Thursday, January 24, 2008

ANGIN!!!

Mungkin kerana aku telah berada didalam kumpulan dimana kami di ajar akan menjadi yang terbaik dari segala segi ... membuat kan aku kadang kala tidak dapat menerima budaya rakyat malaysia.

Antara budaya rakyat malaysia terutama orang kita adalah sikap "careless"... sikap lantak saja lahhhhh... tidak cuba untuk membuat yang terbaik ...

Sudah hampir dua bulan rambut ku tidak bergunting... sudah agak panjang dan ianya merimaskan. Maka aku pergi ke kedai gunting yang sering aku kunjungi... aku mempunyai satu sikap iaitu setia kepada yang satu ... tidak kira ... tukang jahit ku kalau boleh hingga ke akhir hayat ... begitu juga tukang rambut, begitu juga kedai buku, kedai makan dan lain lain ... jika aku sudah menyukai nya aku akan setia... mungkin kerana aku jenis yang tidak suka pergi try & errea kerana aku takut nanti rosak baju ku ... rosak rambut ku.

Tetapi nampaknya aku perlu menukar cara hidup ku .. tidak lagi setia kepada yang satu kerana di zaman sekarang ... apabila kita menunjukkan kesetiaan ... mereka merasakan bahawasanya kita sudah tidak punya tempat lain untuk di tuju...

tadi aku kekedai rambut yang sering aku kunjungi... mula mula aku mengenali hair dresser ku ianya cukup bagus ... rakan rakan sering memuji rambut ku ... tetapi setelah hampir 6 bulan aku setia kepada nya dia mula membuat hal ... dia merasakan keputusannya adalah yang terbaik ... hari ini aku naik angin ... aku sanggup menunggu beliau hampir 1 1/2 jam untuk memboleh kan rambut ku di potong tetapi ... tak sampai sepuluh minit dia mengunting rambutku .. dan katanya aku sudah cukup anggun ... aku bukan ingin angun tetapi ingin selesa .. dan akhirnya sampai dirumah aku sendiri yang mengolah kembali rambut ku agar tipis dan selesa bagi aku yang sudah kesibukannya.... mmmm..nampaknya aku perlu mencari tukang rambut yang baru!!!!!

Itu kisah tukang rambut ... kini kisah tukang jahit ku pula ... cerita pasal kisah tukang jahit jantungku boleh gugur dan darah ku boleh mencecah 120bph .... aku pesan aku nak pakai raya puasa ... dah 2 hari raya baju ku belum siap lagi ... begitu juga aku pesan nak pakai raya haji .. semalam baru baju ku didepan mata... a

belum lagi kisah rakan rakan ... belum lagi kisah adik beradik ... semuanya membuat kan darah ku naik hingga ke langit ke tujuh !!!! tapi aku merasakan tahap service rakyat malaysia memang hancus ... janji dan professiolsima sangat teruk!!! kerja sambil lewa ... tengok saja services dikauter tak kira di pejabat kerajaan, bank dan swasta semuanya macam s!@L. kita cuma tahu nak cuti cuti cuti ... gaji nak besar ... setiap tahun mesti nak bonus tetapi mutu kerja macam taik!!!.

Wednesday, January 23, 2008

MENCARI SAHABAT HAKIKI

Maaf kerana terlalu lama tidak menulis. Tahun ini hari-hari begitu cepat berlalu. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Beban kerja agak berat membuat waktu terlalu suntuk sentiasa. Tidak lagi seperti 2 tahun yang lalu dimana masa dan waktu boleh di catur dengan begitu teliti sekali. Kini dengan beban yang mencabar waktu makan dan tidur juga menjadi percaturan.

Sebulan ini setiap hujung minggu di office. Waktu pejabat juga semakin panjang... kadang kala waktu bekerja mencecah 12 hingga ke 17 jam sehari. Yang pasti kenikmatan dan kepuasaan bekerja dicari. Banyak perkara baru yang dipelajari.

Syukur kepada Tuhan yang Esa kerana mengkabulkan permintaan untuk menjadi warga dunia - "world citizin"... bergerak pantas mengejar kerjaya.

2 minggu lepas ketika waktu rehat saya be kejaran ke bank untuk membuat beberapa urusan peribadi dan alangkah bertuahnya saya kerana dapat berjumpa dengan A.Samad Said. Orang nya begitu peramah dan baik sekali. Sayangnya saya tidak ada kamera untuk mengabdikan saat yang begitu berharga ... ya ketika pulang ke pejabat menaiki lrt, saya tersenyum sepanjang masa...berjumpa dan berkata-kata dengan seorang yang begitu ternama ... membuat saya berasa sangat kerdil tetapi membahagiakan.

Sejak akhir-akhir nie saya mula memikirkan tentang nilai persahabatan ... ketika ini saya merasakan semakin sukar untuk mencari sahabat yang begitu memahami ... atau mungkin saya yang tidak memahami mereka!!!!!!...

Tuesday, January 01, 2008

Selamat Datang 2008

Saya sudah tidak ghairah untuk menyambut New Year. Memang dulu dulu pun memang tak pernah menyambutnyer. Cuma dulu seronok lah ada resoulation. Tapi yang kelakarnya tahun nie terjerat jugak menyambut New Year Eve. Pada mula nya kami tidak mempunyai apa apa perancangan tiba-tiba si-Ren call

" Dear,u teman kan i pi tengok wayang ya!!"

"HA!!! dah pukul berapa nie dah kul 6.30 kenapa tak cakap awal awal"

"Please, i need a break"

"Ok ok kita tahu u miss your hubby.... " last last pi jugak lah teman kan dia pi tengok wayang.

Dia jemput kita lebih kurang pukul 8.10mlm. Masuk dalam kereta dengan muka kegembiraan dia mengumumkan " I tempah cerita Alvin and the Chipmunks kat Pavalion di bukit bintang"

"What bukit bintang!!!

We arey in the heart of the celebration ... habis movie kul 11.30.. we were at the road in bukit bintang - lautan manusia bergerak entah kemana!!! hu i'm to old for the celebration beb!!! last last tepat kul 12.00 both of us (pretty and sweet lady) in front of Lot 10 ... stuck in the jam sambil melihat bunga api. We reach home 3.00 am sebab jemmmmmmm!! nasib dapat suami yang understanding and hope this will be the last ... rasa seriau tengok budak muda muda tanpa orang tua bergembira di tengah tengah lautan manusia. yang menari menari, yang bernet net tanpa segan silu, yang tanpa baju jangan cerita lah semua dah kepanasan kot .. yang mak arab yang dah tak berjubah jangan ceritalah lagi... macam macam .. mana lah bumi nak tahan... tu yang dok meletup je ... manusia sudah lupa pada asas kehidupan!!

Sudah 2 minggu saya bercuti... membereskan segalanya - tapi ada jugak yang tak settle... seperti nak pi buat account tabung haji , kasut pun tak pi betulkan ... adakah 2 minggu tidak cukup untuk menyelesaikan segala urusan peribadi!!! Tapi ok lah jugak ... 2 weeks on holiday ada beberapa benda yang telah berjaya dilangsaikan etc, i went down to the southern, hampir 20 tahun tidak keselatan ... membuat kita merasa jakun sekejap ...

Kita tukar cat pintu rumah kita yang berwarna merah seperti rumah bomba kepada warna putih!!!. Sebabnya kita baca fung shui - 2008 warna merah pantang besar terutama pintu yang mengadap ke barat .. jangan tak tahu itulah rumah kita berpintu merah mengadap barat !!! Terus kita pi beli cat yang jadi mangsa nya siapa lagi kalau tak abang kesayangan. Dia kena mengcat seluruh pintu ... we had 5 doors in the house... heheheheh and re-paint my room... yalah bilik tidur kita sejak pindah 6 year ago tak pernah dicat ... maka proses mengcantikannya harus dilakukan!!! dan ada lah a few things lagi seperti menjahit butang baju dan yang koyak sikit sikit..

I bought a few cd which i had miss kerana kesibukaan... so sambil sambil dok jahit dan mengosok i watch the movie - bercuti pun kena buat benda 2 in 1. Tak lupa lah jugak beli 2 new books for reading - Ranjau Sepanjang Jalan dan Memoir Shamsiah Fakeh .


So 2008 have arrived, besok kita akan masuk office dan memulakan tugas yang baru di jabatan yang baru. Hope i will cope with the system and people!!! Tahun ini kita nak sambung belajar dah dua tahun cuti eloklah sambung semula. Ohh ya kerana dunia semakin kecil dan tanpa batasan .. my next target is to be World Citizen!!! Lagi apa ya .. I have to take care of my kesihatan.. kena diet dan banyak bersenam !!! ... and kena menyimpan .. tak boleh boros boros !!!! To all out there .. happy new year !!!

Tuesday, December 25, 2007

SALAM DARI KOTA SINGA


GELANG SI-PAKU GELENG

GELANG SI RAMA RAMA

PULANG MARI LAH PULANG

MARI LAH PULANG BERSAMA-SAMA

Saya baru pulang dari Kota Singa atau nama lamanya Temasik. Sudah hampir 20 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke kota ini dan ianya semakin cantik dah damai disana. Sebenarnya perjalanan saya kali ini tidak dirancang. Mulanya saya hanya ingin ke Johor Bharu melawat bapa saudara yang tidak sihat. Entah mengapa terdetik hati ingin membawa passport antarabangsa. Sampai di Johor Bahru, saya mendapat tahu bahawa adik kepada arwah nenek saya tidak beberapa sihat. Beliau sudah berumur 83 tahun dan telah disahkan mengidap kanser paru paru di tahap ke-4. Tidur semalam di Johor Bahru, paginya saya bertolak ke Temasik. Dan jangan tak tahu saya cuma ke sana berseorangan. Tanpa di teman oleh sesiapa pun !!!!! Pak Long di Johor menelefon untuk memaklumkan kedatangan saya ke Singapura dan ketika itu saya sudah pun dalam perjalanan ke pulau yang dijajah. Bertolak seawal 9.00 pagi dan saya sudah berada dirumahnya kira-kira jam 10.3o. Yang kelakar satu Malay dan Singapura tahu akan kedatangan saya. Datuk yang menghebahkannya. mereka seakan tidak percaya yang saya boleh kesana berseorangan tanpa ditemani sesapa setelah 20 tahun tidak menjejakkan kaki disana (kali terakhir saya ke sana saya cuma berumur 10 tahun). Sepupu saya mengelarkan saya Super lady from Kuala Lumpur... hahahahhahahahah!!!! Ya wanita KL wantia yang berani !!! Satu rekod peribadi !!!! Syukur kerana saya sampai di negara asing tanpa sebarang masalah. Uncle teksi berbangsa Cina pun sungguh baik hati... saya ingat kan orang cina di singapura "kia su"nya teruk tetapi mereka amat baik dan mengambil berat. Uncle itu tahu yang saya berkelana seorang diri dan telephone bimbit saya tidak boleh digunakan maka dia menelefon datuk dan menemani saya sehingga kedepan pintu rumah. Saya rasa orang malaysia pun belum pernah melakukan perkara begitu terhadap saya.





Saya tidur dua malam di Kota Singa. Menyambut hari Natal disana sungguh meriah sekali terutama di Orchard Road yang dihiasi dengan lampu dan pokok krismas. Ya mengingatkan saya ketika saya kecil, setiap tahun saya akan ke Orchard Road bersama arwah makcik untuk melihat api dan pokok, kenangan itu tidak akan saya lupakan sehingga ke akhir hayat. Saya juga pergi melawat beberapa saudara yang sudah lama tidak ketemu di Gelang Serai dan kemudian nenek dan datuk membawa saya pergi membeli belah disekitar Pasar Geleng. Saya masih ingat arwah makcik selalu membawa saya makan lontong disini. Kami juga ke makam haji noh untuk melawat tempat dimana seorang wali dikebumikan- tempat ini tidak pernah saya lawati dan ini adalah kali pertama saya kesini - saya ada bernazar jika saya punya wang dan pekerjaan yang baik saya akan datang ke makam ini untuk mensedekahkan sedikit wang dan doa.



Nenek juga membawa saya jalan-jalan di Bugis Street dan Kampung Melayu. Sungguh malang saya tidak membawa camera bersama. Saya membeli beberapa helai kain batik kerana membeli kain batik di singapura adalah satu kenangan yang mengusik jiwa. Arwah nenek dan ibu saya akan membeli berkodi kain batik bila datang ke Singapura untuk dibawa pulang ke Melaka. 30 tahun yang lain membeli kain batik berkualiti baik cuma boleh didapati di Singapura. Cuma saya tidak dapat mencari beberapa pasang kain kapas yang bermutu tinggi kerana kedai nya agak jauh. Nenek janji bila saya datang kali kedua, kami akan memborong kain kapas bermutu...huhuuhuuuuu.. ya kain kapas dan kasa rubiah juga sebati dengan keluarga kami. Ketika kecil, saya tidak mengenali kain lain selain kapas dan kasa rubiah. Apabila hari raya arwah nenek atau ibu akan membuatkan saya baju kurung dari kain kapas yang dibeli disana.




Nenek yang saya lawati nie tinggal berdua bersama suami, anak anaknya semua sudah duduk berasingan, mereka telah berusia hampir 83 tahun dan masih hidup secara independent walaupun sudah menghidap penyakit kanser. Kalau kita di malaysia kanser tahap 4 pasti sudah terlantar di katil. Tetapi kekuatan nenek sungguh mengkagumkan, nenek masih mengemas rumah - kebersihaan rumahnya jangan dicerita - kalah orang muda, nenek boleh berjalan kaki dan naik bas tanpa dipimpin oleh sesiapa. Ketika tinggal nenek membeli Lotong untuk bersarapan, Nasi lemak Singapura makan tengah hari dan nasi ayam penyek untuk makan malam. (nasi mereka macam pulut ... rasa mual bila makan terlalu banyak)








Kota singa ini tidak seperti yang saya bayangkan 25 tahun yang lalu. Kota ini sudah menjadi kota dewasa dimana bangunan lama dan baru disatukan dan dijaga rapi. Warga tuanya sangat independet - walaupun berumur tetapi tahap kesihatan mereka sungguh mengkagumkan. Bayangkan nenek dan datuk saya sudah berumur 83 tahun masih larat turun naik bas dan berjalan kaki sepanjang petang - sampai kan saya yang mengalah ingin pulang. Sepatutnya mereka ingin membawa ke pulau sentosa keesokan harinya tetapi saya menolak. hahahhahahahahah. Yang saya perhatikan kerajaan singapura sedang pesat menananm pokok di seluruh pelusuk pulau ... tak kira ada tanah lapang mereka akan menanam pokok. Kerajaan nya juga mengalakkan rakyat tidak merokok mengamalkan budaya hidup sihat dengan tidak mengemokkan badan... mengunakan perkhidmatan awam secara effective dan saya sudah mula melihat warganya terutama mat salleh dan orang kaya dikalangan warga cina sudah mula berbasikal dibeberapa kawasan disekitar pulau tersebut.


Yang pasti saya akan kembali semula ke kota ini. Banyak tempat yang ingin saya lawati. Pulau Sentosa dan masjid yang paling lama di kota temasik antara tempat yang akan saya lawati. Mungkin kali kedua ini saya akan menentap lebih lama lagi ... mungkin seminggu !!!




Saturday, December 22, 2007

H-E-B-E-R-N-A-S-I



Saya sudah mula bercuti - menghabiskan cuti tahunan yang tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Bermula dari 20 Dec hinggalah ke 1 Jan 08. Saya akan masuk pejabat pada 2 Jan. Bestkan!! cuti bukan sebarang cuti ... cuti nak membereskan benda yang tertunggak. apabila saya masuk pada 2 Jan saya akan bertugas di department yang berbeza dan tanggungjawab yang lebih berat - kira macam naik pangkat lah .. semoga tahun 2008 akan membawa kemakmuran kepada saya, kerjaya, kesihatan dan keluarga.

So bila cuti panjang nie banyak lah idea idea yang pelik-pelik dah sampai. Tapi yang penting saya perlu settel kan benda yang sudah lama tertangguh. So kawan-kawan selama 11 hari ini saya akan menceritakan apa yang akan saya lakukan ...mesti bestkan dan jangan jelous ya!!!



:: 20 December 2007 - HARI KELUARGA





bila berkumpul gelak dan tawa

hilang segala duka nestapa

terikat kasih tersimpul mesra



Petang di hari raya haji rumah saya jadi titik pertemuaan untuk seluruh keluarga berkumpul. seronok lah pulak bila semua ada.. hilang rindu rasanya. menu saya simple saja .. sup tulang makan bersama nasi impit dan piza yang di order dari kedai ...heheheheheh. Selepas makan kami ada sesi bergambar kemudian nyer saya ada kan lucky draw. hadiahnya biasa biasa saja ... untuk buat suka suka memeriahkan suasana. Tak sangka lah pulak semuanya sporting belaka.

Tujuan saya lakukan ini semua kerana di hari saya ber HEBERNASI saya ingin mengeratkan siratul rahim bersama keluarga saya. Ya semasa kecil kami adik beradik kurang mesra. Mungkin atas sebab sebab yang tidak dapat dielakan ... ibu dan bapa saya sebuk berniaga maka kami adik beradik tinggal berasingan.. ada yang dibesarkan di rumah nenek seperti saya dan remy, ada pula tinggal bersama saudara dan ada pula yang dijaga manja oleh ibu. maka terdapat perbezaan peribadi pada setiap individu. Tetapi setelah semuanya matang kami cuba untuk give and take and it really works for us.

HARI PENGORBANAN

11 ZULHIIJAH HARI PENGORBANAN
KASIH ADAM DAN HAWA DIPERTEMUAKAN
IKRAR IBRAHIM DAN ISMAIL DIKOTAKAN
UMAT BERSATU DIKUMPULKAN

Hari Raya Adil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji disambut pada pada 11, 12 dan 13 Zulhiijah setiap tahun diseluruh dunia. Entah mengapa hari kebesaran ini tidak disambut secara meriah di pantai barat. Keluarga kami juga tidak memeriahkannya ... mungkin kami tidak menyembelih lembu atau kedua ibu bapa kami tidak pernah sampai ke mekah maka perayaan nie tidak disambut secara total.
Tetapi jika kita perhalusi hari ini lah hari yang paling besar dalam kelender islam kerana terdapat banyak peristiwa besar dan terbilang berlaku pada hari ini. Hari di mana Adam dan Hawa dipertemukan untuk pertama kalinya dibumi setelah mereka turun dari Syurga. Hari dimana umat Islam berkumpul disatukan untuk menyatakan keimanan kepada tuhan seluruh alam. Hari dimana Ibrahim dan Ismail diuji tentang ketaatan kepada sang Kahilq.

Kalau dulu hari ini saya cuma mengerti tentang cuti dan makan. Kini pengertiannya lebih mendalam. Saya cuba untuk memeriahkan hari kebesaran ini. Ianya semacam satu jihad untuk saya kepada keluarga dan rakan yang dekat dengan saya agar mereka mengerti dan menyambutnya dengan lebih besar dan meriah dari Hari Raya Puasa.
Saya dan suami masih bekerja pada hari Rabu dan ketika waktu rehat saya berlari seketika ke Petaling Street untuk membeli beberapa jambak bunga segar. Kali ini pilihan saya - Harum Sundal Malam dan Anggerik Putih untuk diletakkan di beberapa ruang sudut dirumah. Meletakkan bunga segar ketika hari kebesaran akan mengingatkan saya kepada arwah ayah. Ketika hayatnya setiap kali hari raya rumah kami pasti akan ada bunga segar menghiasi ruang tamu.
Saya pulang awal dari pejabat dan terus ke pasaraya untuk membeli barang barang keperluan membuat rendang dan sup tulang. Tahun ini disurau kawasaan kami tidak menyembelih lembu mungkin kerana ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing - ohhh ya saya dan suami memang tidak pulang kerana dia terpaksa bekerja keesokkan hari maka sebab itulah kami menyambutnya di kota lumpur sahaja. Nasiblah kota ini tidak pernah tidur. Membeli beberapa kilo tulang, daging, ayam dan bahan-bahan untuk membuat rendang agak mudah dan cepat. agak sedih juga apa bila mendengar takbir raya tanpa ayah, ibu dan sanak saudara.. kami terasa bagai kan di negeri asing.


Sampai dirumah, saya mula berperang...merebus tulang didalam slow cooker, merebus nasi impit dan memasak rendang membuat saya lupa tentang kesedihan. Yang pasti saya adalah "SUPER WOMEN" memasak untuk 50 orang tetamu bukan lah sesuatu yang mudah dan menambah satu lagi tugas iaitu mengemas !!. Dan akhirnya apabila aroma rendang memenuhi ruang dan ianya membangkitkan rasa kegembiraan dihari raya. Bagi saya, bukan ber-raya jika didapur tidak berbau rendang dan ketupat. Walaupun saya hanya dapat melabuhkan diri dikatil ketika jam sudah berdetik 3 pagi tetapi hati saya puas. Ya kerana saya boleh menabik dada mengatakan saya wanita sejati (heheheheheheh- perasaan lah nie)
Bangun pagi, suami rupanya sudah bangun lebih awal, membetulkan pokok bunga dan membasuh ruang depan..Pagi yang indah mentari bersinar terang tanpa awan hitam dari timur. Suara takbir dan takmid memenuhi ruang sejak dari subuh lagi. Agak pelik kerana sudah hampir 2 minggu bumi khatulistiwa ini dibasahi oleh hujan sehingga banjir disana sini tetapi hari ini mentari menampakkan diri, memanaskan tanah yang lembab, menyambut kedatangan hari yang sungguh istimewa. Itu tanda rahmat dan keredaan Sang Pencipta agar segala ibadat kepadanya dapat dilakukan dengan mudah dan selesa. Boleh kita bayangkan jika hujan berlarutan bagaimana kita mahu ke masjid ketika ini, bagaimana untuk meyembelih lembu-lembu ya!!! Ya Tuhan memudahkan segalanya !!! Itu tanda Rahmat dan Rahim.
Pulang dari solat sunat, kami menjemput jiran untuk bersarapan bersama-sama. Ianya akan lebih meriah apabila makan beramai-ramai., kesedihan akan berkurangan dan dilupai untuk seketika. Menunya - nasi impit, rendang, lemang dan kuah kacang. Suami makan dengan selera sekali. Petangnya pula keluarga saya datang melawat. Tahun ini agak meriah kerana seluruh keluarga beraya di Kuala Lumpur di rumah masing-masing dan telah bersepakat untuk berkumpul dan bersatu dirumah saya - ianya semacam Family Day lah pulak ... 20 orang semuanya, kak long - suami - anak-anak , kak wei - suami dan anak-anak, remy dan isteri, intan bersendirian kerana suaminya masih di sumadera bekerja, bang din dan kak aidah. Kami makan dan berbual sambil melihat gambar lama. Anak-anak buah bermain di bilik. Kami juga menonoton rakaman perkahwinan intan tahun lepas, bergurau senda dan usik-mengusik dan jika kedua ibu bapa kami ada ketika ini pasti mereka bahagia melihat kami bersatu bagaikan satu kesatuaan yang besar dan kuat. Ya inilah yang selama ini saya impikan. Diakhir pertemuaan, salam dan ciuman mengakhiri dan janji termertai - nanti bila ada masa kami akan bertemu kembali..

Malamnya pula rakan-rakan dan jiran tetangga datang melawat membuat hari raya kali ini sungguh meriah dah sangat bermakna bagi kami berdua. Semoga ditahun akan datang ianya akan lebih meriah dan menjadi titik pertemuaan untuk mengeratkan kasih sayang sesama saudara, janji dikotakan dan perpaduaan dipupuk.

Tuesday, December 11, 2007

MENYANYI





HARI KELUARGA DITAMAN RIMBA
MENYANYI BERSAMA KELUARGA
MENGERAT HUBUNGAN SESAMA SAUDARA

Sabtu yang lalu, syarikat tempat lela bekerja menganjurkan HARI KELUARGA di FIRM Kepong. Sebenarnya lela tak lah teruja sangat untuk menghadirkan diri tapi terpaksa pergi dan tunggu acara sampai habis sebab lela dan suami di paksa masuk pertandingan menyanyi ... bayangkan orang tua menyanyi ... mesti menang!!! ... kumpulan lela dapat tempat pertama ... hadiahnya wang tunai sebanyak 2 ribu ringgit. Lela dan kumpulan mendendangkan lagu sifu M Nasir - Tanya Sama Itu Hud-Hud. Sebab kami pilih lagu tu tema hari keluarga ada - Close to Nature ... senikata lagu tu ada cerita pasal binatang ....
Teman dan keluarga tanya buat apa dengan duit yang dimenangi .. duit tu kena bahagi dua so lela dapat seribu jelah (lela dan suami) ... yang penting duit tu nak beli koleksi cd m nasir untuk simpanan peribadi... yang selebihnya tak fikir lagi nak beli apa ... huhuuuuuuuu. Tahun depan yang pasti lela tak join ... ya lah bagilah peluang kepada yang lain ... kalau kami masuk nanti kempunan lah pulak yang lain lain tu ... hehehhehehehehe
Cerita pasal lagu M Nasir ... lela kelakar sungguh kerana apa yang lela dan suami faham tentang lirik yang ingin disampaikan menyimpang dari apa yang pengadil fikirkan. Lirik Tanya sama itu hud-hud mengisahkan seorang lelaki yang sedang dipangil oleh malaikat maut dan dikala itu datang lah dua malaikat untuk mengoda si lelaki tersebut ... so kami pun pakai baju satu hitam satu putih untuk mengambarkan seorang lelaki yang putih hatinya sedang dijemput oleh malaikat maut ... lela dan nieta pulak menjadi pari pari baik dan jahat untuk menyesatkan dan menyedarkan si lelaki tersebut ... tapi yang kelakar para pengadil dengan je lagu hud hud ingat suami lela jadi penjaga binatang , lela jadi rama rama, nieta jadi burung hud hud dan abang aran jadi beruang (hahahhahahahah!!!) sekarang baru lela paham mengapa sifu m nasir mengamuk bila orang tak faham apa yang ingin disampaikan terutama wartawan hingusan... sebelum lupa pengadil juga bukan calang calang tau ... burn AF1, Lukman S dan Vincent ...

Sunday, December 09, 2007

Disebelah timur, saudara kita sedang bertarung dengan bah dan bencana. Kita disini patut merasa bersyukur kerana tidak didatangkan dengan bencana yang begitu rupa. Tetapi jangan lah kita ingat bahawa Tuhan menurunkan bala kepada mereka. Mungkin tuhan sayang kepada saudara kita disana ... mungkin jika kita leka satu hari nanti bala yang lain pula akan datang ketempat kita.
Minggu lepas kita dikejutkan dengan gegaran di tengah semenajung tanah melayu. Janda Baik dan kawasaan sekitarnya bergegar ... dikatakan sehingga kehari ini pun penduduk disana masih merasakan gegaran tetapi tidak dilapurkan oleh pihak kerajaan kerana takut rakyat akan pinik ... Atau mungkin Roh lim goh tong sedang bertarung dengan penjaga kubur atau mungkin jin jin di gunung raya tidak diberi makan oleh waris waris ... hahahahhahahah.... atau mungkin lim goh tong ingin bangun semula ... huhuuuuuuu
Sejak pulang dari Langkawi lela tidak beteh untuk bersantai dirumah ... setiap minggu ada saja aktiviti ... demi tugas ... tak dapat nak mengelek ... syukurlah hari ini (ahad) dapat duduk dirumah ...mengemas dan memasak ... membasuh dan melipat ... hu banyak sunguh kerja yang perlu diselesaikan ... kadang kala ramai yang ingat kalau tidak mempunyai anak ... lebih mudah hidup ... tapi jangan lupa lela ada anak yang tak reti bahasa .. si-baby kalau dah mengamuk .. semua tempat di pancut nyer ... sakit je jiwa ... kalau anak manusia boleh lah di ajar pergi ke tandas atau pakai kan kain lampin pakai buang .. kalau dah anak kucing ... makin tua makin nyanyuk ... nak buang kesihan lah pulak ... mana lah dia biasa tidur di lantai ... makan di tong tong sampah ... nampaknya kenalah bersabar sehingga dia mati secara semula jadi ...
Seminggu selepas di langkwai lela ke kelantan kemudian berlatih menyanyi untuk hari keluarga di office ... nampak je mudah tapi nak jugak kena belajar menari sikit sikit .. nak pulak pi cari baju ... nak jugak pi cari lagu dan buat brain storming .. yalah dah alang alang masuk pertandingan mestilah bersungguh-sungguh .. kalau tak dapat nombor satu dapat no tiga pun jadi lah .. tapi nampaknya tak sia sia segala kesungguhan kami ... Semalam kami diumumkan sebagai JUARA ... kami membawa pulang piala pusingan dan wang sebanyak dua ribu ringgit ...hehehehhe banyak kan !!!!oklah tu sapa nak bagi .. ehehehehhehehe
hari nie ... lela cuma duduk bersantai dirumah.... bersarapan telur setengah masak ... makan tengah hari ikan bakar , cekodok ikan bilis untuk minum petang dan mc d untuk makan malam .... membuat sedikit facial dan menyental segala kotoran ketika mandi menjadikan hari minggu saya sungguh bermakna.

Monday, December 03, 2007

ATUR CARA SEPANJANG MINGGU

::PAGI DI PANTAI TOK BALI PASIR PUTIH KELANTAN ::





PASIR PUTIH TEPI PANTAI
OMBAK PUTIH BERKEJARAN
MENTARI TERBIT DI TOK BALI
AKU DAN DIA KASIH DI IKATI





:: MASKARA 5 ::



MALAM PEREMPUAN-PEREMPUAN?
MENCERITAKAN APA YANG TERPENDAM
DIRUMAH PENA MEREKA BERKUMPULAN
::GENGSTAR ULM::


lela dan bob lokman..huhuuhuuuuu cun kasut bang!!!

Ahad yang lepas lela suka suka masuk pertandingan karokee di office. Itu pun kerana dipaksa. Tapi yang pasti gambar ini tidak diambil secara paksa ... ianya secara suka dan rela. Dan yang kelakarnya group lela akan ke peringkat akhir minggu depan.

Sunday, December 02, 2007

KERANA PERPISAHAN INI

Kekasih pilu.. saat kau pergi
tinggalkan untukku
hari-hari yang sepi untuk kuingati.

Aku sendirian di sini
di tepi danau cinta kita
seperti selalu riaknya tenang dihembus
sang baju
seakan-akan senang merelakan
pemergianmu
namum tidak pernah mudah bagiku

Tidak kusangka
sampai disini kegemggam kasihmu
hingga akhirnya terpaksa melepaskan
tanganmu
ku tahu tidak akan berulang lagi
kisah-kisah dahulu

Oh angin, sampai kepadanya
keluh kesah hatiku
katakan kepadanya
hatiku pedih di sini
kerana perpisahan ini

kasturi
kuantan, pahang
jelita - oktober 07