Tuesday, March 29, 2005

dirgahayu buat ayahanda

kau telah meninggalkan kami, ayahanda
bau kasturi mengiringmu
angin dari timur menanti kedatangan mu

berbahagia tinggallah kamu disini
berehatlah kamu seketika disini
dengan aman dan damai
kerana kamu udah penat
dialam tidak ada hentinya ini

lupakan seketika segalanya wahai ayahanda
lupakan seketika anak-anakmu
lupakan seketika hartamu
lupakan seketika duniamu

selamat jalan duka-dukamu
selamat jalan anak-anakmu
selamat jalan hartamu
selamat jalan segalanya
selamat jalan ayahandaku

::Sabtu::
Petang Sabtu yang lalu .... dikala hujan turun dengan lebatnya, ketika berenakkan disofa menonton Channel 11 .... aku mendapat panggilan dari Tok Muda.... Pak Ali, Tok angkatku telah pulang menemui Illahi.... aku tergamam tidak percaya, hati ku bagai direntap .... tetapi setelah beberapa minit aku diingatkan yang Pak Ali juga manusia biasa .... pasti akan pergi menemui Sang Pencipta jua ... Pak Ali ibarat sebutir permata didalam lumpur yang sukar dicari ganti... hilangnya takkan berganti lagi....

Terlalu banyak kenangan manis dan pahit bersamanya, beliau lah menemukan aku dengan Tok Muda... tanpa beliau pasti aku tidak akan mengenali siapa bapa ku mahupun diri ku yang sebenarnya ... suami juga mengenali dirinya melalui beliau dan beliau lah yang membakar semangat kami untuk meneruskan onak duri kehidupan yang sukar ini. Kali terakhir bertemu dengannya kira-kira 2 tahun lepas ... selepas beberapa hari arwah ibu dikebumikan atau mungkin atas sebab kesibukan yang tiada putusnya .... ataupun secara manisnya - aku yang ingin lari dari Pak Ali sendiri - hati ini telah dilukai dengan sikap anak-anaknya ... dan jalan yang paling baik..... biarlah aku yang beralah demi kebaikan semua... selama 2 tahun, aku cuba menahan kerinduan untuk tidak bertemu .... walaupun hampir setiap purnama yang pasti aku bermimpikan Pak Ali... setiap kali menjamah pacri nenas, rendang pucuk ubi atau sambal ikan bilis (itu makanan kesukaan beliau) atau menjamah capatti dikedai .... kenangan bersama beliau akan datang kembali .... tetapi ego muda ku melebihi segalanya .... ku keraskan hati ini agar tidak berjumpa dengannya, walaupun telah dipujuk oleh tok muda dan ibu mertua ku ....
Setelah berpisah untuk sekian laman nya ...akhirnya kami datang melawat beliau untuk kali terakhir dan kali ini kedatangan kami tidak disambut dengan senyum manis beliau atau sambal ikan bilis atau cerita dewa dan dewi cuma yang tinggal hanya lah sekujur tubuh kaku dan sejuk di tengah rumah menyambut kedatangan anak muridnya untuk didakap dan dicium buat kali terakhir.... ketika membuka muka beliau .... beliau kelihatan terlalu tenang... pasti beliau tidak sabar untuk kesana bertemu dengan Sang Kahlid kerana disana nanti tempatnya pasti lebih mendamaikan ..... dan ku relakan pemergiannya ... kerana itu adalah yang sebaiknya buat beliau, biarlah beliau berehat dengan amannya disana .... Yang pasti aku tidak akan ketemu lagi dengan beliau dialam ini .....dan malam ini ku sedekahkan beliau dengan ayat yassin ...... agar tenang beliau selamanya... itu saja yang mampu ku berikan...
::Ahad::
Walaupun hujan dingin turun seharian ....mataku tidak mahu lelap .... segala kenangan bersama arwah bermain difikiran.... selepas sembahyang subuh.... aku bersiap untuk keBatu Cave... mungkin ini saja untuk membalas budinya... sampai dirumahnya dikampung Nahkoda, semua anak muridnya telah berkumpul ...mereka datang dari jauh dan dekat... mungkin ini adalah perhimpunan terakhir bagi kami bersama beliau .... jenazah beliau dibawa ke perkuburuan pada pukul 11.00 pagi ... dan akhirnya beliau dikebumikan dengan aman dan tenteram.... tinggallah beliau keseorangan bertemankan bauan kasturi disana... selamat tinggal ayahandaku .... satu hari nanti kita kan berjumpa kembali.... dengan izin penciptanya jua......
::Selasa::
Menghadiri upacara kenduri arwah dirumah Pak Ali sesuatu yang amat sukar bagi ku dan suami, tetapi kerana pujukan Tok Muda kugagahkan juga, kami buang segala dendam dan luka untuk menghormati jasa-jasa Pak Ali... dan yang penting aku tidak mahu menguris hati Tok Muda seperti yang kulakukan kepada Pak Ali... ketika ini Tok Muda adalah segalanya bagi ku .... hanya beliau saja yang ada untuk aku bernaung... beliau lah pohon rendang ... aku sudah tiada orang tua untuk meminta nasihat dan pandangan .... beliau adalah terakhir .... akan ku pastikan beliau gembira dihari hari akhirnya kelak... semua sahabat dan anak muridnya Pak Ali berkumpul kembali.... kami dijamukan dengan nasi brani oleh waris-warisnya .... tetapi yang pasti .... aku tidak terjamah (walaupun itu makanan kegemaran ku) .... teringat betapa arwah teramat suka akan nasi ini.... ternampak-nampak beliau ketika ini... kalau beliau ada ketika ini pasti gembiranya tidak terkata.... melihatkan semua nya berkumpul bagai satu keluarga besar adalah impian nya yang tidak pernah terkabul... jauh dan dekat, kecil dan tua bersatu kembali .... melupakan segala sengketa... untuk beliau buat kali terakhir (kenapa dari dulu tidak kulakukan nie... hanya buangkan ego muda ku agar yg tua lebih gembira- sesal ku tidak boleh diampunkan, dosa itu akan ku bawa sampai kemati) ... Tok Muda dan Tok Kuak (seorang lagi Tok angkat ...huhuuuu banyaknya tok angkat ???) tidak dapat menyembunyikan wajah kesedihan mereka .... sambil bercerita mereka menangis .... terlalu hiba hati ini melihat mereka bersedih hati .... bagai mahu putus tangkai jantung bila melihat Tok Kuak menangis teresak-esak bila bercerita tentang pengalamannya bersama arwah Pak Ali ... tetapi yang pergi tetap pergi takkan kembali lagi .... menangis air mata darah pun tak kan dapat gantinya lagi .... itu kata Tok Kuak .... dan kami dinasihatkan merelakan pemergiaan Pak Ali.... dan dikala ni jam didinding sudah pun menunjukkan pukul 11.00 malam aku ... walaupun berat untuk meninggalkan Tok Muda dan Tok Kuak, aku terpaksa pulang - besok kerja utk sesuap nasi dikota batu (kalau boleh, mahu ku bersama Tok Muda dan Tok Kuak sehingga dini hari) dan ketika ingin mengundurkan diri, Tok Kuak secara tiba-tiba memeluk erat tubuh ku (sudah hampir 3 tahun kami berpisah- dan ini adalah hari kami ditemukan kembali) ... bisiknya ditelinga .... "jangan tinggalkan kami lagi"..... "jangan putuskan apa yang kita bina selama ini"..... aku bertambah hiba .... ku sambut pelukannya dengan hangat ... ku cium tangannya dan pipinya, ku keringkan airmatanya (betapa sayang nya mereka kepada ku ... puteri yang entah dari mana asal usul nie.... ) . dan ku minta izin untuk pulang ...dan beliau dengan hiba .... berkata "Pulang lah puteri ku (sambil tangannya seperti menghalau ku pergi jauh dari beliau) ...pulanglah kamu tapi jangan lupakan tok disini"... ku gemgam tangannya tetapi ditepisnya tanganku dan akhirnya aku terpaksa akur ... ku pandang Tok Muda dikiri ku...wajahnya jua sayu ... dan ku gemgam erat tangan Tok Kuak dan akhirnya untuk menenangkan keadaan terpaksa jua ku berjanji dengan hati yang hiba - yang Putri ini tidak akan meninggalkan mereka berdua lagi sebagaimana ku tinggalkan Pak Ali dahulunya... aku bersumpah dihadapan puluhan jemaah sebagai saksi .... cukuplah apa yang telah ku hilang, aku tidak mahu kehilangan TOK Muda dan Tok Kuak lagi .... cukuplah - sesal yang tidak dapat dibayar walaupun dengan darah dan nyawa .... dan aku dan suami pulang meninggalkan mereka bersama gerimis hujan dingin dari timur tetapi aku bertekad akan memenuhi harapan mereka ...... tidak akan lagi memutuskan tali yg telah dipintal.... itu janji yang termerta malam tadi .....
::NOTA::
Pak Ali - TOK Angkat yang keras perwatakaannya.... mempunyai anak murid yang ramai... suka bercerita tentang kisah dewa dan dewi, berasal dari Minangkabau, mempunyai zuriat, suka makanan india ....
Tok Muda - Bapa saya, pendiam, susah utk rapat dengan org yang tidak dikenali.... tidak mempunyai anak murid, sebatang kara ... tinggal di pergunungan...tidak mempunyai isteri atau zuriat (kecuali saya) ... berasal dari Minangkabau, suka makan lauk kampung (negeri sembilan dan pahang) .... suka bercerita tentang raja-raja melayu ....
Tok Kuak - Tok Angkat, peramah, suka memeluk, mencium saya bagai kan seorang cucu... suka bercerita, bergurindam, mempunyai ramai isteri dan zuriat, mempunyai ramai anak murid diseluruh negara, berasal dari Kelantan Darul Naim, sangat jarang berjumpa dengan beliau tetapi dekat dihati .... suka bercerita tentang kisah nabi ....
dari kecil ...warga emas sukakan saya ...saya tidak tahu mengapa .... nenek dan datuk saya sangat kasih kan saya sehingga saya dicemburi oleh saudara yang lain ... mereka pergi ketika saya kecil lagi .... mungkin kerana saya tidak ada tempat menumpang kasih ... saya mudah mesra dengan warga tua .... saya suka layan kerenah mereka ... dan mereka (walaupun saya bukan dari mereka ) mereka mudah anggap saya bagai cucu sendiri .... itu lah kelebihan saya.... dan mungkin sebab itu saya disenangi oleh warga emas...huhuhuuuuuuu

Saturday, March 26, 2005

PANTANG

Aku memang cukup pantang... kalau orang tanya soalan cepu emas … dan yang pasti mereka akan dapat jawapan cepu emas juga lah . Pernahkah anda juga mendapat soalan seperti dibawah ini …dan jika anda apa jawapannya ya????

  • “Bila nak beranak...?” jawapannya “apa u ingat I tuhan …. Boleh buat anak bila masa je”, “I dah banyak anak …anak tekak…anak mata …bla bla..”
  • “Bila nak beli kereta...?” jawapannya “bagilah duit..." sambil buat muka kesihan…
  • “Berapa harga rumah ko...?” jawapannya … sambil buat muka bodoh .. “entah ko tanyalah bank laki aku" …. heheheheheh
  • "berapa gaji laki ko...?" jawapannya "berapa gaji laki ko...?" (aku tanya balik kat dia)
  • “tak sunyi ke tak ada anak ….?” Jawapannya …. “anak kucing aku tak terlarat nak jaga…”
  • “wahhhh gemuk nya u sekarang …?” Jawapannya …. "Syukur…suami sayang …makmertua sayang dan makan sedap….huhuuuuu”
  • "Maksu tak reti masak hek....?" (nie belah laki aku lah nie, kalau belah aku mereka panggil Antiue lela ...glomer sikit...) Jawapannya.... sengaja aku jawap depan mak-maknya dan nenek-neneknya ... "Kalau Maksu tak pandai masak... dah lama dah Pakusu ko mati kebulur .... dah 7 tahun Pakusu ko makan air tangan aku tak pernah masuk hospital pun..." aku tahu nie mesti mak dan nenek mereka yang mengayam ketupat....

Lagi satu aku memang cukup hanging kalau ada umat yang mengeluarkan kata-kata "cemburu" tetapi sebenarnya nak sembunyikan kekurangan diri dia sendiri … dan kita yang selalunya menjadi mangsa mereka cemburu mereka ….

  • memang mereka yang tak pandai mengemas rumah tapi bila pergi rumah kita …dia akan kata : “Ko boleh lah …. rumah tak de budak kecik..” or kalau kita beli barang yang comel comel dan canggih manggih di rumah …dia akan kata …. “ Ko boleh lah tak de anak....” memang hanging satu badan … kak aku ada 2 anak kecik tapi rumah dia lagi cantik dari rumah ku …. Budak kecik bukan sebabnya…malas adalah sebab utama….
  • Bila kita pakai barang kemas or kita bergaya sikit …dia akan kata …. “Boleh lah dia tak de anak” …. Hahahahahhah
  • "Ko tahu ke jaga budak kecil...?" or "rumah orang tak de anak tak de barang keperluaan baby". For me ...mereka telah membuka pekung, cetek betul fikiran mereka.... kalau tak kawin tak payah belajar masak, tak yah belajar kemas rumah, tak yah gosok baju dan kalau dah kawin belum beranak tak yah belajar tentang kanak-kanak .... for mereka yang tak tahu tapi ingat mereka tahu segalanya ini nasihat aku .... Tak semestinya orang yang tak beranak tak tahu pasal kanak-kanak (mungkin lebih terrorrrrr ) dan tak semua yang dah beranak tu pandai sangat tentang kanak-kanak.... aku memang tak beranak tapi aku yang jaga kakak aku masa dia didalam pantang…aku yang masak lauknya, dia berbekam aku pun berbekam...dia berurut aku pun berurut sama... aku jaga 4 orang anaknya dari besar tapak tangan hinggalah mereka masuk U, mereka membesar didepan mata ku, kalau lah pendek umur kak long ku, aku lah ibu mereka …. sekarang nie aku ibarat ... ibu muda yang anak nya semua pergi keluar negara belajar .... aku yang buat semua persiapan pertunangan adikku dari A sampai Z.....dan sepupuku kalau ada masalah dengan suami ...mereka datang mencari aku meminta nasihat ...kira aku macam orang tua lah nie .... aku pegang kata orang bijak pandai .... tua bukan kerana umur tetapi tua kerana petua dan pengalaman.... Aku rasa aku lebih tahu pasal perkembangaan kanak-kanak, remaja dan suri rumah yang baru mendirikan rumah tangga dari ibu yang baru beranak satu …. Dan di rumah ku ada sebuah bilik yg dijadikan “playroom and reading room” (bukan utk membangga diri tetapi sebagai contoh) untuk anak buah atau rakan-rakan(yang semuanya sudah punya anak kecil) yang datang melawat …. dan aku rasa ada umat yang sudah ada 4 orang anak pun belum tentu boleh mengadakan apa yang aku ada …. Dan seperti biasa kalau orang yang dah cemburu…mereka akan kata …. "Buat apalah benda itu semua …membazir jeeee …bukannya ada budak budak..." dan yang pasti nya aku akan menjawap ... "WELLLL, duit aku, lagi pun suka hati aku lah apa aku nak beli ....bukan ko yang bagi duit kat aku .... Betul tak???" bongkaknya aku ....

Friday, March 25, 2005

lela & seorang lelaki india

semalam saya ke hyper market …. Ingin membeli barang keperluan …peti karun sudah kekurangan bekalan…. berjalan ke sana dari pejabat mengambil masa lebih kurang 15 min (bersenam ???? ) saya telah berkira-kira apa yg ingin dibeli … nafsu membuak , teringatkan buah yg masak ranum dan makanan yg mengeliurkan … sampai saja saya terus ke bahagian buah …. Ketika memilih beberapa jenis buah … dan tiba-tiba saya terpandang seorang lelaki berbangsa india … entah mengapa hati saya menjadi sayu… beliau yg rasanya didlm lingkungan akhir 20’an berpakian seperti buruh kasar sedang membelek buah lai … dan entah mengapa saya menyapanya …kata saya … “Encik (walaupun saya tahu beliau buruh) buah epal ada jualan …5 biji baru 2.99” dengan begitu lambat beliau menbalas kata-kata saya jawap … "Kak, ayah saya sakit, tak selera untuk makan …. Dia di hospital sekarang … saya ingin belikan dia beberapa jenis buah yang berlainan…” …. Hati saya menjadi saya … begitu kasihnya seorang anak …saya hanya mampu tersenyum kepadanya …. Dan dia terus mengambil sebiji epal dan sebijik buah lai (itu saja yang dia mampu ???) …. Sedih hati saya mendengar beliau berkata begitu ….betapa beruntungnya saya … didalam bakul saya ada epal, laici, kurma dan anggur…. Dan tiba-tiba teringat kenangan arwah ibu ketika dihospital..ketika itu saya tidak punya wang untuk membeli buah atau makanan yang berzat untuk ibu dan teringat betapa mewahnya saya membeli tanpa melihat harga yang tertera.... saya hanya ambil apa yang tempolok saya inginkan (dan setiap kali sembahyang saya bertanya kepada yang Agung mengapa rezeki saya tidak pernah cukup). Makan kucing saya lebih mahal dari apa yang jejaka itu belikan untuk bapanya yg sedang terlantar …. Entah mengapa hilang segala nafsu untuk membeli belah dan akhirnya keluar dari kedai …saya cuma membeli 5 biji epal (sale – rm2.99) dan 2 ekor ikan kembung utk makan malam ….. nasib lah suami ku malam ini kekanda hanya menjamah ikan goreng cecah kicap dan kepada BABYku yang cantik molek malam ini kamu makan kepala ikan bilis…… rasa bagai mana susah nya orang diluar sana mencari sesuap nasi….

Monday, March 21, 2005

dengan menyebut nama ALLAH

Dengan menyebut nama Allah
Jalan dihubung
Yakin dan niatmu
Jangan pernah ragu

Dengan menyebut nama Allah
Bulatkan tekad mu
Menempuh nasibmu
Kemana pun menuju

Serahkanlah hidup dan matimu
Serahkan pada Allah semata
Serahkan duka gembiramu
Agar damai senang sentiasa hati mu

Hu hu hu hu hu hu huuuuuuu
Hu hu hu hu hu hu huuuuuuu

II
dulu saya tak percaya hanya DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH segalanya akan selesai, tak kira apa perkara… “zikir adalah sebaik-baiknya perkara” pesan tok setiap kali bila beliau melawat saya …. Mati saya tak percaya ….

Hanya dengan “BULAT KAN TEKAD terus kan impikan yang apa yang kamu diinginkan …. Kemudian bertawakalah kamu” …. Itu nasihat tok kepada saya …. Saya tergelak geli hati … kalau begitu sudah begitu enteng tentu ramai yang sudah senang fikir bodoh saya ….tak payah membanting tulang empat kerat ini, emas datang bergolek ….sampai mati saya tidak percaya lagi ….

“SERAHKAN HIDUP DAN MATI MU” … kepada sang pencipta …pasti segalaya akan selesai …. Saya kata Tok dah gila …tapi saya terlupa itulah yang saya berjanji kepada Yang Maha Agung 5 kali sehari…

III
tapi ….segalanya benar belaka … hidup didunia ini amat mudah jika kena pada caranya …. Hanya yang perlu kita lakukan bulatkan tekad, tawakal dan berzikir ….pasti damai hidup ini …. Rezeki tidak payah dicari tetapi ia akan datang sendiri …….dengan izinnya jua ….

Tuesday, March 15, 2005

CUTI-CUTI MALAYSIA - Genting Highland

Internery
11 March
2.30pm - Melawati ke pekeliling - lrt (RM4.00)
3.30pm pekeliling – genting - bas (RM4.60)
5.30pm check in – first world hotel - (free)
6.30pm makan – mc’d - (RM17-00)
9.00pm dinner – first world cafĂ© - (free)
9.30pm lepak - kedai kopi (RM10-00)
10.00pm - bilik - reading
11.30pm - tido

12 March
9.30pm - b/fast - (free)
10.30pm - spa - (RM200-00)
1.30pm - lunch - (free)
2.30pm - Room ….reading .. tido ….hujan …. Sampai malam
8.00 pm - dinner - (free)
9.00 pm - lepak - hot koko (RM10-00)
10.00 pm - Movies / Reading
3.00pm - tido

13March
8.30am - b/fast
9.00 am - jalan-jalan diluar …cuaca baik
10.30am - balik ke kl - bas (RM4.60)
12.00 pm- melawati …. Huhuhuuu




Percutian kali ini adalah hadiah hari jadi saya dari my ex-boss … penginapan 3 hari 2 malam di First World Hotel di Genting Highland… sudah agak lama saya tidak tido dihotel mewah secara percuma dan memanjakan diri sendiri dan oleh kerana suami tidak dapat turut serta … saya menjadikan percutian kali ini untuk merehatkan badan (setelah hampir setahun tidak berehat) , lari dari kesibukan kota dan udara yg begitu kering dan menyesakan sambil ingin bersendirian seketika .Saya ingin bercuti dengan mudah dan tenang … saya hanya membawa 2 pasang baju, beberapa keperluan asas, 3 buah novel dan dengan sengaja meninggalkan telephone bimbit dan jam tangan (agar tiada siapa … dan biar kali ini saya yg menguasai waktu ) …. Hanya dengan berbeg kecil saya mengambil keputusan tekad untuk menaiki public transportation … Petang Jumaat yang hangat saya membeli tiket di Perhentian Pekeliling dan dengan cuma RM4.60, saya menaiki berkelana sendirian ke puncak Gunung Raya untuk menikmati udara yang segar …. Bas yang dinaiki tidak bersesak, penumpang nya cuma seorang mat bangla , dua nyonyo dan seorang amoi yang mungkin ingin mengapai puncak gunung impian…. Mungkin kerana sudah lama tidak berkelana dengan bersendirian saya menjadi agak kekok dan gementar … sudah lama saya tidak berkongsi bersama orang asing … dan bas meninggalkan Pekeliling tepat pukul 3.30 petang, lagu sudir menjadi halwa telinga sepanjang perjalanan …. Satu perasaan yang sangat indah …sudir dan pahang ..bagaikan lagu dan irama… saya terleka sebentar mengikuti bait-bait lagu …. Dikiri-kanan sepanjang jalan gombak lama, saya dihamparkan dengan rumah lama yang mempunyai nilai sejarah yang tak ternilai begitu nostaliga sekali …. Rumah limas seakan ingin menceritakan segalanya …. Saya seakan melangkah kebelakang kemasa silam … didlam perut bas yang begitu dengan pantas , saya meninggalkan kota batu yg penuh dengan perbagai cerita suka dan duka…. Menuju ke kawasan tanah tinggi yang penuh dengan kehijauan …. Hati sudah tidak sabar lagi …. Sampai di Lebuh Karak … saya terleka memerhatikan gunung ganang terpasak kukuh, …. Dari jauh …pucak gunung raya sudah melambai ….kabus putih bersih sudah menanti saya disana… dikaki gunung … dam membawa saya perlahan kepuncak nya…. Sungguh mendamaikan …. Dan akhirnya saya terlena sebenar dek nyaman nya udara gunung ….

Tersedar dari tido, bas sudah hampir sampai kepuncak … saya agak sedih melihat kan pemandangan sekitarnya …hampir botak sudah Gunung Raya … demi memenuhi cita-cita rakus warganya … kawansan ini sudah hilang dara nya … manusia dan alam sudah tidak boleh bersama lagi … alam menjadi mangsa ketamakan kalifah nya sendiri…. Yang tinggal kini cumalah kabus nipis dan udara dingin …. tanah nya sudah kering dan layu …tidak ada orkid hutan , meranti ataupun jati menghiasai dadanya lagi…. Sudah hilang serinya … Ramai yg mengeluh katanya Genting sudah tidak sesegar dan sesejuk dahulu …tetapi sebelum sampai kepuncak saya berdoa agar angin, hujan dan kabus menyambut kedatangan si tuan puteri …. Dan impian saya menjadi kenyataan ..Sedang saya leka memerhatikan pelakon-pelakon dunia … sahabat saya datang menyapa, mengucapkan selamat tinggal untuk kali terakhir… kedatangan mereka telah saya rasai kerana secara tiba-tiba langit yang cerah menjadi kelam dan dingin …awan dan bayu datang menyapa …. Mengucapkan selamat tinggal kepada saya … tubuh saya di peluk erat oleh sang awan dan sang bayu pula menyapa lembut ke pipi, mengusap lembut rambut bagaikan tidak mahu berpisah n …. Tiba-tiba alam mendung buat seketika ..seakan mereka bersedih utk melepaskan saya pergi …tidak tahu entah bila kami akan bersatu kembali …. Saya sedih seketika …kalau saya ada kuasa …ingin saya runtuh kan bangunan disini…ingin saya panggil meranti dan jati utk berkampung disini semula …agar nanti ungka, unggas dan gajah akan bersama kembali … tapi apakan daya … saya manusia kerdil… walaupun bergelar kalifah tetapi tidak mampu untuk menyelamatkan habitat mereka dari tangan-tangan rakus ini… entahlah saya sudah tidak mampu berfiki lagi … saya terharu mereka ingin menghantar saya pulang kekota … betapa mulianya mereka sanggup datang menjenguk saya yang hina ini …ohhhhh maafkan saya duhai sahabat sekelian … aku tidak mampu utk berjanji lagi … sukar utk melepaskan mereka tetapi … ini perjanjian azali … saya perlu ketempat yang asal…di kota yang penuh dengan kotoran … menaiki bas …. Utk kali terakhirnya saya memerhatikan puncak gunung raya … mereka telah berlalu entah kemana …..

Thursday, March 10, 2005

CUTI-CUTI MALAYSIA - Bagan Lalang

ini percutian suami dengan rakan-rakan pejabatnya dibagan lalang ... saya tak ikut serta sebab ...saya bagi peluang kat dia jadi orang bujang seketika ... tapi yang tak bestnya .... dia terlupa nak ambil gambar pemandangan ... dia dok ambil gambar orang je ... heheheheh



nie semua yang gi ...mereka tinggal di Hotel Sri XXXX di bagan lalang ...abang kita cakap services teruk gila ... tv pun 14 in je .... huhuuuu... itulah akibatnya kalau nak cuti yg murah ...hehehehhe..lain kali dia kena belajar dengan isteri dia .... percutiaan yang free tapi best ...hahahhaha


kat bagan lalang ada kuda lah .... huuuuu tapi utk penumpang yang bawah umur je ...melepaslah abang kita nak merasa naik kuda ...


dalam nie tak de gambar abang kita ya ...gambar keluarga bahagia tengah berendam sakan ...huhuuuu kolam airrrrrrrr

Wednesday, March 09, 2005

FIKIR-FIKIR KAN

WAWARKAN - TEATER FREE

saya suka benda freee... terutama kalau melibatkan hobi .... terukkan saya .... heheheheheh mungkin kerana poket saya selalu keep fit .... so kawan kawan yang mana suka tengok teater... hujung minggu ini ada teater free .... sapa sapa yang inginkan kelainan ... boleh lah mencuba benda baru ..seperti saya .... melancung freee...masuk hotel freee... film freee...teater freee....

check this out ---> SALINA - Dato A Samad Said


MELAYU BODOH ?? [BACA]
Orang selalu kata budak melayu bodoh, malas tak pandai itu dan ini .... dan ini buktinya, pelajar di Kota Tinggi dan sekolah biasa je ...sebenarnya bangsa melayu memang bagus tak kira orang asli ke, bugis ke, jawa ke, boyan ke .... tapi orang melayu selalunya rendah diri ...tak nak heboh heboh....selalu yang jadi hal ... melayu kelas atasan je .... huhuhuuuuu

MELAYU GANAS ?? [BACA]
orang selalu kata melayu ganas, laki pukul bini , ayah rogol anak dan bermacam lagi ... tapi sebenarnya itu kes kecil dalam seribu 1 je melayu pukul bini ...dalam berpuluh ribu satu je melayu rogol anak (kadang kala bukan melayu tapi mamak yang rogol ....asalkan islam semua dicop melayu ....) sapa yang ganas sebenarnya ??? hari tu keling bunuh melayu ...nie cina bunuh cina ... jawab jangan tak jawab ... kenapa mesti dipersalahkan melayu lagi ..cuba melayu yang bunuh keling atau melayu yang bunuh cina .... agak nya apa kata bangsa itu ya ..... mahu jadi 13 Mei kot ....

Monday, March 07, 2005

Sepet : indah khabar dari rupa??

Mungkin saya bukan org seni, saya juga tidak pandai untuk menilai seni didalam filem ..saya menonton filem untuk mendapat kan ilmu ... saya manusia yang berfakta ...itu saya ... logik dalam filem itu perlu bagi saya dan kelompok saya…saya tidak kisah melihat filem sampah tetapi logik .... sebagai contoh filem yang menggambarkan roti canai yang penuh dng peluh ...memang logik sebab saya dah nampak ...memasukkan makanan dng air kencing .... biasalah itu pelaris ... (mamak selalu buek) tapi saya amat kecewa dng SEPET yang dikatakan filem yang membuka minda bangsa malaysia…. Pada mula nya saya ingin menonton VCD tetapi setelah membaca beberapa ulasan dari beberapa blog yg berkaliber saya teruja … tetapi rupanya … SEPET tidak seperti yang saya harapkan … SEPET hanya penuh dengan jiwa-jiwa manusia yang ketandusan SEX … agak menyedihkan kerana kerna bangsa malaysia sudah tidak punya apa-apa yang ingin perdagangankan atau pertonton kan … yang tinggal hanya tubuh wanita melayu yang berkemban 24 jam 7 hari dijual diseluruh dunia … dan mungkin juga filem ini banyak menang anugerah di luar negara kerana org barat tidak pernah melihat wanita berkemban dan mengkakang semasa tido atau bergurau bersama suami sehingga nampak seluar dalam … "filem kita wajah kita" … adakah nie yang budaya orang malaysia anda semua ingin kan tonjolkan… secara keseluruhan di permulaan ceritanya bagus akan tetapi diakhirnya betul betul potong steam memang memualkan sehinggakan seluruh panggung terpaku seketika ..saya tidak sangka ..orang yang digelar sifo didalam bidang nie membuat satu kesilapan yang sangat bodoh ….kepada yasmin jika anda membaca blog saya ini … ingin saya katakan bahawa anda cuma boleh membuat iklan bukan filem …dan ketika ini saya betul betul merasa terhina dan bodoh kerana mempercayai ulasan yang digembur-gemburkan didalam beberapa blog utama kerana rupanya penyakit kroni juga telah mengular diruang maya ini … ingatlah kepada semua penulis blog – blog yang baik adalah blog yang tulus-mulus.

::pelik bin ajaib::

a) macam mana orang gaji boleh berkemban sama dng pak encik ...(kononnya hak yang sama????).... ianya boleh diganti dng cik yam makan semeja dng keluarga orkid???
b) kenapa perlu berkemban setiap hari ....apa rumah org melayu tak de air con dah ke???
c) org melayu pemalas??? bukan melayu pemalas...hahaha tetapi bangsa malaysia yang pemalas...
d) hang tuah dari cina??? memang tak baca sejarah ...gelaran "HANG" itu di berikan kepada Tuah dan sahabatnya oleh Maharaja China ..macam gelaran Dato lah .... bukan .. Tuah pergi belajar sampai kenegeri cina ... ikut sunnah nabi....
e) emak bapak orkid bergurau senda diruang tamu sampai nampak seluar dalam ..kemudian buek beromen diruang tamu ...kononnya nak tunjuk kasih sayang .... tunjuk kasih sayang berbagai cara ..kenapa cara sex ...boleh ditukar kepada ...suami menyikat rambut si-isteri or suami menyuap isteri makanan dan banyak lagi ....???
f) ending nya tidak teratur...bagaikan mahu cepat-cepat endingnya ...sebab dah meleret-leret diawal cerita...dan tidak digarap dengan teliti.

Nota

Saya ada membaca di sebuah blog yang katanya SEPET full house pada Sabtu & Ahad …. Bila saya membeli ticket pada hari Jumaat di KLCC … wahhhhhh semuanya masih kosong …dan ketika menonton malam isnin yang lepas … kerusi nya masih kosong disana sini …. Mengapa mereka perlu wawarkan benda yang tidak betul???? Sumpah saya tidak akan mempercayai mereka lagi ….

Wednesday, March 02, 2005

Berhobi – pelaburan masa depan

Anda mempunyai hobi??? … ada diantara kita yang merasakan berhobi itu hanya membuang masa dan wang tetapi jika kita bijak mengolahnya ...ia boleh mendatangkan pulangan wang yang sangat lumayan … itu pada pendapat saya yg serba kekurangan ini … alangkah untungnya jika kita dapat menjana wang dari hasil kerja yang kita minati … bagus bukan … dan jika hobi anda masih tidak dapat menjana kewangan, masih tidak mengapa, kerana kita masih boleh menimba berbagai ilmu dengan hanya berhobi … at least bila kita berbincang dengan rakan-rakan tak lah kita blurrrr memanjang….

Saya punya banyak hobi … dan ianya berubah mengikut umur saya … diwaktu sekolah saya mengumpul setem dan membaca buku cinta ….. bila dah bekerja diawal 20an … minat bertukar … biasalah dah punya wang sendiri panjang sedikit langkah …hobi juga bertukar … ketika itu saya gila mendaki gunung …seluruh gunung dan hutan saya daki dan redah …. Hampir setiap dua minggu saya akan keluar kota … bercamping … sampai hacur kaki di hisap lintah … dan kalau tidak bercamping saya akan melepak digerai mamak dan port saya ketika itu mana lagi kalau tak di Bangsar ..sampai 2 hingga 3 pagi … teruk betul anak dara ini …pening kepala abang ipar saya …. Tapi saya pandai jaga diri …saya tak suka disko or cubbing … no arak or smoking for me … no fllitering … Cuma baju je sexy sikit walaupun digerai mamak …hahahahah..( ini adalah dianatara beberapa contoh hobi yang menghabiskan duit....)

Lepas berkahwin …. Hobi berubah lagi …(mengikut peredaran lah …. ) waktu itu RM dah kureng …so hobi pun ikut budget… waktu lapang …saya menjahit langsir, membuat bantal, mengemas rumah dan belajar memasak … kalau dulu masak nasi pun hangit … sekarang saya sudah boleh buka restoren minang ….hahahahahahaha… kalau dulu baju pun tak berlipat sekarang …seluar dalam suami pun saya gosok … hobi jugak lah tu … hehehheheeh... tak buang duit ke kedai dobi...(jimat jugak 50 hinggit )

Dan kini apabila kewangaan saya mula stabil saya tambah lagi nilai value kedalam hobi saya, saya menghadiri beberapa kelas jangka pendek agar saya boleh memperdalamkan ilmu benda yang saya minat... Hobi saya masih lagi menjahit dan memasak (tambah lagi ... melancung, membaca, menulis, berchat, bershopping) tetapi kini saya ingin jadi pakar didalam bidang yang saya ceburi … saya ingin berilmu didalam hobi saya … kerana jika minat tanpa ilmu saya tidak akan kemana dan akhirnya saya buang duit kepada entah apa apa … sebagai contohnya dalam hobi memasak … saya bukan lagi hanya ingin mempelajari masakan yang ibu saya atau ibu mertua saya ajarkan secara turun temurun tetapi saya juga mencuba masakan lain dengan cara membeli beberapa buku masakan, menghadiri kelas-kelas jangka pendek dihari ahad, melayari internat dan juga bertukar resepi bersama renee ataupun sam… saya juga cuba membuat masakan saya menjadi lebih menarik dengan cara mengubahnya … dan kini saya sedang mempelajari membuat kuih tradisional dan lauk pengantin .... saya juga memperbanyakkan minat saya … saya suka membaca dan saya ingin mendalami ilmu penulisan … dan inilah hasilnya … ilmu saya saya dibaca dan kongsi bersama... walaupun tidak mendapat apa-apa pulangan tetapi ianya akan menjadi kiraan diakhirat kelak ... bagus bukan … hanya dengan berhobi saya telah menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan …. Dan dengan izin tuhan yang maha kaya … saya juga akan mendalami satu seni pertahanan diri …. Doakan saya … demi diri saya dan bangsa saya …

Bermula dari minat… ia boleh menjadi titik tolak kepada sebuah kejayaan … bayangkan jika kita tidak mempunyai minat …kita akan kebosanan setiap hari … dalam pemerhatian saya … kebanyakan golongan yang mengalami sakit kemurungan adalah kerana mereka tidak mempunyai hobi … sebab itulah mereka mudah bosan dan merasa tidak berguna kepada diri sendiri dan masyarakat amnya … mereka cepat merasa rendah diri kerana kekurangan value didalam diri sendiri. Ramai diantara kita yang merasakan bahwa berhobi akan membabitkan kos yang tinggi … memanglah ada hobi yang mahal sebagai contoh berkuda, berkayak atau melancung …. jadi kita perlu mengukur baju dibadan sendiri… ada hobi yang murah dan kadang kala tidak perlu mengeluarkan wang sebaliknya menjana kewangan keluarga atau boleh berbakti kepada negara… sebagai contoh berkebun atau membela ayam…. satu lagi contoh yang amat baik ... Hanim (anak buah saya) yang sedang menunggu STPM... untuk mengelakkan rasa bosan ... beliau menjadi pembaca kepada warga kurang upaya (buta) di Bangsar ... bagus bukan ... memang tiada wang yang diberikan tetapi beliau mendapat ilmu bagaimana utk bergaul dng warga kurang upaya.... , dan saya sekarang nie sedang belajar membuat kuih utk minum petang … suami semakin sayang dan gemuk (sebab dapat makan dalam kuantiti yang banyak), duit membeli kuih dapat dikurangkan … dan kaum keluarga saya memandang tinggi kepada saya kerana saya mempunyai satu kemahiran yang tidak dipunyai oleh mereka …. Cuma untuk berjaya …kita kena buat berulang-ulang kali, membeli beberapa buku masakan, tekun dan sabar …. Dan yang paling penting dengan berhobi ianya bukan saja untuk mengisi masa lapang atau mengelakkan kebosanan tetapi ia juga dapat “menambah nilai” kedalam diri kita sendiri. Kan itu saranan Pak Lah agar org melayu meng”add value”… kerana dizaman ini bangsa melayu terutama kita sebagai wanita, isteri dan ibu terpaksa menjadi “superwomen” agar boleh bergerak seiringan dengan bangsa lain… kerana dengan mengilmukan hobi kita ia akan menjadi satu bonus yg tidak ternilai … tetapi ingat … untuk menjana sesuatu hobi agar ianya boleh menjadi sumber kewangan anda perlu berilmu … contohnya … jika anda minat untuk nyanyi dan ingin menjadi penyanyi anda perlu lah mempunyai ilmu yangmendalam dalam bidang tersebut…. Barulah ia boleh mendatang kan sumber kewangaan…. Kesimpulannya apa saja minat anda, membaca dan berilmu sangat lah penting … kalau tidak … hobi itu akan menghabiskan boreh jo lah …

Tuesday, March 01, 2005

HARI YANG MENDAMAIKAN …


Ahad tadi ku kuak jendela pagi….udara nyaman telah tiba … sungguh menyegarkan … cahaya mentari masih malu untuk meyapa … kepulan awan bak kapas melingakari banjaran titiwangsa … wahhhhh aku gembira … melihat merpati terang disana sini … bumi telah segar kembali … betapa indah nya kurniaan ilahi …hanya semalaman ia menurun kan hujan seluruh alam telah gembira … aku terus berdoa agar hujan turun lagi … biar terhakis panas dan jerebu ini…

Ahad, hari ini ku daki banjaran titiwangasa ... kerana kasih menurui lurah hanya untuk bertemu orang tersayang , ya kasih perlukan pengorbanan ….berjumpa dengan TOK dikaki gunung amat mengembirakan hati ku yang cukup lara ini… sudah lama tak bersua muka, kali terakhir ketika menyambut hari raya korban bersama…. Tok semakin kurus dan tidak terurus … aku ajak beliau ke turun ke kota … agar dapat kubelikan dia sepasang sepatu baru dan menguting rambut yang telah panjang itu tapi beliau menolak kerana katanya ada perkara yang perlu dibereskan lagipun ….surau nya tidak berpenunggu …semua ahli turun kekota ….4 bulan baru nanti baru mereka pulang …berjihad katanya

Oleh kerana suraunya kosong …dapatlah aku melepak sakan … seronok sungguh ..rupanya dibelakang surau ini suasananya sunguh mendamaikan … mempunya sungai dan airnya yang segar …ada pohon-pohon yang merimbun, sejuk dari panahan mentari terik…. Bunyi murai dan pipit riuh sekali … suamiku tertidur dibangsal bersama putih (kucing TOK …sebijik macam Baby cuma kurus ) …. dan sedang asyik kami bermain air digigi sungai , TOK menerima beberapa orang tetamu datang dari kota dibelah timur…dan mereka merampas kemesraan kami …. Terpaksa lah TOK duduk berbincang bersama mereka didalam surau , membincangkan hal-hal duniawi seperti tiada penghujungnya … sungguh menjemukan dan aku tidak betah untuk mendengar politikus menyusun strategi … lagi bagus bermain dengan anak ikan yang jinak. Ya Allah sungguh mendamaikan disini kerana sedang aku bermain digigi air bayu datang menyapa lembut ... selembut kapas ke pipiku dan aku terus digugurkan dengan bunga tanjung menutupi lantai pasir bersama harumannya…. satu perasaan yang tidak dapat ku luahkan dengan kata-kata ...aku dan alam seakan telah bersatu … syukur aku dapat merasa kenikmatan ini untuk seketika… terasa ketika ini aku bagaikan sang puteri yang turun dari kayangan ….keadaan ini tidak dapat ku nikmati dikota batu dan kerana hari ini hari yang sungguh mempersonakan… aku seakan terlupa akan jerebu yang menyesakkan, bunyi bingar dari keriuhan kota yang menghimpit, terteduh sebenar mentari terik membakar hati... ketika ini hanya perasaan aman dan damai bersama pelukan kasih suami dan TOK …. Kalau boleh aku tidak mahu pulang ke kota …aku ingin tinggal bersama mereka disini … tetapi aku masih punya tanggung jawap yang perlu dilunaskan …. Pasti hari nya akan tiba untuk aku pulang menetap disini … dengan izinNYA jua …
:Nota:
Sebenarnya hari ini semuanya kunamapk indah belaka … kerana hari ini adalah hari dimana TOK MUDA secara terangan telah menunaikan tanggungjawapnya kepada aku…. Hari ini di hadapan para tetamunya, dia telah memperkenalkan aku sebagai puterinya yang satu …darah dagingnya sendiri … betapa bahagianya aku mendengarkan nyer …. Kalau di berikan aku intan permata….kata-kata itulah yang ku pilih ….kerana kata-kata keramat yang keluar dari mulutnya lebih berharga dari intan segunung ….dan dihari ni aku telah disahkan sebagai darah daging nyer sendiri …..