Saturday, February 04, 2012
Sharing is caring
Guru perlu dihormati, bukan mengikut telunjuk murid.
Dan pelajar bukan pelanggan, mereka adalah pencari ilmu.
Tuesday, January 31, 2012
setiap kali melihat mizan tidur dimalam hari ... saya bertanya kepada diri sendiri ... sudah cukupkan kasih sayang yang aku curahkan kepada mu wahai anakku ...
sering takut yang saya tidak memberi cukup kasih sayang kepada anak saya .. bila melihat mizan sangat mesra dengan sesiapa saja .. saya menjadi sedikit cemburu.. saya takut anak saya akan lebih sayang kan orang lain dari saya ... sering kali saya merasakan apa yang saya lakukan utk mizan tidak mencukupi seperti kadang kala saya tidak dapat mendukungnya setiap kali dia mahu didukung, kadang kala saya suruh dia tidur walaupun dia tidak mahu tidur dan ingin bermain dengan saya...
saya takut anak saya bila besar nanti tidak punya cukup memori bersama saya ... kerana saya sering sibuk mencari duit utk menyara kehidupannya kelak.. ada pepatah yang mengatakan anak akan menyayangi orang yang mengembirakannya ... dan tidak akan mengingati siapa yang memayungkan mereka ...
tetapi setiap kali mizan melihat saya dan mengangkat kedua tangan kerdil nya utk minta didukung , saya jadi begitu gembira tahu yang anak saya mengenali ibunya...
dan setiap kali setelah mizan didukung lama oleh sahabat handai dia , akan menjerit utk pergi ke ibunya minta didodoi dan ditidurkan di dalam pelukan saya .. saya merasakan hati saya berbunga riang mengetahui saya adalah tempat selamat utk dia bernaung hidup ...
moga kelak bila besar mizan merasakan betapa hangatnya kasih sayang ini walaupun satu hari nanti saya tahu mizan akan berpisah dng saya.
working mummy
Mana wanita yang tidak suka utk duduk dirumah , masak untuk suami , menjaga anak ... boleh punya waktu sanggang yang enak sekali ...
sejak ada bayi kecil .. terasa penat nya amat sangat ... jadual begitu ketat .. tetapi saya ingin berjaya dikedua dua bidang ... menjadi ibu yang sempurana utk anak saya, menjadi isteri yang membahagiakan hati suami dan menjadi seorang wanita yang berkerjaya. Tamak kah saya ?
ketika ini saya tidak mampu utk tidak bekerja walaupun gaji nyer tidak sebesar mana ... pernah terfikir untuk tidak bekerja tetapi siapa pula yang akan menyara hidup saya jika terjadi sesuatu kepada suami ... dengan umur yang sudah meningkat tak mungkin ada yang sanggup utk menjadi penjaga seperti suami saya ketika ini ... dan saya tidak punya banyak modal untuk memulakan sebarang perniagan .. cara terbaik adalah bekerja ...
megapa tidak berhenti duduk dirumah .. jika sesuatu terjadi kepada suami kelak boleh bekerja kembali? tanya seorang rakan ... jika saya berhenti bermakna nilai kerjaya saya akan menurun .. dan amat suka nanti bila saya bekerja dlm keadaan yang terdesak nanti.
Bak kata orang tua tua .. pertahanan kan apa yang ada , gali seberapa banyak kekayaaan yang ada ...
Tuesday, January 24, 2012
sarapan pagi

Monday, January 23, 2012
masa yang singkat...

Friday, January 13, 2012
bila musim buah tiba

(buah manggis didatangkan khas dari kuala lipis, pahang)
hitam hitam sitampuk manis
semakin hitam semakin manis
saya sangat sangat suka kan buah manggis ... ketika mengandungkan sikecil mizan teringin benar memakan mangis tetapi apakan daya .. tiada stok ketika itu ... entah bagaimana rezeki atau pun mungkin dugaan mangis datang sendiri selepas bersalin kan si mizan .. akan tetapi saya tidak boleh makan banyak kerna org bersalin pantang memakan manggis selama setahun - sejuk kata orang tua tua ..
mungkin sebab sudah hampir 12 tahun tidak menjamah manggis saya makan 10 biji dan keesokan hari nyer saya demam ... tapi tak mengapa ianya sangat sangat ber baloi .. huhuhuuh...
terima kasih sahabat yang sering mengingati diri saya..
Thursday, January 12, 2012
MAJLIS KENDURI KESYUKURAN BB MIZAN ...
yang penting semuanya berjalan lancar dan saudara mara , rakan rakan dan jiran tetangga datang untuk menceria dan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga ..
Kepada yang sudi hadir dan dapat bersama memeriahkan majlis kesyukuran ni, Saya dan keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih yang tak terhingga kerana bersama2 dapat menjayakan dan juga mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi dan pengorbanan anda semua. Tak lupa juga kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan kami semasa mengendalikan majlis ini, maklumkan kadang2 tu tak sempat nak berbual dengan lebih lama kerana terpaksa melayan tetamu yang lain. Semoga ikatan silatulrahim ini dapat di kekalkan sehingga ke akhir hayat, Insyallah
Saturday, November 26, 2011
dulu saya ingat makan jering mentah mentah je ... itu je yang saya tahu ... lepas tu pi rumah kawan mereka hiris halus halus buat sambal campur dng ikan bilis .. sedap jugak .. tapi menu di bawah nie lagi power . jering di rebus lembut kemudian masak lemak cili padi or kari .. rasa macam daging .. sedap giler... saya rasa menu ini boleh dijadikan menu tradisi orang selangor sebab saya tak pernah lagi jumpa menu ini di tempat lain .. bila duduk di rawang, banyak kedai masakan melayu yang buat menu nie ...
handmade birthday card


kadang kala seni itu tidak perlu yang besar besar .. tidak perlu menjadi picaso utk membuat seni ... saya dan beberapa rakan mengaturkan birthday party utk bulan november .. maka kami mendapat sedikit idea .. tidak payah beli kad ... kami buat sendiri dengan idea kami ... ya boleh mengurangkan rasa tekanan di pejabat ... hahhahahha