Saya tidak mahu mengulas kerana saya bukan pengulas film, tarikan utama untuk melihat PLG adalah kerana ia berkisar kepada sejarah melayu dan seperti yang diketahui saya amat meyukai apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti mana saya sukakan Puntianak Harum Sundal Malam.
Ada beberapa perkara yang dapat saya pelajari dari PGL
a) Bangsa Jawa adalah bangsa terakhir yang menganut agama Islam diNusantara dan didalam PLG barulah saya tahu kenapa bangsa Jawa telah menjadi duri dlm daging kepada Bangsa Melayu dan Nusantara amnya…
b) Kita tidak boleh menurut hati kerana bila mengikut hati badan binasa, banyak babak didalam PLG dapat kita pelajari dan halusi bahawa Gusti Putri Retno Dumillah terlalu mengikut hatinya untuk mencari cintanya akan tetapi kerana tidak sabar cintanya telah mengeruhkan keadaan yang sedia ada bergolak.
c) Digambarkan juga setiap watak mempunyai ego yang sangat kuat (baru saya tahu kenapa bangsa nusantara dapat dipecah-pecahkan oleh barat), Dumillah (macam nama arab ye??) dengan egonya bahawa dia inginkan cintanya tanpa memikirkan tugasnya yang dipikul dibahunya sebagai seorang puteri diraja, Gusti Adipati Handaya Ningrat- abangnya Dumillah pula mempunyai ego untuk mempertahanankan agama hindunya yang ketika itu sudah diambang senja, Putera Demak pula ego dengan keislamanya (???? - setahu saya didalam sejarah mengatakan bahawa rakyat jawa yang meminta pertolongan Demak/islam kerana tidak tahan dengan kerenah raja-raja jawa yang kuku besi), Sultan Melaka juga ego dengan kejantananya yang tidak puas untuk menjamah tubuh setiap puteri diseluruh Nusantara dan yang menjadi mangsa tentulah Tun Teja dan Hang Tuah.
d) Didalam PLG saya mempelajari sesuatu yang sungguh berharga iaitu kita perlu menggunakan akal untuk mencapai sesuatu. Dumillah mempunyai kepandaian yang tidak ada tandinganya dizaman itu tetapi kerana terlalu mengikut hati, maka sejarah melakarkan beliau sebagai sebagai “hamba cinta” tetapi berlainan pula dengan Tun Teja menggunakan kebijaksanaannya dalam diam dan akhirnya dia berjaya menjadikan anaknya sebagai waris takhta kerajaan Melayu Melaka (kalau kita baca sejarah kita akan tahu yang Tun Teja hanya berdarah bendahara Pahang), Tun Teja tidak menurut cintanya kepada Tuah dan digambarkan juga yang Hang Tuah amat menyayangi anak Tun Teja seperti menatang minyak yang penuh.
e) Bagi saya secara peribadi cinta yang agung bukanlah berakhir dengan penyatuan dua jasad dialam maya ini seperti yang diinginkan oleh Dumillah kepada Tuah tetapi cinta agung bagi saya adalah seagung cinta Teja kepada Tuah dan cinta Tuah kepada Raja Ahmad (anak Tun Teja). Walaupun Teja dan Tuah tidak bersatu jasad kerana berkorban demi bangsa dan tanahair. Secara simboliknya Raja Ahmad lah yang menjadi lambang cinta sejati antara Tuah dan Teja kerana Raja Ahmad menjadi raja pertama yang berdarahkan bendahara (org kebanyakan) dan kuat dengan nilai keislaman. Sebenarnya Tuah telah menggunakan akal bistari untuk menukar institusi diraja ketika itu agar darah kebanyakan dapat dilantik tanpa ada perang saudara (itu jua kehendak islam bukan??) Atas nama cinta utk anak bangsa melayu Tuah & Teja sanggup tidak bersatu agar dapat menukar tradisi lama dan lapuk kepada nilai keislaman diistana dan yang lebih manis ia ditukar dengan mengunakan akal yang waras bukan dengan pedang & keris seperti Jebat & Dumillah.
Sebenarnya banyak perkara yg ingin saya lakarkan tetapi mungkin kata adat minang / melayu ini telah menceritakan segalanya …………..
KATA ADAT
Air orang dah disauk
Ganteng orang dah dipatah
Adat bona orang diduduki
Janang mombawak cupak gantang kito
Ko nogori orang lain
Kata ini membawa maksud jangan kita membawa adat & resam kita di tempat orang, bak kata org tua dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, begitu juga jika orang merantau ke tanah jawi / melayu, jika datang ke negeri kita maka kenalah mengikut adat resam kita, itulah yang telah disampaikan secara simbolik oleh Sultan Melaka kepada Puteri Jawo ini.
::Kejelekan PLG::
#Buruknya tangan PLG
#Buah mangga PLG hampir terkeluar di atas puncak gunung
#Teruk dan buruknya kaki Hang Tuah
#Kuningnyer gigi Sultan Melaka
#Ketiak & dada Gusti Adipati berbulu tengit
-------------------
Seperti biasa selepas menonton mestilah balik kerumah dan ketika membayar duit parking, aku & ren terkejut beruk, harga parking mencecah ke RM9.00, harga tiket wayang pun baru RM7.50, takkan harga minyak naik 5sen hari parking pun naik kot, duit ohhhhh duit seperti air mengalir
Ren merdeka rupanya, seminggu suaminya diMiri mengira berapa tong minyak untuk dibuat bonus nanti, maka kami menjadi anak dara seketika, kedai ditepi jalan menjadi pot bersembang kosong sambil menjamah kue tiew kerang dibawah sinaran bulan udara kering di tepi kaki bukit setiawangsa, kami bercerita tentang hari esok yang tidak ada kesudahannya, bercerita tentang cita-cita dan pengorbanan, tentang duri yang terbenam didalam jasad ini sejak azali lagi dan akhirnya kata putus dimenteri ..tekad kami cuma satu --à ”live gracefully for better life”.
No comments:
Post a Comment