Friday, October 29, 2004

MURAHNYA

tidak dapat saya gambar kan dengan kata-kata ...lihatlah saja ...mereka satu bangsa dan satu agama...mungkin kalau kita masih leka ...kita juga akan begini ....





mana perginya pemimpin islam????
mana perginya pejuang islam???
mana perginya RAJA MELAYU???
kenapa kamu membisu????
Berapa banyak nyawa lagikah yang kamu perlukan utk kamu bangun menolong???
Nyawa kami sudah tidak berharga lagi kepada kamu ???
Begitu murahnya rupanya nyawa orang islam kepada kamu ....


Wednesday, October 27, 2004

MELAYU SUMATERA

::DATA::

Ada beberapa rakan yang bertanya dari mana saya dapat sebegitu banyak info tentang masyarakat Minang??? Jawapannya dari cerita orang tua dan pembacaan ..bapa saya cerita tentang indahnya bumi Minang, tentang berani nyer pahlawan Minang, tentang bijak warga Minang ketika berlawan dengan Mahajapahit…saya tak percaya kata bapa …bapa kata carilah kalau kau tak percaya …saya cari buku pasal Minang saya cari tokoh Minang di tanah jawi ..ya allah betapa payah nyer mencari data mengenai masyarakat Minang …akhirnya buku yang pertama saya baca mengenai Minang adalah TAMBO ALAM NANING – DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA…saya beli ketika sale di stor DBP di AU 3, saya sarankan kepada semua warga yang mengaku sebagai anak Minang perlu menjadikan buku ini sebagai kamus kehidupan, lepas itu saya mencari dan mencari lagi buku tetapi tidak pernah ketemui sehinggalah rakan saya terjumpa beberapa buku yang boleh dibuat rujukan dan selepas itu saya menjumpai sebuah kedai buku maya yang menjual berbagai buku minang …mungkin anda juga seperti saya, sukar utk mendapat fakta tentang masyarakat Minang …. Kalau dahulu orang Minang kurang pendedahan atau mereka yang kurang ingin mendedahkan diri diarus media massa dan atau mungkin tidak mahu mengaku mereka berdarah minang (malu atau takut nanti menjadi anakdara tua atau anak perempuan tidak dipinang) tetapi sekarang saya bangga bila melihat kedai buku maya ini, web yang canggih diterajui oleh masyarakat minang dan ramai penulis muda yang telah mewarani dunia kini..mungkin ramai lagi yang terkenal dan ternama tetapi masih malu untuk mengaku mereka bangsa minang …cari lah sahabat ku kemudian anda akan tahu betapa hebatnya dan perkasa kita darah yang mengalir didalam diri kita ini.

Kedai Buku Maya – UJANA

::SYAIR BUMI KU::

Saya selalu bertanya kepada ayah..indah sangat ke bumi Minang…hebat sangat ke pahlawan Minang dan ayah cuma cakap kalau tak caya cari lah cari lah ….akhirnya saya terjumpa ini …


Elok ranahnyo Minangkabau
Rupo karambia tinggi tinggi
Cando rumpuik gantie gantielan
Rupo pinangnyo linggayuran
Bukik baririk kiri kanan
Gunuang Marapi jo Singgalang
Tandikek jo gunuang Sago
Pasaman jo gunuang Talang
Aianyo janiah ikannyo jinak

Lagi di …
Alam Minangkabau
Oleh A.B. Dt. Majo Indo
Disadur dari buku "Kato Pusako"


Tuesday, October 26, 2004

hujan datang lagi


ANGIN BERTIUP LEMBUT....LANGSIR DI RUANG TAMU MENARI GEMALAI...



AWAN BERARAK MENUTUP HANGAT MENTARI , BUMI KELAM SEKETIKA.




BUMI DINGIN DISIMBAHI AIR RAHMAT ....BEKU KAKU



SELEPAS HUJAN, SEGAR DAN MENTARI MUNCUL KEMBALI, BUANA SEAKAN KAKU SEKETIKA , DAMAI DAN TERANG ..HUJAN TELAH MEMBERSIHKAN KEKOTORAN SEHINGGA LANGIT BEGITU TERANG...



Sunday, October 24, 2004

BULAN PUASA

::Berbuka::

Pening dok memikirkan nak masak apa …terutamanya dikala kita berpuasa nie …mungkin ramai yang kata ala buat apa nak teruk teruk masak …berdua je bukan ada anak …dibawah tu pilih aja apa yang ada ..10 ringgit macam macam dapat ..bukan tak nak beli tapi terfikir bermacam-macam diantaranya ..

a) Salah satu sebabnya saya nie gila nasi …buka puasa mesti nak nasi ..so setakat nak beli memang rasa tak berbaloi, lagi pun saya nie buruk lantak ikan seekor tak cukup seorang. Ayam seketul lekat kat gigi je.

b) Kalau saya pi membeli mememang tak boleh bertambahlah jawapnyer …lepas tu kena masak sahur pulak..last last sama juak …baik sekali masak …

c) Selalu lauk kita beli dah berapa hari direcycle terutamanya sekarang nie musim hujan, biasalah peniaga mesti nak untung

d) Kebersihan – biasanya orang gerai nie tak berapa bersih …bukan lah saya nie pembersih sangat tapi kalau beli ikan pun dah berbau macam mana nak sumbat ke anak tekak ye????

e) Selalunya gerai masak memang berkilo kilo ajinomoto, dah lah perut kosong masuk terus serap apa yg kita makan, kita nak puasa nak sihat kan badan terus badan jadi toksik.

Saya cuma kekedai jika teringin nak makan menu yang sukar untuk dimasak sebagai contoh nak makan nasi brani ke atau nasi tomoto ke atau sesekali teringin nak berbuka western menu ketika berpuasa.

::Bersahyur::

Dari kecik saya liat bangun sahyur …tapi dah jadi isteri nie terpaksa lah jugak…nasiblah suami saya jenis yg tak kisah selalunya dia tak selera nak makan nasi pepagi buta maka kami pun buat ala sarapan pagi …kekadang roti dng telur, cucur bawang dng kari, mee goreng, lempeng ….begitulah selama sebulan ..boleh??

::makan dihotel::

selalunya dalam sebulan berpuasa sekali mesti saya pergi makan dihotel, suami saya akan pergi bersama-sama rakan-rakannya dan saya pula dng rakan-rakan saya, bukan apa selalu saya suka makan dihotel sebab ada makan barat , tahun ini saya makan di Concrard PJ satu kepala 55hinggit suami saya makan kat Estern Hotel di PJ….bosss tahun nie tak belanja ke???? Huhuhuuuuuuuu …last year saya makan di Hotel Kuda Emas (Golden Palace Hotel)…satu kepala 90hinggit tapi tak pe boss belanja …so ok lah …makanan memang puasa hati best gilerrrrrrrrrrrrrr…

::membeli belah::

Sebenarnya dah lama saya tak shopping raya kerana saya tak suka berpusu-pusu nak memilih tak selesa ..itu bagi sayalah. Mungkin sebab kereta saya hilang sooo rennn nak mengembirakan hati saya maka dibawanya saya keliling kota. Mula-mula kami pergi ke Taman Tun pergi cari baju kurung ….huhuuuu cantik bajunyer ren yg pilih, ren jua yg bayarkan dan semua kata saya nampak ayu dengan kurung berbunga purple itu …

Kemudian kami ke Jalan TAR…pergi cari tempat kuih …dah 6 tahun kawin tempat kuih pun tak beli lagi …saya beli bekas kuih semuanya harga 30hinggit murah kan ..sebabnya saya bawa MAMA (emak renn), dia mintak kurang dlm bahasa Hokiekan …terus harganya jatuh menjumammmmm.

Cerita bekas kuih, saya memang tak buek kuih …memang dari dulu saya tak pandai buat kuih …semua kuih tunjuk tapi saya tak suka beli kuih kilang…walaupun murah tapi rasanya semua mungkin bentuk saja yang berbeza …tahun nie saya beli kuih bahulu coklet chip, kuih kapit, tat nenas dan biskut cornfleks. Ha cukup lah …selalunya jika rakan & saudara datang kerumah saya masakkan yang berat-berat soooo kuih tu sampingan je ..bolehlah kan …

::kemas rumah::

ohhhh saya tak de maid ..so semua kena buat sendiri sebelum balik ke kampung …kena basuh langsir kena buang semua abuk, sawang, basuk cadar dan selimut , hantaq toto ke dobi…mop dan gitu gini …tapi tahun nie suami saya memang busy gilerrrrr ..kena mengcat dapur, girll pintu dan semua pintu didalam rumah …padan muka dia …huhuuuu

Friday, October 22, 2004

BLOGGER

Saya selalu bertanya pada diri mengapa saya ingin menulis di blog..adakah kerana ingin dikenali atau ingin punya ramai peminat, popular atau hanya untuk kepuasan diri???

Yang pasti saya ingin pendapat saya didengari kerana diluar hati saya tidak dilayani..saya manusia yg sangat kerdil…kalau anda kenal saya mungkin anda tidak mahu mendengar apa yang saya ingin luahkan ..itu memang fitrah manusia …kebanyakan manusia suka melihat secara fizikal dahulu …sebagai contoh jika saya doctor atau pun peguam….akan ramai yang akan mengiakan apa yang saya cakapkan sebab telah terpatri diminda bahawa manusia yang boleh didengar-pakai adalah manusia yang pandai dalam bidang akedemiknya atau pun manusia yang berharta, selalunya mereka inilah yang akan disanjung dan dipuji dan segala idea akan diterima pakai tanpa ada penapisan….

Mungkin jika anda mengenali saya secara peribadi, suara saya tidak akan didengari kerana anda merasakan bahawa saya seorang yang cuma berpendidikan rendah atau hanya pekerja am tidak bisa berfikir secara ilmiah tidak ada keilmuan membincangkan tentang adat, pembangunan ummah, mencela menteri dan berbagai, itu memang lumrah kehidupan minda manusia tidak tidak boleh kita ubah.

Dirumah inilah tempatnya saya dapat meluahkan segala apa yang ada di minda untuk dikongsi bersama…yang tidak bisa saya ucapkan didalam alam nyata kerana faktor keadaan…saya disini jua bukan untuk mencari peminat tetapi mencari sahabat yg sudi mendengar apa yg ingin saya luahkan, itu sahaja.

::MOGOK??::

entah mengapa sejak akhir-akhir amat sukar untuk mencari blog yang berkualiti terutama dari segi bahasa mahupun idea yang boleh dikongsi, walaupun blogger baru tumbuh bak cendawan tetapi ramai pula senior yang berkualiti berhenti menulis, ada yang memberi alasan untuk berehat seketika, atau ada yang terus menutup kerana kerana takut karya mereka diciplak oleh peminat…saya akui keputusan yang anda lakukan adalah hak anda dan saya sebagai pembaca tidak hak untuk melarang tetapi ianya amat merugikan kepada ummah kerana akhirnya masyarakat itu sendiri akan kekurangan idea kerana telah kehilangan begitu ramai penulis matang…. Dibawah ini saya senaraikan beberapa blog yang amat saya kagumi, saya telah membaca tulisan mereka sebelum saya mempunyai blog lagi, bagi saya mereka mempunyai karsima, tulisan & idea mereka berbeda dari yang lain. Kini yang tinggal hanya lah beberapa kerat yang masih terus menulis dan bersedia untuk berkongsi apa yang ada diminda mereka (saya ucapkan tahniah) mungkin tuan punya rumah punya alasan yang tersendiri mengapa mereka tidak mahu kita melihat rumah mereka. Walaupun apa alasan anda saya merasakan keputusan yang anda lakukan dengan tidak menulis telah merugikan bukan sahaja anda tetapi ummah secara amnya…

::Pilihan LELA 2004::

:: blog hiburan ::-
:: blog gelak ::-
:: blog alam ::-
:: blog politik ::-
:: blog agama ::-
:: blog pengalaman diri ::-

Thursday, October 21, 2004

SIAL????

Hari nie hari kesialan seumur hidup, mungkin badi sudah melekat memang payah nak dibuang, datangnya bertimpa-timpa menguji kesabaran aku yang kerdil ini, mungkin badi suami ku memang alah kepada apa jua jenis kenderaan tidak kira berat atau ringan kalau masa bersekolah basikal hilang, beli motor cup cabuk pun hilang dicuri dan hari nie kancil ku yg telah berusia 5 tahun hilang di parking lrt…macam nak pecah kepala hotak aku dok memikirkannya ..terutama dah nak raya nie ..macam mana nak balik kekampung, nak ke pasar, gitu gini …..patah kaki ku …

Sebenarnya setakat nak keluarkan kancil sebijik tak semahal mana pun, ada RM63 dah boleh keluar sebijik…tapi banyak lagi isu lain pulak yang timbul, insurance nya naik mencanak kalau tahun nie aku cuma bayar rm300 kalau kereta baru rm900. Sepatutnya tinggal cuma 2 tahun nak dilangsaikan di bank kalau beli baru 5 tahun aku menjadi hamba kepada ceti berlesen tu …aku dah tak larat rasanya…itu pun takut beli lagi hilang lagi.

Kata putus lantak lah tak de kereta tak pe ..tak yah nak pening kepala …aku pun bukan ada kampung lagi dah, aku pun dah yatim piatu dan aku pun bukan ada anak kecil yang memerlukan kenderaan..kalau laki aku nak sangat balik ke kampung biar lah dia balik dng kak dia ke abang dia ke …pandai lah dia cari jalannya sendiri..aku nak gi pasar boleh tumpang renee atau susah sangat naik je lrt tu ….begitu jugak nak gi kerja, jalan kaki ½ jam atau pun aku tahan je teksi…yg penting aku dah tak nak pening kan kepala ku ini lagi …nak buat macam mana org tak hargai jasa kita …benda dah ada tapi tak dijaga …

Tapi bila marah ku reda, bila difikirkan balik mungkin ini cara Allah nak suruh aku merendah diri ….mungkin aku terlalu angkuh bila berjalan dimuka bumi ini…baru dapat merasa naik kancil aku dah gila, sebab itulah dia ambil semula, dia suruh aku tunduk kembali …rasakan kembali susah nya berjalan kaki setiap hari untuk mencari rezeki…atau mungkin mungkin mungkin semua nya mungkin diambil sedikit untuk melihat bagai mana aku bertindak, reda atau tidak, kalau dia tengok aku cool je mana tahu diberikan pulak kereta yang menjalar ….mana tahu rezeki Tuhan ….entahlah dan lantaklah ..Cuma aku bersyukur …terima kasih kepada yang mencuri …lepas satu beban ku …hutang bank langsai ..insurance tak yah bayar ada duit extra untuk raya tahun nie..balance 10 ribu yang insurance bagi tu dapatlah ku masukan ke dalam ASB hek????.



ADAT BERKATA

Tumbuh dihulu dihulukan
Tumbuh dihilir dihilirkan
Tumbuh di tongah dihimpuni

Maka rangkapa kata ini menunjukkan tanggungjawab kepada semua , sebagai contoh jika ada jemputan hendaklah menghadirkan diri dan jika tidak ada kelapangan perlulah dipesan ataupun saudara lain diganti. Dari kata adat ini kita telah dapat melihat nilai tanggungjawap yang ingin diterapkan oleh masyarakat minang agar perpaduan dan kesejahteraan akan dapat diperpanjangankan dikalangan sesama sendiri sepertimana jua nilai yang ingin diterapkan oleh Islam yg dibawa oleh Muhamammad itu sendiri.

Monday, October 18, 2004

ISLAM ATAU ADAT???

"Melentur buluh biarlah dari rebung" itu kata org tua tua dan kata org Minang pula “biar mati anak jangan mati adat” saya tahu ramai tak setuju, Kata orang sekarang biar tak beradat asalkan kita ikut Islam …mana lebih penting adat atau islam ???

Bagi saya adat lebih penting kemudian barulah islam, mungkin ramai kata saya dah gila ..melebihkan adat dari islam ??? Bagi aku kalau tak beradat kita tak kan islam ??? ohhhhh mungkin kau kata saya sudah murtat???

Saya tanya kamu ???? Bila dosa kita dikira???? Adakah dosa kita dikira sebaik sahaja kita keluar dari rahim ibu ??? atau dosa kita dikira selepas kita bermimpi (lelaki) atau darah merah bulan mengambang (perempuan)….aku nak tanya lagi bila diwajibkan kita bersembahyang???? Keluar dari perut, atau semasa kita berumur 4 tahun atau selepas akhil baligh??? Dan aku nak tanya lagi perlukah org gila bersembahyang, berpuasa, berzakat ????

Disinilah letaknya fungsi adat …adat keislaman perlu diterapkan semasa bayi dan kanak-kanak dan selepas mereka akhil baligh mereka akan mempunyai nilai-nilai melayu islam sejati ….

Jika seseorang itu menjadi gila pula, Islam dengan sendirinya tidak akan mendacing berat amalan meraka di dunia ini …jadi dimana pula letaknya org gila dlm masyarakat? ..disinilah pentingnya adat…kita akan mengikut kata adat bagaimana sepatutnya kita masyarakat yg berwaras melayan org gila ataupun warga emas yg telah nyanyuk …

Dan Saya bersetuju dng kata adat “BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT” Org kata kalau dah anak mati siapa nak junjung adat???? lebih baik mati dari hidup menjadi kafir, meyusahkan mak-bapak didalam kubur nanti kerana buat apa ada anak yg tidak beradat dan tidak berislam???? Biarlah mati dari nanti kita sebagai ibu akan ditanya di liang lahad mengapa kita tidak menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.

::----------::

Semalam selepas aku pulang dari membeli kuih terjumpa dua anak kecil sedang makan & minum didalam lif. Mereka mungkin baru berumur 4 atau 5 tahun.

Saya sedar kanak-kanak ini tidak diwajibkan berpuasa tetapi bagi saya kalau emak-bapak perlu menegur anak-anak mereka jangan makan diluar dibulan ramaddan ini (oooohhhh inilah maksud adat yg saya katakan), kalau dari kecil kita sudah tanamkan bila datang bulan bulan ramadan, tidak baik makan dihadapan orang nanti kerana ditakut nanti pabila dah jadi bulu sifat malu dan terbiasa sudah tertanam pada diri mereka, mungkin kerana emak-bapak mereka terlupa utk menegur, sayalah terpaksa menegur secara sopan dan baik ..saya katakan kepada mereka ””ehhhhh tak malu, inikan bulan puasa …org lelaki tak patut makan depan org sebab nanti hilang macho” (tahu plk makna macho tu…:) )dan lebih menarik selepas saya berkata begitu terus saja dibuangnya air ke tong sampah dan saya katakan lagi dng cara yg baik “lain kali kalau nak makan, makan je di rumah malu org nampak ye”


::---------------::

Pagi tadi semasa hendak ke tempat kerja, saya lalu disatu kawasan dan terkejut beruk pabila ternampak begitu ramai org melayu yg sudah hilang segan dan silu dalam diri mereka dengan muka selamba tanpa rasa bersalah mereka beratur panjang membeli nasi lemak bungkus. Yang bestnya penjual pakcik melayu menjual dan pembelinya pula lelaki melayu, lebih mengharukan lagi ada pulak seorang minah yg memakai tudung litup beratur sama (macam nak bagi tahu yg dia tengah bulan mengambang) …entahlah dimana sudah hilangnya “kemaluan” org melayu ye ??? "Malu adalah sebahagian dari iman" itu kata Nabi kita bukan???

Sunday, October 17, 2004

ZAMAN MELATAH

-- SAMY OHHHHH SAMY --

Samy melatah lagi!!!!!!!

Samy kata dia masuk office dari pukul 5 pagi ke 1 petang????? Lela kata kenapa masuk 5 pagi nak macam mana nak kerja org tak de lagi , bila org masuk kerja dia pulang dah…..

Sebenarnya lela maleh nak memperkatakan tentang samy nie ..nama samy sekarang macam saham tengah naik dan turun tetapi kalau kita sama melompat maknanya kita juga ikut melatah. Orang yg melatah selalunya dah nyanyuk dan org nynayuk nie macam budak dah otak nyer…oleh itu kita jangan layan sangat kalau dilayan maknanya kita pun akan nyanyuk sama ….

Saya tak setuju samy letak jawatan …kalau samy letak jawatan maknanya senanglah samy …macam senanag nyer Ling Leong Sik yg tak payah menjawab kepada rakyat tetentan isu yg timbul …..saya setuju pada pak lah yg tidak membenarkan samy, rafidah mahupun najib utk diletakkan didlam kabinet …biar mereka sendiri yg membersihkan tong taik mereka …berani buat berani tanggung …lepas samy siapalah agaknya dicuit pak lah ye????

1 - Hanya PM yang berhak tentukan kedudukan saya- Samy
2- Samy perlu bertanggungjawap- Fomca


-- KAK PAH --

Kak Pah pun melatah?????

Kak Pah sekarang dah mengalahkan ahli politik , saya tak nak mengulas takut nanti disaman pulak ..Cuma terkadang heran bin ajaib bila mengenangkan artis dimalaysia ini, mereka kadang-kala mengalahkan anak raja …langsung tak leh dicuit ….mengalahkan ahli politik tak boleh ditegur…..

Apa-apa pun kepada Kak Pah dan kuncu-kuncunya ingatlah kita manusia akhirnya ketanah jua….

1- kak pah kena pukul

Friday, October 15, 2004

RAMADAN AL-MUBARRAK

Pabila 1 Ramadaan berkunjung tiba yang pasti saya akan merindui nasi brani arwah ayah, setiap tahun tanpa jemu beliau akan memasak nasi berani utk hidangan kami sekeluarga dan secara jujur sehingga kini aku belum berjumpa mana-mana kedai yg boleh memasak nasi berani sesedap ayah tetapi situasinya berbeza pabila aku memasuki alam perkahwinan, ditahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri, makanan yg paling enak dapat ku jamah cumalah bubur lambuk masjid kampung baru, selama sebulan aku beratur dimasjid utk mendapat kan bubur yang menjadi hidang diwaktu berbuka dek kerana kegawatan ekonomi ketika itu.

Dan walaupun kini ekonomiku telah pulih, aku akan selalu cuba mengingatkan diri agar tidak menjamu selera secara keterlaluan kerana bulan ini bukan lah bulan utk berpesta makanan ianya lebih kepada bulan menginsafi kesusahan & kepayahan fakir miskin yg tidak begitu bernasib baik seperti kita, mungkin kita mampu utk menikmati lauk pauk yg lazat lagi enak di hotel bertaraf 5 bintang tetapi tahu kah kita berapa ramai pula anak-anak yatim yg mungkin hanya menjamah ikan kering dan sambal belacan utk berbuka dikala ini atau rakyat berugama islam diseluruh dunia yg hanya dapat menjamah roti kering dan air kosong ditengah-tengah peperangan kini?.

Adalah lebih baik kita menderma kepada mereka yg memerlukan daripada kita membazirkan wang utk pergi kekedai setiap petang hanya utk memenuhi nafsu dan tempolok kita …ibadat berpuasa itu sendiri sebenarnya telah menyarankan agar kita meningatkan kepada kesusahan dan kepayahan dan mengekang hawa nafsu didlam diri setiap umat islam. Janganlah dek kuatnya nafsu makan kita di bulan Ramaddan, kita akan ditertawakan oleh org kafir kerna cop sebagai bangsa bernafsu kuat atau nanti kita akan menajdi seperti setengah bangsa arab yg bersahur di hotel dengan disajikan dng makan lazat, wanita dan tarian gelek …adakah itu islamnya yg kita pegang???….

Thursday, October 14, 2004

kampung ku

Saya selalu bercerita tentang kampung suami di Jelebu bukan??? Mungkin para pembaca sering tertanya indahkah sangat kampung saya??? Disini saya ada beberapa gambar untuk dikongsi bersama...



Boleh dikatakan setiap rumah disini memiliki pohon nyior, masyarakat minang amat gemarkan santan kelapa terutama jika anak menantu pulang kekampung.


Jelebu terkenal kerana cuacanya yang amat kering (terkering ditanah melayu) dan untuk melihat kepulan awan ditengahhari jarang sekali tetapi entah mengapa (mungkin cuaca dunia telah berubah) sebulan dua ini Jelebu sering dituruni hujan. Terasa bagai di Janda Baik pula


KASIH IBU SAMPAI KEMATI...melihat ibu ayam dan anaknya mengingatkan saya kepaaa arwah ibu, mencari rezeki dari pagi hingga kepetang demi anaknya.


Inilah Anggrek Desa, mungkin saya belum begitu cekap untuk mengambil gambarnya dari jarak dekat , orkid desa ini berwarna putih nun jauh diatas dahan belimbing, bila dipetik barulah tahu ianya berbau harum dan begitulah yang saya dapat katakan mengenai Jelebu, ianya jauh di puncak banjaran titiwangsa, putih bersih, kurang dikenali tetapi jika datang sekali kesini pasti mahu singgah lagi...dan akhirnya suamiku dipaksa memanjat dahan belimbing berusia seratus tahun (ditanam oleh moyangnya) kerana sang isterinya ingin kan bunga desa utk dibuat mandi..


Sehijau daun mu, begitu lah Jelebu yang dapat saya gambarkan, dimana-mana masih hijau dan segar dibasahi embun pagi setiap hari.


Ubat nyamuk kampung....begini lah setiap petang, kami akan mengasap setiap penjuru rumah dek takut kepada bala tentera datang menyerang dimalam hari....


Tuesday, October 12, 2004

inilah intan payung

dari semasa kesemasa saya akan mengup-date keleteh anak saya ini..harapan agar anda juga akan terhibur..


hello semua!!! nama saya BABY, saya dah bujang trang tang tang berumur 2 tahun berbulu putih dari teling hinggalah keekor, tapi kalau seminggu tak mandi kelabu asaplah jawapnyer..mata saya satu warna biru satu lagi warna hijau ...saya berasal dari Australia.


BABY tengah kontrol hensom..nak tackel g/friend...walaupun BABY dah 2thn tapi BABY tak pernah ada g/friend ...kesihan ye ;((


BABY golek golek frust menonggeng sebab g/f dia tak layan dia...kesihan tak pelah BABY nanti mama cari kan g/f yg lagi cun...


larrrr sudah lah tu BABY, jangan lah golek golek lagi


sampai ke kl pun baby frust teringatkan g/fnyer

Saturday, October 09, 2004

DARAH INI MASIH DISINI


Diam bukan bermakna aku setuju
Senyum bukan bermakna aku suka
Kalah bukan bermakna aku tewas
Aku mencacak dilangit, menjunam ke bumi



Inilah perasaan ku ketika ini, marah geram hiba bercampur baur dan ia begitu menyesakkan, bagai mahu pecah dada dek tak tertahan lagi …terima kasih kepada mas & ren yang sentiasa mendengar tanpa jemu, kadangkala jika marah sudah menguasai diri, diam dan bersabar amat payah sekali dan ketika ini aku amat mengkagumi Hang Tuah kerana boleh bersabar dengan kerenah Sang Raja.

Ketika tangan dan kaki ku diikat, mulutku disumbat secara paksa untuk menelan segala keji dan nista tanpa diberi aku peluang utk membuka silat digelanggang. Beginilah agaknya rasa deritanya Tun Fatimah dicaci dan seluruh keluarganya dibunuh dan kemudaian diherat untuk dijadikan santapan sang raja tetapi ingatlah bahawa beliaulah orang pertama dibarisan hadapan ketika melawan Portugis, bukan untuk Sang Raja tetapi untuk ibu pertiwinya. Aku tidak mahu memberontak seperti Hang Jebat yang mabukkan darah raja kerana itu bukan jalannya, aku perlu menelan hempedu pahit kerana itulah ubat penyelesaian, mungkin aku kalah dikala ini tapi percayalah kepada kamu yang melakukan ini, aku berjanji dengan nama Sang Pencipta, aku puteri Minang tidak mudah kalah, aku puteri bangsa berdarah pahlawan dari segenap ceruk buana telah bercampur satu dalam tubuh kerdil nie dan berpantang mati sebelum ajal. Jikaku rebah ketika ini, aku pasti menang 100 tahun lagi. Percayalah kerana itu telah terpatri di Lahfuz Mahfuz untuk ku.

Friday, October 08, 2004

KEJAYAAN ???


Kau miliki rumah beratus ribu
Atas nama ceti
Kau miliki kereta menjalar
Atas nama ceti
Kau miliki ilmu dimenara gading
Atas nama ceti
Kau miliki wang plastik
Atas nama ceti
Kau miliki gaji puluhan ribu
Atas nama hamba….

Kaya, berjaya & berilmu sudahkah kau?????


Dimanakah duduknya sebuah kejayaan ?? adakah kekayaan yg kita miliki akan mengukur kejayaan seseorang itu??
Kalau lah kekayaan menjadi batu pengukurnya aku ingin bertanya lagi bagaimana pula untuk mengukur sebuah kekayaan, dimanakah bench marknya????

Adakah dengan hanya berkereta besar, berumah besar tetapi setiap malam menunya ikan masin kita sudah boleh menabik dada yang kita sudah kaya??? dan kita sudah menempah kejayaan???

Atau kejayaan itu berlandaskan darimana kita memperolehi ilmu??? Adakah jika aku hanya SPM berpangkat 3 aku tidak berilmu dan kau yang belajar dimenara gading sudah boleh digelar ilmuan dan sudah boleh berjaya dalam sebuah kehidupan ini???? (Nabi juga buta huruf tetapi kesayangan Allah dan diturunkan segala ilmu kepadanya)

Aku sudah dan ada jawapanya tetapi aku sedih kerana masih banyak diantara kita masih lagi mengukur kejayaan dan keilmuan anak mereka, sedara mereka, kawan-kawan mereka dikulit….jangan lah kita masih melihat kulit kerana ianya hanya untuk manusia yang berminda kelas ke-tiga.

Apa gunanya jika kamu bergaji puluhan ribu tetapi diakhir bulan selepas ditolak hutang rumah, kereta dan kad plastik kamu hanya dapat menjamah sambal belacan, mungkin lebih mulia lagi sang petani hidupnya sederhana tidak mempunyai hutang keliling pinggang tetapi masih dapat menjamah ayam kampung setiap malam dan kantung ASB nya tidak tertabung lagi….

Thursday, October 07, 2004

PUTERI GUNUNG LEDANG

Sudah lama untuk pergi menonton PLG tapi ianya selalu tidak kesampaian, antaranya sebab nya ticket yang sering kehabisan dan tayangannya full house dan menjadi kebiasaan pada saya untuk melakukan sesuatu perkara songsang...YA!! saya pergi menonton LOTR setelah hampir 6 bulan ia ditanyangkan hanya kerana tidak mahu bersesak dengan manusia yang meyemut. Mungkin ada diantara anda akan mengatakan saya mendapat benda yang lemau tetapi ianya lebih selesa dari segi lain, tidak perlu berebut tiket atau beraurakan bau peluh tengit bersama kelompak yang entah dari mana.

Saya tidak mahu mengulas kerana saya bukan pengulas film, tarikan utama untuk melihat PLG adalah kerana ia berkisar kepada sejarah melayu dan seperti yang diketahui saya amat meyukai apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti mana saya sukakan Puntianak Harum Sundal Malam.

Ada beberapa perkara yang dapat saya pelajari dari PGL

a) Bangsa Jawa adalah bangsa terakhir yang menganut agama Islam diNusantara dan didalam PLG barulah saya tahu kenapa bangsa Jawa telah menjadi duri dlm daging kepada Bangsa Melayu dan Nusantara amnya…

b) Kita tidak boleh menurut hati kerana bila mengikut hati badan binasa, banyak babak didalam PLG dapat kita pelajari dan halusi bahawa Gusti Putri Retno Dumillah terlalu mengikut hatinya untuk mencari cintanya akan tetapi kerana tidak sabar cintanya telah mengeruhkan keadaan yang sedia ada bergolak.

c) Digambarkan juga setiap watak mempunyai ego yang sangat kuat (baru saya tahu kenapa bangsa nusantara dapat dipecah-pecahkan oleh barat), Dumillah (macam nama arab ye??) dengan egonya bahawa dia inginkan cintanya tanpa memikirkan tugasnya yang dipikul dibahunya sebagai seorang puteri diraja, Gusti Adipati Handaya Ningrat- abangnya Dumillah pula mempunyai ego untuk mempertahanankan agama hindunya yang ketika itu sudah diambang senja, Putera Demak pula ego dengan keislamanya (???? - setahu saya didalam sejarah mengatakan bahawa rakyat jawa yang meminta pertolongan Demak/islam kerana tidak tahan dengan kerenah raja-raja jawa yang kuku besi), Sultan Melaka juga ego dengan kejantananya yang tidak puas untuk menjamah tubuh setiap puteri diseluruh Nusantara dan yang menjadi mangsa tentulah Tun Teja dan Hang Tuah.

d) Didalam PLG saya mempelajari sesuatu yang sungguh berharga iaitu kita perlu menggunakan akal untuk mencapai sesuatu. Dumillah mempunyai kepandaian yang tidak ada tandinganya dizaman itu tetapi kerana terlalu mengikut hati, maka sejarah melakarkan beliau sebagai sebagai “hamba cinta” tetapi berlainan pula dengan Tun Teja menggunakan kebijaksanaannya dalam diam dan akhirnya dia berjaya menjadikan anaknya sebagai waris takhta kerajaan Melayu Melaka (kalau kita baca sejarah kita akan tahu yang Tun Teja hanya berdarah bendahara Pahang), Tun Teja tidak menurut cintanya kepada Tuah dan digambarkan juga yang Hang Tuah amat menyayangi anak Tun Teja seperti menatang minyak yang penuh.


e) Bagi saya secara peribadi cinta yang agung bukanlah berakhir dengan penyatuan dua jasad dialam maya ini seperti yang diinginkan oleh Dumillah kepada Tuah tetapi cinta agung bagi saya adalah seagung cinta Teja kepada Tuah dan cinta Tuah kepada Raja Ahmad (anak Tun Teja). Walaupun Teja dan Tuah tidak bersatu jasad kerana berkorban demi bangsa dan tanahair. Secara simboliknya Raja Ahmad lah yang menjadi lambang cinta sejati antara Tuah dan Teja kerana Raja Ahmad menjadi raja pertama yang berdarahkan bendahara (org kebanyakan) dan kuat dengan nilai keislaman. Sebenarnya Tuah telah menggunakan akal bistari untuk menukar institusi diraja ketika itu agar darah kebanyakan dapat dilantik tanpa ada perang saudara (itu jua kehendak islam bukan??) Atas nama cinta utk anak bangsa melayu Tuah & Teja sanggup tidak bersatu agar dapat menukar tradisi lama dan lapuk kepada nilai keislaman diistana dan yang lebih manis ia ditukar dengan mengunakan akal yang waras bukan dengan pedang & keris seperti Jebat & Dumillah.

Sebenarnya banyak perkara yg ingin saya lakarkan tetapi mungkin kata adat minang / melayu ini telah menceritakan segalanya …………..


KATA ADAT

Air orang dah disauk
Ganteng orang dah dipatah
Adat bona orang diduduki
Janang mombawak cupak gantang kito
Ko nogori orang lain

Kata ini membawa maksud jangan kita membawa adat & resam kita di tempat orang, bak kata org tua dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, begitu juga jika orang merantau ke tanah jawi / melayu, jika datang ke negeri kita maka kenalah mengikut adat resam kita, itulah yang telah disampaikan secara simbolik oleh Sultan Melaka kepada Puteri Jawo ini.


::Kejelekan PLG::

#Buruknya tangan PLG
#Buah mangga PLG hampir terkeluar di atas puncak gunung
#Teruk dan buruknya kaki Hang Tuah
#Kuningnyer gigi Sultan Melaka
#Ketiak & dada Gusti Adipati berbulu tengit

-------------------


Seperti biasa selepas menonton mestilah balik kerumah dan ketika membayar duit parking, aku & ren terkejut beruk, harga parking mencecah ke RM9.00, harga tiket wayang pun baru RM7.50, takkan harga minyak naik 5sen hari parking pun naik kot, duit ohhhhh duit seperti air mengalir

Ren merdeka rupanya, seminggu suaminya diMiri mengira berapa tong minyak untuk dibuat bonus nanti, maka kami menjadi anak dara seketika, kedai ditepi jalan menjadi pot bersembang kosong sambil menjamah kue tiew kerang dibawah sinaran bulan udara kering di tepi kaki bukit setiawangsa, kami bercerita tentang hari esok yang tidak ada kesudahannya, bercerita tentang cita-cita dan pengorbanan, tentang duri yang terbenam didalam jasad ini sejak azali lagi dan akhirnya kata putus dimenteri ..tekad kami cuma satu --à ”live gracefully for better life”.


Wednesday, October 06, 2004

entahlah

ADAT BERKATA:

Sosek dihujung jalan,
Balik ko pangkal jalan
Sosek dihujung kato
Balik ko pangkal kato


Maka rangkapan kata Adat ini memberi satu petua kepada org melayu utk mendapatkan satu-satu penyelesaiannya yang sepanjang Adat tidak dapat diselesaikan dengan sepenuhnya. Maka hendakklah kita balik kepada kepada kehendak syarak Islam.

::-------::

semalam aku demam sokmo, batuk dan gatal hidung tak tertahan dek badan, itulah proses yg terpaksa aku hadapi setiapkali aku mengambil vit C dan E dan oleh kerana itu aku berniat utk pulang awal tetapi keluar saja dari pejabat ke tempat menunggu teksi tengok tengok jalanraya sesak seakan-akan tersebut disatu sudut yg tidak diketahui. Seingat aku selama disini tak pernah aku alami keadaan yg begitu sesak kecuali ada kemalangan dihujung jalan (maka pagi betul jangakaan ku rupanya bas meletup di MRR2), maka dengan itu aku pun menapaklah ke GIANT mengharapkan adalah teksi yang akan mengambil penumpang kerana selalu nya disitulah pot semut bersama gula-gulanya, tetapi entah mengapa mungkin sial dibadan belum dilimau, pakcik-pakcik teksi semuanya jual mahal, siap menawar harga yg tidak terfikir dek akal, sudah lah tidak mahu menggunakan meter kemudian menawarkan harga sehingga RM15 sedangkan dihari biasa kerumah hanya tidak pun mencecah RM5 , tidak ada cara lain aku kuat kan tekad dan semangat menapak mengharungi onak & duri, menuruni lurah dan denai dan mungkin kerana berjalan selama 1 jam terus demam ku kebah dek kerana peluh jantan habis keluar dan mungkin hari ini akan ku kuatkan semangat utk berjalan sejam lagi, jimat RM5 sehari dan sebulan ada extra RM150, badan pun cergas….

::-------::

Manusia kalau kulit nya setebal kulit biawak memang susah utk dilicinkan kembali, letak lah apa bahan pun, nasihatlah dengan kata yg lembut mahupun kasar, perlilah secara gurauan atau halau ia seperti anjing kurap tetapi orang iniyg akan tetap dengan pendirian bodohnya, lebih bodoh dari pak kaduk. Tak tahulah macam mana nak buat agar kulit mereka yang tebal itu boleh menjadi licin selicin kulit telur…mungkin hanya kuasa sakti saja yg dapat menukar kulitnya kembali.

Friday, October 01, 2004

ANAK KITA

Maksud
Sejenis binantang kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sebagai binantang kesayang, biasanya utk menangkap tikus.

Di dlm adat Pepatih

kucing mempunyai perlambangan yang bermaksud suku waris dan perempuan yg belum berkahwin serta ipar lamai.

Perbilangan lama
Jalan bernama semua beriring,
Lenggang bernama helang mengepak
Duduk bernama bunga sekuntum
Bertinggi helang berbegar
Berjunjung tiung akan terbang
Berkungkum gagak akan hinggap
Berbelok KUCING bermain daun
Berendah kuau menyesar


Petikan dari GLOSORI ADAT NEGERI SEMBILAN

Dulu aku memang tak suka kucing mungkin sebab aku ada lelah, nenda kata bulu kucing boleh bawa penyakit, mak kata rumah kotor kalau ada kucing tapi ayah suka kucing, ayah akan beri sisa-sia ayam kepada kucing-kurap di belakang rumah, ayah kata kucing bawa rezeki.

Di sekolah cigku kata kucing adalah binatang kesayangan nabi, bila aku baca sejarah, sejarah catat yang Firaun sangat sayang pada kucing sampai diukir patung kucing emas untuk disembah oleh rakyat nya …mak mertua aku pulak cakap dia suka bela kucing sebab kucing penjaga rumah … ular selalu tewas dng kucing kampung.

Dan aku pula sudah dua tahun aku bela kucing, aku namakan dia “BABY” mungkin sebab aku tidak punya anak maka kasih kami tertumpah kepadanya, kami ajar baby macam manusia, kami memberi arahan kepada baby dalam bahasa melayu bukan bahasa kucing, kami tak panggil baby meowwwwwww, kami tak ajar baby makan benda yg berdarah … baby tak pandai mencekus lauk didapur …dia tahu kalau nak makan mesti makan dipinggannya sendiri, aku mandi kan baby setiap minggu sebab baby tido dng aku. Ada kawan kawan aku cakap baby baka australia yg tercampak dimalayisa entahlah sebab aku punggut baby dia tengah nyawa-nyawa ikan.

Baby bukan kucing biasa …bagi aku baby kucing pelik …sepelik tuannya …baby berbulu putih ..seputih susu…seluruh badan nya berwarna putih, anak mata baby 2 warnanya sebelah biru dan sebelah lagi hijau…kalau aku bawak baby jalan-jalan dlm kereta baby tahu dimana tempat yg patut dia duduk….baby kami anggap dah macam anak bukan kucing …baby akan cemburu kalau suami aku manjakan aku lebih dari dia …huhuhu aku bermadu dng sang kucing …baby tahu aku tak suka busuk ...kalau dia berak dia akan berak di tandas dan kencing betul-betul dilubang air ….kecuali kalau aku & suami balik lambat dari office baby akan kencing di depan pintu itu tandanya dia marah kerana ditinggalkan dalam gelap….sebenarnya tak terkata perangai si baby nie tapi kadang-kadang terasa jugak macam manalah agaknya kalau kami mati dahulu ……..