Thursday, April 22, 2004

AIM 2004




1. ARTIS BARU TERBAIK

1st Choice: AFDLIN SHAUKI
2nd Choice: Ezlynn
Kalau dikira dari segi bakat keseluruhan seperti berlakon, membuat lirik, mengubah lagu, popular, berlawak, idea tentu ia berpihak ke Afdlin Shauki.

Ezlynn pula hanya bersandarkan kepada suara, populariti dan wajah.

Pemenang-pemenang yg terdahulu dianugerahkan bukan berdasarkan populariti tetapi bakat yg unik yg tidak ada pada org lain diwaktu itu sebagai contoh Ning Baizura (masa tu tak ada seorang pun bersuara sepertinya dan menyanyi rentak R&B) & Siti Sarah (Walaupun dikeji krn rupanya, tetapi beliau dianugerahkan bakat nyanyian yg baik dan bukan itu sahaja beliau juga mempunyai teknik suara yg sukar ditandingin)


<

2. VOKAL ALBUM LELAKI
1st Choice: Reshmonu [Monumental]
2nd Choice: MUS - MAY [Sinar]

Reshmonu – If the judges go for technical voice, he will be the best choice bcz he can sing a good malay song to.

May - He has a very good & manhood voice


3. VOKAL ALBUM WANITA
1st Choice: SARAH [Mimpi Pun Sama]
2nd Choice: SITI NURHALIZA [EMAS]

Yang nie aku memang pening …semuanyer power giler

Ning – She have a good technical voice and she dare to change from heavy soul to pop R&B tetapi sudah ramai yg mempunyai suara seperti Ning dan ada yg lebih baik seperti Dayang & Anuar Zain.

Siti Nurhaliza – She has a gifted voice…no one can’t argue with it cuma dia tak boleh membawa lagu-lagu teknikal seperti R&B and Soul. She is truly a Pop & Traditional Singer.

Sarah – She is the young generation of Malayisan Singer. She has a very lovely voice (gifted from his father) and she willing to study a technical song , she also has a varsity on her voice. She can sang very good technical song such as R&B, Soul and softly on pop or etnik song ….we want this kind of singer to present Malaysia.



4. VOKAL ALBUM BERKUMPULAN
1st Choice RAIHAN [Gema Alam]
2nd Choice: Too Phat [360]

Yg lain tak boleh lawan dng kumpulan nie. Raihan mempunyai suara teknikal hormoni yg sungguh mengkagumkan. Pengalaman belajar menyanyi di gereja menjadikan Raihan mempunyai skill suara yg sukar ditandingi oleh mana-mana pihak terutamanya golongan penyanyi melayu islam.



5. ALBUM KULIT TERBAIK
1st Choice RAUNA JUD [EMAS-Siti Nurhaliza]
2nd Choice: Karl Dunford, Dain Said, Hayati Moktar [Pustic Living–Pete Teo]

Pilihan saya kepada kulit ablum siti kerana sesuai dng kosep -EMAS
+Gambar pokok padi beryg bermasak emas (kekayaan & keagungan) sama seperti org nyer .....heheheheh
+Gabungan teknikal yg baik dari segi grafik, fotografi & penataman cahaya.
+Fokus yg tajam kearah siti dan warna yg menarik. Saya tak sangka yg warna emas sesuai pabila digabungkan dng warna hitam menjadi sangat menarik. Nampak seperti bermisteri. (Warna kerajaan Minang ...emas, hitam dan merah)

6. RAKAMAN ALBUM
TAK TAHU sebab tak pandai lagi dng konsep sound engineer....

7. VIDEO MUZIK
TAK TAHU sebab tak ada masa nak tengok

8. ALBUM POP ETNIK
The only choice: MULIA- Kopratasa [M.Nasir & Kopratasa]

Mungkin ramai yg tertanya kenapa saya pilih Mulia (Kopratasa) bukan Sekarang Dah Jadi (SM Salim). Ini ada Album terbaik bermakna ia meliputi semua except..seperti konsep, lagu, suara, lirik dan kepelbagaian muzik…."Sekarang Dah Jadi" hanya mengabungkan semua arits popular seperti AMY, M.Nasir & Shiela Majid (Itu adalah utk tujuan komersial) dan seperti kita ketahui undian AIM berdasarkan pada teknikal mungkin ini akan lebih memihak kepada Mulia.

Oh ya satulah mungkin kita terlupa penerbitnyersapa lagi kalau tak M.Nasir dan Sekarang Dah Jadi Pula …..biasalah Pak Ngah….


9. ALBUM NASYID TERBAIK
1st Choice: EPIK- Rabbani [Edry, Ustad Sohibul, Archie ]
2nd Choice: Gema Alam- Raihan [Farihi Abd Fatah, Abu Bakar, Nazrey]

Yang nie saya was-was sebab tak dengar keselurahan albumnya. 50-50 kepada kedua-duanya. Mereka ada kekuatan masing-masing. Tapi peluang lebih memihak ke Epik - Rabbani kerana mengambil konsep World Muzik.


10. HARD ROCK
TAK TAHU....

11. POP ROCK
1st Choice: SATELIT INK -OAG [Paul Moss, Luke, Mason, Grey]
2nd Choice: Simbiosis – Ella [Ajai, Edrie Hashim, Fauzi Marzuki]

Disini pertarungan tiga penjuru ELLA, EXIT & OAG
Ella – suaranya sememangnyer powerrrr (lagu Simposis meletup, lirik pun ok), dia hanya menyanyi
Exit - mereka nyanyi, suara powerrr, muzik buek sendiri tapi konsep lagu macam lagu lepas-lepas je tak ada pembahruan.
OAG- mereka boleh nyanyi, suara ok , muzik buke sendiri dan menghasilkan konsep baru.

12. ALBUM POP

1st Choice: MIMPI PUN SAMA – Sara [Adit Alfian, Ajai, Along, Azlan A.Hassan]
2nd Choice: YUSRY- Yusry [Edry Abd Halim]

Sini jugak pertandingan 3 penjuru
EMAS - aku bukan tak suka CT tapi album EMAS tak mempunyai kepelbagaian. (Mungkin sebab itu CT memcuba lagu berbeza dlm Persisita Seni). Lemah dari segi susuan muzik & lirik. (Cuma Lagu Bukan Cinta Biasa yg mempunyai kelainan dari segi melodinyer )

Yusry – Kita semacam terlupa pada nya tetapi album ini boleh membuat kejutan kerana mempunyai pembaharuan dalam muzik pop dan ini akan membuat para juri berfikir 2 kali.

MIMPI PUN SAMA – Muzik yg berbeza tetapi masih menepati cita rasa pendengar (teknikal dan komersial bergerak secara seiring). Satu album yg mempunyai kepelbagaian muzik, penerbit yg berkaliber dan penyanyi yg boleh membawa banyak rentak muzik . Imej juga telah bertukar – lebih focus kearah rambutnya dari hidung nyer.

13. BEST SONG OF THE YEAR
1st Choice: Lagu:- Seloka Cak Kun Cak,
Penyanyi:- SM Salim & M.Nasir
Muzik Arragement :- M.Nasir
Lirik:- Seth

2nd Choice: Lagu:- Gerhana Kasih
Penyanyi:- Nora
Muzik Arragment:- Azlan Abu Hassan
Lirik:- Johan Nawawi

SORRY SAYA TERTINGGAL YG NIE ---BESOK SAYA TULIS BALIK


14. SUSUNAN MUZIK DALAM LAGU
1st Choice:- MEDLEY EPIK – King Shah [Metalasia]
2nd Choice:- BUKAN CINTA BIASA – Aubrey Suwito [Siti Nurhaliza]

MELEDY EPIK adalah satu evolusi didlm muzik rock….saya pernah dengar muzik ini…kalau tak silap aku lagu nie pernah dinyanyikan secara berduet antara Metalasia & Ning Baizura meremang bulu roma…it’s like a soprano muzik . Kalau u all nak dengar lagu yg betul-betul teknikal muzik this is it. Power giler….oh ya lagi satu nie bukan muzik rock biasa tau …It’s a klasikal muzik …ala macam muzik morzat tapi di rock/modenkan. Aku memang tabik spring on this pic dan aku tak sangka Malay musician can create this kind of muzik.

Bukan Cinta Biasa juga mempunyai nilai teknikal yg bagus. Lagu nie betul padan dng suara lemak CT. Bila mendengar CT menyanyikan lagu nie saya membayangkan seekor burung yg sedang menyanyi di sebuah taman yg indah bersama dng alunan air dan angin. Tanpa muzik yg berat dan hanya mempertaruhkan suara siti sudah cukap membuatkan saya terlena dibuai mimpi.

KATA-KATA SAYA

Pemilihan saya hanyalah berdasarkan kepada beberapa faktor yg saya rasa perlu utk mencari kuliti product (bukan berdasarkan kepopularan seseorang) diantaranya:-

Artis Baru :
Kita mesti mencungkil bakat yg ada pada mereka, kita memerlukan artis yg serba boleh. Artis tersebut mesti mempunyai sebanyak bakat utk dipertontonkan seperti menyanyi, berlakon, menulis lirik atau seseorang yg mempunyai idea yg berbeza dari org lain.

Vokal Album Terbaik :
Seorang penyayi yg mempunyai kepelbagaian dari segi vokalnya, beliau mesti mampu menyanyikan apa juga rentak lagu. Kita selalu keliru diantara bakat yg dianugerahkan atau bakat yg dibentuk melalui pembelajaran. Saya suka penyanyi yg menpunyai bakat yg dianugerahkan tetapi disamping itu masih belajar utk memajukan diri. DiMalayisa ramai penyanyi mempunyai bakat yg dianugerahkan tetapi malas utk memajukan diri sebagai contoh .....Jamal Abdillah, Sharifah Aini, Asyiah tetapi mereka takut utk berevolusi dan jadilah mereka penyeri seni sahaja. Berbeza pula seperti Ning Baizura, Camelia, Dayang Nurfaizah mereka tidak mempunyai bakat .....tetapi mereka mengasah bakat mereka, belajar sedaya upaya menyayi dan kekadang mereka menjadi penyayi bermusim.....


Penyanyi versital adalah seseorang yg mempunyai bakat semula jadi tetapi dicampur dng berbagai teknik kemahiran (itu yg kena pi belajar tu ), berusaha utk maju kehadapan seperti Anita Sarawak, Sudirman dan Siti Nurhaliza masih didalam pembikinan (beliau agak sukar menyanyikan lagu berentak koir, R&B, soul atau pun world muzik). Sarah pula menjadi pemakin penyanyi generasi baru yg boleh berelvosi, walaupun tidak mempunyai package(rupa) seperti Misah tetapi beliau mempunyai suara kepelbagaian. Beliau boleh menyanyi R&B, PoP dan Etnik.


ALBUM TERBAIK:
Ramai yg keliru tentang Anugerah ini...Ramai yg menyangka bahawa pemilihan akan berdasarkan kepada popularti seseorang artis, laris jualannya album ataupun disebabkan ada diantara lagu didlm album itu meletup.

Bagi saya album terbaik mestilah berdasarkan kepada kualiti produk itu sendiri....SEMUA faktor mesti diambil kira seperti lirik, vokal penyanyi, muzik arragement, kepelbagaian muzik didalam sesebuah ALBUM tersebut. Kita memerlukan penerbitan seperti albun HIJAU sebagai contoh.


BEST SONG OF THE YEAR:
Sama jugak dng ketogeri ini, kita tidak boleh menganggap yg kalau lagu tersebut sudah meletup atau menang beberapa anugerah ia sudah boleh dinobatkan sebagai "Best Song of The Year", semua aspek perlu di ambil kira seperti liriknya, muziknya yg berbeza, penyanyi yg boleh membawakan lagu tersebut dng baik dan muzik arragmentnya yg mempunyai standard kerana kita tahu AIM di tubuhkan utk mencari produk yg kualiti bukan kepopularan.

SUSUNAN MUZIK
Sebenarnya bagi saya anugerah inilah yg paling sukar sekali utk diadili…..Sebuah muzik yg bagus adalah muzik yg boleh didengar oleh semua golongan masyarakat. Tidak ada maknanya jika muzik tu very good in technical tetapi tidak boleh diterima oleh para pendengar. It has to be in balance.

Akhir kata..saya pun bukan lah begitu pandai dalam bidang muzik (ini cuma ulasan bangang saya yg tidak seberapa) tetapi diharap dng wujudnya AIM ini dapatlah memberi sedikit ruang kepada karyawan utk menghasilkan karya yg bermutu disamping meng “educate” pendengar di Malayisa. Dan diharap AIM akan menjadi "bench mark" utk karyawan kita menghasilkan lebih banyak permata daripada intan di masa hadapan.



P/S: sorry kalau ejaan dan bahasa saya tidak ada "quality" ...kerana saya bukan "technical" writer...


:: APA KATA MEREKA
+ Harian Metro

No comments: