Di bumi mu ini
aku tunduk
memohon setitis kasih
dari mu ya tuhan ku
di bumi mu ini
aku manusia hina
memohon keampunan
dari kasih syurgamu
aku tahu
aku bukan kamil di hati mu
tapi ku pohon lindungan rahmat mu
ya allah tuhan yang telah
mencipta ku sebaik baik mahluk
di bumi mu ini
aku tegak berdiri
melangkah onak dan ranjau
untuk menjadi
manusia yang telah kau janjikan
YA ALLAH TUHAN SEBESAR ALAM
maafkan aku dari dosa dosa ku yang lalu
aku sedari aku manusia yang hina
tidak layak menjejak kaki mahupun mencium bau syurga mu
tetapi ya Allah tuhan yang mencipta ku dari air yang busuk
aku jua tidak mahu kau campakkan aku ke neraka ku
lindungi lah aku kerana kau sebaik baik pelindung yang aku ada ...
No comments:
Post a Comment