Tuesday, December 27, 2005

Tanggal 26 Disember

setahun selepas bencana ... seluruh asia masih bersedih ... tetapi diselatan thailand lain pula jadinya ..kalau di Malaysia, Acheh sembahyang dimasjid utk memperingati yang dikasih tetapi negara gajah putih, tanggal 26/12 telah dijadikan satu pesta untuk menarik pelancung dan pelawat ... mungkin utk menampung kerugian tahun lepas ... tahun ini diperah poket pelawat sebanyak yang mungkin...


/-/
semua bagai kelegaan kerana 26 dis 2005 tiada bencana besar yang datang kedunia. Tapi bencana akan diturunkan tidak kira waktu dan masa ... yang pasti apabila manusia leka dan alpa ia akan datang seperti malaikat maut datang mencabut nyawa...

/--/

Hari-hari terakhir dihujung tahun semuanya bercuti ... ada yang sibuk membuat persiapan anak-anak untuk masuk sekolah... tahun ini saya juga terasa bahanganya ... nasib lah saya masih belum ada cahayamata untuk ke sekolah ... jika tidak kopak juga rasanya ... rakan saya hangus untuk seorang anak RM500-00 kalau 4 anak berapa ya??? tugas kita sebagai ibu bapa menyekolahkan anak-anak ... bagaimana bagi mereka yang tidak berkemampuan ya ....teringat ketika kami bersekolah dulu ... ayah dan ibu tidak pernah merungut tentang yuran sekolah...semuanya telah tersedia... tapi saya masih ingat kasut sekolah tidak pernah bertukar, sehinggalah koyak dikiri dan kanang baru bertukar ... baju say, adik akan memakainya ... begitu juga buku ...sekolah hanya berbekalkan 0.50 sen itu pun sudah cukup mewah.. kini bila melihat keadaan rakan rakan ...memori ketika bersekolah dan kini baru lah teringat betapa peritnya ibu dan ayah menyekolahkan saya...

/---/

Pagi tadi terdengar dicorong radio... ramai betul yang dapat bonus ..ada yang dapat 2 bulan adayang dapat 10 bulan (star), petronas pula 6 bulan ... sapa kata ekonomi teruk ya ... yg kasap aku lah ... betapa bernasib baiknya manusia diluar sana ya ... tak seperti aku kais pagi makan pagi ... tapi tok selalu pesan bukan sikit atau banyak yang menjadi ukuran ...yang penting adalah ... keberkataannya ... tak guna gaji berpuluh ribu bonus berbulan bulan tapi tak berkat ....

Monday, December 12, 2005

::Tanggungjawab…



Anda tahumengapa penghuni dunia sekarang ini bagaikan orang gila? Ibu membunuh anak, cucu membunuh nenek, suami memukul isteri, ayah merogol anak. Atau pun anak membuang ibu, pemimpin mata duitan, polis rakus memratah tubuh gadis, guru ugama memperbodohkan anak murid dan alam dirogol sebegini rupa…

Jawapannya amat mudah … kita sudah lupa apa itu nama tanggungjawab… anak lupa tanggungjawb kepada ibu dan ayah, Lelaki tidak mengerti tanggungannya sebagai suami kepada isteri, tugasnya sebagai pemimpin keluarga, Wanita terlupa tugas-tugas sebagai seorang ibu dan isteri… begitu juga pemimpin dan manusia sudah menjadi mawas apabila kita terlupa tanggungjawab kita kepada yang ESA itu sebagai seorang kalifah yang harus dan dipertanggungjawab utk menjaga harta Allah dimuka bumi ini.

Maka apabila kita lupa dan alpa atas tanggungjawab yang diamanahkan semuanya mula memberotak …mengikut hala tuju yang berbeza…wantia terpaksa berperanan sebagai seorang lelaki kerana lelaki sudah dayus, rakyat terpaksa menjadi pemimpin kerana pemimpin sendiri tidak tahu tugas mereka… Guru terpaksa mengambil tugas ibu/ bapa dan akhirnya semua menjadi kacau bilau ….kerana tidak mengikut aturan yang sepatutnya…

Dikala ini …. Kita mengikut tanpa mengetahui apa yang patut dilakukan … kawan kawin kita nak kawin … orang beranak kita nak beranak … kawan kawin dua kita nak kawin empat…tetapi kita tidak pernah belajar apa tanggugjawab kita utk menjaga anak dan isteri ataupun suami … kita Cuma tahu bila berkawin ada orang akan support perbelajaan kita dan dikala tua nanti anak akan menjalankan tugas menjaga kita pula ???? adilkah itu??
Apabila hamba ingin menjadi raja… maka akal hamba memerintah menjadikan dunia semakin kacau … Tugas manusia sebagai khalifah utk menjaga muka bumi in, menjaga harta allah bukan membuat sesuka hati kita… menjaga segalanya hutan, mawas, unggas sehinggalah kuman dan kumat … maka bilau lah dunia kini …

Dulu saya begitu terlalu kabur tentang apa yang perlu saya galas dibahu … kini saya mengerti dan saya bersyukur … tanggungjawab saya semakin ringan … kalau dulu tanggungjawab saya kepada ayah, ibu, adik dan suami …. Kini Cuma tinggal Suami dan Yang ESA … Saya bersyukur allah melapangkan tugas-tugas saya … tak perlu saya menjadi penguasa (tugas nya lebih memeningkan) tak perlu menjadi ibu ( kerana rezeki itu datang nya dari allah… bukan boleh dibuat dan dipaksa…) ambil saja anak angkat … oh tidak mungkin … buat apa nak menyusahkan diri kerana tanggungjawabnya begitu sukar… jika kini saya menutupkan mata… saya tidak ada apa yang dirisaukan lagi … kerana tanggungjawab adalah satu beban yang amat payah utk digendong dan digalas…

Sunday, December 04, 2005

hawa oh hawa

kaum hawa kaum yang lemah? kami kelihatan lemah apabila kami tidak menggunakan akal yang diberikan allah kepada kami ...entah mengapa seminggu dua ini aku berkawan rapat dengan mak mak janda ... di tempat kerja mahupun disekolah ... entah lah ... nak cakap lebih lebih pasal mereka nie pun tak baik ... mak saya dulu pun janda jugak ... cuma kadang kala saya sedih melihat mereka seorang diri tanpa lelaki utk membesarkan anak...mencari sesuap nasi yg tidak pernah cukup di kota batu ini...
Melihatkan keadaan mereka .. saya berasa bersyukur kerana ada penjaga ketika susah dan senang... syukur saya kepada Allah kerana memberi saya seorang penjaga yg bertimbang rasa..
perlukah lelaki dalam hidup kami?
itulah persoalan yang sering berlingkar didalam minda saya apabila rakan-rakan menceritakan tentang keburukan suami yang tiada kesudahaannya ... dijaga macam menantang minyak yang penuh ... seluar dalam digosok ... sebelum tido di buat kan susu.. hubungan kelamin dijaga dengan baik tapi masih mencari yg lain ... nak kata isteri tak cantik ... tiap hari makan jamu... perut tak boncit seperti saya ... kulit bagai kan kulit telur ... tapi masih tak puas dengan satu ..kadang kala saya terfikir apa yang lelaki mahu kan dari seorang wanita ... kami bukan super women ...
saya masih ingat pesan seorang rakan saya ketika saya ingin mendirikan gerbang perkahwinan ... lelaki ingan kan ibu, isteri dan pelacur dalam masa yang sama ... dan itu lah amalan saya hingga kehari ini... kadang kala saya garang seperti ibu tiri dan kadang kala saya menjadi pelindungnya dan kadang kala i will roar in the bed ..... hahahahahah itu lah saya selama 8 tahun dialam ini ...
terdapat persamaan diantara ibu saya, rakan saya dan ipar saya .. mereka pernah menjanda ...saya dapati mereka ini terlalu tunduk kepada lelaki ... terlalu lurus dan tidak berdikari ... apabila perempuan tidak pandai menjaga hak mereka sendiri mereka akan dipijak sehingga lumat ... mereka merasakan tanpa lelaki hidup tidak akan bergerak, mereka perlu perlindungan dari lelaki membuatkan mereka dipijak ...memang hidup tidak semudah yang dirancang tapi kita perlu tahu hak kita sebagai seorang wanita.

Tuesday, November 22, 2005

KITA BERBEZA...

kita berbeza ... tak akan sama walaupun rambut sama hitam. Cara hidup kita juga berbeza... berbagai cara dan mazab asalkan kita menuju ke satu tempat yang sama.

hidup saya nampaknya kembali kucar ...(i'm happy with it)... sudah nampak sinar-sinar keemasan dihujung sana... nampaknya cuti panjang saya sudah berakhir.... betul kata rakan-rakan yang memberi semangat "hujan tak kan sepanjang hari" - semester sudah bermula, kerja rumah dan buku sudah perlu dibuka-katup, anak murid sudah mula datang belajar, aku telah mula menerima beberapa tawaran yang agak baik... dan kerja part timeku juga bermula... jadual ku sudah kembali sesibuk seperti sediakala....

Jemputan makan-makan dikalangan jiran tetangga masih diterima... sabtu ahad masih terlalu padat dengan atur-cara, sampai terpaksa kensel utk naik kepuncak gunung (kadang kala terlalu sukar untuk membuat keputusan apabila dua-duanya adalah permata hati) dan aku mengambil keputusan utk mengikut mas ke S'ban menaiki komuter tanpa ditemani suami, menghadiri jemputan seorang sifu... banyak cerita-cerinti apabila 2 tahun tidak bertemu ... aku kenyang dengan ilmu dan nasihatnya ... aku mabuk anggur sahabat ku...terima kasih... sudah lama aku tidak menjamah anggur keilmuan yang sebegitu...

Malam tadi jiran-jiran datang ke rumah, aku masak spagetti dan tempura. Kami bercerita sambil makan-makan, all in one, dari kisah artis (topik yang menarik) kepada kisah para suami hinggalah ke isu yang entah apa apa dan seperti biasa apabila wanita berkumpul mengayam ketupat (hahahhaha...mengumpat sunat) adalah acara yang paling menarik. Cerita punya cerita aku terlepas "Desperate Housewives", cerita punya cerita jam sudah ke 1 pagi ... memang sedap mengayam ketupat.. dan akhirnya keesokannya aku tersengkot di pejabat...

Saturday, November 19, 2005

MOOD RAYA LAGI KA??

Islam kata raya puasa sehari je ... kita sambut sampai sebulan ... pelik tapi benar tu lah penangan negara boleh land ...

kalau 7 hari pertama dibulan syawal dikampung meriah kini telah senyap sunyi kembali . semua telah pulang ke kota utk meneruskan segala aktiviti seperti sedia kala. ya perut perlu diisi .. kalau ikut kan hati ... sebulan mahu bercuti

Seperti tahun tahun yang lalu ... setiap hari sabtu dan ahad saya penuh dengan aktiviti berkumpul.. petang sabtu lepas saya ke rumah seorang kenalan, menghadiri kenduri utk kedua ibu dan bapanya nak gi ke Mekah ... mungkin kalau bukan kenduri itu hingga ke saat ini saya tak kan ke rumah nyer, malam kawan-kawan suami saya datang menyerang ..oleh kerana mereka buat lawatan terkejut maka kuih dan air terkejut lah saya hidang kan, kemudian kami beramai ramai ke open house depavali rakan suami saya..saya pulang pukul 2 pagi .

Keesokan harinya pula adik beradik saya datang menyerang ... kakak, adik, abang dan anak-anak sedara datang ... saya terkangkang masak sendirian .... nasib saya wanita yang hebat ... huhuuuuu hanim dan kak wei mengidam rendang minang maka terpaksa lah saya dipagi buta ahad merebus nasi impit dan memasak rondang... kerana budget kaput masakan ala kadar je ... kesian pulak tengok mereka ...tak pelah mungkin rezeki ditahun depan lebih baik ... mereka stay sampai kul 4 petang... lepas mereka balik kami lari beraya di Ampang ...rumah rakan-rakan dioffice lama .... cerita cerinti sampailah kul 8.00 malam balik sudah kepenatan .... Isnin malam anak murid datang beraya bersama ibu mereka ... seronok dan besstttttt... dah habis satu bab ... semua dah datang beraya ...

Seperti biasa ... mana rakan-rakan yang tidak dapat singgah kerumah saya ..saya dengan muka tak malu dan rasa rendah diri pergilah melawat mereka ... habis satu bangunan saya pergi beraya dng suami .... hahahahahha btw mereka tahu saya tak kutip duit raya sebab saya tak de anak ...huhuuuuuuuuu

Besok (Ahad) saya akan kerumah seorang rakan diseremban ... mulanya agak malas utk pergi ..satu jauh dan dua saya tidak selesa tapi mengenangkan tahun lepas beliau tercari-cari saya dijamuaannya tidak molek jika saya tidak mengziarahinya .... harap-harap lepas nie tak de lah lagi open house yg perlu saya hadiri.... .... tapi seperti biasa ... ada beberapa aturcara lagi yang perlu saya hadiri ... tolong saya sudah tidak larat lagi... ada sesiapa yang boleh gantikan saya???

Wednesday, November 16, 2005

Hidup ku semakin cerah...

Awan mendung berarak lalu ... mentari telah keluar dari pertapaannya tetapi masih malu untuk terik membakar... mungkin musim panas akan tiba seketika nanti. Yang pasti aku menunggu musim bunga untuk bertemasyar...

Sessi pembelajaran nun dibalik banjaran sudah bermula ... keputusan sudah ditangan ... saya agak kecewa .. semua dapat B+ je ... tak de pun A..tapi itulah hasil bila kita tidak tekun.. tapi yang paling best pensyarah selalu merendahkan kami yang tua nie ... mereka kata kami nie harapkan ada duit je belajar out ...tapi bila keluar exam slip ...semua terkejut best student semuanya dari orang tua tua macam saya ... budak budak yang makan tido dan belajar tak seorang pun dapat result yg bagusss... so sekarang nie budak budak nie dah start menebeng kat group "Power Puff Girllllll" hehehehhehehehe...dulu kita senyum mereka jeling je ... yalah kita nie tak layak dng mereka yg dipilih dari merit ....

Setelah hampir 2 bulan menganggur, semalam hari pertama saya bekerja ...sungguh memenatkan...dan yang pasti ongkosnya tidak enak...saya perlu pergi memancing lagi .... tak sanggup disitu ..bukan memilih tapi saya ingin yang terbaik buat diri saya ... kerana "DIRIKU BEGITU BERHARGA..."

Friday, November 11, 2005

Selamat berehat pejuangku…

Wahai pejuang ku
Bunga melurkan ku taburi dipusara mu
Berehatlah seketika ditempat yang mendamaikan
Jangan kau gusar tentang dunia kini
Kerana kau telah berada ditempat yang lebih mendamaikan

Mati mu tidak mati wahai pejuang ku …
Mati mu akan membangkitkan seribu pejuang
Nyawa untuk berjuang demi cita cita yang esa
atas apa yang kamu percayakan dan tegakkan

Selamat berehat seketika wahai pejuangku ….


::BELANGSUKAWA...

Dari dulu hingga lah kini … sesiapa yang memperjuangkan islam akan digelar penganas … Nabi junjungan digelar pernah digelar orang gila, penjenyah dan berbagai … sejarah mencatatkan pejuang bangsa dan agama sebagai penganas … Lihat saja Parameswara digelar pembunuh oleh Siam dan Majapahit… lihat saja kepada Shamsiah Fekah, Rashid Maiden mereka digelar penjenayah, pengganas, komunis yang tidak bertuhan … tetapi mereka lah yang bermatian ketika Jepun datang melanda … dan kini Dr Azhari Husin dicop sebagai penganas antarabangsa tanpa bukit yg kukuh. Saya tidak menyokong sesiapa tapi ingatlah jika dia dijalan yang benar … dia tak kan mati seperti Shamsiah Fekah, Tok Janggut, Mat Kilau kerana pejuang melayu terkenal dengan kesaktian mereka .. pantang anak melayu melangkah kemedan perang sebelum penuh ilmu didada…

::Surah Al-Baqarah ayat 154..

Janganlah kamu katakan, bahawa orang-orang yang gugur di medan Sibilillah itu sudah MATI. TIDAK! bahkan mereka itu sebenarnya masih hidup, hanya kamu tidak menyadarinya...

Wednesday, November 09, 2005

apa yang saya nampak

[READING PLEASURE]
:: Businessman has taken our raya & deepavali::
:: Hari Raya dan Deepavali ::

:: Wang segalanya ..

Kadang kala kita terlupa dan leka … bahawasanya saudara dan sahabat cuma datang seketika … sukar untuk mencari rakan menangis, sahabat yang mahu mendengar rintihan kita…nampaknya aku masih tidak belajar dari kesilapan yang lalu…aku tidak akan menyalahkan sesiapa kecuali aku … Kini aku menyedari bahawasanya hidup berkiblatkan wang…. Wang penentu segalanya … wang boleh mengakburi segalanya tetapi apabila tidak berwang barulah segalanya nampak nyata dan lengkap..

Saya masih ingat ketika kecil dahulu … ketika satu ketika dahulu perniagaan ayah jatuh merundum … semua saudara menjahuikan diri … takut untuk bertemu ayah …. Takut ayah meminjam wang dari mereka ….apa yang kami lakukan semuanya salah dimata mereka…. Kami hidup tanpa pertolongan dari sedara mara … sehinggalah ayah menghembuskan nafas … ayah membawa diri … tidak mahu ditanamkan dikuburan keluraga … pesan ayah agar ditanamkan dia di satu dearah yang asing tanpa dikelilingi oleh sedarahnya…

Kami yang masih mentah meniti hari hari yang kelam, tidak tahu apa yang ada dihadapan, hanya berserah pada yang Esa … sandarkan harapan kepada nya …akhirnya kami tidak diendahkan langsung .. yalah sapalah kami … tidak berguna … takut nanti kalau terlalu baik ingin meminjam wang persekolahan …

Tetapi ku pegang kata kata azimat “rezeki datang dari Allah bukan dari manusia”… sedikit demi sedikit kami bangun tegak melawan arus … dan akhirnya berjaya sekarang kami berjaya dimata mereka… dan kini mereka cuba menyambung tali persaudaraan… bagi diriku semuanya sudah terlambat … tali itu sudah tidak bermaknanya lagi … apalah guna tali yang berlandasankan wang dan darjat …


:: dimanakan pegangan saya..

Seorang pembaca ber-emilan, bertanya kepada saya, pihak mana kah saya ketika ini.. umno atau pas atau keadilan … Saya tersenyum…mungkin ramai pembaca saya yang merasakan tulisan saya selalu membangkang bermakna saya dipihak lawan …

Setuju tak semestinya saya suka dan membantah tak semestinya saya benci … saya boleh terima kedua dua belah pihak jika ia boleh membantu orang melayu dan islam secara total .. tidak kira datangnya dari pas, umno mahupun keadilan …

Saya marah apabila Dr Mahadir memalukan Anwar Ibrahim sebegitu rupa… sebagai orang Islam Anwar tidak patut dilakukan sehingga begitu …tetapi bagi saya Anwar bukan calon terbaik utk dijadikan next Perdana Menteri…

Saya marahkan UMNO kerana menipu dalam pilihanraya tetapi saya sangat sukakan Pak Lah dan arwah Endon dan Noli … mungkin kerana songket, batik dan kebaya telah terkenal diseluruh dunia… banyak idea baru telah dilakukan oleh Pak Lah … Saya sukakan Nik Aziz tapi saya tak suka PAS … mereka terlalu mengArabkan Melayu …

Tidak semua yang dilakukan oleh UMNO itu jahat … dan tidak semua yang dilakukan oleh PAS itu baik… yang penting …keduanya perlu seiringan… tetapi utk Najib (anak kepada Tun Razak) dan Hihamusddin (cucu kepada Dato Onn ) & Mukriz (anak kepada Mahadir) saya memang bangkang jika mereka dijadikan next PM kerana saya tidak mahu kerusi PM dijadikan kerusi kaum kerabat …

Monday, November 07, 2005

::HARI RAYA …

Akhirnya tuhan mengabulkan segala permintaan saya …segalanya yang saya pinta tertunai akhirnya … Tahun ini tahun yang paling bahagia bagi saya… Tok bersama kami beraya bersama dikuala lumpur, kawan baik saya bagi pinjam kereta maka dapat lah saya pulang mengziarahi pusara kedua ibu bapa saya di Port Dickson…singgah sebentar menyedekahkan doa diPusara Raja Melewar dan Raja Jumaat amat membahagiakan saya.

Tahun ini Tok inginkan redang kerbau … nasib baik di pasar chow kit ada menjual daging kerbau, tak lah saya terpaksa naik hingga ke Raub agar dapat dibuat rendang (kerbau dan minang terlalu sebati) … inilah kali pertama saya masak rendang kerbau, baru lah saya tahu betapa enaknya dagingnya berbanding dengan daging lembu …mungkin selepas ini saya akan gantikan daging lembu kepada daging kerabu untuk dijadikan menu setiap tahun …

Tahun nie saya menjadi chef … rendang minang , rendang kerbau, kuah kacang dan ketupat menjadi taruhan dipagi raya ..nasib semua nya ok tak termasin tak terpahit…malamnya pula saya membuat nasi brani (baru cuba-cuba), udang masak merah, dalca, ayam goreng mamak dan acra buah … hebat bukan…hehehehehehe

Selepas sembahyang hari raya kami pergi menzirahi pusara Pak Ali, ayah angkat Tok dibatu 16 Selayang … raya betul orang dikuburan seperti pesta lagaknya dan bauan rampai harum semerbak memenuhi disetiap sudut kawasaan itu …sungguh mendamaikan ..bacaan yassin tidak berhenti-henti kerana terlalu ramai orang yang membaca…. Saya begitu sayu …

Kemudian kami singgah di rumah arwah Pak Ali melihat anak-anaknya untuk seketika ..kemudian Tok ajak saya ke rumah beberapa orang anak angkat nyer disekitar Kota.. seronok juga rupanya beraya disini … jalan agak lengang memudahkan perjalanan kami . Selepas itu makan malam bermenukan brani, hampir jam 10 malam, kami meneruskan perjalanan kami ke nun disebuah kampung di tengah banjaran titiwangsa … tok ingin pulang kesana untuk beraya dipuncak banjaran buat seketika dan itulah janjinya berkongsi kasih maka saya terpaksa pandai membawa diri dan tidak boleh tamak untukl tidak membolot kasih tok seorang diri …

Keesokannya pagi kami pulang ke Jelebu …singgah sebentar di pusara wan sebelum kami pulang kerumah. Entah mengapa saya ingin ke Kubur Moyang Salleh utk seketika…kuburnya terlalu semak dan semakin dilupai …membuatkan saya menjadi hiba … jasanya tidak boleh dipertikaikan tetapi ianya tidak diendahkan oleh kaumnya sendiri… kalau Moyang Salleh yang begitu agung tidak diendahkan …bagaimana lah saya kelak nantinya…

Dikampung sudah ramai menunggu… sepupu sepapat semuanya menanti … bercerita sambil menjamu selera membuat kan saya terlupa seketika kesedihaan dikuburan. Seperti biasa saya dan suami berjalan satu kampung melawat sedara mara yang tua. Di petangnya pula kami membawa ibu dan ayah pergi melawat beberapa orang family di berlainan kampung … ayah terlalu gembira berjumpa dengan darah dagingnya … seharian dia tersenyum ..entah apa yang dikepalanya ..terlalu bahagia nampaknya dia.

Sabtu malam kami pulang ke Kota. Ahad saya turun ke Port Dickson kerana semua ahli keluarga berkumpul … seronok dikelilingi kakak, abang dan adik. Seronok melihat kerenah anak anak buah yang sudah membesar … kami makan makan sampai kemalam… jika arwah ibu ada ketika ini … dialah manusia yang paling bahagia …

Thursday, October 27, 2005

HARI RAYA DAH NAK TIBA …

Tahun ini ala kadar je … sebab tak de gaji … huhuu … semalam saya buat kerepek pisang … dapat lah 4 botol nesface…tadi saya kepasar … beli barang barang asas nak buat rendang …paru, perut dah saya rebus, dah saya racit halus… besok saya nak goreng dan tumbuk kerisik dan kacang tanah … sabtu saya nak buat cokelat chip …tiap hari suami dah dok tanya bila nak buek cokelat chip (kuih tu je yg saya reti) …

Langsir sudah dicuci … abuk telah dibuang, Cuma tinggal lantai dan baby belum dicuci …huhuuuuuu

Renee dapat bonus 6 bulan so dia tukar perabut rumah …. Perabut yg dia tak suka dia bagi kat aku … kira aku macam dapat perabut baru lah jugak nie …. Satu lori barang masuk …rasa macam baru pindah lah pulak … masa apek tu angkat barang masuk rumah aku … dia ingat aku pun baru pindah … hahahah sebab rumah aku kosong … heh heheheh … rumah I memang sentiasa kosong .. I suka rumah yg nampak lapang dan selesai … perabut yg tak perlu memang tak akan ada didlm rumah I … rumah I Cuma ada barang asas je … memang I suka rumah yang simple dan selesa … memang dari dulu sampai sekarang sapa pi rumah I semua ingat baru pindah dan baru kawin … huhuuuu my living room Cuma ada sofa 3 seats, meja makan 4 seats dan tv ..itu je no coffe table, no ambal – simpan abuk, dan barang yg tak perlu … sama seperti bilik I ..katil, almari itu saja …. Tak de benda yg tak diperlukan … tupasal rumah I nampak macam kosong je … lagi satu rumah I bertemakan putih …semuanya putih dari kucing hinggalah ke cadar …

::fung shui::

sejak dua tiga minggu nie aku dok gila baca buku fung shui … dan akhirnya aku membeli beberapa barang fung shui utk rumah ku – suami ku pening dengan hobi baru ku ini … tapi bila membaca buku buku fung shui baru aku perasaan bahawa aku banyak melakukan apa dicadangkan … semuanya dari ajaran ibu dan tok … contohnya ibu suka tanaman pokok buluh ..aku pun tanam tanpa aku ketahui mengapa … rupanya pokok itu dikatakan utk menjaga usia seseorang didlm masyarakat cina, dan kalau kita baca hikayat raja melayu kita dapati keturunan melayu berasal dari puteri buluh betong… sama juga dengan pokok limau …org cina merasakan pokok limau boleh membawa keuntungan yang baik (rm rm rm rm)… aku pun suka tanam pokok limau kerana baunya yang wangi … tapi aku tanam limau purut dan kasturi … ong jugak lah tu …

Fung shui kata kalau ada gambar atau patung harimau putih lagi bagus utk protection dari anasir yang tidak baik masuk ke rumah … aku pun ada harimau putih di rumah tapi bukan gambar or patung …mine is real one mah ….BABY KU…hebat bukan … fung shui suruh menabung jika ingin kan kekayaan … mesti buat tabung yg berisi emas, wang, batu permata dan barang berharga … itu juga sudah ku lakukan sejak berkahwin kerana memang hobi ku mengumpul berbagai batu berbagai warna dan bentuk… fung shui juga menggalakkan kita menjaga beras atau makan ruji memang telah menjadi pesanan tok kepada ku sama seperti fung shui catatkan dan Tok juga kata pernah kata bahawa harta qarun yg ditelan dek bumi dijaga oleh org halus dihujung pelangi … fung shui kata kalau nak kaya kena bawa masuk pelangi kedalam rumah, macam ada persamaan ya …
Last week aku pergi klcc … aku beli beberapa barang yg belum ku miliki utk dijadikan hisanan rumah ..aku membeli beberapa biji bola kristal utuk digantung disetiap tingkap utk membawa masuk pancaran pelangi …sungguh indah sekali pabila mentari memusat ke kristal dan memacarkan pelangi pagi … mungkin nanti org bunian akan meletakkan harta si qarun kedalam rumah ku kerana setiap pagi pelangi menjelma di rumah ku …hebat bukan….mungkin setahun dua nie ..AKU AKAN JADI KAYA ….. hehehhehehehehe
reading pleasure --> world of fung shui

Wednesday, October 19, 2005

FONNOVELA : ANAK MERDEKA

FONNOVELA: ANAK MERDEKA- DOWNLOAD NOVEL DARI LELASARI
Ingin membaca karya novel terbaru dari saya? Anda boleh layari GPRS Wap di telefon bimbit anda dan download ke dalam henset anda.... ( sudah tentu untuk henset tertentu yang dapat access GPRS ):
1. Layari wap Maxis: http://wap.maxis.com.my
2. Dalam tu ada link untuk Download Station... klik je Download Station tu...
3. Kemudian dalam DS tu ada Download Enhanced... then klik la situ...
4. Dalam tu pulak ... ada link Java Apps untuk FonNovela... klik je FonNovela5. Dalam FonNovela ada beberapa list novel.... setakat ini hanya ada 2 novel sahaja karya dari saya iaitu Anak Merdeka (Sempena hari Kemerdekaan) dan Menyinatimu (kisah Remaja) so, kalau nak baca..anda bolehlah download ke dalam henset. Harga untuk 1 FonNovela akan dicharge RM3.00 sahaja.
Disini saya lakarkan sedikit sedutan dari novel tersebut … at least anda boleh menilainya sendiri sebelum membayar …SELAMAT MEMBACA...

ANAK MERDEKA
[BAB 5]
Bersebelahan dengan air sungai yang mengalir bersih kelihatan sebuah rumah usang yang atapnya di perbuat Daripada nipah tetapi masih kukuh buatannya manakala sang burung berkicau riang serta unggas berterbangan bebas, sesekali kedengaran suara katak silih berganti.
Azrul kelihatan seolah-olah sedang meronta-ronta sambil muka berkerut menahan sakit manakala dahinya dibasahi peluh dan tiba-tiba dia tersentak lalu cuba bingkas bangun dari tempat pembaringannya. Dia tercungap-cungap seakan di kejar sesuatu.
Sambil termangu seketika beliau memerhati sekeliling sambil memegang muka dan badannya.
"Ahhh, sakit." aku mengeluh halus.
"Bermimpikah aku?" bisik hati kecilku.
"Kat mana aku ni? Lain macam je kawasan ni. Rumah siapa pulak ni?"
Aku cuba mengingatkan segalanya sambil memegang tikar mengkuang yang mengalasnya.
Cicak berkejaran sambil cuba menangkap serangga sekitar rumah itu. Manakala suara katak masih tak berhenti lagi memanggil hujan. Aku terasa badanku seram sejuk, mungkin terkena hujan semalam agaknya.
Aku termenung seketika, sambil cuba mengingati tentang peristiwa yang menimpa aku.
"Alamak!!!" Aku termenung seketika.
"Kalau tak silap aku, semalam aku baru balik dari Pub Mawar Biru, lepas tu, aku mabuk, hari pulak hujan, jalan licin, kereta terbabas...
“Ahhh... tapi mana Badrul?" ketika itu aku memandang sekeliling.
Sekali lagi aku di kejutkan dengan satu suara yang parau datangnya dari arah dapur rumah tersebut.
"Kamu dah sedar, baguslah." Aku cuba memberanikan diri menjengah kepalaku perlahan-lahan.
Seorang tua berjanggut putih, berkulit hitam manis tersenyum sambil memandang aku dengan tenang. Aku tersentak ke belakang sambil mengensot-ensotkan diriku.
"Jangan takut orang muda, kamu selamat kat rumah atuk." balas orang tua tadi.
"Mmm... mana kawan saya," tanyaku kepada tok yang aku tidak kenal ini.
Orang tua tadi memandangku sambil mengelengkan kepala"Atuk cuma jumpa kamu je, masa tu atuk keluar cari kayu api, kamu terbaring kat hujung bukit sana," kata orang tua itu sambil menunjukkan arah dengan jarinya.
"Sudah dua hari kamu terlantar kat sini, luka kat badan kamu tu semuanya atuk dah bersihkan. Ini atuk ada buatkan ubat, kamu minumlah, biar cepat segarnya." Kata orang tua itu lagi dengan air mukanya yang jernih.
Melihat keadaan itu, aku yang sedari tadi agak kekok dan sedikit gementar, telah mula dapat membiasakan diri. Mungkin juga kerana layanan yang baik diberikan oleh orang tua ini pada aku. Lalu aku mencapai cawan yang diisi air akar kayu tersebut lalu meminumnya.
"Puihhh... PAHITNYAA," tersembur keluar sikit air itu dari mulut aku.
Sambil ketawa orang tua itu mencelah. "Yang pahit itulah ubat, yang manis itu racun, sama seperti hidup ini, yang susah untuk dibuat itulah yang paling baik untuk kamu, tapi yang seronok untuk dibuat, itulah racun bagi kamu." Tegas orang tua itu lagi.
"Pandai betul orang tua ni berfalsafah kerana selama ini aku selalu fikirkan yang orang pendalaman tidak mungkin dapat berfikiran seperti ini."
"Siapa agaknya orang tua ni, sebenarnya?" tanyaku setelah agak berapa ketika mendiamkan diri.
Sambil tersenyum orang tua itu pun berkata, "Panggil je aku, Tok Leh".
"Dan tempat ni pun tak ada nama bukan macam rumah kampung, cuma atuk je yang tinggal kat sini."Aku terdiam.
"Kalau macam tu, kita ni dalam hutanlah ye Tok." tanya bodohku.
Tok Leh mengganggukkan kepalanya.
"Tok tak takut ke tinggal kat hutan?" Tok Leh tersengih menampakkan giginya yang tersusun dan agak bersih.
Jika nak dilihat susuk tubuhnya tidak siapa yang percaya umurnya mungkin sudah menjangkau hampir ke 90 tahun tetapi masih kelihatan tegap dan segak. Janggutnya mengingatkan aku kepada arwah datukku dulu.
"Sebenarnya hidup dalam hutan ni lebih tenang. Lagipun rezeki yang tuhan turunkan banyak di atas muka bumi ni, kalau ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pulak kita manusia yang di beri akal dan juga tulang empat kerat ni." Aku terasa macam kena sindir je bila orang tua ni memandang sinis ke arahku.
"Tapi Tok, saya tak boleh hidup dalam hutan ni, dunia saya kat luar sana." Sambil aku menggarukan lengan dan tengkok akibat gigitan nyamuk.
Aku lihat Tok Leh termenung sambil berdengus, "Kamu tak pernah terfikir ke kalau negara kamu berperang, dan kamu tak pernah terfikir ke macam mana datuk dan moyang kamu hidup masa perang."
Agak keras sikit bunyi suara Tok Leh sambil memandang tajam ke arahku.
Aku terpaku seketika. Kelu lidah aku bila Tok Leh menanyakan aku soalan yang tak mungkin terfikir oleh aku selama ini.
Tok Leh mencelah setelah melihat aku terdiam, "Kamu rehatlah dulu, tok nak keluar kejap mungkin ada rezeki kamu dapat makan kancil hari ni.” sambil beliau berlalu meninggalkan aku seketika.
Hari hampir menjelang senja, aku mundar mandir di persekitaran pondok usang Tok Leh. Sesekali menjeling ke arah hutan bersebelahan, kalau-kalau Tok Leh pulang dari buruannya.
BERMINAT ---->clik disini

Saturday, October 15, 2005

Akhirnya

::READING FOR TODAY ::
::DAH SELESAI::
Exam dah tamat, lega rasanya dan beginilah agaknya rasa para student yang habis exam. Leganya hanya Tuhan saja yang tahu, hampir sepurnama saya tak kenyang dek makan tak basah dek mandi (betul ke nie peribahasa nie) menghafal dan menelaah membuat saya tidak punya cukup waktu dan kini saya akan bercuti selama sebulan. Minggu depan keputusan akan keluar dan pada 19/10/2005 semester II akan bermula. Harapan saya, dapatlah kiranya saya lulus dengan cemerlang (huhuuuuuu- bahasa surat lah pulak). Jika boleh saya tak nak atas pagar je, naklah merasa dapat B+ or A, yalah kita mahu kecemerlangan, kita mahu yang terbaik. Kalau setakat B- & C- semua orang boleh dapat kan kan kan... kita perlukan quality bukan quantiti ...

:: BERTINDIK ::

Dua minggu yang lepas saya ke Seremban untuk menghadiri seminar. Masa lunch time saya meronda-ronda disekitar bandar, seronok juga wei, melihat bangunan lama masih gagah dan ia mengingatkan saya kepada arwah ibu...jalan punya jalan saya entah bagaimana saya teringin nak pergi kekedai emas, sebenarnya saya suka kedai yang kelihatan antik maka termasuklah saya dengan rela hati di sebuah bercirikan zaman 70'an. Tuan punya kedai emas seorang Mamak, sambil cuci mata saya teringat pesan Tok - dia selalu pesan saya supaya membeli emas, anak gadisnya terlalu gonjeng dan pesannya lagi kepada saya -seseorang wanita tidak berseri jika tidak beremas. Telek punya telek entah mengapa saya tertarik kepada sepasang anting-anting kecil (tak mahal pun - bawah rm100 je) dan mungkin suasana sekitarnya mengingatkan saya kepada ibu dan tok... saya masih ingat kira-kira 20 tahun yang lalu ibu membawa saya ke pekan untuk ditindik tetapi selepas ditinik telinga saya menanah dan membengkak, saya buang anting-anting tersebut dan akhirnya ia tertibus kerana saya menjadi takut untuk memakai subang.
Ketita bertindik menindik... saya bagaikan bagaikan dizaman dahulu kala.. mana tidaknya si peninik menggunakan jarum emas dicucuk ketelinga secara manual dan kemudian baru dimasukkan anting tersebut... kalau lah saya tahu begitu rupa tak kan ingin saya bertinik tetapi si peninik itu memberi jaminan bahawa tindikkannya tidak akan membawa sebarang bencana dan ianya telah terbukit, telinga saya tidak bernanah dan membengkak seperti kali pertama saya melakukan dikedai apek... kata suami saya - saya memang puteri zaman dahulu kala ... kerana semua nya perlu digunakan cara tradisional dan untuk menebok saya perlukan barangan emass.... hahahah
Kini apabila memandang ke cermin setiap pagi, melihat kelopak telinga saya ...memori bersama ibu pasti menjelma... dan melihat emas dibadan mengingati tok yang jauh entah dimana...mereka berdua terlalu dekat dengan saya akhirnya...
reading pleasure - adat resam bertindik

Friday, October 14, 2005

TAKE A BREAK III

Semalam saya gi memancing ikan di sekitar kl (pi interview lah nie), rasa-rasanya macam boleh dapat tapi tengok lah semuanya dengan ketentuaan Allah jua. Kadang kala saya rasa antara keje dan duduk rumah lagi penat duduk rumah. Mengemas, masak, membaca, gi interview amat memenatkan, terkejar sana dan sini belum lagi nak buat amal ibadat yang tak seberapa nie. Ramai yang telah mula menengor bahawa saya dah kurussssssss …yezaaaa!!! … Mahu tahu rahsia kurus saya ?? ianya bukan kerana terletak pada puasa tapi mungkin dok risau tak de keje dan terlalu penat menelah dan berbagai lagi …. Semalam saya teringin nak makan nasi lemak buah bidara maka saya menanaknya sendiri, lawannya telur rebus dan sambal kepah dan lebihan rendang daging tempoh hari dan hari ini pula saya kepingin untuk menjamah keh tiew goreng kerang dan pengat pisang (saya memang gila kan buah pisang – tak tahu mengapa)- terasa macam mengandung pulak mengidam tak tentu pasal. Esok, saya akan berbuka bersama-sama keluarga saya di Cheras rumah Kak Wie, Kak Long dari Bangsar, Intan (adik bongsu saya) & Bang Din dari Port Dickson dan Hanim (anak buah pertama) dari UKM akan menuju kesatu arah …. Seronak ya !!! Sebenarnya dah lama family saya tak berkumpul and I really looking forward on this event, berkumpul, makan bersama bergurau dengan anak buah yang dah besar-besar (takut mereka tak kenai lagi makcik ela yang cun melecun nie) akan mengubati kerinduan saya pada arwah ayah dan ibu. Mungkin jika ada masa minggu depan saya dan suami akan pulang ke jelebu pula untuk berbuka bersama-sama dengan keluarga suami. Sebenarnya saya telah mempunyai aturcara berbuka bersama rakan-rakan pengajian di Sheraton Subang tetapi apabila Kak Long menelephon menyatakan hasrat ingin berbuka seluruh keluarga, saya tanpa berfikir panjang telah membatalkan aturjanji saya untuk berbuka bersama rakan-rakan – maaf ya. Entah mengapa hati menjadi sayu dan lembut pabila kak long kepingin benar untuk bersama keluarga …saya tahu selama ini saya bukanlah adik yang baik kepadanya dan mungkin permintaan beliau yang tidak seberapa ini saya perlu penuhi…bak kata orang tua … secair mana darah kita mereka tetap darah kita…kawan beribu boleh dicari tapi sedara sebau bacang tak kan dapat dicari ganti.

Saya telah mula memikirkan apa menu untuk hari raya kali ini … tahun ini saya akan beraya sendirian bersama suami di Kuala Lumpur. Mungkin saya akan memasak rendang, nasi impit, kuah kacang dan nasi brani. Kuih dah di oder (saya tak pandai buat kuih …. Tak reti dan malas pada keje yg remeh temeh ini.. J) Barangan untuk membuat arca buah telah dibeli mungkin ahad ini akan saya menumis acra buah resepi keluarga… kata orang arca lama diperap lagi sedap… huhuu kerisik mungkin malam sabtu akan saya goreng dan tumbuk … bukan apa takut nanti tak sempat nak buat, takut jadi macam tahun lepas, sampai kepagi pagi tak tido … yalah saya niekan seorang diri tak de anak tak de sedara nak membantu …

Sepuluh yang lalu saya terpaksa menerima hakikat yang ayah tidak akan memasak brani setiap kali puasa menjelang tiba…3 tahun yang lepas saya terpaksa menerima hakikat bahawa ibu tidak akan bersama setiap kali takbir menjelang dan kini saya kehilangan seorang lagi yang begitu dekat dengan saya. Sudah 2 tahun Tok menemani saya setiap kali berpuasa ..ianya semacam mengubati kerinduan saya terhadap ibu dan ayah tapi kini saya terpaksa menerima hakikat bahawa setiap yang datang pasti pergi … Mungkin kini saya terpaksa belajar untuk tidak menyanyangi Tok sepenuh jiwa dan raga . Sudah hampir 3 bulan saya tidak mendengar khabar berita tentang Tok dan setiap kali angin timur dari banjaran datang menyapa di kamar , saya menjadi sayu, merindui tok amat menyakitkan, tidak sama perasaan ketiadaan ayah dan ibu kerana saya boleh menerima hakikat yang mereka telah pergi kesatu tempat yang lebih mendamaikan tapi tok entah hidup atau mati…bertapakah dia atau dikurung oleh jin-jin yang terlupa dipasong oleh sangkala?? Cuma kini saya berdoa agar Tok segera terlepas dari kurungan kerana anak gadisnya terlalu merindunya… “Duhai bayu, sampaikan pesan buatku..nyatakan betapa pilu, perpisahan yang telah ku redahi ini …..”

Wednesday, October 12, 2005

TAKE A BREAK II

Semalam saya hadiri satu temuduga , sudah terbayang-bayang kalau saya dapat kerja segalanya akan seperti biasa kembali …saya berjanji utk berjumpa di office nyer pada pukul 3.00 petang dan akhirnya saya hampa … bukan mereka “tak nak” kat saya tapi “it’s not at my standard” memilihkah saya?? saya tidak memilih tapi saya rasa ianya tidak sesuai utk saya … office nya sebuah rumah yg berlatar belakangkan zaman 60’an…menyeramkan, sudah lah rumah itu nun diatas bukit, jauh nya tuhan saja yang tahu… tidak ada penghawa dingin …saya rasa seperti di negeri india … mungkin dia hendak jimat kos kot … tidak boleh saya gambarkan keadaan saya ketika itu ..terkejut dan terpana .. didalam hati … ya allah office di rumah ku seribu kali lebih bagus …

Suami telah mula mengomel … bil bulanan belum dibayar lagi .. maka saya dengan berat ponggong terpaksa juga ke Ampang Park (seperti biasa - menaiki lrt) untuk membayar segalanya …credit card, bil api dan membeli card pra-bayar … saya perlukan talian komunikasi ketika & a tonner for my printer and I really need these two thing very badlyyyyyyy…

Setelah selesai …saya berwindow shopping …terasa seperti orang kaya ( we have to think rich to be a rich person…hahahhaha), orang semua keje saya bershopping …alangkah indah nyer dunia nie … kalau lah boleh selama nya saya begini bagus kan… duduk bercerita dengan seorang pelukis jalanan berbangsa cina membuat saya kini menilai seseorang dari hati mereka bukan lagi warna kulit.

Percaya atau tidak selama dua hari saya berada diluar masa, kuala lumpur rupanya mempunyai warna nya berlainan sungguh … saya bagai kan berada didunia yang lain…dimana-mana berbagai warna dan rupa yg kadang-kala tidak pernah saya terfikir akan berjumpa… semasa didlm tren saya di kelilingi sekumpulan warga thailand …. Mereka sungguh sungguh berbahasa thai sehingga saya tidak perlu ke bangkok utk merasai dunia mereka …. Saya pulak bagai kan pendatang ketika itu , sampai di KL Central, keluar minah siam, masuk pula kira-kira 20 orang kanak-kanak berbangsa sikh baru pulang dari sekolah … mereka bercakap urdu dan punjab … membuat saya akan berada di kashmir …. Wajah mereka mengingatkan saya kepada wajah ibu dan anak buah saya dan sememangnya saya didalam golongan itu tetapi saya tidak memahami apa butir bicara mereka, turun di setiawangsa, entah dari mana sekumpulan minah mat salleh tersembul didepan saya … semua berpakaian putih … ya mereka baru pulang dari yoga … saya tidak tahu yang di setiawangsa mempunyai ramai mat salleh …. Mmmmm …bukan saja berpakaian serba putih … mereka bersarong dan berselipar jepun … mereka melangkah ke belakang atau kita yang sudah terlalu kehadapan …entahlah … saya menjadi pening seketika .. kuala lumpur rupanya sudah terlalu banyak warna pelanginya …

::BULAN APA KAH IN??::

Ingat tak anda pada satu kisah dizaman Nabi Musa? Allah telah perintahkan kepada kaum Yahudi bahawa hari Sabtu dijadikan hari keagamaan. Pada hari Sabtu kaum ini tidak dibenarkan keluar mencari rezeki dilaut..mereka diperintah supaya beramal ibadat dan menyerah diri kepada tuhan yang esa…pada mulanya mereka mengikut dengan taat … tetapi tuhan duga mereka … setiap hari sabtu ikan-ikan dilaut mendarat dipinggiran pantai …dan akhirnya mereka leka …mereka lupa akan perintah allah supaya setiap sabtu ditugaskan supaya beramal ibadat … dan allah duga mereka lagi … hari ahad hingga jummat tidak ada seekor ikan pun dilaut … tetapi bila hari sabtu ikan bagaikan dipanggil panggil kepinggir pantai … akhirnya mereka lupa tanggungjawap mereka dan mereka mengingkari larangan allah supaya tidak berkerja pada hari sabtu … dan akhirnya mereka ditelan laut ketika menangkap ikan … cerita ini menjadi pedoman kepada kita orang islam khasnya …

Mengapa saya menulis kisah diatas….semasa saya di Ampang Park hati saya menjadi sayu dan sedih … sepatutnya bulan yang penuh berkat ini kita penuhi masjid dan memperbanyakkan amal ibadat … apa yang saya lihat tadi tidak sepatutnya berlaku di bulan ramadan yang mulia nie …. Kira-kira pukul 1.00 petang, di Ampang Park telah berlangsungnya persembahaan kebudayaan - tarian melayu telah di pentaskan dengan wanita-wanita melayu berjoget dan berkain belah sehingga kepeha di atas pentas … MEREKA TELAH MENGKORMESIAL KAN BULAN RAMADAAN utk tujuaan perniagaan, tolong jangan sama kan bulan ini dengan tahun baru cina, christmas or depavalli… dan jika kita meraikan kita sama lah kita seperti kaum yahudi diatas- memperniagakan bulan ini utk wang yang sedikit itu… dan jika ini dibiarkan jangan terkejut jika malaysia dilanda musibbah lagi… saya bukan lah seorang yang warak tapi bulan ini bulan kita dengan allah…. Tak payah lah nak memenatkan badan berjual dipasar ramadaan, berjoget di pentas-pentas, menjual kuih raya dan sebagainya … bulan ramadaan bukan bulan business tetapi bulan memperbanyakan amalan ….bukan bulan membeli baju raya, kuih raya, melantak di hotel-hotel atau pun membeli berbagai hidangan di pasar-pasar … bulan ini sepatutnya kita membuat mana yang wajib dan memperbanyakkan mana yang sunat …

Tuesday, October 11, 2005

::TAKE A BREAK…

Saya sedang tanam anggur ketika ini… tak tahu sampai bila ..seminggu, dua or sebulan dua atau setahun … dari pada bersedih hati asyik memikir duit duit dan duit …saya akan cuba membuat sesuatu yang boleh mengembirakan hati… sekarang jadul hidup saya berubah untuk seketika… kalau dulu kerja, mengajar, belajar …sehingga tak tentu tido dan sembahyang ..kini masa sudah agak teratur… bangun dari tido, kemas rumah … basuh tandas ( suka lah tandas ku tiap hari dibasuh – kalau dulu seminggu sekali pun tolak menolak…), mop simen sampai berkilat, gosok dan lipat baju yang dah setinggi gunung tahan , baby pun dah tak merangam lagi … kalau tak asyik terkencing depan pintu je .. mungkin ingin kan perhatian … bukak computer …buat apa yg patut… keje yg tertangguh … lepas tu pi pasar kejap … kul 12 masak utk berbuka. Masak, sembahyang kemudian membaca buku sampai pukul 4, pi mengajar sampai kul 5.00 balik dari mengajar, sembahyang tido seketika…kul 6.30 siap apa yg perlu …7.00 buka puasa … 8.00 suami gi surau saya mengajar …. Sampai kul 9.30….start baca buku kembali…sampai kul 12.00malam kemudian baru buat sembahyang sunat … sampai kul 2.00 pagi ….tido ..enak kan orang tak bekerja … heheheheh betul kata ibu saya …saya patut kawin dng anak raja ….. RAJA KAPOORRRRRR boleh lah makkkkk….mana ada value dah lagi ….huhuuuuuuuuuuuu
::READING TIME

Buat masa nie saya sedang membaca KISAH SINGAPURA – Memoir Lee Kuan Yew, KNOW BETTER FUNG SHUI – Lillion Yeoh. Ada 3 buku lagi yang saya tak habis membaca …mungkin sebulan dua nie ada lah masa saya utk membaca dan membaca…. Apa lagi yang ingin saya lakukan ya ….saya ingin pulang ke port dickson dah lama betul saya tak mendengar deruan ombak … bau laut dan lambaian angin … mungkin minggu depan saya ingin pulang sehari dua kesana … best ya … menziarahi kubur ibu dan ayah , menjengok rakan sekolah dan sedara sepusat…hhehehehehe

:: RE-CYCLE…
ahad yang lepas saya tonton 3R …cerita pasal …re-cycle, cara nak selamat kan dunia dan berbagai lagi …I tak ingat nama mereka …tapi minah yg seorang nie …cuba gi keje dng naik basikal … tak nak bawak kereta kononnya nak jimat kan petorl …. 2 liter petol kereta membuat 5 kg kotoran … bayangkan berapa juta kereta di malaysia …dan berapa juta kereta di dunia…huuuuuuuuu padan lah JEREBU …. Seorang lagi minah nie pi pasar … tak nak guna plastik, tak nak beli barang yg toksi gitu gini dan lain lagi lah … lagi soroang minah nie buat baja kompas … dikatakan seorang rakyat malaysia membuang sampah 2 kilo seorang …kalau 20 juta … hebat hebat … tak lama lagi kita hidup dlm sampah lah nampak nyer.

Bila fikir balik … boleh ke kita lawan arus …kalau kita je sorang yang dok fikir benda nie semua tak jalan jugak kan … mereka bagi idea utk kurang kan toksid, sampah dan asap … antaranya cadangan mereka:

a) pi keje dng public transport :- Lela & suami dah laku kan selama setahun dah. Kami naik lrt ..thank god ..rumah lela dekat dengan lrt …office kami pun dekat dng lrt …nasib kami tak beli rumah kat rawang ka…bukit beruntung ka … kami pergi pasar pun senang … pasar keramat, giant, carefoure, jaya jusco semua ada perhikmatan lrt … nak balik pd senang bas sampai depan rumah, utk ke seremban bas power giler … baru 4 hinggit…begitu juga dengan sistem komuternya …so lela tak de problem nak pi pd or seremban … begitu juga nak gi rumah kak kat bangsar … sampai lrt suruh mereka ambil….hahhah kami gi klcc tengok wayang pun naik lrt …tak jam …lela gi uia care poll dng renee… so no problem kalau lela tak de kereta … balik jelebu pun car poll dng abang …jimat, mesra alam dan selesa …. Huhuuu ---->public transport

b) beli barang secara berhemah :- sebenarnya dlm islam sendiri tak suka pembaziran …beli yang perlu je … tapi seperti biasa org malaysia memang suka membazir …suka yang cantik …. Kadang kala sofa masih ok nak tukar sebab jiran sebelah tukar or sebab hari raya dah nak tiba…baju pun begitu … lela ada satu kawan …setiap tahun hampir 5 karung baju dibuang ..masih elok dan cantik …Cuma out of date … bagi mereka … entahlah …. Baju lela … sampai habis betul .. kalau tukar pun sehelai je … itu pun kadang kala orang bagi, percaya … barang perabut lela tak pernah bertukar …sebab lela memang suka antik …sejak kawin lela mengutip barang …peti asi lela usianya 30 tahun sampai cina tu kata kalau semua macam lela tak de org boleh business …tv lela semua orang bagi … mereka nak tukar baru … yg lama masih baik …lela kutip sama lah nie masih baik …kat rumah lela dah ada 3 tv … tak satu pun lela beli dng duit lela …begitu juga dng computer …orang bagi sebab dah out of date … suami betulkan mana yang rosak lagi pun lela cuma nak pakai buat taip sikit sikit tak perlu canggih manggih …

c) jangan pakai minyak wangi or barang peribadi – toksid :- memang dari dulu lela tak suka pakai minyak wangi … lela selalu mandi bunga dan makan kulit limau kasturi utk mengelakkan bau badan … make-up pun jarang lela pakai …Cuma celak dan kadang kala pemerah bibir …

dan banyak lagi yang di suggest dari 3R tu … dan lela bangga hampir 80% yang dicadangan memang lela dan suami dah lama pratikkan dalam kehidupan kami seharian … so sekrang lela kena ajar at least seorang dua agar dapat ikut jejeak langkah lela …. At least lela dah buat part lela sebagai manusia agar kita dapat hidup di sini dengan selesa … kalau nak tahu lebih lanjut tentang kemusiahaan bumi --> check this out


Monday, October 10, 2005

::ramzaan mubaarakh::

selamat menyambut bulan ramadaan yang penuh hikmat ini…bulan ini …bulan saya berehat seketika…berehat dari kerja yang membebankan dari memikirkan hal dunia yang tak pernah henti-henti ini , bulan dimana saya perlu berfikir tentang diri dan tuhan…memperbetulkan mana yang perlu diperbetulkan ….ya berihat seketika …baik utk my internal frame…

yang ada dikepala hotak saya ketika ini yang perlu saya selesaikan adalah …
a) study for my final exam – 1st semester…huhuuuuuuuu
b) kemas rumah …rumah saya dah tak macam rumah …
c) bersihkan diri saya …belek apa yang perlu di belek ….ada sapa sapa nak tolong urut kan saya …tanpa bayaran??? Kita pertukaraan bata… boleh?
d) Cuba resepi baru …. Perbaiki resepi lama hahhahahah
e) Buat resume …nie yang paling liat nie …ada sesiapa yang perlu pekerja am??

:: menu berbuka puasa bersama lela ::

1 ramzaan - rabu
rendang kampung – semua pakai tumbuk – blander dah rosak – tak beli lagi …tumbuk dengan lesung ..mesra alam …
popudum
acar timum
ayam goreng bijan
air limau nipis
kurma
bubur kacang hijau

2 ramzaan - khamis
nasi ayam - buat sendiri tau ...
ayam goreng
karipap
kurma

3 ramzaan - jumaat
nasi
ikan masak lomak tempoyak
karipap
ice-cream
kurma

4 ramzaan - sabtu
saya kepenataan exam seharian tak tidur ...maka saya beli je tak larat nak masak

nasi kerabau – beli je
seri muka – jiran sebelah bagi
badak berendam – anak murid bagi

5 ramzaan - ahad
saya rasa penat saya belum habis maka saya bodek suami suruh ta pau je ... masih tak larat

nasi lemak – beli
pizza – beli kat jaya jucso
karipap kapal – jiran bagi - karipap nie pelik sungguh, besar sungguh sepinggan besarnya(pinggang lauk tu) intinya udang kering dan telur ...saya tak tahu nak bagi nama apa ...macam macam resepi org ya..

::menu – 6 ramzaan::
hari nie saya rasa saya dah ok sikit .... saya dah rasa hidup saya bertambah baik ...saya dah boleh berfikiran waras ...
kari daging
timum potong
sambal belacan
ikan masin


suami saya puji ...dia kata "lela best lah kalau u tak keje .... i balik makan dah tersedia" saya pun jawap..boleh "u keje bagus bagus...dapat gaji besar ... boleh lah belek semuanya ...." minggu nie dia nak kek cokelat kukus....nasib badan laki dah pandai mintak menu nie ....huhuuuu

Tuesday, September 27, 2005

sudah agak lama tidak menulis...seperti biasa busy menjadi alasan yang paling mudah...banyak betul perkara yang terjadi dan perlu dibereskan... 20 hari berbagai kejadian yg berlaku anda tidak akan percaya dengan apa yang telah saya alami.

ramadan hampir menjelang tiba...saya sering bermimpi arwah ibu dan ayah tetapi kali ini lebih teruk ...nenda dan semua keluarga datang menjenguk ...saya pesan pada suami kalau saya pergi diwaktu terdekat ini ... ampunkan segala kesalahan saya dan saya telah menulis wasiat kepada harta saya ...kelakar bukan... dan akhirnya saya mengambil keputusan utk membuat kenduri arwah 11-09. Saya buat minum petang je ... saya panggil adik beradik..beberapa kenalan dan imam ...saya masak spagetti, goreng karipap, sedikit kek, buah tembikan, goreng ayam dan nasi goreng cina. Syukur ramai pula yang hadir ...mungkin rezeki arwah ibu dan ayah... tugas saya sebagai anak sudah saya jalankan.

Belajar saya tiada henti nyer ...homework, ujian membebankan ...hampir termutah saya utk membaca dan membaca saya kuat kan hati ... minggu nie baru tak de kelas...10 October final exam utk 1st semester...doakan saya...

22 Sept ...abang ayah (pakcik) saya meninggal dunia ..sakit jantung ...kini baru saya tahu mengapa saya bermimpi seluruh keluarga yang telah pergi ... saya pulang sendirian keMelaka utk memberi penghormatan terakhir...pulang ke tanah dimana saya dilahirkan sungguh mengharukan...berjumpa dengan sedarah sedaging dikala itu membuat saya bagai orang asing. Ketika itu hampir semua berkumpul dan baru saya menyedari yang saya sudah di tengah usia... sudah tidak ramai yang boleh digelar org tua kepada saya .... mungkin setahun dua lagi saya pula akan menjadi warga tua bagi mereka...yang pasti saya mentain cun melecun... :))

Pulang dari melaka membuat hati saya sebak beberapa hari ... tugas sebagai isteri perlu saya lakukan walaupun berat... walaupun penat saya terpaksa pulang ke Jelebu... mereka disana pun berkenduri... penatnya tuhan saja yang tahu... saya cuba kumpul segala kekuatan.

Minggu ini saya harap segalanya sudah selesai... tetapi ada beberapa perkara yang masih tertangguh ...a) 2 cerpen pendek b) 3 lirik lagu c) ada seminar di seremban sabtu dan ahad ini d)ulangkaji pelajaran e) 2 proposal yg tertangguh f) anak murid saya semua nak exam akhir tahun seminggu dua nie ... ohhhhhh saya tak terkejar saya dek waktu yang sesingkat ini...
pagi tadi saya jadi ketua kampung ... anak jiran saya umur nya baru 6 tahun telah mendera org gaji nya (ibu dan ayahnya bekerja) ... mungkin anda kata saya menipu tetapi demi Allah saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat...disimbah maidnya dengan air panas...diroton maidnya dengan tali pinggang..digigit belakang hingga berdarah... oleh kerana dia jiran saya terpaksa bertindak ... ohhhh tidak mungkin ini dugaan dari tuhan utk melihat saya setabah dan sekuat mana... mengajar saya utk menjadi pemimpin yang hebat dimasa akan datang...mungkin.
Kerja masih memualkan, saya masih mencari tempat yang lebih molek. Kewangan saya tidak membenarkan saya boros... entah lah bila agaknya saya ingin hidup selesa...
Bila saya menoleh kembali saya bersyukur dengan apa yang telah diberikan ... saya masih cukup rezeki walaupun tak semewah yang lain... tapi kalau ingin beri lebih saya bersykur...

Wednesday, September 07, 2005

DOA...

Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh

cahyaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku
aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling

Chairil Anwar - kepada pemeluk teguh
13 November 1943

Aku lilin yang terbakar...

Duniaku semakin menyesakkan, dari segala segi..kewangan, pekerjaan, kehidupan, persahabatan, kasih-sayang dan kekeluargaan. semuanya menuntut kesabaran ditahap maksimum maka kadang kala aku merasakan aku ibarat lilin yang terbakar...

Malam tadi aku bermimpikan arwah ibu dan keluarga dikampung ..aneh bukan, mimpi tentang air (mungkin rezeki dah nak sampai) ya sekarang kerana bulan syabaan sudah menjelma,itu tandanya kenduri arwah perlu dilakukan (aku tidak cukup fulus, tenaga dan masa).

Pekerjaan baruku memang ditahap kesialan...tidak usah diperkatakan merimaskan dan memualkan. Masih ada lagi manusia yang tahap pemikiran zaman tok kaduk.."master" & "servent". Padanlah orang melayu susah nak kaya dan senang nak jatuh terlingkup.

Persahabatan ...sumpah aku tidak akan percaya pada makhluk bernama manusia yang berbinkan melayu dari utara disebelah timur yang ingin menjalinkan persahabatan. biarlah aku berkawan dengan beruk dan ungka ianya lebih mengembirakan. Sudah ku kenal hati budi mereka kini. Kawan makan kawan hidupnya tidak akan lama..

Kuliah ku saja yang mengembirakan buat ketika ini..dan tok... bercerita tentang tok terlalu awal untuk merinduinya..baru 2 minggu tidak bertentang mata dan agak tidak molek untuk menjenguknya ketika ini. ayah ku juga kini membakar diri seperti aku.

Kadang kala aku merasakan Tuhan semacam tidak adil kepada ku ... nende, ibu dan ayah telah dipanggil. Cuma yang tinggal suami dan tok ... kini dia tidak cukup waktu untuk puterinya. perhatian suamiku juga tidak seratus peratus kepada ku... beliau juga punya tanggung jawab ..ibu ayah dan kak termasuk abang nya...semuanya menuntut perhatian dari nya. tinggallah aku terkapai-kapai dahagakan perhatian ..tamak kah aku?

::AKU INGIN BERTANYA::

tuhan
ingin aku bertanya
bilakah aku akan menikmati
kasih itu
kerna
aku tidak pernah mendapat
menghirup puas
nikmat itu

tuhan
ingin aku bertanya
mengapa mentari dan purnama
seakan kelam ketika ini
sinarnya muram berbalam

tuhan
ingin aku bertanya
mengapa burung dan unggas
telah berhenti menyanyi
tida sudah muzik alam
kelam membisu

tuhan
ingin aku bertanya
mengapa ombak dan angin
sudah berhenti berbuai
kaku dan bisu

akhirnya
tuhan
aku ingin bertanya
kepada mu tuhanku
sampai bilakah ianya akan
berakhir
kerana ini semua begitu
menyesakan rongga hempeduku

Sunday, September 04, 2005

berjalan kehadapan bukan kebelakang...

itu kata kata iklan petronas sempena 48tahun malaysia merdeka. Pejam celik sudah 48 tahun kita merdeka. 2tahun lagi genaplah 1/2abad kita merdeka dari belenggu penjajahan. Ya setengah abad... apa yang telah orang melayu kecap ? saya listkan dibawah (yang saya tahu lah)
*dasar ekonomi tidak berjaya
*tanah rezeb bumiputera semakin berkurangan
*pelajar bumiputera yang paling banyak tidak mendapat pekerjaan
*saham orang bumiputera semakin berkurangan disyarikat gergasi di malaysia
*orang bumiputera yang paling banyak jual tanah dan rumah kepada bangsa asing
*bahasa kebangsaan sudah diperkosa disekolah kerajaan sendiri
*orang melayu sudah malu utk bercakap dlm bahasa melayu atau mengaku diri melayu
*orang kita lebih suka makan keju dari belacan or bubur or kari
*orang malaysia lebih barat dari barat itu sendiri india nak jadi negro, melayu berangan nak jadi mat salleh dan cina berangan nak jadi yahudi

nak tambah lagi???? maka sebenarnya kita telah kebelakang bukan kehadapan...

----***----

Malam 31 August dikatakan terlalu ramai remaja islam berpelukan dan meminum arak secara terbuka diDataran Merdeka. sungguh memalukan ... Tepat 12malam 31 August bandar-bandar besar dimalaysia diterangi dengan lampu dan bunga api utk memperlihatkan betapa gah nya malaysia .. berapa kos nya ...dari pada kita bermandikan bunga api baik disalurkan duit tersebut ke masjid-masjid buat makan secara percuma kepada sesiapa yang singgah disana..itu lebih baik. Ketika remaja islam didataran berpelukan dan meminum arak secara terbuka....ribuan mati diIraq, ratusan mati di Patani, ribuan kebulur diAcheh , diperkosa diPalastin dan ketakutan di Mindanao ... ketika umat islam di Malaysia hidup aman dan damai...saudara seislam kita bermandi darah dan air mata utk menegakkan nur islam ...ketika lelaki/raja islam yang terkaya didunia diranjang menikamti tubuh motok isteri baru mencecah 25tahun orang islam dibunuh tanpa pembelaan...sedarlah kita sebenarnya berjalan belakang bukan kehadapan...

---***---
Inilah isyarat dari Tuhan semesta alam ...inilah masa yang terbaik utk berjihad... bangun lah saudara ku dari tidur ... isyarat nyer telah datang ... yang pasti perang sudah bermula ... sesiapa yang tahu sudah nampak tanda-tandanya ..bersedialah bagi orang yang mengetahui rahsia tuhan itu sendiri... bersiaplah sahabatku ... siap dari segala segi ...dikala ini zikir dan doa adalah senjata yang paling ampuh ... akan datang mimpinya nanti ... jika kamu dari golongan kami ...

Amerika bukan sekuat yang disangka lihat apa yang telah berlaku ... baru taufan tahap ketiga mereka sudah bagai kan dipadang mahsyar..Cina dan Taiwan bukan segagah yang kita akui ..baru omak menerjah kapalnya sudah terputus dua ... Inilah isyarat dari Tuhanmu ... mereka bukan sekuat yang kita sangka .. kita adalah bangsa yang terpilih ... bangun dan sedarlah kerana ini lah proses kehadapan bagi kemerdekaan yang mutlak...

Wednesday, August 24, 2005

::AMANAH...

Entah mengapa dua tiga menja nie setiap kali saya bertemu sedara-sesakat, soalan cepu emas akan diajukan kepada saya. Bila nak dapat anak or bila nak beranak or kenapa tak beranak? Inilah salah satu sebab mengapa saya tidak suka berjumpa sedara mara. Hanya tuhan saja yang tahu betapa rimas nya saya untuk tidak menjawap soalan sebegini.

Bagi saya, anak, kesihatan dan harta adalah kurniaan Tuhan..dia yang menentukan segalanya...terutama ANAK, KUN kataNYA terjadilah ia..tak lebih tak kurang..

siapa yang tidak mahu zuriat mereka sendiri, at least seorang..tapi semuanya ditangan ALLAH jua seperti nabi allah Ibrahim walaupun isterinya Sarah dah berusia 100 tahun atau lebih tapi allah nak bagi dapat juga dia. itu yang saya pegang dan saya reda.

Orang tanya saya kenapa tak pergi berurut tak berusaha..daya dah malas nak terangkan dari a to z

Tapi diam saya jua punya tahap..kadang-kala meletup juga mulut lezer ini, sukar menjadi orang muda..menjawap dikatakan kurang diajar tak menjawap kepala kita dipijaknya.

Saya nerasakan anak adalah amanah dari Allah maka kita perlulah memberi yang terbaik kepada mereka terutama dari segi pelajarannya. Buat masa ini saya merasakan yang saya tidak mampu untuk mengalas amanah itu, terutama dari segi masa dan kewangan dan saya tahu ada yang akan menasihatkan "setiap anak ada rezeki mereka". Saya fobia bila mengenangkan ketika saya hidup susah. tiada wang utk membeli buku rujukan, tiada wang untuk kekelas tambahan dan segalanya. Bukan untuk berbangga, saya telah membersarkan adik bongsu saya bagai kan anak sendiri terutama dari segi kewangan cukuplah amanah yang saya tanggung ini, anggap saja saya sebagai ibu muda yang anak nya sudah lepas segalanya, kerana saya tahu tidak ramai yg berumur seperti saya yang telah menjalankan tugas membesar dan mengkahwinkan anak dikala ini. Angan saya setelah selesai segalanya saya ingin belajar, berkelana dan beramal, tapi mana tahu selepas ini tuhan mengamanahkan saya dengan zuriat, saya terima dengan reda tapi biarlah itu semua urusan dia saya terima seadanya..dia bagi saya bersyukur dia tak bagi pun saya lebih bersykur..kerana "anak dan harta adalah duganan bagi manusia".

Monday, August 22, 2005

satu hari dibumi melaka







direnjis-renjis dipilis
ditepungilah ditawar
hai beras kunyit ditabur
disirami air mawar

minggu lepas cuti sekolah dan seperti biasa ramailah yang membuat kenduri kendara dan banyaklah perempuan yang akan menjadi hamba kepada lelaki seumur hidup...

Saya mengikut abang ipar dan biras menghadiri perkahwian rakan mereka di Melaka. Wahhhh Melaka telah banyak berubah...

Sambil menyelam minum air, saya melawat makcik yang berada di Masjid Tanah dan Alor Gajah...tempat jauh lagi dikenang inikan tempat bermain...balik ketempat dimana saya dilahirkan mengundang satu perasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan bercampur baur ..sedih ada gembira ada...bak kata biras saya "Arang boleh dipatah-patahkan bagaimana dengan darah?"

Thursday, August 18, 2005

Cinta?

Mana ada hati yang tak
menyembur luka oleh
tertusuk cinta
Mereka yang tak pernah
merasakan sakit cinta
Adalah lumpur yang
tak berjiwa
Palingkan dirimu dari dunia,
belokkan kaki kelanamu
dari sana,
Songsong kerajaan cinta
dan rasakan lazatnya

::Lelakiku...

Saya pernah bercinta, ramai sekali hingga terlupa. Tapi yang pasti peritnya bercinta hanya tuhan je yang tahu. Rasa diri betul-betul tidak punya nilai dimata mereka. Tapi saya amat bersyukur kerana akhirnya allah menemukan saya dengan suami yang amat baik dan memahami diri saya. Buat masi nie lah ....dia belum lagi meragam nak pasang satu lagi atau cuba cuba bermain mata.

Saya pernah bertanya kepadanya kalau esok lusa ditakdirkanlah saya dulu yang mengadap yang Esa adakah dia akan mencari penganti ?

Jawapannyer mudah "Dah tua tak yah nak cara bala, duduk kampung buat amal ibat je" betul ke nie ... tak tahulah esok lusa dia berubah fikiran.

Dan kata saya kepadanya "Kalau saya mati dahulu saya izinkan dia berkawin satu lagi tapi bersyarat"....tanduk dikepala dah keluar...

Dan syaratnyer senang saja.."NAK KAWIN MESTI CARI PEREMPUAN YANG LEBIH TUA DARI SAYA ..." BOLEH? dia terkebil...hahaha

Saturday, August 13, 2005

BULU-BULU YANG INDAH



"Haruskah aku mencabutnya" keluh burung merak
"Bulu-bulu yang indah mempersona yang hanya menggoda kebangganku ini".

Akan hal kehebatan bakat itu, baiklah orang bodoh berjaga-jaga:
Mabuk pada umpan, namum tak pernah melihat perangkap.
Gunakan seluruh kekuatan dan kecakapanmu untuk takut kepada Tuhan,
Tiada kutukan yang sangat berbisa selain kebebasan-kehendak.

~~@@~~

Sebenarnya sudah hampir tiga minggu aku tidak sihat. Cukup haul semuanya - demam, batuk, sakit perempuan, hilang suara, pening, selsama, badan bisa-bisa..hingga kan aku tidak punya selera untuk menjamah makanan. Hampir seminggu aku hanya makan biskut kering (tak selera) dan buah-buahan.

Dikala ini aku terkenangkan ayah dan ibu... terkenang bagaimana enaknya jika ada mereka disisiku ... menanak bubur nasi kosong untuk ku ... tapi itulah hakikat menjadi seorang perempuan yang tidak punya siapa utk berkasih... harap kan suami ... bila batukku berpanjangan dimalam hari ... dia akan kebilik sebelah ... takut terkena virus ku mungkin..

Mungkin tuhan masih sayangkan aku ... Tok datang menjenguk bila mendengarkan yang sakit ku masih tidak kebah walaupun sudah mencecah ke angka 3 minggu... sudah seminggu dia dirumah dan aku semakin pulih. Dibuatnya aku air jampi (melayu betul aku nie - minum air jampi pulih segalanya ), dimandikan aku dengan air bunga dan ais untuk mengeluarkan bahang badanku yang longlai ini dan lebih mengharukan setiap malam bila terdengar aku terbatuk didlm bilik Tok akan menghulurkan air dan ubat batuk untuk ku, akan diusap dadaku dan kepalaku bila batuk tidak henti ... dan syukur aku semakin pulih ...mungkin aku hanya ingin tempat bermanja ... itu ubat yang paling mujarab ...

Thursday, August 11, 2005

JEREBU?



Malaysia di landa jerebu lagi, kali ini lebih teruk sehingga perintah darurat terpaksa dikeluarkan. Sedar atau tidak ia menjadikan keadaan hura-hara hanya dengan kepulanan asap yang dibawa oleh angin lalu. Allah hanya tiupkan angin dan asap, seluruh negara sudah mengelabah. Pelabuahan tidak berfungsi, lapangan terbang terpaksa ditutup dan yang teruk kualiti udara yang kita sedut. Inilah nikmat Allah yang tidak pernah kita syukuri, udara yang tidak ternilai tetapi kita tidak pernah bersyukur. Kita terlalu kejarkan wang ringgit, kita tebang pokok sesuka hati, kita tarah gunung ganang atas alasan memajukan negara dan sekarang ini wang setinggi gunung pun tidak dapat membeli sesedut udara yang segar.

Wednesday, August 03, 2005

sahabat dimanakah kau selama ini

kami punya ramai sahabat yang hanya mengingati kami diwaktu susah...biasalah lela hanya diingati ketika diperlukan... ada satu sahabat ini sudah hampir setahun tidak muncul tiba-tiba dia menelephone kami ...suruh tengokkan isteri nya dirumah...katanya ada lelaki di depan pintu rumahnya ...dia di shah alam ... dia suruh aku teman kan isterinya yang sedang ketakutakan ...bukan aku tak nak tapi aku tak kenal isteri nya ...dia hanya kenalan suami ku ... isteri nyer memang bukan jenis bergaul dng kawan suaminya ..mungkin aku tidak setaraf dng nya selama ini ...huhuuuu

dlam marah marah ini aku masih memujuk hati ...lagi pun rumah nya bukan jauh benar ...hanya perlu berjalan 5 min dari rumah ku ... teringat yag mereka tidak punya sapa di kl ini duduk merantau ...maka kami gagahkan kerumahnya ... takut pula mana tahu mati keras ...suaminya akan salah kan aku ...hahahah

kami pergi melawat ... setelah diketuk pintu hampir 10 min baru dibuka pintu ... aku masuk tengok semuanya ok ..aku beri no telephone ku (jika ada yang diperlukan..aku beri alamat rumah jika dia takut utk seorang diri ...dan aku balik... tapi didlm kepala ada beberapa soalan yang tidak terjawap ... masalahnya bukan sepatutnya dialami oleh org yang telah berkahwin..bagi aku masalalh yang dialami nie sepatutnya anak dara (lelaki datang kerumah marah-marah ...siapa lelaki itu?? kan dia punya suami ??? tak marahkah suami nyer ??? bagai mana seorang lelaki yang boleh masuk kerumah wanita yang telah berkawin ??? dan suami nya...sudah dayus kah pula dia...

yang pasti ...aku mengeleng dan suami ku termenung..macam macam jenis manusia sekrang nie ... yg belum kawin gatal nak kawin ...yang dah kawin masih mahu mengaku dan hidup seperti orang bujang ....

:: aku tidak seperti dulu..

setelah bulat tekad ku utk mendirikan rumah tangga ... aku berjanji pada diri ku sendiri...aku mahu menjadi isteri yang baik tidak kira apa dugaannya ... aku mahu bina hidup baru ...kalau dulu semasa bujang aku boleh keluar dng siap yang aku suka ...pukul berapa mahu pulang ..kemana aku mahu pergi dengan siapa tidak dipeduli ..yang aku jaga cumalah perut ku tidak akan memeboyot ...tapi setelah bergelar isteri, aku dengan sendirinya membataskan diri ku ... jika aku pulang lewat ...aku akan call suami dulu ... bukan dia mengkongkong tapi aku yang buat sendiri ...aku cuma keluar dng rakan wanita je ... dan yang pasti aku akan cuba pulang sebelum pukul 8.00 malam ...aku tidak punya rakan lelaki ..walaupun dulu aku punya ramai sahabat dari berlainan jenis .. suami ku tidak pernah melarang tetapi aku yang sendiri membataskan diriku ...aku sedar aku isteri kepada suami ku ... buruk baik namanya ku bawa hingga ke mati ... dan bila terjadi perkara diatas aku ... tidak dapat menerima ...semoden mana pun hidup kita ...kita masih dlm lingkungan agama dan budaya ketimuran ...itu bagi aku ...

Tuesday, August 02, 2005

DUNIAKU SEMAKIN PANTAS BERGERAK

Itulah hakikatnya, aku merasakan duniku semakin pantas bergerak tanpa hentinya. Pejam celik sudah sebulan aku begini segalanya pantas tanpa henti...

Sebulan ini tidurku hanya empat jam tapi aku puas...aku telah membukitkan aku semakin dewasa...aku tidak lari dari tanggungjawab. Aku gembira dapat menyelesaikan segalanya..satu kemenangan tapi ia menjadi pengajaran ..JANGAN TERIMA SEMUANYA SECARA SERENTAK..yang pasti tak tertanggung dek badan.. aku sedar aku semakin tua, tidur dan rehat perlu cukup...hahahahh

Apa-apa pun aku masih punya hutang; minggu ini aku punya satu ujian (Company Law), satu kertas kerja (Malaysian Tax), 2 proposal yang perlu aku buat follow-up, Ahad ini aku perlu masak untuk 70 anak yatim di Setapak (secara suka rela-kalau nanti aku punya wang yang banyak aku suruh org masak je), 14 August aku ada Seminar di Genting (kenapalah boss aku suka buek kat genting...tak de tempat lain ke ) yang perlu dihadiri...aku dah 6 bulan tak balik Port Dickson, aku ada 3 orang sakit dan satu kematian(lawat familynya) yang perlu aku ziarahii, mak mertua aku dah mula bising kenapa tak balik Jelebo (baru sebulan tak balik..heboh betul) aku ingat aku punya banyak masa bila ingin mengurangkan kekerapan balik ke Jelebu rupa nya semakin sibuk hidup ku ini...

::RE-bonding (betul ke aku eja nie)::

Tadi aku ponteng keje ...aku tension dengan boss aku sebab gaji ku tidak dibayar lagi ... so aku pergi memeriahkan hidupku ...aku memang dah lama nak buat rambut ... seperti biasa sponser by xxx... sudah lama aku tidak dibelai ... dua minggu lepas aku pergi membetulkan keningku yang sudah hampir tidak nampak mataku yang bulat nie... kini kening ku sudah tinggi ..lantak apa orang nak cakap asalkan aku bahagia ... hari nie aku buat rambut ...aku gunting rambut ku yang berkilo ini (sudah hampir 2 tahun rambut ku tidak dipotong) aku trim buat layer... dan aku re-bonding rambut ku ...ala-ala pakcik dlm LOTR tu ... cuma aku tak putih kan rambut ku lah ... heheheheheh... 5 jam aku dibelai sampai kematu bontotku ...rambut ku di letak entah apa apa kemudian ada satu alat tu macam dlm star wars memanaskan rambut ku hampir 2 jam (amoi tu kata rambut aku degil org lain satu jam je .... ) kemudian rambut ku dicuci dan diseterika sampai lurus .. berasap asap kepala ku ...diwaktu tu aku rasa kesian kat rambut ku ...mesti kepanasan mereka ..aku janji aku tak kan re-bonding lagi kesian kat mereka mesti terseksa.... heheheheh...amoi tu suruh datang next month utk buat colouring lak ...entah lah tengok budgetlah ....kalau ada mana mana sugar daddy ku yang nak sponser boleh lah ...hahhahahah yang pasti suamiku tak akan masuk campur ....duitku duit ku duit mu duit mu ...

Sunday, July 24, 2005

2.30 pagi

Ketika ini sedang aku menulis bait-bait kata, butiran mutiara sedang turun menyejukkan alam dan keadaan sekitar begitu dingin sekali, suami ku sudah diulik mimpi indah bertilamkan sofa diruang tamu …
Aku masih ingat pesan Tok Muda katanya jika hujan turun dikala ini…langit terbuka tujuh petala., para malaikat sedatang turun menulis doa untuk dibawa keatas…
"Ya Allah, Tuahan semesta alam…Kau makbulkanlah segala permintaanku yang hina ini"

[ADILKAH??]

percaya atau tidak … aku ini sekarang sedang hangat diperkatakan oleh jiran tetangga, sudah terdengar kata-kata nakal - mengatakan aku disimpan oleh seseorang … hebat bukan ??? mengapa sampai begitu aku diperkatakan , tidak pulak aku ketahui … aku sudah punya sugar daddy … hahahahahah
Ya aku punya daddy nun dipuncak gunung …. Tapi bukan daddy ku yang memberi , aku yang menghulur ….

Mereka kata ada daddy yang tanggung study ku nun di perbanjaran wangsa … yang mereka tak tahu tabung kwspku semakin kering ….itulah daddyku …. Manusia terlalu mudah menuduh yang bukan-bukan tanpa usul periksa … bila dilihat aku yang selalu dihantar pulang dng kereta menjalar, sudah punya telephone bimbit, Sudah berhias sedikit atau kekadang ternampak aku pulang sendiran tanpa ditemani suami …mereka sudah mengandaikan yang pelik-pelik. Tapi aku sedar bukan mudah untuk menjadi wanita yang serba boleh …. Wanita berkerjaya, berpendidikan dan berwawasan…lebih-lebih lagi kalau perempuan itu cun (macam aku …heheheheheh perasalah nie)….mungkin ini dugaan utk aku kehadapan….

Tapi mereka tak pernah terfikir …. Bagaimana aku mencari sesuap nasi yang halal …tuhan saja tahu payahnya … dikala mereka semua enakkan di tilam empuk …aku merangkak untuk kepejabat menjadi hamba dimaki hamun dari 8 pagi ke 5 petang …. Seharian di pejabat tenaga ku diperah seperti seekor lembu dan ketika mereka enak-enak kan menonton cerita telovela setiap petang bersama secakir kopi panas , aku terkejar kelas untuk mengajar sehingga ke jam 9 malam. Diwaktu mereka sudah selesai segala urusan ini sudah meletakkan kepala dibantal empuk, aku baru dapat menjamah sesuap nasi dan ketika mereka sedang diulik mimpi, aku pula mengejar date line mengarang cerpen terbaru ….

Sabtu adalah hari keluarga bagi mereka …. Pergi bersaranpan di gerai mahupun restoren aku pula seharian dikuliah seharian… makananku cuma nasi bungkus sehingga ke pukul ke 6 petang…ketika Ahadnya hari cuti bagi suami mereka aku menjadi amah kerana aku tidak mampu menjadi tuan dirumah sendiri …baju perlu dibasuh,dilipat & digosok…rumah perlu divakum,dimop…tandas perlu dicuci … nasiblah suami banyak membantu …. Ini lah hidupku sebenarnya …

Monday, July 18, 2005

CINTA

Cinta adalah lautan tak bertepi,
Laut hanyalah serpihan buih
Langit berputar kerana cinta
Andai tiada cinta, dunia akan beku
Kerana cinta air menjadi hujan
Kerana cinta tumbuhan menjadi ruh
Kerana cinta ruh menjadi nafs


Jalaluddin Rumi

HIDUP INI…

Hidup bukan semudah yang disangka. Hidup bukan seindah yang dimimpikan … ia bukan pelangi yang memwarnai kehidupan kita….

Hidup adalah sebuah pengorbanan. Siapa yang kuat dia akan kehadapan. Untuk terus hidup kita memerlukan segala sumber tapi yang penting adalah kekuatan dalaman. Akar perlu kuat, bila ditiup taufan atau hujan atau banjir mahupun kemarau bak pohon kelapa lemah gemalai tetapi menjulang keawan pasti iakan masih berdiri dengan teguh dan kukuh.

Hidup ini kadang kala memaksa kita menjadi manusia kejam. Hidup dizaman moden terpaksa mengikut hukum rimba… Yang pasti ? Sapa yang kuat dialah raja…

Kadang kala aku kepenatan memenuhi keingian duniawi tetapi sering Mama membisikkan kata-kata azimat , "Penat bukanlah alasan kerana ia akan menjadikan kita semakin lemah dan layu"…. Hanya orang yang mati saja yang tidak mahu berjuang… tiada lagi harapan …

Mama pesan lagi "Hidup perlukan azam dan itizam"

Monday, July 04, 2005

mindset orang melayu

"Ko sekarang busy kalahkan perdana menteri." itulah kata-kata yang dilemparkan dari mulut yang mencemburi kesibukan ku. "Ah! biarkan." kata hati kecil ku.

Tapi memang hakikatnya aku busy bangat. Kerja disebelah pagi, mengajar disebelah petang dari isnin ke khamis. Jumaat malam ke pergi berjumpa Tok atau menemani Rose ke gelanggang silat sehingga pukul 3 pagi. Sabtu seharian aku di "Taman Ilmu". Ahad - Seminar atau hari Sakit sedunia (lawat org sakit lah). Padat ya. Setiap malam aku terpaksa bersengkang mata utk melihat buku pelajar dan menulis secara part-time...

Demam ku belum kebah lagi... dan aku takut untuk mengomel - bila aku penat dan demam... kerana mereka yang busuk hati akan menyelar ku kembali. "Ko yang cari bala, dah tua pi gatal nak belajar itu dan ini..." atau "kesihatan lebih penting dari wang ringgit, semua lobang ko nak sapu."

Entah lah kalau aku tak kuat semangat memang semuanya tak menjadi. Tapi sampai bila aku mahu ditakuk itu. Ilmu itu penting "Cari lah ilmu hingga ke liang lahat"...itu kata yang aku tanamkan...sampai mati kita perlu mencari ilmu kerana ilmu manusia hanya lah setitis air dilautan...

Ramai yang kata wang tidak penting ...bagi diriku wang sangat penting .. kalau tak de wang macam nak aku nak berjihad.. Tanpa wang aku boleh murtad, tanpa wang aku boleh menjadi pelacur. Wang adalah petrol utk bergerak... Dengan wang aku boleh sedekah ke rumah anak yatim, dengan wang aku boleh sedekah makanan disurau dan seperti semua orang tahu ekonomi dunia semakin gawat ... kita tidak boleh bergantung kepada satu sumber lagi...kalau boleh semua kena sapu (tamak kah aku???....rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari). Aku ingat lagi nenek ku ... pagi dia kerja sawah, tengahari buat kebun, petang berniaga kain batik malam mengurut orang ... belum lagi tanggungjawap sebagai isteri dan ibu (dia melahirkan 15 orang anak...) hebat bukan. kalau nenek boleh buat begitu tak kan aku tak leh...

orang melayu perlu akui yang kita terlalu jauh ditinggalkan terutama cina ..tak kira dimalaysia atau di nusantara. di indonesia orang cina hanya 2% tapi mereka pegang 90% ekonomi negara itu ... macam mana ya?..salah satu sebab kita tak dapat kejar mereka ...mereka buat kerja /duit / belajar 3 ke 4 kali advance dari kita. Cuba tengok org cina ..mereka tak berniaga satu jenis product ... contoh ... mereka buka kedai kereta, mereka jual insurance kereta dan mereka main saham... (3 cabang duit). Kalau mereka bertani - pukul 4 pagi dah toreh getah, pukul 6 org melayu baru nak gi toreh getah mereka dah jual sayur dipasar. Orang melayu lepas zohor dah balik rumah mereka dah kekebun sayur lak...orang melayu malam dah tidur awal (buat anak). cina main manjong... (4 cabang-cina, 1cabang-melayu). nampak? Sama juga dengan pelajaran. Anak melayu hari kalau darjah 4 ...masih terkial-kial nak buat maths tahun 4.. anak cina dah buat maths tahun 5...anak melayu terkial nak buat ijazah ...cina dah buat twin degree.. melayu dapat degree, cina dah buek master... ohhh mungkin lepas ini ada yang akan cakap ...cina boleh lah cina tak sembahyang ... duit adalah tuhan mereka... terpulang ...kita perlu buka minda kita ... ambil yang baik ... keluarga saya ikut budaya itu ... tupasal walaupun kami susah tapi kami tak pernah menumpang rumah orang... datang kuala lumpur tak pernah duduk rumah haram... keluarga kami tak pernah merempet meminta sedekah...itulah petua yang kami jadikan azimat.

Saturday, July 02, 2005

MENGAPAI IMPIAN

Dua tahun ini aku akan sesibuknya ….aku kini bergelar pelajar – ya pelajar tua ...wahhhhhh beria sangat aku ini. Orang lain dah dapat buat Master aku baru nak ambil entah apa apa… "Alang-alang sudah menjadi pembuat kopi biarlah jadi yang bertauliah " Itu falsampah Renee …dan akhirnya kami berdua menjejakkan kaki diperkampungan ilmu yang akan kami berulang-alik selama setahun dua nie... "garden of knowledge" ini berada diatas banjaran titiwangsa dan dikelilingi gunung-ganang yang menghijau yang terpasak menghijau , indah dan kuku… ada sungai yang mengalir lesu didadanya … dan masih ada kabus halus memagar ini puncak menaranya … aku terpesona … kubah dan langit biru sebati … memang inilah, perkampungan yang ideal bagi ku…. Langit, gunung , air dan biru bersatu disatu tempat yang indah…

Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata … menghadirkan diri di IIUM membuatkan perut ku kegelian…resah, malu dan rendah diri menguasai diri… dan tepat jam 9.00 pagi kami mendaftarkan diri (nasib lah ada renee bersama …jika tidak mungkin aku masih tidak menjejakkan kaki untuk mengapai impian ini ) … setelah mendaftar dan membayar yuran kami berjalan seketika melihat-lihat perkampungan ini…betapa untungnya mereka yang tinggal disini … betapa indahnya menjadi seroang pelajar … 10.30 pagi kami di beri taklimat oleh Director Falkuti undang-undang …(heheheheheh …terkejut ????…aku bakal jadi lawyer buruk nanti …) orangnya yang kacak sekali … dia agak malu-malu maklumlah kami semua pelajar tua … katanya "kami pelajar yang banyak pengalaman hidup…." Selepas taklimat … renee ajak pergi makan … Ya Allah, kuat nyer si-Ren nie makan …katanya kalau dia dah start belajar dia akan start menguyah … terbalik dng aku …kalau belajar aku akan kurus kering tak selera nak makan dan tak boleh tido…dan yang pastinya 2 tahun ini aku akan slim dan cun melecun …huhuuuuuu
Akhirnya 12.00 kami dibawa masuk ke bilik kuliah ….masuk saja ke bilik kuliah ….terburai manik-manik mutiara dimataku … entah mengapa hati menjadi sayu …akhirnya dapat jua aku memasuki bilik kuliah (sepatutnya 15 tahun yang lalu aku sudah berada disini) …selama ini aku hanya memasang angan-angan… membayangkan bagaimana rasanya bila berada kuliah hall…berbincang dng para cendikawan … berbahas dengan Prof dan para Dr…kalau dulu aku hanya mendengar cerita rakan-rakan atau melihat didalam movies kini aku merasakan sendiri perasaan itu … malunya … nasiblah renee tidak nampak manik-manik itu … kalau tidak …dan pelajaran pertama "COMPANY LAW"….huhuuu berbagai ilmu dapat ku gali …best gilerrrrrr …. Dan yang pasti aku tidak sabar kedatangan setiap sabtu ….doakan aku ya …

++
10 tahun yang akan datang aku berangan nak duduk negara orang pulak…nak sambung belajar, nak kerja di sana dalam seabad dua …. Nak pula rasa hidup merantau, nak lihat dunia, nak hidup dengan orang asing … harap-harap impian aku akan terlaksana…seperti pesan Allah kepada kita…
Katakanlah, "Pergilah berkelana dimuka bumi. Lihatlah, bagaimana Allah jadikan bumi ini. Kemudian nanti Allah ciptakan lagi kejadian lain," Tuhan Mahakuasa atas segala sesuatu. (Surah Al-Ankabut , Ayat 20)

Monday, June 27, 2005

Senandung Cinta


"Manusia Tuhan mabuk tanpa anggur:
Manusia Tuhan Kenyang tanpa daging.

Manusia Tuhan adalah raja di bawah selubung sederhana:
Manusia Tuhan adalah harta kekayang pada reruntuhan,

Manusia Tuhan terpesona, kagum;
Manusia Tuhan tidak mempunyai makanan atau tidur.

Manusia Tuhan bukan dari angin dan bumi:
Manusia Tuhan Bukan dari apai dan air

Manusia Tuhan adalah tanpa pantai:
Manusia tuhan berhujan mutiara tanpa awan.

Manusia Tuhan mempunyai seratus bulan dan langit:
manusia Tuhan mempunyai seratus sinar mentari.

Manusia Tuhan adalah arif melalui kebenaran;
Manusia Tuhan bukan cendikiawan dari buku.

Manusia Tuhan adalah diluar kepercayaan dan juga ketidakpercayaan;
bagi Manusia Tuhan 'dosa' dan 'pahala' adalah disana?

Manusia Tuhan memacu berlalu dari ketiadaan;
Manusia Tuhan dengan agungnya telah datang.

Manusia Tuhan Tersembunyi, oh Syamsuddin!
Carilah, dan temukan manusia Tuhan."

Jalaluddin Rumi
604 H/1207M


Nota:

Tidak banyak buku atau puisi Rumi didlm bahasa Melayu. Setelah lama mencari akhirnya saya mendapat beberapa buah buku puisi beliau dari toko seberang dijalan masjid india... Saya belum dapat men"diajest" puisi-puisinya (mungkin takpaham) kerana tingginya ilmu beliau ... saya sukakan puisi diatas...mungkin nanti akan saya post lagi puisi-puisinya selepas saya tepu dengan mabuknya...

Friday, June 24, 2005

MEMULAKAN BISNES SENDIRI ???

Buku ini boleh di beli disini
Kita sering mendengar atau ingin punya perniagaan sendiri… kita selalu lihat orang berniaga itu mewah hidup ya ... tetapi kenapa orang melayu jarang jadi jutawan …yang kita selalu dengar bila orang melayu berniaga pasti jatuh muflis… kalau kaya pun sekejap saja… setahun dua…tapi mengapa bangsa cina dan india boleh jadi jutawan hanya dengan berniaga …. Apa silap kita …adakah cara kita tidak betul atau bangsa lain mempunyai ilmu yg tidak ada kepada kita …

Banyak buku telah saya baca ..berbagai cara ditulis tetapi akhirnya saya tahu saya ditipu oleh mereka … mereka tidak jujur bila menulis buku bagaimana utk menjadi kaya … kerana bagi saya kalau rahsia itu disebarkan tentu semua org akan kaya …. Akhirnya saya bertemu sebuah buku yang patut kita semua baca … (ini dah kira promot secara free lah nie) takpe lah saya promot agar org melayu boleh berjaya …mudah-mudahan… Buku ini bertajuk : MEMULAKAN BISNES SENDIRI oleh Ainon Mohd terbita PTS professional … www.pts.com.my
Diantara ilmu yang saya kutip dari buku ini :
- Sebelum kita memulakan bisnes Sendiri
- Mitos dalam Dunia Bisnes
- Cara milih syarikat dan sektor bisnes
- Perkara yg boleh memusflikan usahawan dan berbagai lagi
Tetapi yang paling menarik … Pn Ainon menyarankan bahawa usahawan yang berjaya bukan terletak pada universiti atau pun wang ringgit… tetapi jauh dari itu …
Jika anda ingin membuka perniagaan apa yang perlu pada anda adalah :
a] Tidak mempunyai masalah kewangan seperti berhutang dengan bank, card credit dan lain-lain. Ramai diantara kita yang ingin membuka business kerana ingin membayar hutang… kalau anda ada hutang peribadi lebih baik anda bekerja makan gaji dan langsaikan hutang-hutang anda dahulu …
b]mempunyai cukup modal at least 1 tahun … peniaga cina membayar sewa kedai in advance selama 2 ke 5 tahun …mereka tidak membayar sewa secara bulanan…belum lagi benda lain …. Kerana apabila kita membuka kedai at least 6 bulan ke setahun orang tak kenal kita lagi …
c]pilih lah bisnes yang kita ketahui selok-beloknya dan modalnya kecil kerana 93% bisnes ditutup dalam masa 3 tahun.
d]Mempunyai rangkaian yang kuat – rakan business, supplier dan customer
e]Jaga hati supplier anda – menjadi satu trand kepada businessman melayu …mereka liat utk membayar hutang supplier… peniaga cina sangat menjaga hati supplier mereka … hutang dibayar pada waktu yang tepat kerana supplier / sub contractor lah yang menjadi tualang belakang kita …tanpa mereka kita tidak boleh bergerak kehadapan…
Menarik bukan??? Bagaimana …ingin membuka perniagaan??? Heheheheheh utk diri saya sendiri … saya kerja makan gaji lah dulu nampaknya … bayar segala hutang ….berniaga sambilan cari pengalaman dah pencen baru buka kedai …entah entah dah dlm kubur…heheheheh
[Data yang menarik ]
Penyelidikan yang pernah dijalankan mendapati, usahawan yang amat berjaya (para jutawan tidak masuk bisnes disebabkan mereka ingin kaya raya tetapi kerana tiada peluang lain utk mencari RM dengan cara lain.