Tuesday, April 27, 2004

Puteri Hang Li Po

:: What History Said About Her
+ Puteri Hang Li Po-"Ode Persahabatan China & Melayu"
+ Real identity of her??





:: Pendapat Lela
Saya tak pandai nak mengulas tentang teater...atau mungkin juga saya tak ada mood utk semua nie. Akan ramai pengulas yg akan menkupas inti pati teater ini....saya mungkin kalau saya terjumpa akan linkkan nanti disini.

Nasihat saya kepada sesiapa yg ingin berjinak dng sebagai teater bertemakan sejarah, perlulah membuat sedikit homework sebelum pergi menonton tetapi pesan saya lagi tolong jangan berangan yg ceritanya sama seperti yg kita impikan didlm minda kita. Ianya tidak adil kepada pengarah kerana dia tidak dapat meng"scan" setiap ilusi para penontonnya. Amat sukar menerbitkan sesuatu produksi tentang sejarah kerana setiap org mempunyai bentuk ilusi mereka sendiri kerana peristiwa tersebut telah pun berlaku. Disinilah terletaknya kepakaran seseorang pengarah utk mengadun sejarah dan cita-rasa penontonnya.

Saya suka teater ini bukan krn produksinya, muziknya ataupun tariannya tetapi lebih kepada hasrat dan nilai bangsa yg ingin diluahkan.

Dari dahulu bila pabila saya membaca sejarah perkara selalu dikotak minda ialah dng mengambarkan Raja Melayu adalah seorang Raja yg sombong, bongkak dan womenizer tetapi setelah menonton filmbaru saya tahu rupanya Raja Melayu mempunyai keperbadian yg amat tinggi. Telah pun dicatatkan bahawa bukan kehendakan sultan sebenarnya yg ingin berkahwin dng ramai wanita tetapi ianya semacam cara dizaman itu utk menjalinkan perhubungan diplomatik yg lebih akrab.

Sultan Melayu ketika itu juga sungguh pintar dlm hubungan diplomatik...beliau juga sebenarnya tidak tergesa-gesa berkahwin dng wanita asing....beliau menyuruh Hang Li Po belajar cara hidup Melayu terutamanya adat istiada melayu. Hang Li Po juga di beri masa utk membuat keputusan sama ada ingin berkahwin dng Sultan Mansor Shah.

Org Melayu juga digambarkan didlm teater ini sebagai bangsa yg mempunyai watak yg sungguh pemurah, berfikiran tajam dan mempunyai banyak tipu muslihat.

Sebenarnya banyak pelajaran yg saya dapat kutip di Teater Puteri Hang Li Po jika mahu kita menjadi bangsa maju dan ternama semula. Apa yg perlu kita lakukan cumalah mengikut resam padi dan Biar kita diam-diam ubi, lama-lama berisi.

Ada seorang sahabat bertanya apa perlunya Kerajaan China yg begitu kuat ingin menjalinkan hubungan dipomatik dng Kerajaan Melayu. Bagi saya Kerajaan Ming begitu tertarik dng Kerjaan Melayu bukan kerna kekuatan ketenteraan tetapi lebih kepada keperibadian Sultan dan Pembesarnya Melaka. Tun Perpatih Putih yg dihantar ke Negeri China sebagai Duta ketika itu telah menujukkan kebijaksanaan, kemurahan dan kelicikannya.
....bersambung

::Sinopsis Teater Puteri Hang Li Po:: Hang Li Po, puteri dari Dinasti Ming telah dibawa ke negeri Melaka lalu terjalin sebuah perkahwinan siasah antara Sultan Mansur Shah dan si tuan puteri, Hang Li Po. Ia menjunjung semangat percintaan yang kukuh, nilai persahabatan yang erat dan semangat kecintaan. Hang Li Po mengimbau sejarah hubungan Kerajaan China dan Kesultanan Melayu.

Sebuah ilusi daripada kisah sejarah Persahabatan Maharaja China dengan Kerajaan Melayu Melaka.
Demi mengeratkan persahabatan antara China dengan Melaka yang baru berputik dan kerana tertarik dengan kebijaksanaan Sultan Melaka, Maharaja Cina menitahkan puterinya Hang Li Po dihantar ke Melaka sebagai isteri Sultan Mansor. Secara rahsia Puteri Hang Li Po bercinta dengan Laksamana Ming You, yang kebetulan dilantik menjadi utusan menghantar Puteri Hang Li Po ke Melaka. Antara cinta dengan tanggungjawab kepada negara, Laksamana rela mengorbankan kasih sayang dan melepaskan Hang Li Po pergi walaupun dituduh tidak setia. Sebagai menurut perintah ayahandanya dan kerana marahkan Laksamana Ming You yang tidak sanggup menyelamatkan cinta mereka, Puteri Hang Li Po bersetuju ke Melaka dengan harapan dapat mengelakkan perkahwinan diraja itu apabila berterus terang dengan Sultan Melaka.

Apabila sampai di Melaka, Puteri Hang Li Po telah mendapat layanan istimewa daripada rakyat dan Sultan Melaka yang berkeperibadian tinggi. Keadaan itu menyedarkan Puteri Hang Li Po bahawa kedatangannya ke Melaka adalah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dan melaksanakan amanat ayahanda dan bonda untuk menjalinkan hubungan antara dua negara. Beliau Kemudiannya benar-benar mengorbankan cintanya pada Laksamana Ming You dan bersetuju menjadi isteri Sultan Mansor. ::Credit to Istana Budaya




:: What People / News Said About The Teater??
+ The Star
+ Bernama
+Agenda Daily

No comments: