesti nak bonus tetapi mutu kerja macam taik!!!.

No comments: