Friday, January 30, 2009

NEWS

KUALA LUMPUR, Jan 28 (Bernama) -- More than 10,000 Malaysians have lost their jobs since Jan 1, Malaysian Employers Federation (MEF) executive director, Shamsuddin Bardan, disclosed today.

He told Bernama that more were expected to be jobless in the days ahead as companies particularly in the manufacturing sector struggle to keep their businesses afloat.

In an urgent appeal to the government, he said it was of utmost importance for the second stimulus economic package to be released fast so that companies could know clearly where they stood.

The government released a RM7 billion economic stimulus package last month and Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had promised a second package soon.

Shamsuddin said the economic downturn this time was much worse than the one in 1997 because it was more widespread and involved the major parts of the world.

-- MORE

JOBLESS-JANUARY 2 KUALA LUMPUR

The situation he said was more critical as almost 600,000 local new job seekers were flooding the job market every year.

This comprised of university graduates, diploma holders, skilled workers and fresh school leavers.

Another factor that added to the woes of the jobless was the presence of 1.5 million to 2 million illegal foreigners who were also vying for the same jobs.

He said the MEF believed that the economic condition would take almost one to two years to improve.

"In the meantime, it would be best for the government to assist businesses and jobless Malaysians to tide over this bad times."

-- MORE

JOBLESS 3 (LAST) KUALA LUMPUR

He suggested that the government as a long term measure deal with the situation in the following way:

+ Repatriate all illegal workers to their country of origin

+ Replace legal foreign workers in stages with Malaysians

+ Freeze foreign recruitment

+ Give job priority to Malaysians.

He hoped that government would be firm and bold in instituting measures to face the economic reality the nation was now facing.

-- BERNAMA

SHK KHY HA


Nota:

cakap malaysia ok tak kan kena badai ... sapa nak tolong jawab nie ... NAJIB ke???

Thursday, January 29, 2009

Sejadah Mengkuang




pernah terfikir bagaimana agakanya sejadah diperbuat dari mengkuang? Tidak pernah terbayangkan bahawa orang melayu mengunakan sejadah diperbuat dari daun mengkuang ... aku kira dari zaman Parameswara bersunat dan mengucap dua kalimah syahdah, sejadahnya dari karpet iran yang ditenun halus ...

ketika melihat film semerah padi - arahan tan sri p.ramlee ... suami terpandang mereka mengunakan sejadah dari tikar mengkuang ... tiba tiba dia bertanya bagaimana untuk mendapatkan sejadah mengkuang .. maka ku jawab ... mungkin tidak ada tapi kalau sekecil sejadah bisa ku belajar mengayam nyer ... yang pening bagaimana hendak mencari mengkuang ... kata suami ku neneknya pandai mengayam tikar mengkuang tapi tradisi itu sudah pupus bersama pupusnya pokok mengkuang di kampungnyer... kami termanggung kesedihan ...

balik ke kampung ku cerita kan niat ku untuk mencari daun mengkuang kepada ibu mertuaku ... dan ku tanyai dia kalau boleh diajarnyer aku untuk mengayam ... ibu mertuaku rasa begitu pelik sekali ... ya wantia chic seperti aku ingin mengayam ... kata ku untuk hadiah kan sejadah buat sang suami tercinta ...

sebelum pulang ke kuala lumpur ibu memberi sesuatu kepada suami ... kata nyer hadiah dari nenda yang sudah tiada ... kami buka bungkusan kain ... terkejut !!

SEJADAH MENGKUANG didepan mata ... yang lebih manis nende sendiri yang mengayamnyer ... Tuhan mengabualkan doa kami yang tidak seberapa ini ... dan ianya sungguh mengharukan ... ya orang melayu juga mempunyai sejadah cuma melayu gemar menggunakan product asing !!

yang kelakarnya ibu kata ada dua helai sebenarnya disimpan didalam grobok.. terbiar begitu saja. Satu diberi kepada suamiku dan satu katanya ibu ingin mencuba nikmat sujud diatas alasan sejadah mengkuang ... ya pasti ia berbau melayu !!!

dan secara jujur aku lebih gemar mengunakan sejadah mengkuang kerana ia lebih bersih - tidak mengumpulkan abuk dan debu seperti sejadah tenunan.

Wednesday, January 28, 2009

makan beramai ramai


semua di gaul bersama
tanda rezeki dari semua arah
di gaul bersama keluarga
untuk mendapat berkat
setia sekata ... makan bersama
sikit sama di cecah
banyak sama dilapah
tu pepatah orang lama

pulang dari rumah orang kawin kami terus menuju ke bandar melaka ... ada jemputan makan besar bersama sama saudara cina saya di sebuah restoren veg. mmmm this is my second time to attend this kind of dinner ... saya dan suami pun sama sama mengaul siau pau (betul ke nie?)

satu pengalaman yang menarik .. dan suami saya menyukai nyer ... maybe tahun depan boleh join lagi ... heheheheh

kadang kala bila balik sekali sekala rasa seronok lah jugak ... ya lah penuh dengan aktiviti ... saya memang suka sambil melancung sambil pi melawat sedara mara atau rakan rakan ... i had a good time kali nie ... berjumpa dengan sanak saudara yang dah lama tak berjumpa ... tengok semua dah besar besar ... terasa tua lah pulak ... bila sekali sekala balik jumpa semua sedara memang seronok rasa macam tak nak balik tapi biasalah sehari dua suka lah kalau dah tiap hari mesti bau busuk kan ... hehehhehe

di bandar melaka pula bertemu dengan saudara saudara cina dan kami sama sama meraikan malam tahun baru cina ... kali nie sepupu ku tempah tempat kat resotren ... tak makan kan rumah .. ya lah takut suami kita tak selesa ... sambil makan sambil bercerita .. tapi biasalah habiskan makan yang terlampau banyak sampai tak sempat dan bercerita dah jadi macam maraton lah pulak ... hehehehhe bila makan besar di melaka tak terasa jangal sangat sebab ramai orang melaka yang kawin campur so di meja sebelah ramai jugak isteri pakai tudung bawak mak pak pakai comsam pi makan malam ... di meja belakang pulak satu family india dok makan beramai ramai ... so tak lah suami ku terasa janggal ... dok tala je lah... one good thing they dont serve any pork or beer in the resotren .. agak selesa...

petik lah bintang bintang

Ku petik bintang bintang
biar pun banyak halangan
relaku tempuhi segalanya
onak yang ku pijak bagai tak terasa

ku sedar sejak mula
tidada jalan yang mudah
tapi ku yakin di dalamhati
akhirnay terbongkar jua sumpah dan janji

walau sukarnya bagi mu sayang
perjalanan menyakitkan
tapi hadapi lah dengan kesabaran
kan tiba kebahaian

tiada batansannya
usia ataupun rupa
kita bersama bmemulakannya
sehingga keakhir kita tersu berjuang

bait bait lagu ini sering kali memberi saya kekuatan apabila dirundung problem yang tidak pernah henti henti ... ia semacam memberi saya semangat untuk terus hidup...

hidup perlu di terus kan walaup apa juga keadaan .. nasib tidak boleh diubah kecuali dari kita sendiri .. bahagia hanya datang jika kita membahagiakan diri kita sendiri ... untuk memetik bintang bukan sesautu yang mudah .. perlu ada onak dan duri .. tapi ku pasti satu hari segalanya akan di ceritakan oleh masa dan keadaan ... ya aku percaya allah tidak zalim kepada umatnya ... dia tidak akan menghidupkan aku dari setitis air yang busuk hanya untuk di persenda kan .. tidak !!! tidak siapa yang boleh menjatuhkan maruah diri ku ...

DIBUMI MU

Di bumi mu ini
aku tunduk
memohon setitis kasih
dari mu ya tuhan ku

di bumi mu ini
aku manusia hina
memohon keampunan
dari kasih syurgamu

aku tahu
aku bukan kamil di hati mu
tapi ku pohon lindungan rahmat mu
ya allah tuhan yang telah
mencipta ku sebaik baik mahluk

di bumi mu ini
aku tegak berdiri
melangkah onak dan ranjau
untuk menjadi
manusia yang telah kau janjikan

YA ALLAH TUHAN SEBESAR ALAM
maafkan aku dari dosa dosa ku yang lalu
aku sedari aku manusia yang hina
tidak layak menjejak kaki mahupun mencium bau syurga mu
tetapi ya Allah tuhan yang mencipta ku dari air yang busuk
aku jua tidak mahu kau campakkan aku ke neraka ku

lindungi lah aku kerana kau sebaik baik pelindung yang aku ada ...

Monday, January 26, 2009

SIRIH PULANG KE GANGGANG

cuti raya cina nie saya pulang ke kampung di melaka... kali ini persiapannya amat teliti sekali ... kali ini saya pulang kerana makcik saya bernikah ... kami ini bersama beliau untuk menyambut hari gembira ini.

Sejak Disember persiapan sudah dilakukan .. benda pertama sekali yang saya buat adalah book bilik di A'Famosa yalah bila dah ramai ramai rasa tak selesalah pulak nak duduk di rumah pusaka .. kalau saya sendirian tak mengapa ini bersama suami ... mm mm biasalah suami kita tak selesa ... so saya book aparment 3 room plus a stideo room for my family ... my cusion pun join sekali ... masukkan dia di stideo room ... me and my sister & brother satu aparment ..

jumaat lepas kerja terus pulang ... kemas baju mengambil masa jugak ... saya siap tempah dua pasang baju kurung kain kapas untuk majlis ini - ya melaka sangat hangat cuacanyer maka kain kapas adalah sebaik baik kain untuk dipakai ... sebelum ke Melaka kami singgah di Jelebu tidur semalam di rumah mak mertua, Sabtu, selepas makan tengah hari baru lah kami bertolak ke alor gajah .. perjalan ke selatan - mengalami kesesakan ... semuanya berpusu-pusu ingin pulang ke kampung tak kira bangsa dan agama ... sampai di alor gajah terus ke rumah pengantin ... tengok apa yang patut ... jumpa dengan sanak saudara ... ramai yang masih belum sampai ... tolong sikit sikit lepas tu pi A'Famosa - check in . Mungkin dah lama betul tak merasai angin melaka ... badan jadi lesu ... kami tertidur hingga ke senja ...

Tiba tiba rakan sepejabat yang kebetulan juga balik ke kampung suami nyer di tampin callll... ajak pi makan malam ... apa lagi ... walaupun saya orang melaka tapi boleh dikatakan saya nie "melaka murtad" ... tahu balik kampung je .. jalan jalan di kiri kanan semua tak tahu ... beliau bawa saya ke tampin ... makan tom yam, angkut satu group pi join makan ... sedap ... makan makan cerita cerita .. perut dah kenyang ... setengah dari group pulang ke bilik kami yang perempuan nie pi balik ke rumah makcik ... pi tolong apa yang patut... sampai jam 2 pagi ... balik ke bilik suami dah golek golek depan tv dengan abang nyer ... seronoknyeerrrrr

esok pagi nyer saya bangun awal ... pi sekali lagi ke pekan tampin cari sarapan... menarik jugak pekan tampin nie, pekan didalam dearah remabu yang dibuka oleh orang minang terletak dikaki gunung datuk dan tak sangka saya pekan tampin begitu happening... jika ingin dibandingkan dengan pekan alor gajah & kelawang rasa nyer tampin lebih happening...selepas membeli sarapan kami pulang ke bilik ... dari A'Famosa ke pekan tampin hanya mengambil masa lebih kurang 10 min... bilik saya betul betul mengadap ke arah gunung dato ... sungguh indah permandangan dari apartment saya ketika ini ... hari nie gunung dato dilitupi awan tebal .. angin menderu dari arahnya terus ke apartment kami ... cuaca yang sangat molek sekali...

lepas sarapan saya berehat sebenar ... saya buat late check out ... lebih kurang pukul 2.00 petang ... check-out dari A-Famosa (tak sempat nak jalan jalan dan ronda ronda ke Koboi world lah , water world ke ) terus ke rumah pengantin ... makcik saya nikah jam 11 pagi ... sorry memang tak sempat lah .. makan dan lepas tu terus tolong apa yang patut ... seperti angkat pinggang ... kemas mana yang patut .. suami pulak punya lah anti sosial .. terus ke masjid dan tido .. yang sebenarnya badan beliau tak berapa sihat ... mmmmm atau mungkin tak betah dengan suasana orang melaka ... saya pulak gembira dapat bertemu dengan sanak saudara yang sudah lama tak bersua ... bertanya khabar dan bertukar alamat ... hehehehehe badan dah agak keletihan .. yalah tak biasa buat keje keje rewang nie lagi ... dah tua lah kata kan ...

Jam 5 petang kami beredar ... mak cik dah dok bebel bebel kenapa saya tak duduk sehari dua lagi ... tolong kemas rumah dan cuci pinggang .. hahahaha banyak cantik ... masa saya kawin dulu adik ku kawin ada ke mereka duduk berhari hari ... sorrryyyyyy me are not so bodoh macam dulu dulu ... lagi pun i have dinner to attend ... ya keluar dari rumah orang kawin ... we move to south .. bandar melaka ... pi MAKAN BESAR with my chinesess clans...

bersambung.........

Wednesday, January 21, 2009

teruskan perjuangan kita

kini yahudi didlm gencatan senjata ... perang diarahkan berhenti ... tetapi kita jangan leka ... mereka akan cuba sedaya upaya ...

kita perlu terus kan boikot barang barang keluaran yahudi ... itu saja cara yang kita ada .. jangan lupa mereka sudah terasa gigitan boikot ... tu sebab mereka beralah seketika ... senjata yang paling ampuh ada melumpuhkan ekonomi mereka ... yahudi bukan saja zalim kepada muslim tetapi juga nasrani, buddah dan hindu ... bagi mereka hanya yahudi yang dilantik tuhan sebagai kalifah...selain dari yahudi adalah hamba ...

maka kita jangan lupa dan leka ... teruskan memboikot ... ini adalah masa yang paling baik dan ampuh ... sebenarnya jika kita memboikot barangan USA dan Yahudi ... ekonomi kita akan berkembang dng lebih baik dan percayalah kita akan memakmurkan bumi kita .

Jika mahu makan burger lupakan Mc'D pi cari digerai gerai melayu ... selain halal ia nya membantu industri kecil dan orang melayu ... begitu juga buat apa meminum coke yang sudah tentu boleh merosakkan system badan kita .. cari air kelapa ... air sirap ... dan limau nipis ... kita pasti sudah membantu petani melayu dan ianya pasti membesarkan pasaran pertanian dan industri kita secara amanya.

Ianya hanya propaganda kapitalis & politkus melayu cina yang berjiwa yahudi ... melaungkan sologan jika memboikot kita akan terkena tempiasnya ... tidakkkk lihat saja iran saudi dan china yang lebih hebat walaupun tidak mengikut acuan yahudi dan usa.

percaya lah jika kita bertekat hati untuk membantu sedara islam kita bantuan dari langit pasti tiba ... allah tidak akan mensia sia kan khalifah yang ingin berjuang demi agama yang tercinta.

Sunday, January 18, 2009

suara rakyat, suara keramat

:: Kuala Terengganu

semua telah tahu kuala terengganu telah ditakluki oleh PAS kembali. Orang terengganu tak boleh dibaca gerak hati mereka. sesiapa saja boleh mereka pangkah ... tetapi kali ini dilihat pengundi cina lah yang telah memberi sokongan kepada PAS... satu perubahaan yang amat ketara ... non muslim or non malay mulai percaya corak pemerintahan PAS... yang takut pada PAS adalah orang islam dan melayu itu sendiri ... mmmmm

kita sebagai pengundi perlu bijak bersilat jika tidak politikus tak kira dari mana parti akan memperkotak katik kan kita ... kembalikan demokrasi di landasan yang sepatutnya ...


:: Program Bantahan terhadap Israel

Saya lihat banyak pihak yang telah membuat bantahan terhadap kekejamaan israel ... dengan mengadakan rapat umum seluruh dunia... di sini juga tak kurang hangat ... bukan menyokong israel dan bukan tak kesiahan tengok kanak kanak kecil dibunuh lebih teruk dari anak kucing ... tapi saya rasa tak de guna kita membantah dng cara jalanan ... itu cara politikus nak meraih popular ... yang penting ada lah boikot ... boikot barang israel ... buat ceramah ugama di seluruh negara ... bagi idea bagai mana nak memboikot israel .. tok tok guru kena turun padang ... buat tulisan tulisan dlm blog dan surat khabar ... apa lagi .. kalau saya jadi pm semua penagih dadah tu saya hantar ke sana ... berjihad .. banduan banduan yang membunuh orang tu ... hantar kesana ... berjihad atas nama tuhan ... kalau mati pun at least dah tentu syurga dari merengkok di penjara makan tanggung.... (tu pasal saya tak jadi perdana menteri hahahhahahah)

yang dapat saya lakukan ketika ini adalah ... memboikot Mc'Donald dan Coke ... memang lah nampak macam lemahnya ... tapi kalau seluruh rakyat malaysia tak makan mc d mesti tutup bungkus restoren tu kan ... itu lah kuasa rakyat dan suara keramat !!!

Thursday, January 15, 2009

A Few List

- kerja kerja kerja ... semua kat office tengah muram durjana ... tak tahu siapa yang akan kena potong kepala... buat masa nie semua boleh jadi musuh ... bos akan fikir perut dan mulut mereka sendiri ... ketika ini tak de sapa yang boleh tolong .. cuma boleh tolong diri sendiri je .. diam jangan masuk politik office ,... buat kerja ... siap balik rumah

- masalah datang bertimpa timpa ... bukan dengan suami tapi orang sekeliling .. terutama adik beradik .. tak tahu macam mana nak buat ... bila di fikir fikir kan buat apa nak pening kepala, masa aku susah dulu tak makan ada dia orang ambil tahu??? entah lah ... pening pening ... kalau tak tolong zalim lah pulak kan, biasalah dah zaman gawat nie manusia bila tak de duit semua boleh jadi bengong. kadang kala terfikir lah jugak apalah nasib aku nie ... dok susah je memanjang tapi bila fikir allah ada menolong .. lega lah sikit.

- sekarang nie ramai yang dok promote buat business part time... mmmm entah lah aku tak pernah berjaya dlm multi business nie ... tak pandai nak goreng ... selalu terkena je ... so dari buang duit dok rugi baik aku buang duit untuk diri aku sendiri sebagai contoh beli baju ke ... mmmm simpan ke.

- plan untuk 2009 tak buat buat lagi ... aku tak tahu apa yang patut aku laku kan tahun nie ... tapi ada beberapa perkara yang pending yang perlu aku settle kan sebagai contoh belajar memandu ... mmmm harga dah tahu .. masa je yang pelik siki

Monday, January 12, 2009

2009 yang murang

gawat sudah mulai terasa bahangnyer ... di office sudah mulai mengatakan tentang kat kos ..

lapuran lapuran mengenai kos kos sedang diselidik ... semua nyer untuk mengurang kan kos ... yang peliknya bila nak cut cost benda pertama mereka akan lihat ada gaji dan pekerja ... mula nak cutting the head count .. mmm biasa lah kapitalis ...

kadang kala terfikir juga kalau betul betul nak kat kos ... kenapa tak tarik je benefit dulu ... lepas tu tengok kepada indirect cost ... mmmm entah lah ... kita tunggu dan lihat saja.

besok top management akan mengumumkan cara cara pengurangkan kos ... antaranya ... gaji tidak akan naik untuk 2009/2010. no bonus in april ... no more recuriment for senior manager and above.

bukan saja di tempat keja murang ... family pun murung ... banyak perkara yang terjadi... tak tahu mana satu nak dikejar kan ... sejak abang ipar aku meninggal aku terpaksa mengambil tahu sedikit sebanyak tentang anak anak buah ku .. kalau dulu aku cuma melawat bila ada masa ... kini hampir setiap dua tiga hari terpaksa berulang alik ke bangsar terasa penat lah pulak ... aku sudah tidak betah menjadi warga bangsar ... lebih selesa di rumah walaupun jauh ... ya mana nak sama duduk rumah sendiri .. boleh tergolek sana tergolek sini ...