Sunday, January 27, 2008

TERLALU ISTIMEWA ROAD TOUR 2008-2009


Adibah Noor bersama Deebers akan mengadakan Road Tour - TERLALU ISTIMEWA di isepanjang tahun 2008 dan akan berakhir di pertengahan 2009. Adibah Noor akan memilih sebuah rumah pusat disetiap negeri diseluruh negara termasuk singapura dan brunei setiap bulan untuk diraikan disepanjang tahun 2008 dan akan berakhir pada pertengahan bulan 2009.

Idea untuk membuat Road Tour - "TERLALU ISTIMEWA" ini telah diilhamkan oleh seorang Deebers kepada Adibah dan rakan-rakan Debbers agar berganding bahu melawat sambil menderma kerumah anak anak yatim, OKU kerana ianya lebih bernilai dari membuat konsert bergerak di shopping complex dimana kita sama sama dapat menghiburkan kanak kanak yang kurang bernasib baik diseluruh negara termasuk Singapura dan Brunei. Ianya menepati hasrat Adibah Noor itu sendiri yang percaya bahawa kanak-kanak adalah insan yang sungguh istimewa dan pewaris dan pelapis yang perlu dijaga dan dihargai.

Antara jadual yang telah diatur sepanjang tahun

Januari 08- Perlis
Februari 08- Kedah
March 08- Pulau Pinang
April 08- Perak
May 08- Selangor
Jun 08- Kuala Lumpur
Julai 08- Negeri Sembilan
August 08- Melaka
September 08- Johor
October 08- Pahang
November 08- Terengganu
Disember 08- Kelantan
January 08- Sarawak
Febuary 08- Sabah
Mac 08- Brunei
April 08- Singapura
May 08- Christmas Island, Australia

Disebabkan saya juga meminati kerja-kerja amal seperti ini, maka saya pun meng-joinkan diri untuk bersama-sama Kak Dib dan sahabat didalam Deebers kerana bagi saya untuk membuat kerja kerja amal ini kita perlu lakukan secara berkumpulan ... nak buat seorang diri memang tak mampu lagi ... dan saya sungguh berbangga dengan usaha yang telah dilakukan oleh beliau kerana segala kos dan aktiviti ditanggung oleh Adib tanpa ada pihak penaja . Pihak Deebers hanya membantu dari segi kos derma kilat dan meramaikan rombongan yang akan kerumah-rumah terbabit.

No comments: