Saturday, October 09, 2004

DARAH INI MASIH DISINI


Diam bukan bermakna aku setuju
Senyum bukan bermakna aku suka
Kalah bukan bermakna aku tewas
Aku mencacak dilangit, menjunam ke bumi



Inilah perasaan ku ketika ini, marah geram hiba bercampur baur dan ia begitu menyesakkan, bagai mahu pecah dada dek tak tertahan lagi …terima kasih kepada mas & ren yang sentiasa mendengar tanpa jemu, kadangkala jika marah sudah menguasai diri, diam dan bersabar amat payah sekali dan ketika ini aku amat mengkagumi Hang Tuah kerana boleh bersabar dengan kerenah Sang Raja.

Ketika tangan dan kaki ku diikat, mulutku disumbat secara paksa untuk menelan segala keji dan nista tanpa diberi aku peluang utk membuka silat digelanggang. Beginilah agaknya rasa deritanya Tun Fatimah dicaci dan seluruh keluarganya dibunuh dan kemudaian diherat untuk dijadikan santapan sang raja tetapi ingatlah bahawa beliaulah orang pertama dibarisan hadapan ketika melawan Portugis, bukan untuk Sang Raja tetapi untuk ibu pertiwinya. Aku tidak mahu memberontak seperti Hang Jebat yang mabukkan darah raja kerana itu bukan jalannya, aku perlu menelan hempedu pahit kerana itulah ubat penyelesaian, mungkin aku kalah dikala ini tapi percayalah kepada kamu yang melakukan ini, aku berjanji dengan nama Sang Pencipta, aku puteri Minang tidak mudah kalah, aku puteri bangsa berdarah pahlawan dari segenap ceruk buana telah bercampur satu dalam tubuh kerdil nie dan berpantang mati sebelum ajal. Jikaku rebah ketika ini, aku pasti menang 100 tahun lagi. Percayalah kerana itu telah terpatri di Lahfuz Mahfuz untuk ku.

No comments: