semua di gaul bersama
tanda rezeki dari semua arah
di gaul bersama keluarga
untuk mendapat berkat
setia sekata ... makan bersama
sikit sama di cecah
banyak sama dilapah
tu pepatah orang lama
pulang dari rumah orang kawin kami terus menuju ke bandar melaka ... ada jemputan makan besar bersama sama saudara cina saya di sebuah restoren veg. mmmm this is my second time to attend this kind of dinner ... saya dan suami pun sama sama mengaul siau pau (betul ke nie?)tanda rezeki dari semua arah
di gaul bersama keluarga
untuk mendapat berkat
setia sekata ... makan bersama
sikit sama di cecah
banyak sama dilapah
tu pepatah orang lama
satu pengalaman yang menarik .. dan suami saya menyukai nyer ... maybe tahun depan boleh join lagi ... heheheheh
kadang kala bila balik sekali sekala rasa seronok lah jugak ... ya lah penuh dengan aktiviti ... saya memang suka sambil melancung sambil pi melawat sedara mara atau rakan rakan ... i had a good time kali nie ... berjumpa dengan sanak saudara yang dah lama tak berjumpa ... tengok semua dah besar besar ... terasa tua lah pulak ... bila sekali sekala balik jumpa semua sedara memang seronok rasa macam tak nak balik tapi biasalah sehari dua suka lah kalau dah tiap hari mesti bau busuk kan ... hehehhehe
di bandar melaka pula bertemu dengan saudara saudara cina dan kami sama sama meraikan malam tahun baru cina ... kali nie sepupu ku tempah tempat kat resotren ... tak makan kan rumah .. ya lah takut suami kita tak selesa ... sambil makan sambil bercerita .. tapi biasalah habiskan makan yang terlampau banyak sampai tak sempat dan bercerita dah jadi macam maraton lah pulak ... hehehehhe bila makan besar di melaka tak terasa jangal sangat sebab ramai orang melaka yang kawin campur so di meja sebelah ramai jugak isteri pakai tudung bawak mak pak pakai comsam pi makan malam ... di meja belakang pulak satu family india dok makan beramai ramai ... so tak lah suami ku terasa janggal ... dok tala je lah... one good thing they dont serve any pork or beer in the resotren .. agak selesa...
No comments:
Post a Comment