Wednesday, January 23, 2008

MENCARI SAHABAT HAKIKI

Maaf kerana terlalu lama tidak menulis. Tahun ini hari-hari begitu cepat berlalu. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Beban kerja agak berat membuat waktu terlalu suntuk sentiasa. Tidak lagi seperti 2 tahun yang lalu dimana masa dan waktu boleh di catur dengan begitu teliti sekali. Kini dengan beban yang mencabar waktu makan dan tidur juga menjadi percaturan.

Sebulan ini setiap hujung minggu di office. Waktu pejabat juga semakin panjang... kadang kala waktu bekerja mencecah 12 hingga ke 17 jam sehari. Yang pasti kenikmatan dan kepuasaan bekerja dicari. Banyak perkara baru yang dipelajari.

Syukur kepada Tuhan yang Esa kerana mengkabulkan permintaan untuk menjadi warga dunia - "world citizin"... bergerak pantas mengejar kerjaya.

2 minggu lepas ketika waktu rehat saya be kejaran ke bank untuk membuat beberapa urusan peribadi dan alangkah bertuahnya saya kerana dapat berjumpa dengan A.Samad Said. Orang nya begitu peramah dan baik sekali. Sayangnya saya tidak ada kamera untuk mengabdikan saat yang begitu berharga ... ya ketika pulang ke pejabat menaiki lrt, saya tersenyum sepanjang masa...berjumpa dan berkata-kata dengan seorang yang begitu ternama ... membuat saya berasa sangat kerdil tetapi membahagiakan.

Sejak akhir-akhir nie saya mula memikirkan tentang nilai persahabatan ... ketika ini saya merasakan semakin sukar untuk mencari sahabat yang begitu memahami ... atau mungkin saya yang tidak memahami mereka!!!!!!...

No comments: