Thursday, October 14, 2004

kampung ku

Saya selalu bercerita tentang kampung suami di Jelebu bukan??? Mungkin para pembaca sering tertanya indahkah sangat kampung saya??? Disini saya ada beberapa gambar untuk dikongsi bersama...



Boleh dikatakan setiap rumah disini memiliki pohon nyior, masyarakat minang amat gemarkan santan kelapa terutama jika anak menantu pulang kekampung.


Jelebu terkenal kerana cuacanya yang amat kering (terkering ditanah melayu) dan untuk melihat kepulan awan ditengahhari jarang sekali tetapi entah mengapa (mungkin cuaca dunia telah berubah) sebulan dua ini Jelebu sering dituruni hujan. Terasa bagai di Janda Baik pula


KASIH IBU SAMPAI KEMATI...melihat ibu ayam dan anaknya mengingatkan saya kepaaa arwah ibu, mencari rezeki dari pagi hingga kepetang demi anaknya.


Inilah Anggrek Desa, mungkin saya belum begitu cekap untuk mengambil gambarnya dari jarak dekat , orkid desa ini berwarna putih nun jauh diatas dahan belimbing, bila dipetik barulah tahu ianya berbau harum dan begitulah yang saya dapat katakan mengenai Jelebu, ianya jauh di puncak banjaran titiwangsa, putih bersih, kurang dikenali tetapi jika datang sekali kesini pasti mahu singgah lagi...dan akhirnya suamiku dipaksa memanjat dahan belimbing berusia seratus tahun (ditanam oleh moyangnya) kerana sang isterinya ingin kan bunga desa utk dibuat mandi..


Sehijau daun mu, begitu lah Jelebu yang dapat saya gambarkan, dimana-mana masih hijau dan segar dibasahi embun pagi setiap hari.


Ubat nyamuk kampung....begini lah setiap petang, kami akan mengasap setiap penjuru rumah dek takut kepada bala tentera datang menyerang dimalam hari....


No comments: