masih ingat ketika awal perkahwinan kami ... bila hari raya jarang benar tetamu datang berkunjung .. boleh dikira dengan jari
tahun ini agak berbeza ... syukur ramai jiran jiran datang berkunjung ... membawa anak anak yang kian membesar membuat rumah kami agak meriah ..
walaupun memenatkan tetapi inilah hari raya ... rumah seakan berseri seri terdengar suara gelak dan ketawa .. sambil mengup date diri masing masing ... sambil bercerita tentang projek gitu dan gini ... ha indah sekali ...
masak ku simple simple sahaja ... tidak pandai memasak yang sedap sedap .. yang paling mudah dan enak tentu lah sup dan nasi impit atau kekadang mee goreng dan bihun goreng ... di sulam dengan kuih kuih raya dan gula gula .
dari dulu kami mengamalkan tidak membuat rumah terbuka kerana rumah kami sentiasa terbuka untuk para tetamu selama sebulan .. cuma yang perlu call saja .. takut takut kami keluar ... ya mungkin jiran dan rakan sudah memahami .. mereka tak lagi bertanya bila mahu buat open house atau bila mahu di jemput datang kerumah ... cuma datang dan kami hidang kan apa yang ada ..itu lebih bagus kan ... lagi pun hari raya bukan untuk menu dan makan .. lebih kepada mengeratkan tali persaudaran ..
kepada semua .. selamat berziarah ...
Sunday, October 04, 2009
Saturday, October 03, 2009
Syawal 1430
syawal datang lagi .. tapi tahun ini agak meriah
tahun ini dapat pulang ke port dickson di rumah ibu (umah no 48) bermalam raya disana, melawat pusara ayah dan ibu, selepas sembahyang kami ke alor gajah melaka, ke rumah nenek di kampung baru .. sudah hampir 11tahun tidak beraya hari pertama di kg baru. Masa ayah ada .. setiap tahun kami akan berpagi raya di kampung baru bersama nenek ... ha ayah terlalu sayang kan ibu dan kampungnya sanggup meninggalakan isteri demi nenek dan kampung halaman...
setelah nenek tiada kami beraya di port dickson saja ... ya lelaki minang bagai mana sayangkan kampung halaman harta ibu dan bapa nyer hanya untuk waris perempuan ... berharta ketua lah mereka bila papa merantau lah kamu bersama isteri kamu ... menjadi anak dagang...
kemudian ku terus pulang ke jelebu rumah suami ku ... beraya di jelebu bagai kan beraya bersama keluarga .. ya sudah 11 tahun ... orang jelebu lebih mengenali aku dari saudara mara ku sendiri mungkin agaknyer ... masih ingat lagi di awal awal perkahiwnan kami ..bila aku pergi menziarahi kaum kerabat suami ku pasti mereka bertanya ... kamu ini orang luar kan .. hahah ya muka ku tidak sepeten muka muka orang jelebu asli dari gunung belantara... kulit ku tak sematang dan rupa ku tak semelayu mereka mungkin maka aku selalu dicop orang luar .. ha biarkan saja ... tapi setelah lama mereka lebih akrab dengan aku .. sehingga jika tidak melihat aku di pagi raya .. seluruh kampung akan tahu aku ke melaka tidak beraya di jelebu ... kewujudan ku telah di rasai di bumi jelebu.
tahun ini cuti agak panjang maka dapat lama sedikit di kampung .. .kami beraya sakan dan masak sakan juga ... ya dapat bercerita panjang dengan ibu mertua .. dapat mengambil gambar banyak banyak dan dapat kerumah saudara mara yang jarang ketemu ...
ya semoga tahun hadapan raya ku akan lebih bermakna lagi ...

Wednesday, September 23, 2009
SENI ANYAMAN : KETUPAT
Bangsa Melayu sudah go green sejak beribu tahun dahulu. Mereka sudah mencipta bekas bekas untuk makanan dari sumber alam yang tidak mencemarkan tanah dan laut dan udara. Bekas Bekas ini dicipta oleh orang melayu yang diperbuat dari daun daun yang hidup subur di hutan hutan mudah didapati seperti daun pisang, kelapa dan buluh contoh untuk membalut kuih muih, nasi untuk dibawa bekal, dan bekas untuk diletakakan dodal dan wajik .. cuma kita generasi muda tidak menghargai keindahan seni anyaman nenek moyang kita dan kita gantikan dengan bekas bekas plastik yang akhirnya memusnahkan alam, manusia dan haiwan ...
Salah satu seni anyaman yang sangat unik dan indah adalah seni mengayam kelongsang ketupat dari daun kelapa.
::Bengkel membuat kelongsong ketupat ::
Kami tidak mahu seni ayaman ini hilang begitu saja kerana anak anak muda sekarang yang mengambil jalan mudah dengan membeli ketupat segera yang dibungkus dengan plastik dan merebusnya ... senang dan mudah tidak perlu mengayam tapi tahukah kita dengan merebus plastik racun racun semua nya masuk kedalam perut dan menjadi berbagai jenis penyakit terutama kanser?
Dimalam raya, kami berkumpul di rumah mak di Port Dickson dan kami mengambil kesempatan ini untuk mengajar anak anak buah kami cara cara bagaimana untuk membuat bekas bekas ketupat biar nanti tidak hilang seni ini begitu saja... ahhhh melihat anak anak muda yang tidak sabar membuat kami ketawa tetapi dengan ajaran guru dari suami dan busu intan nyer anak anak muda ini dapat menyiapkan projek yang diajar dan wajah wajah bahagia terpancar di muka muka mereka menjadikan kami rasa terharu...
my first ketupat from e'ah
kini anak anak muda ini sudah boleh mengayam ketupat.... walaupun ianya bengkal tidak formal telah kami turunkan seni melayu ini kepada waris waris kami... kelak anak cucu kami masih boleh merasa nikmat ketupat berdaun kelapa yang sungguh wangi dan enak ... dah waris waris kami tidak lah memakan nasi yang bercampur palstik yang akan menjadi racun didalam darah ... oh dan untuk mempelajari seni ini tidak sampai berbulan bulan .. cuma mengambil setengah hari saja sambil dapat mengeratkan silaturahim ... ha indah bukan seni melayu...
Sunday, September 13, 2009
CAHAYA KEMENANGAN

MALAM 7 LIKUR
Demi Zeus ku pasang cahaya
yang telah terpasang 4 ribu kala
Demi Shiva ku nyalakan cahaya
yang telah terpasang 5 ribu kala
Terpasanglah cahaya
seperti ku lakukan 37 tahun
ketika kami sambut malam tujuh likur
Pasangkanlah cahaya didalam hati setiap insan
Dewi Lakshmi, malam ini bersinar cahaya kekayangan
Jibril, malam ini Ku terangi dengan bertasbih, tahmid dan takbir
menerangi ku kejalan syurgawi
Demi Tuhan yang mencipta aku dari setitik air yang hina
Demi Alrahman Alrahimmu aku tercampak di bumi ini
Terpasanglah cahaya disetiap jiwa untuk menerangi
Jalan jalan hakikit di dunia yang kekal abadi

Friday, September 11, 2009
cecaluk
Cencaluk dibuat daripada udang geragau. Ia boleh di beli di gerai-gerai tepi jalan terutama gerai-gerai yang terletak di tepi tepi persisir pantai kawansan Tanjung Keling hingga ke Sungai Udang. ohhh tetapi kini segala ceruk melaka boleh di beli.
Cencaluk kaya dengan zat protin. Rasanya amat sedap untuk dijadikan sebagai pembuka selera . Cuba masukkan hirisan bawang besar dan perahaan air limau kasturi.
Cara membuat Cencaluk
Udang geragau dicuci hingga bersih kemudian dituskan
Campurkan 2 mangkuk udang geragau dengan 1/2 mangkuk nasi putih, 1 cawan air didih nasi, 4 camca besar garam.
Masukkan campuran tadi kedalam pasu yang bersih, tutup dengan kain putih ketat-ketat dan perap lebih dari 3 hari.
Ketika hendak makan, masukkan sedikit kedalam piring , ptong bawang besar, lada hidup dan air limau kasturi.

Kini zaman telah berubah, aku tidak malu lagi untuk membeli botol botol cencaluk untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada rakan rakan dan jiran jiran yang berlainan negeri ... kalau di kelantan terkenal dengan budu .. orang melaka juga tidak kalah dengan cencaluknyer ... bersih dan dan warnanyer menarik ... berwarna merah jambu bertutup kuning membuat ianya nampak enak dan mudah dipasarkan... ya orang melaka ada product yang boleh dibawa ke pasaran antarabangsa .. jika barat berbangga dengan sosnya ... kita patut berbangga dengan cencaluk, budu dan kicap ... ya yang ini lebih istemewa ... cencaluk ini di buat di Selandar, Jasin tempat ibuku dilahirkan dan dijual di pekan bapaku dilahirkan ... adakah ini satu kebetulan?
sambal belacan
Seperti juga cencaluk, sambal belacan juga merupakan pelengkap hidangan yang membuka selera. Ia mudah dan sungguh menjimatkan, di buat hanya menggunakan lada hidup, bawang merah dan belacan dan sedikit air limau kasturi. Sedap dicolek dengan ulam seperti petai, pucuk ubi atau jantung pisang atau dimakan bersama kari , kurma dan ikan kering. Kadangkala sambal belacan ini diubah suai sedikit dengan memasukan sedikit hirisan mangga, kuining atau pun belimbing. Pasti selera akan terbuka!
Cara membuat
Cili merah 3 biji
bawang merah 1 ulas
belacan
limau kasturi
secubit garam dan gula
Bakar belacan kemudian tumbuk bersama cili merah sehingga lumat . Masukan garam gula dan gaul mesra. Perah air limau kasturi. Hidangkan

::
Ohhh masih ku ingat sambal belacan Nenek Ton (Zaiton) yang terkenal senatoro keluarga. Setiap kali pulang ke rumah nenek, sambal belacan pasti ada di atas meja tapi sayang seribu kali sayang tiada seorang pun anak cucu mewarisi keenakan sambal belacan nenek.
Dua tahun yang lalu aku zahriahi Kak Yati yang ketika waktu mudanya membantu nenek didapur. Kak Yati yang baik hati telah menurunkan kepadaku rahsia keenakan sambal belacan nenek dan petua mengapa sambal nenek menjadi pengikat kasih dan ia boleh bertahan berhari hari tanpa peti sejuk. Maka sesiapa yang teringin merasa sambal belacan resepi nenek ton atau yang tidak pernah merasai air tangan nenek tetapi ingin merasa kenikmatan belacan dan cili bersatu didalam lesung... tunggu saya buka restoren ya ...
sambal tumis ikan bilis
Bahan
Lada Kering - direndam dan dikisar sehingga halus
8 ulas bawang merah (lebih banyak bawang lebih enak)
3 ulas bawang putih
belacan
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa minyak masak
ikan bilis di goreng
bawang besar
Cara memasak
Ikan bilis dibuang perut. Digoreng garing
Lada, bawang dan belacan di kisar sebati
Panaskan minyak masuk semua bahan yang dikisar, tumis sehingga garing dengan api yang kecil.. lebih kecil lebih baik ..
Setelah cili garing , masuk air asam sehingga sambal mendidih masuk garam gula ikan bilis dan bawang besar yang dipotong bulat.
Petua: makan dengan nasi panas atau nasi lemak. boleh diganti dengan udang atau petai.
::
Sambal tumis ikan bilis adalah kegemaran cucu-cucu nenek ton. Kalau berkumpul di rumah tua nenek dikampung baru alor gajah melaka, sekawah sambal tumis dimasak untuk dijamah bersama sama. Ya nenek ton mempunyai anak yang ramai - 14 orang kesemuanya dan cucu-cucunya berpuluh, maka menu sambal tumis amat sesuai kerana ianya menjimatkan dan sedap untuk dimakan.
Hampir kesemua cucu cucu nenek suka yang pedas pedas tidak seperti si kecil lela yang tidak menjamah cili-cilian. Maka sikecil lela tidak dapat mengingati memori rasaan sambal tumis nenek yang sedap dan enak...sikecil lela cuma mendengar cerita diturun kan dari ibu dan melihat bagai mana si noni manis mengaulkan nasinya bersama sambal tumis merah menyala dan dimakan begitu saja dan terloponglah lela kehairanan melihat bagai mana waris waris nenek ton boleh mengnikmati nasi merah menyala dan sepedas membara. Atau kagumnya lela melihat bagaimana abang amir dan abang roslan boleh bertambah nasi hanya dengan sepiring sambal tumis sehingga tertitik butiran mutiara peluh didahi ketika kenduri kendara dirumah tua nenek... ohhhh Tuhan kasih sayang yang memberi rezeki halal kepada keluarga kami, memori yang tidak mungkin lagi dapat ku lihat di dunia yang nyata.
Atau kadang kala ku masih terdengar ketukan batu lesung si-dara nana didapur menumis dan terbau bau belacan dan cili ditumis mesra ... setelah ketiadaan nenek. Abang Amir, penghulu cucu cucu dari jalur nenek ton telah mengajarkan resepi nenek kepada kepada kak long zai, isteri tercinta... ya sambal tumis kak long sama seperti air tangan nenek tetapi melihat kak long mengoreng sambal membuat saya kalah dengan kesabaran untuk menumis ... api yang kecil di tumis berjam jam menjadikan sambal tumis recepi nenek boleh disimpan berhari hari tanpa ada peti sejuk....sudah turunkan recepi ini kepada hanim dan naziah? atau hanif dan asraf akan mewarisi sambal moyong mereka.
Kini setiap kali ku jamah sambal tumis ikan bilis...air mata ku tertumpah ke nasi .. dengan hanya berlaukkan sambal tumis dan sayur sawi rebus, waris waris nenek ton berkumpul dan beramah mesra. Itu semua tidak mungkin akan terjadi lagi... waris waris nenek sudah bertebaranan jauh mencari jalan hidup sendiri. Dan demi masa entah bila kami berkumpul semula seperti satu ketika dahulu.. pasti rumah tua nenek berbau wangi dengan cili dan belacan menyambut helaian tawa waris waris yang telah lama merantau...

Sunday, September 06, 2009
ASAM PEDAS MELAKA
Sebut sahaja asam pedas, rakyat malaysia tahu ianya sangat terkenal di Melaka...Rasanya amat sedap dan cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi kalau ia dimakan bersama sama sotong atau daging masak kicap dan cencaluk. Asam pedas bukan saja di minati oleh rakyat malaysia, malah pelancung asing juga turut mengakui kelazatan masakan ini. Ia bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi putih tetapi juga sedap dimakan dengan roti canai atau lempeng.
Bukan orang melaka kalau tak reti makan asam pedas ... hahahahahah
dan si-gadis boleh di buang negeri (melaka murtad) jika tidak pandai memasak asam pedas. Diceritakan dari mulut ke mulut bahawa Hang Tuah menolak cinta tun teja kerana si teja tak reti masak asam pedas maka oleh itu tun teja pun di berikan saja kepada raja melaka ... biasalah orang pahang mana reti menumis sambal berbagai ...
hari ini saya masak asam pedas sebab saya rindukan ibu saya ... ibu saya pakar memasak asam pedas terutama ikan parang atau tenggiri ... huhuuuuu
Bahan bahan
Ikan Tenggiri / Parang / Pari / Terubuk (lela suka pakai ikan.. tak reti masak asam pedas daging or ayam) .
Cili yang telah dikisar (lela pakai cili boh je)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Bunga Lawang
Biji sawi
Serai
Belacan (hari nie belacan habis maka lela tukar dengan cencaluk )
Air asam Jawa (5 hingga 7 cawan air)
Limau Purut / Daun Kesum / Bunga Kantan (hari nie lela pakai daun kesum)
Kisar semua bahan bahan
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar sehingga naik minyak, masuk serai, masuk ikan biar kering sedikit ... masuk air asam jawa... biar kuah mendidh dan masuk sayur(sawi jeruk, bendi atau terung) jika suka... siap...
Saturday, September 05, 2009
MASAK LOMAK CILI PADI
hari main masak masak
Suami dah mula sound ... tak reti reti nak masak ke bulan bulan puasa nie.. percaya atau tidak ini lah hari yang aku boleh betul betul duduk di rumah dan memasak ... .. seperti biasa kalau dah orang nogori tu masak lomak cili padi jugo lah permintananyer ... so kami ke pasar basah di keramat untuk membeli barang barang keperluan.
cara-caranyer
daging / ayam atau ikan (hari ini saya guna daging)
cili padi (saya suka guna cili padi kampung lebih sedap dan tidak berangin )
kunyit hidup
garam kasar
serai 4 batang
santan kelapa
daun kunyit
tumbuk cili dan garam , kemudian tumbuk cili padi sehingga lumat. ketuk serai .
masukan daging dan bahan ditumbuk ... renehkan setelah lembut masukkan santan kelapa... sesudah melegak masukkan daun kunyit dihiris harus .... tutup api ... senang kan heheheheheh tapi kan kenapa isteri malas kedapur ... huhuuuuu ...
Nota: sedap dimakan dengan nasi ketika berbuka dan lebihanya boleh dimakan dng roti ketika bersahyur ...
RAYA DAH NAK TIBA
Raya dah nak tiba
Sudah siap baju raya?
Sudah siap kuih raya?
Sudah siap duit raya?
sebelum membeli baju raya
tengok di dalam almari berapa banyak baju yang kita ada
sebelum buat kuih raya
cermin diri betapa sudah gedempalnya kita
sebelum nak keluar duit raya
lihat balu balu yang ketiadaan suami mereka
Raya bukan untuk baju
raya bukan untuk makan
raya bukan untuk diri
sebelum habis raya
sudah kita pergi kekubur?
sudah kita membayar zakat?
sudah kita bersedekah?
sudah kita katam quran?
ya raya raya akan tiba
cermin diri lihat rupa

Subscribe to:
Posts (Atom)