Tuesday, December 25, 2007
SALAM DARI KOTA SINGA
Saturday, December 22, 2007
H-E-B-E-R-N-A-S-I
So bila cuti panjang nie banyak lah idea idea yang pelik-pelik dah sampai. Tapi yang penting saya perlu settel kan benda yang sudah lama tertangguh. So kawan-kawan selama 11 hari ini saya akan menceritakan apa yang akan saya lakukan ...mesti bestkan dan jangan jelous ya!!!
hilang segala duka nestapa
terikat kasih tersimpul mesra
Tujuan saya lakukan ini semua kerana di hari saya ber HEBERNASI saya ingin mengeratkan siratul rahim bersama keluarga saya. Ya semasa kecil kami adik beradik kurang mesra. Mungkin atas sebab sebab yang tidak dapat dielakan ... ibu dan bapa saya sebuk berniaga maka kami adik beradik tinggal berasingan.. ada yang dibesarkan di rumah nenek seperti saya dan remy, ada pula tinggal bersama saudara dan ada pula yang dijaga manja oleh ibu. maka terdapat perbezaan peribadi pada setiap individu. Tetapi setelah semuanya matang kami cuba untuk give and take and it really works for us.
HARI PENGORBANAN
Tetapi jika kita perhalusi hari ini lah hari yang paling besar dalam kelender islam kerana terdapat banyak peristiwa besar dan terbilang berlaku pada hari ini. Hari di mana Adam dan Hawa dipertemukan untuk pertama kalinya dibumi setelah mereka turun dari Syurga. Hari dimana umat Islam berkumpul disatukan untuk menyatakan keimanan kepada tuhan seluruh alam. Hari dimana Ibrahim dan Ismail diuji tentang ketaatan kepada sang Kahilq.
Kalau dulu hari ini saya cuma mengerti tentang cuti dan makan. Kini pengertiannya lebih mendalam. Saya cuba untuk memeriahkan hari kebesaran ini. Ianya semacam satu jihad untuk saya kepada keluarga dan rakan yang dekat dengan saya agar mereka mengerti dan menyambutnya dengan lebih besar dan meriah dari Hari Raya Puasa.
Saya dan suami masih bekerja pada hari Rabu dan ketika waktu rehat saya berlari seketika ke Petaling Street untuk membeli beberapa jambak bunga segar. Kali ini pilihan saya - Harum Sundal Malam dan Anggerik Putih untuk diletakkan di beberapa ruang sudut dirumah. Meletakkan bunga segar ketika hari kebesaran akan mengingatkan saya kepada arwah ayah. Ketika hayatnya setiap kali hari raya rumah kami pasti akan ada bunga segar menghiasi ruang tamu.
Saya pulang awal dari pejabat dan terus ke pasaraya untuk membeli barang barang keperluan membuat rendang dan sup tulang. Tahun ini disurau kawasaan kami tidak menyembelih lembu mungkin kerana ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing - ohhh ya saya dan suami memang tidak pulang kerana dia terpaksa bekerja keesokkan hari maka sebab itulah kami menyambutnya di kota lumpur sahaja. Nasiblah kota ini tidak pernah tidur. Membeli beberapa kilo tulang, daging, ayam dan bahan-bahan untuk membuat rendang agak mudah dan cepat. agak sedih juga apa bila mendengar takbir raya tanpa ayah, ibu dan sanak saudara.. kami terasa bagai kan di negeri asing.
Sampai dirumah, saya mula berperang...merebus tulang didalam slow cooker, merebus nasi impit dan memasak rendang membuat saya lupa tentang kesedihan. Yang pasti saya adalah "SUPER WOMEN" memasak untuk 50 orang tetamu bukan lah sesuatu yang mudah dan menambah satu lagi tugas iaitu mengemas !!. Dan akhirnya apabila aroma rendang memenuhi ruang dan ianya membangkitkan rasa kegembiraan dihari raya. Bagi saya, bukan ber-raya jika didapur tidak berbau rendang dan ketupat. Walaupun saya hanya dapat melabuhkan diri dikatil ketika jam sudah berdetik 3 pagi tetapi hati saya puas. Ya kerana saya boleh menabik dada mengatakan saya wanita sejati (heheheheheheh- perasaan lah nie)
Bangun pagi, suami rupanya sudah bangun lebih awal, membetulkan pokok bunga dan membasuh ruang depan..Pagi yang indah mentari bersinar terang tanpa awan hitam dari timur. Suara takbir dan takmid memenuhi ruang sejak dari subuh lagi. Agak pelik kerana sudah hampir 2 minggu bumi khatulistiwa ini dibasahi oleh hujan sehingga banjir disana sini tetapi hari ini mentari menampakkan diri, memanaskan tanah yang lembab, menyambut kedatangan hari yang sungguh istimewa. Itu tanda rahmat dan keredaan Sang Pencipta agar segala ibadat kepadanya dapat dilakukan dengan mudah dan selesa. Boleh kita bayangkan jika hujan berlarutan bagaimana kita mahu ke masjid ketika ini, bagaimana untuk meyembelih lembu-lembu ya!!! Ya Tuhan memudahkan segalanya !!! Itu tanda Rahmat dan Rahim.
Pulang dari solat sunat, kami menjemput jiran untuk bersarapan bersama-sama. Ianya akan lebih meriah apabila makan beramai-ramai., kesedihan akan berkurangan dan dilupai untuk seketika. Menunya - nasi impit, rendang, lemang dan kuah kacang. Suami makan dengan selera sekali. Petangnya pula keluarga saya datang melawat. Tahun ini agak meriah kerana seluruh keluarga beraya di Kuala Lumpur di rumah masing-masing dan telah bersepakat untuk berkumpul dan bersatu dirumah saya - ianya semacam Family Day lah pulak ... 20 orang semuanya, kak long - suami - anak-anak , kak wei - suami dan anak-anak, remy dan isteri, intan bersendirian kerana suaminya masih di sumadera bekerja, bang din dan kak aidah. Kami makan dan berbual sambil melihat gambar lama. Anak-anak buah bermain di bilik. Kami juga menonoton rakaman perkahwinan intan tahun lepas, bergurau senda dan usik-mengusik dan jika kedua ibu bapa kami ada ketika ini pasti mereka bahagia melihat kami bersatu bagaikan satu kesatuaan yang besar dan kuat. Ya inilah yang selama ini saya impikan. Diakhir pertemuaan, salam dan ciuman mengakhiri dan janji termertai - nanti bila ada masa kami akan bertemu kembali..
Malamnya pula rakan-rakan dan jiran tetangga datang melawat membuat hari raya kali ini sungguh meriah dah sangat bermakna bagi kami berdua. Semoga ditahun akan datang ianya akan lebih meriah dan menjadi titik pertemuaan untuk mengeratkan kasih sayang sesama saudara, janji dikotakan dan perpaduaan dipupuk.
Tuesday, December 11, 2007
MENYANYI
Sunday, December 09, 2007
Monday, December 03, 2007
ATUR CARA SEPANJANG MINGGU
lela dan bob lokman..huhuuhuuuuu cun kasut bang!!!
Ahad yang lepas lela suka suka masuk pertandingan karokee di office. Itu pun kerana dipaksa. Tapi yang pasti gambar ini tidak diambil secara paksa ... ianya secara suka dan rela. Dan yang kelakarnya group lela akan ke peringkat akhir minggu depan.
Sunday, December 02, 2007
KERANA PERPISAHAN INI
tinggalkan untukku
hari-hari yang sepi untuk kuingati.
Aku sendirian di sini
di tepi danau cinta kita
seperti selalu riaknya tenang dihembus
sang baju
seakan-akan senang merelakan
pemergianmu
namum tidak pernah mudah bagiku
Tidak kusangka
sampai disini kegemggam kasihmu
hingga akhirnya terpaksa melepaskan
tanganmu
ku tahu tidak akan berulang lagi
kisah-kisah dahulu
Oh angin, sampai kepadanya
keluh kesah hatiku
katakan kepadanya
hatiku pedih di sini
kerana perpisahan ini
kasturi
kuantan, pahang
jelita - oktober 07
Wednesday, November 28, 2007
SAKIT YANG TIADA UBATNYER
Tuesday, November 20, 2007
SERUMPUN SEBUDAYA
Thursday, November 15, 2007
THIS IS MY LIFE!!!
Wednesday, November 14, 2007
BUMI MAHSURI
Rombongan kami menaki kapal terbang dari kuala lumpur ke langkawi. Perjalanan hanya mengambil masa 45min dan kami dikelilingi dengan pelancung dari Russia dan timur tenggah dan rombongan kami tiba di Hotel Langkawi Laggon pada jam 9 pagi. Pulau Langkawi terletak di utara selat melaka adalah pulau yang terbesar di semanjung malaysia, kecil sedikit dari pulau Temasik .
Selepas makan tengahari, kami membelah laut untuk menaluki beberapa pulau kecilnya. aktiviti ini dinamakan "island hopping" kami ke 3 pulau , pulau tasik dayang bunting, pulau tuba dan pulau karang. Kami dibawa menaiki bot laju dengan muatan 8 orang settiap satu . lautnya hijau dan langit nya biru. Saya dapat lihat burung helang terbang bebeshinggap di pulau pulau diatas pokok kayu yang menjadi rumah mereka. Tasik dayang bunting yang terkenal dengan mistiknya kami teroki... airnya payau dan suhunya suam suam kuku sungguh menarik untuk berenang . Keistimewaan Pulau Tuba pula pengunjung boleh menyaksikan spesises burung helang yang menjadi mercu tanda dilankawi. kami dapat melihat dengan lebih dekat burung burung helang terbang diangkasa. Di pulau karang kami turun untuk bermandi di pasir yang putih dan air yang jernih. Perjalanan mengelilingi tasik dan pulau mengambil masa ialah hampir 4 jam.
Keesokan hari nya kami dibawa melawat ke kilang gamat. Disini berbagai peroduk gamat di jual dengan harga yang amat murah. kami di bawa juru mudi kami ke pekan kuah dah idaman suri kerana ianya ialah lokasi di Langkawi yang paling menarik untuk membeli belah selain murah pengujung ada banyak pilihan. Pun begitu anda perlu bijak menawar ketika berbelanja. Saya memborong cokelat dan kain batik.
Pada hari terakhir hati bagai berat meninggalkan Pulau lagenda ini kerana masih banyak tempat yang belum dapat saya lawati seperti makam mahsuri dan beras terbakar... begitu juga beberapa buah pulau yang sangat menarik seperti pulau air panas masin dan Geo-park yang berusia ribuan tahun. Jika ada rezeki pasti saya akan kembali untuk teroka keajaiban pulau ini.
Friday, November 09, 2007
UP-DATED UNTUK SEBULAN
Berakhirlah sudah bulan Swayal ... sebelum sudah kita beraya ...
Syukur dapat melakukan apa yang patut di bulan yang mulia tu ... nie yang busy memanjang nie sampai tak dapat nak mengup-date blog.
Dalam bulan syawal nie ... banyak lah hajat yang telah tertunai... tiap malam pergi beraya ... kali nie suami kata kita raya rumah jiran yang kita kenal ... tak kira lah mereka buat open house ke tak .. just pergi beraya ... nak hidupkan balik semangat hari raya tanpa open house .... setakat minum kopi o dan kuih raya dan duduk mengup date apa yang tertinggal.
Yang bestnyer ada jugak rakan-rakan yang dah hampir 10 tahun tak jumpa ... masa raya nie dapat lah pulak bertemu.. tengok anak anak dah besar .. ada yang sakit ada yang happie ... keluarga pun tak lah dilupakan .. yalah kami nie semua dah kawin .. semua beraya di rumah suami masing masing .. maka kena lah melawat kakak kakak dan adik adik ... makcik makcik ...heheheheheh
rasanyer tahun nie memang tak ramai yang buat open house sebab mungkin budget kot .. yalah harga barang naik ... itu naik ini naik ... semuanya berjimat cermat ... lela pun dari dulu memang tak buat open house .. lela memang dari dulu kurang sikit dengan budaya open house nie, kadang kala bila kita buat open house nie ... tak sempat pun nak bercerita .. yalah bila dah ramai yang datang .. nak layan memang tak larat ... makan makan terus balik kann? kita raya nie bukan nak makan sangat tapi nak melawat untuk bertanya khabar dan lain lain ...
lagi satu lela tak ajak orang datang rumah... rumah lela sentiasa terbuka .. sesiapa nak datang datang je lah ... kalau mereka datang waktu lela free, adalah makanan panas seperti mee goreng ke, keow tiew kerang ke, soto ke ..tapi kalau datang mengejut tu ... adalah kuih kuih kering...
over all ... lela happie dengan aktiviti kami di bulan raya nie ... cuma rasa macam tak cukup masa .. kalau boleh nak melawat lebih banyak rumah tapi tu lah ... masa mencemburi kami...
tapi ada sesuatu yang amat merungsingkan fikiran kami ... ada beberapa kejadian dimana lela terpaksa membuat appoiment mengalah kan menteri hanya untuk berjumpa dengan beberapa saudara-mara ... i feel that i am not welcome!!!. kena ikut waktu mereka lah pulak ... ada satu kes lela di halau macam anjing kurap lah pulak .. dah sampai depan pintu ... dah bukak kasut disuruh balik ... rasanya taubat lah tak nak pergi lagi ... lela bukan nabi ... kita pun ada ego ... raya bukan nak makan sangat cuma nak mengziarahi bertanya khabar.. tapi tak pelah ... satu rumah tutup pintu banyak rumah lain yang suka menerima kunjungan lela... hehehehhehe
Sunday, October 21, 2007
SELAMAT PULANG WARGA KOTA
Tahun ini saya tidak bercuti raya...saya masih bekerja pada hari jumaat ketika semua warga sibuk di kampung menanak pulut dan merebus ketupat. Tahun ini saya dan suami beraya berasingan kerana ada tanggung jawab yang perlu diselesaikan ... semuanya demi tanggung-jawab dan saya kira saya sungguh bernasib baik kerana suami begitu memahami diri saya. Saya pulang ke Port Dickson beraya bersama adik-adik saya. Kami sudah tidak punya ibu dan bapa maka sebagai kakak yang sulung saya terpaksa berada bersama mereka diwaktu-waktu begini. Pulang, bau laut dan langit biru sungguh membahagiakan ... ya saya perlu selalu ke sini untuk membirukan semula mataku yang sudah hampir kehijauan nie.
And I hope that you had a great Hari Raya break and that you all feel recharged. Whether you went Balik Kampung or just stayed in "trafficless" KL, I am sure all of of us had some times to take advantage of the break and the time to tink about life.
My self and my hubby did our own balik Kampung which I headed to Port Dickson and Cet Det to Jelebu. My hubby were missing his mom and relatives and I thought it was a great opportunity to take a break after almost a year away from home. During one of my conversations with my youngest sister, Intan, we were discussing the joy of having that "old feling of home", that familiar aroma of home cooked meals such as rendang and kuah kacang, the walls that saw you grow up, the dining area which was witness the numerous family discussions, celebrations and get togethers. Likewise this is a most opportune time to check on old friends dan family members you haven't seen in a while. This is a time when we are again in tune with our humanity, someting that is many times taken for granted as we are lost in the daily grind (searching tone of money!!) of our normal live.
It was quite a joy for me to visit my late parents grave with siblings. For my end I was able to connect with my second brother who i can't communite for ages. It was quite a joy for me to see my little brother - Ahmad who finaly declare the end of our cold war. This visit, Ahmad for the first time spent a lot of time chat with me on the morning of hari raya, it was the birth of a new relationship.
All these little things make life great.
Selamat hari Raya to very one !!!.
HARI RAYA - What is and what is not its heritage
Thursday, October 18, 2007
INTERNERY HARI RAYA
1) baju raya
2) kuih raya
3) duit raya for children
4) duit raya for ayah dan ibu
5) melawat kubur di pagi raya
6) sembahyang sunat hari raya
7) mandi sunat hari raya
8) balik kampung
9) anyam ketupat
10) home cook rendang
11) home cook kuah kacang
12) balik kampung
13) dengar takbir raya di kaca tv - kalau boleh bukak kuat kuat sampai ke pagi
14) pasang pelita di keliling rumah
15) melawat sanak saudara
16) pos kad hari raya - kita tak main hantar e-kad
17) kuih seorang sebotol untuk adik beradik
18) kasut raya
19) meminta maaf dan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan suami
20) menonton siaran tv - masa nie mesti lagu raya je lah
Monday, October 08, 2007
BILA TIBA HARI RAYA
tahun nie rasa macam tak meriah lah nak beraya... bukan kerana tak cukup budget tapi entah lah kadang kala tuhan itu maha adil ... kalau kita ada wang tak de masa .. bila tak cukup pitih masa nyer melambak lambak... percaya atau tidak tahun nie lela tak beli pun tudung raya ke ... nak buat kuih raya ke... nak cari langsir raya ke ... dan jangan tak percaya lela pun tak bercuti raya !!! Bukan tak gembira tapi rasanyer sebab lela dah terlebih memeriahkan bulan ramadan al-mubarak so tak excited nak sambut Id-Eid. masa ramadaan lela ambil cuti sampai 3 hari kemudian lela siap buat rendang dan pulut. Lela siap pergi sembahyang terawih (walaupun) tak penuh (tahun depan lela nak cuba memenuhkannya), lela siap dapat buat sedekah (bukan nak menunjuk ya!!!), lela dapat berbuka dengan family. And i happy with it !!!!
Raya kali nie lela tak buat kuih cuma beli beberapa botol untuk in-laws dan adik beradik ... tahun nie no baju raya ... walaupun lela dah beli kain cotton yang berharga hampir 200 hinggit sepasang tapi tukang jahit lela buat hal (may be itu salah satu sebab nyer lela tak ada mood nak beraya!!!). hati lela sakit bila mengenang kan per hal baju raya dan seperti biasa rumah sudah dikemas, sawang sudah dibuang, lantai sudah di mop bersih... dan barang barang yang tak perlu sudah di buang ... baju untuk suami sudah dibeli...duit raya untuk kanak kanak sudah ditukar dan dimasukkan kedalam sampul, kad raya sudah di pos (btw this year lela dapat banyak card and hamper - adakah lela semakin popular ???? heheheheheh)... tapi entah mengapa tahun nie kita tak de mood raya ...
Tahun ini arrangement semua tunggang telanggang - sepatutnya lela akan beraya di jelebu walaupun tahun nie giliran kita... sebabkan adik adik lela semua dah lepas kawin so lela tak payah lah balik ke pd maka lela dengan berbesar hati memberi giliran lela kepada ibu mertua (mungkin sebab dia pun dah tak berapa sihat biar lah anaknya beraya selalu dengan dia ) tapi entah mana silap nyer adik bongsu lela call last minute kata suaminya kena raya di off shore ... so dia raya seorang diri di pd ... mmmm tak sampai hati lah pulak ( i wonder kalau besok lela seorang diri beraya nak ke sesiapa teman kan lela agaknya ya???) so mengenang kan i'm the oldest in the family and ibu soko ... terpaksa lah lela dan suami melangsaikan tugas masing masing ... malam raya tu lela akan pulang ke port dickson menemankan adik perempuan lela dan suami lela akan pulang ke jelebu bersama ibunya ... pagi nya kami akan beraya secara berasingan dan selepas itu lela akan pergi melawat kubur kedua orang tua lela... mungkin selepas itu lela dan adik akan singgah ke rumah mertuanya. Lela akan tunggu adik lelaki lela balik kemudian i will go off to Jelebu ... hebat kan????
kami akan pulang on the 2nd day of raya ke kuala lumpur ... Isnin kami akan menziarahi beberapa rumah sedara dan sahabat ... selasa off to work back ... !!!! ramai yang terkejut mengapa lela tak ambil cuti lama ... for me raya is just a raya ... dalam islam pun raya cuma sehari 1 Syawal bukan yer sebulan syawal ...heheheheheeh at least i can save my holiday.;.. Tahun nie raya bagi lela cuma untuk melawat pusara kedua ibu bapa lela ... dan melawat beberapa kenalan yang sedang tak sihat (ramai benar yang sakit - menandakan usia semakin tua!!!).
I think thats all is in my mind for this hari raya... Selamat berhari raya tu all the muslim readers dan drive carefully - pandu cermat jiwa selamat- may this Id-Eid will be a good one.... assalamulaikum ...
Sunday, October 07, 2007
KAMU KENA BANTU DIA !!!
Antara azam lela untuk tahun ini adalah untuk mementingkan diri sendiri dulu ... buat benda untuk diri sendiri dulu baru boleh fikirkan untuk orang lain.. sebab dari dulu lela dok tolong adik beradik, saudara mara dan rakan rakan .. kerja kerja lela pulak yang tak siap siap ... bila kita minta bantuaan semua lepas tangan ...
Semalam mama minta bantuan lela, anaknya rina ingin kan bahan untuk membuat assigment.. yang kelakar mula mula dia tanya lela ada ke buku tentang kesultanan melayu ... lela ada lah buku tapi kena baca sendiri lah ... lepas tu mama tanya lagi ... boleh tolong cari kan dalam internat untuk anaknya ... lela dah pening kepala nampak caranya macam nak suruh kita yang buat assigment anak nyer .. lela kata dirumah lela boleh asses internat ... why not she came to my house to do some reading ... wahhhhh mama kata " u tolong printkan lah ... biar dia bagi soalan dekat u.." banyak cantik ... dia yang sebuk nak pi belajar ... dia yang nak dapat sijil dan dia yang akan naik pangkat ...lela pulak yang nak bersengkang biji mata ... kalau gaji dia bagi setengah kat kita tak pe jugak... banyak benda lain yang boleh aku lakukan selain nak membantu orang !!!. Lela kata tak boleh dan mama kata ..."KAMU MESTI BANTU DIA !!!" sudah lah suami nya tak bantu , ayahnya tak bantu ... we have to bantu her !!! ohhh please ini bukan membantu tapi ini menjahanam kan anak u !!! kata lela kepad mama .
cerita pasal membantu ... islam mengalakkan umat nyer membantu kepada yang memerlukan dan lela memang suka aktiviti membantu nie ... ada benda yang kita disuruh membantu ada benda kita tak boleh bantu ... tapi diri kita sendiri kena bergerak... kadang kala kita tidak boleh memberi 100% bantuan nanti naik lemak berkilo kilo lah pulak... dalam islam kita perlu membantu fakir miskin, orang yang melakukan fisabilliah dan anak yatim piatu ... kita boleh membantu dengan berbagai cara ... melalui pemberian zakat fitrah dan bantuan fizikal ... so dibulan ramaddan yang mulia ini lela dan beberapa kawan ada mengumpulkan sedikit dana bukan wang tetapi barang barang keperluaan asas untuk di berikan kepada beberapa buah surau dan keluarga yang memerlukan. tapi kumpulan lela tak de lah besar sangat .. yalah orang pun mana percaya nak beri kepada lela .. project ini kali pertama lela cuba lakukan ... selalunya lela buat secara sendirian ... kalau ada rezeki lebih lela cuma beli beberapa kilo beras untuk di berikan kepada rumah tafiz di janda baik ... tahun ini lela rasa lela perlu lakukan sesuatu secara berkumpulan. yalah bila dalam kumpulan dan persatuaan lebih banyak dana dapat disalurkan ... lela cuma sms beberapa orang kenalan .. mana tahu ada yang berminat ... antara yang dapat dikutip :
- 15kilo beras
- 6 kotak teh
- 16 kilo gula
- 10 tin susu
Semoga tahun yang akan datang kutipannya akan lebih besar dan dapat lah diberi kepada lebih banyak keluarga yang memerlukan. Barang barang ini lela agih-agih kan kepada 3 buah surau dan 2 rumah keluarga yang susah.
Sunday, September 30, 2007
KAD RAYA PENGANTI DIRI
KAD RAYA DARI PUTERI AURORA!!!
Semalam saya berbuka bersama-sama rakan rakan dari group kelab artakusia di seremban. Bestlah jugak jumpa rakan rakan dan keluarga mereka tapi jauh bebenar ... lepas makan makan di kedai fish & chips ... pi pulak ke istana aurora... cerita punya cerita jam dah ke pukul 11 malam... kelang kelibut lah ... cinderalla perlu sampai di rumah sebelum pukul 12.00 malam kalau tak muka jadi buruk ... hehehehehhehe. Wah bangsa Aurora begitu bersemangat berbuka .. semuanya dok makan fish and chip mungkin kerana mereka nie orang gunung so sumber protien mereka adalah dari ikan... tak seperti lela ...saya dok tala kambing ... raja aurora siap menjeling kehairanan melihat lela melapah dan memotong seekor kambing untuk berbuka ... very the babarian gitu ... huhuuhuuu...
Saya sampai ke rumah pukul satu pagi ... tiba tiba suami bagi kad ... wahhhh kad raya dari Adibah Noor ... mmmm baru lah lela teringat yang lela terlupa nak beli kad untuk family dan rakan rakan terdekat... mmmmm tahun ini betul betul busy nampaknya sampai boleh terlupa nak membeli kad :( ... isnin nie lela perlu mencari kad raya untuk membalas kad kad peminat (hahahhahahahah~!!!!!) sebenarnya lela lebih suka memberi kad dari kertas dan mengeposnya ... kurang berminat untuk menghantar kad secara maya ... ya mungkin lela ini old books kot ... lebih selesa dan rasa ada sentimental value lah pulakkan ... hehehheheheh.. selalunya kad kad yang akan diedarkan kepada adik beradik dan saudara terdekat ... kawan kawan yang dah lama tak jumpa ... lela jarang bagi kawan kawan office mungkin sebab selalu jumpa ... untuk kawan kawan office selalunya lela bagi melalui ucapan ringkas di e-mail je ....
minggu nie lela ada 3 jemputan berbuka ... rabu, khamis dan jumaat, habis lah sembahyang terawih lela ... huhuuuu harap harap minggu nie jelah lepas tu tak de lah jemputan lagi ... dah tak larat rasanya ... kadang kala lela rasa bulan bulan puasa nie macam nak duduk dalam hutan pun ada ... nak bersendirian menyendiri ... kadang kala bila bulan puasa nie lagi sibuk dengan atur cara.. kalau di indonesia pelacur pun bercuti berniaga untuk menghormati bulan ramadaan nie tapi kita di sini macam terbalik lah pulak ... bulan nie lah kita beria ia berniaga, pesta makan makan dan berbagai lagi ... macam lah tak de bulan lain kita nak berjumpa rakan rakan ... atau membuat kuih atau membersih kan rumah atau berniaga mencari keuntungan ... hehehheheheh
well nampaknya lela dah tersasar dari tajuk hehehehehehhe... bagaimana persiapan hari raya tahun nie? bagi lela buat yang simple simple je ... tahun nie lela pulang ke rumah suami tapi dia balik dulu ... lela tak ambil cuti pun ... jumaat petang tu balik ( so tak yah lah teruk teruk nak kena membanting tulang buek rendang berbagai ... ) selasa dah keje ... tak ambil cuti pun mungkin ... sebab malas nak ambil cuti lelama ... baik cuti tu lela simpan untuk diri sendiri (wahhhh sungguh mementing kan diri sendiri ya!!!).
ya lagi satu ... monday nie lela ada in house interview - naik pangkat ... semoga berjaya ... doa kan kita ya!!! amin
Tuesday, September 25, 2007
NURIN JAZLIN
Sunday, September 23, 2007
BERBUKA PUASA
Thursday, September 20, 2007
ORANG KITA TIDAK PANDAI JAGA ANAK
Friday, September 14, 2007
PABILA RAMADAN MUCUL KEMBALI
Thursday, September 13, 2007
APABILA MANUSIA MENODAI ALAM
Duta-Ulu Klang Expressway, DUKE,
Monday, September 03, 2007
MERDEKA!!!
Sudah 50 tahun negara kita merdeka. Kalau ikut umur manusia 5 tahun lagi dah nak pencen... maknanya 5 tahun lagi dah nak berehat... boleh buat business kecil-kecilan (kalau yang pandai menyimpan) kalau yang pandai lagi dah boleh jadi director sana sini dalam gsc company. Ataupun dah boleh settle down ... jaga cucu ... pungut duit dari anak tiap bulan ... pi surau beramal ibadat, melancung sebulan sekali .... Tapi kalau bagi international company we are only 50 years younger... macam company yang lela kerja sekarang di malaysia pun dah 60 tahun ... dicoporation kan di belanda dah 90 tahun ... maknanya malaysia masih muda dan hijau ... banyak perkara yang perlu di lihat dan di perhatikan agar kemerdekaan ini kekal selagi ada nya bulan dan bintang menyinari bumi malaysia ini. saya bersetuju jika para negarawan dan para cendikiwan membuat satu draft perjalanan malaysia 50 tahun yang akan datang ... agar nanti kita sudah ada landasan untuk generasi kedua memajukan malaysia ini.
Cuti kali nie saya tidak kemana ... duduk di rumah lebih menarik (adakah saya sudah tua?) ohhh tidak dari muda saya tidak pernah ke dataran merdeka ...saya cuma melihatnya di kaca tv ... lebih selesa dan bergaya ... boleh baring baring dan makan makan (hehehehhehehe) tahun ini bukan saja baring baring ... saya menunggu detik 12 malam ... tepat detik 12 malam itu terdengar bunyi dentuman bunga api dari klcc .... entah kenapa hati saya menjadi sayu ... tergambar saya bagai mana bunyi bom digugurkan di iraq, afganistan dan palastien ... semakin banyak bunyi dentuman bunga api semakin menggigil tubuh saya ... ya saya bersyukur kerna kita meraikan merdeka ... 50 tahun kita hidup aman dan damai sehinggakan bunyi bunga api kita sambut dengan kegemiraan ... agaknya kalau di negara islam yang lain kanak kanak pasti mengeletar ketakutan... maka perkara yang terbaik saya lakukan adalah , masuk tido ... kerna saya menjadi takut dan pilu.
pagi Jumaat , 31 August 2007 , 50 tahun kita merdeka ... waktu dan masa yang sangat cantik kan ? JUMAAT ? penghulu segala hari ... sangat molek sekali ... saya tidak kemana mana ... kami bersarapan sambil menonton perbarisan di tv ... entah kenapa saya megah ... nampak simple tapi meriah ... tubuh tubuh pak pak polis sudah mula nampak tegap dan maco... kalau dulu polis polis di perbarisan semuanya boroi boroi belaka ... lagu lagu nyer pun nampak bersemagat ... begitu juga acara padang ... nampak lah semagat sikit ... kalau zaman zaman tok det dulu semuanya lemah gemalai .... (hehehehehe) dulu raja raja semua nampak boroi boroi nak naik ke pentas pun macam tak larat je (macam mana nak berperang ???) ... agung baru nie nampak macho dan sasa ... baru lah nampak cun sikit ... kagum dengan aset negara terutama kapal terbang terbaru ... melihat nuri terbang di ruang udara terasa kecut lah pulak ... takut takut tiba tiba terhempas dah jadi satu cerita lah pulak (hahahhahahahahah) ... kereta kereta kebal pun canggih canggih ... tapi kita perlu ingat ... secanggih mana pun equipment kita ... nilai modal insan itu yang paling penting ... kalau kita masih di minda ke tiga tak kira canggih mana pun barangan kita, duit bergunung pun kita tak kan menang dan maju ... yang penting sekali adalah ilmu dan akal ... itu senjata kita untuk maju ke fasa ke-2.