Monday, April 19, 2004

Al-Fatihah

::Perginya takkan kembali


Pagi tadi selepas sarapan dapat panggilan mengatakan adik sepupu sebelah ayah telah meninggal dunia ketika memanjat Gunung Nuang. Mayatnya telah dibawa kehospital Kajang utk dibedah. Oleh kerana ianya tidak jauh dari office aku di Mines aku pun pergilah menziarahi bapa & ibu si-mati.

Respek gila dng pakcik & makcik aku ..setitik air mata pun tak tertumpah, begitu tabah dan sabar mereka menghadapi keadaan nie.

Mayat akan dikebumikan di Kluang, Johor lebih kurang 11.00 malam nie. Semoga rohnya bersama org-org yg saleh.

Harian Metro: Ajal Gunung Nuang
The Star: 20 students stranded at Gunung Nuang

::Disebalik Kisah Nuang
Sewaktu di hospital Kajang, aku dapat bercakap dng guru "abang". Dia menceritakan saat akhir "abang" digunung Nuang.
Semasa kumpulan abang hendak turun kekaki gng Nuang..abang ternampak 2 ekor anjing putih..tetapi rakan yg lain tidak pula terserempak dng anjing tersebut. Selang beberapa min selepas abang menegur anjing tersebut tiba-tiba abang terkena sawan lalu jatuh...dikatakan mulut abang mengeluarkan darah (mungkin dia tergigit lidahnya)....guru nya terus turun ke kaki bukit untuk mendapat pertolongan...dikatakan semasa itu abang masih bernafas.

Para penyelamat menggunakan 4-wheels utk ke kawasan abang tetapi entah macam mana ...roda 4-wheelsnya tersekat didalam lumpur dan telah menghalang kenderaan lain utk kesana...disebabkan itu ahli bomba terpaksa berjalan kaki ke tempat kejadian. Dan yg lebih mengharukan ahli bomba pula tersesat...mereka tidak jumpa kumpulan abang. Dikatakan pasukan penyelamat terpaksa berlegar-legar lebih kurang 2 jam utk ke tempat abang sedangkan perjalanan sebenar dari tempat 4-wheel tersekat ke tempat abang cuma mengambil masa 15min berjalan kaki.

Dan pasukan peyelamat gagal meyelamatkan abang...dikata kan semasa mereka sampai abang meghempuskan nafasnya yg terakhir.

1 comment:

adly said...

Salam. Syukur akhirnya sy jumpa waris terdekat arwah. Serba salah bila sy tidak menceritakan hal sebenar yg berlaku pada arwah.

Sy kenalkan diri sy, saya adly. Sy yg terakhir bersama arwah. Demi allah sy sahaja yg bersama arwah pada waktu kejadian.

Sy mohon maaf kerana mengambil masa terlalu lama utk tampil. Sy mencari dan baru skrg sy jumpa.

Berita yg dihebahkan ada yg betul ada yg salah.

Sy tidak ada niat apa2 selain nk menceritakan hal sebenar krn sy masih tidak boleh lupakan selepas kejadian waris ibubapa arwah ingin berjumpa dgn pelajar yg terakhir bersama arwah. Tapi syg pada waktu itu sy tidak dibenarkan tampil oleh pihak atasan.

Sy bersedia utk berjumpa ahli keluarga arwah. Demi allah bukan utk mengungkap kisah lama. Tapi hanya ingin menjelaskan keadaan.

Boleh email sy di sulzergpack@yahoo.com