Thursday, December 30, 2010

hujung tahun 2010

hujung tahun tiba lagi datang bersama gerimis dan langit kelabu.

tahun tahun mendatang akan menjadi satu titik permulaan sesautu yang baru dalam hidup kami ... ohhh moga moga tuhan akan bersama sama ku untuk menikmati hari hari mendatang ini...

Dan kita menang bola piala Suzuki menentang Indonesia malam tadi .. hadiah yg paling indah sepanjang 2010. kalau indonesia ingin mengayang malaysia dengan berbagai isu tertunggak .. agak manis apabila pasukan harimau malay dapat mengayang mereka di padang ... ia lebih bermaruah dan manis sekali ... tahniah moga moga dapat kita merasa piala asia pula ...

Monday, December 27, 2010

Kata orang cinta mesti berkorban

Mengapa dadaku mesti bergoncang
Bila kusebutkan namamu
Sedang kau diciptakan bukanlah untukku
Itu pasti tapi aku tak mau perduli ...
Sebab cinta bukan mesti bersatu
Biar kucumbui bayanganmu
Dan kusandarkan harapanku

Thursday, December 23, 2010

malam tadi saya mimpikan arwah nenda ... memeluk saya dengan kasih sayang ..

dua minggu lepas, malam jumaat saya mimpikan emak & ayah dan semua keluarga yang telah pergi ... mengadakan kenduri .... mereka masak nasi brani 9 periuk untuk saya .. dan saya amat amat terharu dengan kasih sayang mereka ..

saya sangat sangat merindui mereka ketika ini ... semoga mereka bahagia didunia sana .. entah bila saya dapat bertemu mereka ...

Saturday, December 18, 2010

musim hujan tiba lagi .. sejuk beku dan dingin membuat diri tidak betah dengan cuaca yang tidak menentu ...

ya saya perlu kuat untuk melawan arus ... moga moga saya berjaya .. dan akhir tahun sudah tiba .. banyak yang perlu di nilai kembali ... selamat datang tahun baru .. moga moga tahun depan semakin cerah segalanya...

Wednesday, December 08, 2010

TINGGAL KENANGAN

Pernah ada rasa cinta
antara kita kini tinggal kenangan
ingin ku lupakan semua tentang dirimu
namum tak lagi kan seperti diriMU
oohhhh Bintangku...

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
Kini kucuba mencari pengantimu
Namun tak lagi kan seperti dirmu
ohhh Kekasihku...

Monday, December 06, 2010

apabila suara rakyat tidak didengari ...

#DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA AIR DISELANGOR - MASJID NEGARA 5 Dec 2010

apabila pemimpinku matanya buta, telinganya pekak dan mulutnya beribu ...
dan apabila rakyatku tangannya diikat, mulutnya disumbat .. inilah jadinya .. mereka turun kejalanan apabila suara mereka tidak lagi didengari...

suara rakyat akan sentiasa menjadi suara keramat!!!

Sunday, December 05, 2010

memanjakan diri



atas tekanan kerja maka boss bermurah hati mengeluarkan sedikit token untuk kami ...


selalunya boss ajak pergi makan makan makan .. tapi kali ini saya minta untuk dimanjakan... ya diri perlu direhatkan agar nanti boleh bergerak dng lebih laju lagi ..


terima kasih kerana memahami kami .. sayang boss .. he he he




Sunday, November 28, 2010


musim hujan tiba agak awal .. dan kedinginan rintik rintik hujan bagaikan malaikat sedang memeluk kita dengan penuh kasih dan sayang ..

Saturday, November 20, 2010

selamat jalan sayang ku...

10tahun yang lalu, saya ke setapak untuk melawat rakan saya. Dikala itu saya ternampak seekor kucing parsi yang baru menjilat jilat bulunya dan membiarkan anak -anak nya kelaparan ... 5 ekor kesemuanya.. rupanya si-ibu tidak pandai menjaga anak anaknya .. dia cuma pandai berhias , menjaga bulu .. selepas beranak ia pergi mencari kucing jantan kembali .. sudah dua kali dia beranak dan kesemua anak anak nyer mati kerna dia pandai menyusukan anak anak kucing...


diantara anak anak kucing berlima saya sungguh sungguh tertarik pada seekor berwarna putih... memang saya ingin kan kucing putih tetapi tidak pernah berjumpa .. yang ada pasti mempunyai tomok berlainan warna... berwarna putih susu seluruh badan dan berjantina jantan , berkacukan kucing kampung dan parsi .. menjadikan ia pilihan saya... pada mula nyer rakan saya agak berat untuk menyerahkan kucing tersebut kepada saya.. tetapi .. saya pujuk .. kata saya anak kucing ini sudah pun nyawa ikan .. sudah seminggu ibunya tidak menyusukan beliau .. berilah kepada saya .. saya cuba utk menjaganya dng baik...


Kami bawa dia pulang .. mengiau giau kelaparan .. suami lah menjaga makan dan minum .. susu di tapak tangan dia menjilat kehausan .. air ikan bilis kami suapkan .. sebulan dia tidur dibawa tengkuk saya untuk mencari kehangatan .. si putih baby tidak pernah mengenal ibunya ..baginya saya lah ibu dari lahirnya kedunia nie.


si putih baby banyak keistemewaannya .. dari kecil sehingga berumur hampir 2 tahun dia tidak pernah menjejak kaki ditanah .. ketika itu kami duduk di apartment makan saya sering katakan si putih baby adalah kucing kayangan .. cuma dua bulan sekali kami bawa pulang si baby kekampung untuk sehari dua , dia berjalan diatas tanah , mencari teman wanita atau apa saja yang untuk dia menjadi seekor kucing sejati..


Tetapi baby lebih enak duduk dikayangan .. dia suka di atas .. udara yang lebih bersih , tidak ada bau kucing lain .. tidur disofa empok dan bermanja dengan kami .. kadang kala kami akan membawa dia berjalan jalan didlam kereta tanpa bersangkar ..


Saya selalu menganggap baby adalah teman dan penjaga yang sangat seta kepada saya ... jika suami berjaga malam untuk menyiapkan kerja .. dia akan berjaga sehinggalah suami masuk tidur.


Wednesday, November 17, 2010



mencicip pahit kopi hitam, berulam sebiji pau gebu, duduk berbincang tentang masa mendatang adalah sessi terapi diri yang terbaik (utk saya)... terima kasih

Nota: kedai kopi di pekan tanjung malim, perak

salam aidil adha ...

‎"semua yang telah kukorbankan ini (seribu kambing, tiga ratus lembu dan sertus unta) belum memberi apa apa erti bagi ku... Demi Tuhan yang ku sembah, jika aku dikurniaikan anak lelaki, akan ku korbankan dia kejalanMU dan aku redha darahnya untuk TUHAN sekelian alam" Nabi Ibrahim ..

sekecil pengorbanan adalah menyembelih kambing, lembu dan unta .. sebesar besar pengorbanan adalah JIHAD kejalan Allah ..

moga moga kita mendapat sedikit sinar kemuliaan dihari yang mulia nie.

Thursday, November 11, 2010

ahad yang lalu .. saya bermain dng cat, api, air dan tanah .. ianya sungguh sungguh mendamaikan .. bersama kanak kanak yang tidak ada masalah membuat saya tidak ingin pulang di dunia yang penuh pura pura ..

kami bercat kemudian bermain hujan .. penat kami makan , saya terlena sebentar di teratak kasih bonda .. berteman kan kucing kucing yang sentiasa ingin dibelai dan dimanjai .. petangnya saya membantu anak anak membakar sampah , bermain dengan api dan daun daun sungguh sungguh mendamaikan .. ohhhh saya tidak ingin pulang rasanya ..

tuhan berilah aku kekuataan untuk menempuh hari hari muka ..

gambar gambar saya bermain dng kanak kanak --- DISINI

Friday, November 05, 2010

seorang rakan bertanya kepada saya ...

malam ini apakah aktiviti saya ..

dan saya katakan kepada beliau

membaca dan berfb ..

dan tanya dia kembali kepada saya

fb bukan membaca kah ..

aduiii

Nota: saya masih ingin meyelak helaian helaian kertas dan membau bau bau kertas ketika membaca .. fb bukan membaca .. tapi melihat .. hahahah

ANTARA ANYER DAN JAKARTA




Shop till drop : kalau ke indonesia , kain batik adalah antara yang menjadi pilihan hati .. bu lela dari mana? tanya pekedai, saya pandang dia.. tersenyum dan jawapannya ..Saya Melayu!! ya ibu .. bukan melayu jika tidak betah untuk berkain batik ... saya ter kedu sambil terus memilih ..

Wednesday, November 03, 2010

tuhan, ketika ini aku benar benar merasai kasih sayang rahmat dan manja mu ..

tuhan, terima kasih kerana telah melimpahkan kurnia ini kepada aku yang hina ini

moga moga rahman dan rahim mu ini tersimbah buat ku setiap masa..

tuhan , terima kasih sekali lagi

Tuesday, November 02, 2010

Kekadang kita terlalu leka untuk memiliki kesemua kasih sayang. Sehingga datang satu ketika pabila embun jantan menitik dihujung pepohon kemboja , azan sayup sayup datang bergema dicuping telinga dan angin timur datang menyapa dimuka pipi , masuk dari jendela membawa berita bahawa aku tidak layak untuk memiliki apa yang aku inginkan kerana aku cuma makhluk yang patut dimiliki .. aku tersentak dari mimipi nan nyata, akur dengan ketentuan mu ya tuhan yang menciptakan aku dari setitis air yang busuk dan aku reda dengan segala perjalanan hidupku ini.. Hanya padamu aku bergantung harap dan tempat bermanja ... Ya rabbil ya rahimmmm...

Sunday, October 31, 2010

to relook back ...

i shall be relook on my life status .. rasa rasa hidup sudah tidak sempurna dahulu .. maka ingin saya melihat kembali apa yang kurang dan mana yang lebih...

Saturday, October 30, 2010

datang dan pergi

Disetiap persinggahan tertentu, kita pasti akan berjumpa dengan seseorang dan pasti persahabatan itu akan terjalin dan kita perlu mengingatkan bahawa setiap perhubungan / persahabatan akan tererai disatu persimpangan ... ya sahabat akan datang dan pergi akan tetapi they will be always in our hearts somehow.. tak kira persahabatan baik atau buruk... semua boleh dijadikan pengajaran dan pelajaran .

Yang cuma kekal hanyalah kita dan yang Esa.. Dialah jua sebaik baik penjaga...

Friday, October 22, 2010

sejak mengunakan FB saya bertemu banyak sekali rakan rakan lama - dari zaman persekolahan , kerja dan tetamu dan kadang kala saya bagai kan terlupa langsung nama dan wajah mereka .. ya saya bagaikan wanita tua yang sudah nyanyok untuk mengingati mereka ...

betapa saya sebenarnya saya ingin sekali menutup segala kisah kisah silam yang telah berlalu ... bertemu mereka di muka buku saya membuat saya benar benar gembira dan terharu .. terlalu banyak kisah kisah silam yang telah saya lupakan kini tercantum kembali ibarat serpihan serpihan kaca yang ingin dicantumkan kembali .

buat sikecil mayya


Cik La mu ini , sering tidak punya masa untuk kamu wahai si kecil Mayya, Cik La cuma menjelma di muka pintumu ketika mentari sudah diufuk barat dan kamu sudah melelapkan mata kuyumu .. kepenatan.Dan kali ini bila Cik La datang menjenguk.. si kecil maya sudah pandai menggunakan warna warna ceria .. "Semoga hidupmu akan... seceria warna warna yang kau lakarkan di kertas itu anakku"

Saturday, October 09, 2010

sekitar syawal

Syawal sentiasa datang dan pergi .. tetapi kita tidak pernah tahu jika ditahun hadapan adakah kita akan menyambutnyer kembali...

Sering kali kedatangan syawal amat mengembirakan diri saya. Ketika ini kita dapat berjumpa dan mengeratkan lagi berhubungan yang renggang. Ketika ini setiap rumah muslim dan muslimat sentiasa terbuka untuk dikunjungi oleh rakan dan taulan.

Tahun ini syawal saya agak meriah bukan dari segi material nyer (saya tidak bertukar sofa ataupun langsir) tetapi dari segi persahabatan. ramai rakan rakan tak kira jauh dan dekat yang datang menjenguk kami. ohhh mungkin saya juga sudah tua maka yang muda sudah mula mencari ibu soko mereka...

dikampung juga bergitu .. tradisi kunjung mengunjungi amat terasa..hampir 200 ahli keluarga datang melawat kami dirumah.. ianya sungguh sungguh mengharukan.

Begitu juga dengan rumah rumah terbuka yang saya hadiri... ohhhh ketika itulah saya dapat bermesra dng keluarga boss boss saya atau rakan rakan pejabat untuk mengeratkan lagi perhubungan yang sedia ada.

Dioffice juga kami melakukan rumah terbuka untuk rakan rakan yang kurang bernasib baik .. ketika inilah kami mempromosikan makanan melayu yang kadang kala sukar untuk didapati..seperti lemang, ketupat, rendang dan kuah kacang dan kami lakukan secara pot luck untuk mengeratkan lagi rasa kekeluargaan

Mungkin kerana saya dan suami baru saja berpindah kawasan perumahaan yang baru maka kami perlu membuat sedikit sesi kenal mengenal dng jiran jiran - rumah saya dikunjungi dengan begitu ramai sekali kanak kanak kecil ... sungguh meriah dan kami juga menghadari beberapa acara rumah terbuka untuk berkenal kenalan.

Syawal sudah pun menutup tirai .. semoga perkenalan dibulan syawal ini akan berkenalan sehingga keanak cucu.

Wednesday, October 06, 2010

kamera baru saya

ya ya ya .. suami tahu saya sangat suka mengambil gambar dan kamera lama saya sudah dicuri orang..

maka dia membeli kan saya sebuah kamera yang baru untuk hari raya ini.. senang untuk saya merakamkan aktiviti seharian saya... ahhh terima kasih kepada suami yang sering tahu kegemaran saya.

Kali ini my new toys shall be Sony Cybershot, Black. Bestkan.. selain daripada bersantai mengambil gambar kehidupan.. ianya sangat berguna untuk saya ditempat kerja.

cuma pesan suami kepada saya - tolong tolong jangan hilangkan lagi ya .. mmmmm

Saturday, October 02, 2010

my little farm valley


dirumah baru, ada sedikit tanah untuk dijadikan taman. memang dari dulu saya mengimpikan taman yang indah .. ingin saya menanam pokok pokok kegemaran saya. Nenek seorang petani semasa hidupnya .. mempunyai sawah padi dan kebun kelapa begitu juga dengan ibu .. semasa kecil mempunyai sawah padi dan kebun getah

untuk mengingati ibu dan nenek maka saya taman tumbuh tumbuhan yang pernah ibu nenek tanam ketika hayat mereka. Saya tanam cili padi, daun pandan , serai, cekor dan sirih ... ya taman kecil saya telah menjadi taman herba melayu.

dan ketika ingin menyemai apa saja tumbuhan , saya sering ingat pesan tok kepada saya : tanamlah pokok pokok yang boleh memberi manafaat kepada kamu .. bukan cuma untuk cantik tetapi tidak berguna ...

saya menghadiri kelas jati diri dan mereka bertanya kepada saya apakah nilai nilai murni yang saya ingin ada pada diri saya ...

saya mengharapkan nilai nilai ini dapat saya pupuk sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir...

Tuesday, September 28, 2010

putih itu suci


I do always love WHITE... terutama di dalam hiasan rumah ... ohhh i do wish to have this as room .. and my my dream house.

and check this out ---> more more more

Sunday, September 26, 2010

to be loved is to love yourself

ohhhh minggu ini dan minggu minggu berikutnya saya akan kesibukan. maka kadang kala .. diri ini perlu dimanjakan . siapa lagi yang dapat memanjakan kita jika buka diri kita sendirikan.

yang penting diwaktu waktu kritikal seperti ini .. kita perlu menjaga kesihataan dengan baik.

ohhhhh spa, salon rambut ... adhuiiii

Monday, September 20, 2010

hari ini , hari pertama ke pejabat setelah 11 hari bercuti... (oooh cuti yang paling lama sejak saya bekerja di U******r ) dan kini routin hidup seperti biasa .. untuk 2 bulan ini dunia saya pasti sibuk dengan event , traning dan report ... mmm dan mungkin cuti lama hanya di hujung tahun nanti .. ya sang puteri perlu mencari sesuap nasi di dunia nyata .. penuh dengan meeting, penuh dengan e-mail , report dan perjumpaan dengan warga kerja, deringan telephone.

saya datang sedikit awal .. punya masa untuk sendiri.. mengemas meja dan melihat e-mail yang tertangguh selama 12 hari .. ejin masih belum panas .. hari ini masih mood bercuti .. ohhh alangkah bagus nyer kalau dapat bercuti selama lama nyer .. ohhh itu masih lagi impian yang perlu dijadikan kenyataan.

Sunday, September 12, 2010

syawal 1431

ahhh kali ini kami beraya di jelebu negeri sembilan ... rumah suami saya.. agak lama disini seminggu .. dan kali ini saya tidak pulang ke port dickson atau ke melaka

Thursday, September 09, 2010

diambang syawal 1431

MENGGENGGAM JANJI, MENYIMPUL KASIH

janji ialahlah suatu komitmen. Komitmen bahawa ia bukan sekadar kata-kata. Komitmen yang membuktikan nilai sautu kepercayaan. Baik kecil mahupun besar, genggamlah janji anda seerat mungkin. Agar tiada insan yang ternanti-nanti.

Salam lebaran idul fitri
Lelasari
diambang 1 syawal 1431

nota: dapat ayat ayat diatas dari iklan Produa .. it really touch me as i heard this in a radio .. ya hanya dengan janji kasih termetrai... to all out there .. happy idul fitri moga moga amalan kita di bulan ramadaan diterima sang pencipta... amin ya rabil alamin

Wednesday, September 08, 2010

akuan mukabuku ku

pasti hampir semua daripada anda mempunyai account facebook. Tidak chic jika tidak mempunyai akuan nya. Ianya telah menjadi trend masa kini. Saya sudah mempunyai akuan bersama dengan facebook hampir satu setengah tahun.

Pada mulanya ianya semacam satu kebaikan. dapat menghubungi rakan rakan dengan begitu mudah apatah lagi boleh berkongsi cerita suka dan duka bersama sama... mengetahui bila hari jadi sahabat tanpa perlu mempunyai data sendiri... boleh berkongsi dimana sahabat kita pergi makan... atau lebih mudah melihat bagaimana cara hidup sesorang itu hanya dengan mempunyai akuan bersama ... sahabat menjadi lebih rapat...

apatah lagi sahabat yang sudah lama tidak di temui seperti rakan sekolah ataupun rakan kerja yang tidak lagi bersama sama kita...begitu juga dengan saudara mara yang jauh dapat didekatkan ... ya persahabatan dan pertalian dapat didekatkan dengan hanya dihujung jari...

tapi itu mungkin prespasi saya..tidak kepada orang lain. Bagi saya berkongsi maklumat ibarat "sharing is caring" tidak kepada bangsa yang mempunyai pemikiran masih ditahap ketiga.

kini saya menjadi sesak .. dengan manusia manusia yang saya fikir sudah matang .. dan terlupa terdapat ramai yang ada perasaan iri dan benci melihat kehidupaan sesorang dan busy body...

untuk itu saya sudah sedikit demi sedikit menamatkan rakan rakan dimuka buku saya. ya kehidupan saya bukan untuk dicemburi sebenarnya akan tetapi untuk dikongsi akan dapat memberi manafat kepada semua...

Tuesday, September 07, 2010

satu syawal akan tiba beberapa hari lagi... ahhhh pulanglah puteriku .. lihat sudah tiba keretapi menjemputmu terus ke alor gajah melaka wahai sang gadis berkurung kapas ...

tiada alasan untuk kau tidak pulang beraya ke naning ... datukmu dol said sudah menunggu mu di naning sana .... rindu benar mereka hingga menjemput dengan keretapi tentera ...

pulang lah wahai sang gadis bertubuh langsing berkulit putih merah..

pasti puteri ku ini rindu untuk menghirup udara dari tanah pahlawan .. merasai terik suria segarang pahlawan pahlawan naning yang gagah berani yang tidak pernah gentar untuk membunuh portugis dan belanda..

ohhh sang gadis berkurung kapas tidak kah kau rindu ... ohhh itu cuma memori silam .. pahlawan pahlawan ku semua telah gugur kebumi mati atas nama perjuangaan yang tidak pernah kenal erti putus asa... demi untuk memerdekan ibu pertiwi..

aku puteri naning telah penat, beri aku berehat seketika ... biar ku nyalakan memori silam yang hiba ... nanti bila tiba masanya akan ku pulang juga ke naning ...

... sigadis berkurung kapas, berambut hitam pekat melambai lemah .. dan keretapi itupun bergerak perlahan menuju ke alor gajah...

Sunday, September 05, 2010

27 Ramadan 1431


Syukur kepada Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang... tuhan yang menjadikan manusia dari setitis air yang kotor dijadikan sebaik baik kejadian kemudian dimatikan untuk seketika untuk menunggu di waktu penghakiman...

antara perkara yang telah menjadi tradisi keluarga adalah melawat dan membersihkan kubur orang orang kita sayang. Sewaktu hidup ayah.. dia sering berpesan kepada saya agar jangan lupa pergi kekubur dibulan ramadan dan dipagi hari raya. Ayah tidak pernah lupa untuk melawat dan membersihkan kuburan nenek dan datuk ...ianya sudah bagaikan satu kemestian.. syukur aku dan intan masih menunaikan tradisi itu.. untuk melawat ibu dan ayah diramadan dan syawal.. walaupun kami duduk agak jauh demi nama sesuap nasi.

Syukur suami juga amat memahami kehendak saya.. untuk melawat kuburan walaupun kadang kala kami agak kesibukan dan kepenataan atas urusan duniawi...
Kala kami tiba cuaca sungguh sungguh redup, hujan rintik jauh kebumi bersama sama surah surah yang kami baca ... itu saja yang kami mampu beri ketika ini .. bukan lagi harga atau wang untuk mereka tetapi bacaan dan amalan kami lah yang akan menjadi kedua ibu bapa senang ditaman ini... Melihat pusara emak dan ayah yang begitu redup dan damai hilang sedikit rasa rindu... dan ianya membuat saya merasa begitu bahagia untuk meninggalkan mereka... moga moga tuhan akan menjaga mereka dengan baik...

Friday, September 03, 2010

terbukalah langit ke tujuh

Ketika ini terbuka sudah langit ketujuh .. kita sudah dipenghujung akhir bulan ramadaan .. .. ahhh tahun ini ada sedikit perubahaan .. kalau seperti tahun tahun yang lalu saya berbuka di pejabat atas alasan kerja yang bertimbun .. kini ianya agak selesa dapat berbuka bersama sama suami hampir setiap hari.

Moga moga tahun hadapan dapat pula pergi saya berpuasa sambil bertarewik di masjid .. dapat mengambil cuti rehat disepanjang bulan yang mulia. ohh moga moga tahun hadapan dapat saya kekubur ibu diawal dan diakhir ramadan ... entah bila bila dapat memenuhi angan angan itu...

Saturday, August 28, 2010


sungguh sungguh ada kalanya aku ingin bersendirian, untuk tidak mendengar melihat atau berkata kata dengan sesiapa ... sudah penat melayan kerenah yang menjengelkan .. ahhhh beri aku sedikit ruang untuk bersendirian ..


seorang sahabat merungut kepada saya : " kerja.. kerja kerja, kononnya nak cari duit. tapi tak pernah kaya kaya pun "

Dan saya teringat pesan tok muda kepada saya 3 tahun yang lalu, kata tok " untuk menjadi kaya bukan dengan mencari duit duit ... untuk menjadi kaya kita perlu mencari BERKAT didlm kehidupan ... dengan keberkatan itu lah menjadikan kita kaya.. "

dan kata kata tok itu sungguh sungguh ada
kebenarannya ...

Friday, August 20, 2010

7 Ramadan , 12.00 pm

kamu tidak berpuasa hari ini? tanyaku tegas.

Tidak puan .. kerja disini memerlukan banyak tenaga .. aku tidak betah untuk bekerja jika tidak menjamah nasi.. itulah jawab seorang pekerja contract berasal dari jawa timur .

aku pandang dia dengan wajah yang sayu ...

dia cuma makan di tepi dapur... makan cepat cepat takut nanti ternampak yang lain .. cuma nasi tidak punya lauk kerna mungkin tidak mampu untuk membeli ayam atau ikan.. sayur tauge dan nasi berkuah kan kari . itu lah makan untuk membena tenaga untuk mencari sesuap nasi dibulan ramadaan yang penuh dugaan ini. Makanan untuk nafsu bukan rohnya.

Islam kah kamu wahai sijawa .. tanya ku tegas memandang terus kearah mata hitam buntalnya .

Dia tertunduk malu .. ya aku muslim puan. Dikuis kuis nasi dan terus disumbatkan nasi untuk tidak menjawab soalan ku lagi .

Aku pergi kearahnya .. pengang bahu nya dengan lembut... dan aku pegang dagunya dan memandang tepat kearah anak matanya.

Wahai Jawa muslim .. kata ku kepadanya ...

ingat lah sememangnya umat islam ini akan diduga dengan kemiskinan dimuka bumi ini. Kamu miskin disini, tidak punya wang , tiada saudara... dan kamu jua kelas ketiga dinegara ini... biar kamu miskin didunia tetapi akan rugi bila kamu juga akan miskin diakhirat nanti ..

Aku tidak paham puan .. dia menjawab malu ...

Muslim sememang nya miskin dan sukar hidup dimuka bumi tetapi dijanjikan Allah untuk senang diakhirat nanti .. maka saudara ku .. tunaikan lah perintah Allah dengan tenang dan yakin .. dirikan lah kamu sembahyang dan berpuasa lah kamu kelak kamu menjadi kaya diakhirat nanti .. dan jangan makan terang terangan begini .. memalu kan islam itu sendiri sudah memalukan Allah ..

mata sayupnyer memandang kearah nasi yang bersalut kuah kari ...

Doaku ketika mentari tunduk diufuk barat .. moga moga saudara jawaku nanti akan menikmati keenakan berbuka walaupun cuma dengan seteguk air ditepi kali.

Tuesday, August 17, 2010

sudah seminggu ramadan tiba akan tetapi saya masih tidak betah untuk memasak. masih tidak cukup waktu untuk melawat kubur ayah dan emak di port dickson , masih tidak punya waktu untuk berbuka bersama adik dan kakak, apatah lagi untuk bersama rakan rakan ... ohhh tuhan adakah aku begitu tamak ... atau aku cuma musafir yang mengejar waktu...

Thursday, August 12, 2010

2 ramaddan

sahyur cuma dng 3 biji kurma dan susu .. saya amat amat jarang bersahyur . dari kecil sukar untuk bangun sahyur .. selalu nyer saya akan sediakan makanan dan suami akan bangun sendiri untuk makan sendirian .. bukan apa .. saya perlu cukup tido jika tidak kepala akan menjadi sakit dan entah lah ... mungkin terlalu manja

tahun ini saya cuba untuk bangun makan sahyur untuk mendapat berkat puasa itu sendiri .. ya kan itu sunnah nabi. setelah menjamah 3 biji kurma saya terus ke katil semula .. dan memang betul saya kelewatan hari ini.

Syukur saya masa ada tenaga untuk meneruskan hari di tempat kerja ... kerja seperti biasa ..berkerja dengan syarikat luar negara ... tidak boleh slow down bila bulan puasa .. prestasi kami mesti sentiasa tinggi .. tidak ada pengecualian .. jika tidak capai tahap piawaan .. nak ramai lagi yang menunggu diluar sana ... maka di bulan puasa ini selalunya kami perlu lebih cergas dan tangkas. Meeting dan perbincangaan masih seperti biasa ... terlari sana terlari sini .. begitulah adat orang berkerja ..

Pulang 5.30 ohhhh ini sudah kira terlalu awal .. ada yang jeling jeling .. tapi buat tak reti je lah ... nampaknya saya perlu kerja sabtu dan ahad untuk melunaskan semua kerja kerja tertunggak.
kami singgah di pasar ramadan .. perjalanan agak lancar .. hujan gerimis turun .. cepat cepat .. cuma beli daging masak lemak untuk suami, kuih 2 ringgit dan terus pulang.

Sampai dirumah .. baru jam 7.00 ada setengah jam lagi .. masuk semua makanan di bekas, letak atas meja .. taruk cawan .. nasi sudah dimasak oleh suami ... saya naik keatas .. mandi dan kemudian turun ... sambil sambil sapu sampah ...

7.30 berbuka .. dan syukur atas segala nikmat ..

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramaddan 1431

entah kenapa hari ini kepala pening sesangat .. maka sebelum makan panadol aku sediakan sandwich untuk makan sahyur nanti .. suami tidak suka makan nasi dipagi hari .. maka aku buat kan menu sarapan pagi untuk nyer.

setin kecil tuna digaul mesra dengan sedikit mayo, tomato merah ranum dipotong dadu campur bersama racitan timun hijau. Ditabur sedikit lada hitam dan garam .. gaul gaul gaul .. masukan kedalam peti sejuk.

Ingatkan ingin bersayur bersama sama .. mungkin kerana ubat aku tidur dengan agak lena .. sedar sedar azan subuh bergema nyaring memecah hening pagi. ah tidak bersayur lah aku.. nasib baik aku ingat untuk membaca niat puasa....

setiapkan bulan puasa datang aku sering merasa bersalah .. kalau boleh aku ingin mengurangkan aktiviti keduniaan dan lebih menumpukan kepada amal ibadat di bulan yang mulia nie tetapi entah lah bila dapat aku untuk melakukan perkara perkara sunat dan yang remeh .. seperti berpuasa 3 bulan sebelum tiba ramaddan .. mandi limau ketika datang ramadan .. memasak rendang dimalam anak bulan, memasak lauk pauk atau kuih muih dan dapat mensedekahkan kepada jiran dan masjid.. duduk membaca alquran .. dan menzirahi kubur kubur orang yang aku sayangi...

badan agak lemah , dipejabat semua bergerak agak perlahan .. ya dapat aku melepaskan lelah. aku tiba agak awal .. seperti biasa membuka e-mail membaca tanpa kopi dan roti di meja kerja .. berbincang seperti biasa.. tiba waktu rehat masih di meja kerja .. ya aku mahu siapkan kerja dng awal maka boleh aku pulang awal tanpa kerja tertunggak. mesti tunjuk pada non muslim bahawa kita juga cergas dikala menjalankan ibadat puasa.

Cuaca diluar begitu mendung tetapi tidak hujan .. suam suam kuku bagai tahu warga nyer sedang berpuasa .. ada adik adik yang sudah kepenatan .. aku pujuk mereka .. kalau begini sudah lelah bagaimana nanti ketika perang atau ketika dipadang mashyar .. tuhan itu sungguh sungguh menduga..

Semua berjalan agak lancar hinggalah satu e-mail masuk .. perlu hadir di sessi perbincangan jam 5.30 ptg .. ah aku terpaksa menukar semua jadual .. telephone segara sang suami .. perlu ambil jam 6.30 .. aku terpaksa balik lewat ... bincang bincang .. aku cuma pulang jam 7.00 ptg .. tergesa gesa pulang membeli makan di pasar ramadan .. sampai dirumah .. aduhi kerna tergesa kunci rumah tertinggal dikilang .. nasib abang ada dirumah .. kami tumpang makan dirumah abang aran ... berkongsi berbuka beramai ramai amat amat meyeronokan ... selepas berbuka kami ke pejabat semula ( nasib lah pejabat dah dekat.. kalau tak mahu tidur di pintu pagar... ) Ke pejabat .. balik kerumah terus suami mandi mandi ... ke masjid untuk terawih ... ahhhh moncong sungguh si suami kepenatan .. maaf sayang ..

suami disurau aku di rumah berkemas ala kadar .. meyiram pohon pohon yang agak kelayuaan ... menyediakan air kopi utuk suami .. pulang saja .. ditujunyer air kopi panas dan terus masuk tido... aku .. meyediakan sarapan bersahyur nanti .. ahhhh tugas isteri tiada penghujungnyeer.

Tuesday, August 10, 2010

ya ramadan ya marhaban

bulan seribu bulan datang lagi,
bulan yang dikurniakan kepada umat muhammad ..
anugerah allah kepada umat muhammad ,
tanda kasih dan sayang...
ya bulan penuh kenikamtan ...

datang ia membawa seribu cahaya
seribu sinar
seribu kasih
seribu rahamat dari
allah kepada makhluknya ..

ya allah ampunkan dosa dosa hambaku yang dina ini ..

Monday, August 09, 2010

finally we move in


syukur kepada allah kerana mempermudahkan segala perjalanan kami. Memindahkan seisi rumah ke rumah yang lain bukan lah satu yang memudahkan dan menyenangkan. Ianya mengambil banyak masa dan tenaga.

Terlalu banyak keputusanan yang perlu diambil .. ya jika tersilap langkah berbagai masalah dikemudian hari .. dan itu yang cuba kami elakkan .. pertama lokasi, kedua budget, ketiga tuan rumah itu sendir .. dan berbagai lagi .. dan yang sebenarnya benarnya kami tidak ingin pun untuk berpindah .. kami ingin rumah sendiri .. akan tetapi kerja saya amat jauh dan yang menjadi mangsa adalah suami ...

Setiap hari berulang alik dari setiawangsa ke rawang kemudian ke pejabat nya di pj dan pulang begitu juga membuat saya merasa sangat sangat kasih kepadanya ... maka kami mengambil keputusan untuk berpindah ke loksai yang lebih dekat dan menyenangkan ke dua dua belah pihak .. saya juga tidak mahu kerana saya pretasisi kerja suami saya akan terjejas.

ini bukan lah satu keputusan yang mudah .. kami tidak tahu apa yang bakal terjadi di hari hari mendatang. ya langit tidak selalu cerah .. dan kami cuba untuk menyesuaikan diri kami di persekitaran yang baru .. bukan mudah .. rakan yang baru, suasana rumah yang baru, jiran yang baru.. semuanya perlu kami telan dan hadam .. tetapi suami selalu berfikiran positif ... ya mungkin ini yang terbaik untuk kami... moga moga perjalananan kami nie diberkati oleh Allah sang perancang yang terbaik.

Sunday, August 08, 2010

hujung minggu yang nyaman

mentari pagi yang indah sekali , panas dan garing .. redup pula ditengah hari tanda hari mahu hujan ... jiran jiran semua nampaknyer mengemas rumah, memasak ala kadar mungkin untuk menyambut ramadaan yang mulia ..

Surau berwarna hijau lumut berkumbang tasbih dan takmid sejak subuh .. dan ajk ajk surau sibuk bergotong royong mengemas dan membeli barang barang keperluan untuk persiapaan ramadaan .. ya indah sungguh bumi mu ya allah ..

kicau burung masih kedengaran ... terbang rendah mencari rezeki pagi...

Saturday, August 07, 2010


rabu ini, bulan yang mulia akan tiba.. ramadan bulan seribu bulan .. yang ditunggu tunggu... bulan rahmat dari allah untuk umat islam seluruh alam.

Setiap kali bulan ini tiba saya cuba untuk mengurangkan aktiviti keduniaan untuk menyerah diri kepada allah .. akan tetapi ianya masih belum mencukupi.

Tahun ini persiapan ala kadar saja. Tadi petang sudah kekedai membeli beras, tepung dan makanan dalam tin untuk bekal diwaktu subuh nanti. Agak rindu masa masa lalu ... kedatangan ramadaan emak dan ayah agak sibuk ke pasar membeli ayam atau daging untuk dibuat rendang ... dan nasi brani... ah kerana anak emak sebatang kara .. maka tak tahu lah apa yang akan saya sediakan nanti.. yang pasti anak emak kesuntukan masa dan tenaga... saya juga tidak dapat kekubur emak dan ayah kerana kesibukaan .. ah entah bila dapat agaknya anak mu ini mempunyai masa yang cukup ...

Friday, August 06, 2010

aktiviti seni


kadang kala ... kerja kerja dipejabat amat menjemukan ... hanya komputer hampir 8 jam membuat diri rasa tertekan ...


maka kadang kala kami aturkan acara melibatkan seni untuk menggembirakan hati sesama sendiri .. ya kadang kala dng pensil pensil yang berbagai warna akan menceria kan hari hari yang muram ... makan sambil mengunting kertas membuat diri rasa lebih selesa dan ingin terus berkerja ..


jumaat yang lalu kami mengambil sedikit masa untuk melukis beberapa billboard untuk dipampang disekitar kilang dan tak sangka ramai pula yang mempunyai bakat bakat yang terpendam.
Disamping dapat mengurangkan rasa stress ditempat kerja ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja tanpa mengira pangkat mahupun keturuanan ... ya seni boleh mengeratkan tali persaudaraan dan warna warna dapat menceriakan hari hari yang muram.

Thursday, August 05, 2010

demam

akibat teringin makan durian bercampur kambing ... demam ku sudah berlarutan hampir seminggu... panas nyer durian dan kambing membuat aku tidak keruan ... ah hampir 10 kali aku bangun malam untuk mandi ... hangat kepanasan

Demam di awal bulan amat meyesakkan .. terpaksa pergi kerja kerna report report perlu dihantar ke ibu pejabat ... ahhhh tuhan berikan aku kekuatan.

Tuesday, August 03, 2010

dan paksa dan suka



















Dalam keterpaksaan .. aku terpaksa juga menghadirikan diri untuk aturcara kemasyarakaat ajuran pihak pejabat .. bukan tidak suka untuk beramal .. tapi kerja kerja di pejabat tidak kalah jua... disebabkan atas arahan maka terpaksa jua ku ikut serta ...

kali ini kami ke rumah rumah pangsa di pantai dalam dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada warga warga pantai dalam untuk menjaga kebersihan diri. Dengan menjaga kebersihan diri banyak penyakit boleh dijauhi ...

tak tahu lah laungan kami itu didengari atau tidak ... kadang kala kemisikian bukan satu alasan untuk tidak bersih. Kebersihan bukan tanda kita miskin .. tapi kebersihan tanda kita rajin .. .bila kita rajin dengan sendiri hidup kita boleh berubah menjadi lebih baik ...

Sunday, August 01, 2010


Di BTP, siputih baby sudah mula keluar berjalan jalan disiang hari mencari kawan... dan dimalam hari ia akan pulang untuk makan dan tido ... mungkin kerana kepenantan sibaby tidur bergolekkan sambil BERDENGKUR ... wahhh baru saya tahu kucing pun boleh tidur berdengkur ...

Friday, July 30, 2010


Moving to 21 Hijau : Belum berpindah secara rasm (bilik kerja masih di Setiawangsa ) i... maka inilah meja kerja saya dan suami .. huhuuu masih dlm keadaan yang sangat asas :)

demi masa sesungguhnya aku dikalangan orang orang yang rugi dan lalai .. mungkin terlalu mengejar dunawawi ... ohhhhh aku perlu perlahanankan hidupku untuk seketika ..

Masa berlalu terlalu cepat ... bulan rahmat sudah muncul dan tidak lama lagi hujung tahun ... begitu pantas masa bergerak... bagai mana ingin aku perlahankan ia untuk seketika .

Tuesday, July 27, 2010

langsir sudah siap dipasang .

Jika berpindah ke rumah baru ... perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memasang railling dan langsir ... tidak perlu yang mahal mahal ...selain dari menahan panahan bahangan mentari ianya juga menjadi pelindung dari pandangan mata mata jiran tetangan yang ingin mengetahui aktiviti didalam rumah

Sunday, July 25, 2010

menuju ke Bandar Tasik Puteri, Rawang

kini setiap hujung minggu kami asyik berulang alik dari setiawangsa ke bandar tasik puteri.

Kami belum berpindah secara rasmi ... baru membawa barang barang perlu ... itu pun sudah amat memenatkan ... Barang barang kecil dan yang terasa remeh sebenarnya satu keperluan ... amat rasa payah bila hendak makan tidak punya meja makan .. sudah hampir sebulan kami makan duduk bersila.

Begitu juga ingin memasak ... itu ada ini tiada ... mahu beli banyak banyak barang basah juga tidak boleh .. tidak punya peti ais dan gitu gini ... begitu juga dng katil .. sudah hampir sebulan kami cuma tidur dilantai .. buat masa kami masih terasa bagaikan pendatang yang tidak punya apa apa...

amat amat meyukarkan.

Wednesday, July 21, 2010

Untuk menjadi berjaya , pengetahunan itu sangat penting .. tetapi dizaman yang serba mencabar .. pegetahuan saja tidak mencukupi ... kita perlu mempunyai berbagai soft skill untuk bergerak secara gobalisasi ... kadang kala kita merasa kan sesuatu itu sungguh sungguh meremehkan ... akan tetapi yang remeh itulah membuat kita berjaya dari segala lapangan .. tidak kira kerjaya.. kehidupaan mahupun diakhirat kelak.
Hujan dipagi hari .. amat sukar untuk keluar pergi kepejabat .. dan apalah nasib .. hari ini terpaksa ke Kebun di lembah tengah (Gardens di Mid Valley ) ada training selama 2 hari. Hujan Hujan basah kuyup lambat dan kesejukaan .. kebekuan .. aku banyak minum kopi pahit untuk mengurangkan mengantuk ...

Nasib lah training hari ini amat amat berinofasi .. maka sepanjang masa mata ku terbuka .. 2 hari aku akan belajar tentang kekuatan dan kelemahan dan mengenal diri sendiri .. ya kita selalu memerhati kan rakan rakan dan orang sekeliling tetapi kadang kala kita sendiri tidak pernah mengenal diri kita sendiri...

Ohhh masa untuk mengenal dan menilai diri saya sudah bermula.

Tuesday, July 20, 2010

nasi ambeng vs nasi kerabu vs nasi lemak

kadang kala merasa agak pelik bila ada diantara kita yang terlalu taksub untuk tidak memakan nasi kerabu hanya kerana aku jawa atau tidak menyentuh nasi ambeng kerana aku melayu kelantan ..

bagi aku .. semua ku hargai kerana aku anak dunia yang tidak ada sempadanan .. maka kalau teringin nasi ambeng aku akan membeli untuk makan malam .. membeli di pasar tani setiap hari rabu malam khamis .. jika teringin nasi kerabu *i love nasi kerabu* with budu dan telur asin .... akan mencari di pasar pagi setiap sabtu atau lari sebentar ke kampung baru ... dan pasti nasi lemak setiap bulan .. enak dan lazat ..

ohhhhh itu baru bangsa malaysia kan ...

Monday, July 19, 2010

hampir setahun saya berulang alik dari rawang ke setiawangsa .. atas nama sesuap nasi.. syukur ada yang kasih dan tuhan melimpahkan kurnia sayang kepada saya. ada insan yang bersimpati dan diberikan saya menyewa di rawang (ya hampir setahun juga saya mencari rumah untuk disewa tetapi tidak ada yang melekat) .. dan kini setelah haru biru hidup saya .. kini ianya menjadi semakin selesa... untuk sebulan dua ini akan sabtu dah ahad akan menjadi begitu memenatkan .. memindahkan barang barang dan perkakas rumah ke satu rumah yang lain bukan sesuatu yang mudah...nasib saya mempunyai suami yang begitu memahami ...

dengan berpindah ke rawang.. kami mempunyai lebih masa untuk melihat panahan mentari petang .. melihat kanak kanak bermain di padang dan dapat singgah ke pasar pasar tani .. ah moga moga hidup saya lebih selesa disini .. lari dari kehidupan kota lumpur yang menyesakakan dengan berbagai ragam dan cerita manusia ..

Sunday, July 18, 2010

Rumah Baru

Saya dalam proses memindahkan semua barang barang dari setiawangsa ke bandar tasik puteri .. ya berpindah ... dalam bahasa yang mudah.

Saya dipindahkan kan ke Rawang dan ianya tidak pratikal untuk saya berulang alik dari setiawangsa ke rawang setiap hari .. dan rumah rumah sewa dirawang amat murah sekali ... maka saya mengambil keputusan untuk menyewakan rumah saya di setiawangsa dan berpindah ke bandar tasik puteri.

Maka kini saya agak kesibukan kerna terpaksa mengurus dua rumah ... satu untuk disewakan dan satu lagi untuk menyewa ... ha . kalau lah saya punya 10 tangan dan kaki.

Wednesday, July 14, 2010

Catatant Tertangguh: 11 July 2010





Jalan Jalan Di Banting , Selangor

hujung minggu yang lalu, kak long, ea, bang din dan aku ke banting melawat asraf di banting. Asraf telah ke maturkulas ... ya this is my first time ke banting ... banting, selangor dekat dengan laut morib... cuaca agak panas dan kering dan ... banting agak seperti pekan koboi ...

jumpa asraf di kantin asrama lelaki, kak long bawa bekal untuk anak lelaki kesayangannya... asraf agak kurus mungkin cuba untuk meyesuaikan diri dipersekitaran yang baru ... selepas makan , kami bawa asraf ke pekan banting ... beli sedikit barang barang keperluan dan ke bank ... ha agak terus duduk diasrama tanpa keperluaan asas seperti transportation dan air!!..
Jalan pulang kami terjumpa cottoge kecil di banting ... ah comel sungguh .. terasa sperti di australia lahpulak .. tiba tiba kak long nak bergambar ... ohhh agak menarik jua .. cute dan comel.. i had a good day with kak long .. dah lama betul tak berjalan dng kak long and we had a good day ...

Tuesday, July 13, 2010

Catatan Tertangguh: Nonton Wayang.

Catatan Tertangguh: 2 July 2010
@ GSC Signatury & Red Box Garden midvelly

Setelah penat bekerja mati matian maka pihak majikan memberi imbuhan ... "Mind Massage" pergi menonton wayang bersama rakan rakan sekerja di lembah tengah kota lumpur (mid velly).... terasa agak ganjil juga pergi bersama rakan rakan pejabat .. selalunya kami cuma berhubung tentang kerja .. kali kini bila bersama sama secara santai agak terasa jangal .. baru tahu si A tak suka ini dan si B tak segarang di pejabat. huhuuu ... kami menonton di panggung yang agak mewah .. punya lounge sendiri, kerusi empuk punya bantal dan selimut .. punya meja makan sendiri .. enak kan .. dan yang lebih menarik menonton diwaktu bekerja .. 2.30 petang di hari jumaat .. ha aku sudah rasa bersalah kepada department lain ..

sebelum menonton kami mengoder makanan... dari rawang jam 11.30 pagi sampai ke lembah tengah kota lumpur jam 1.30 ptg .. pusing pusing mencari parking .. ha penuh penuh ... kota lumpur ku penuh dengan kereta .. sesak sesak .. akhirnya dapat parking jam 2.00pm .. lari lari tak sempat makan .. kami terus memesan makanan di panggung .. ya roti pita berinti ayam sungguh enak sekali (mungkin kelaparan - habis terus) .. cerita yang ditonton tidak seenak mana , dan rakan disebelah jugak tidak semesra maka ... selepas makan terus tarik selimut .. rehat kan mata dan minda itu lebih enak ... selesai nonton kami ke karkoke .. nyanyi nyanyi .. tapi memang tak de mood nak nyanyi sebab keje di pejabat melambak lambak .. so me and widya go for window shopping .. habis nyanyi nyanyi pi makan makan .. perut sampai nak pecah .. habis makan makan cium cium hug hug (offically je .. hiprokit betul ) terus masuk kereta cabut balik ... lega

Atas rasa bersalah aku selepas habis atur cara meraikan kerja keras kami , aku terus pulang ke pejabat .. bekerja seorang diri sehingga jam 11 malam .. ya gaji pekerja masih belum berkira ..

Monday, July 05, 2010

berkumpul satu keluarga




apabila semua sudah dewasa, punya keluarga sendiri , sibuk dengan urusan peribadi ... untuk berkumpul bagai satu keluarga bukan lah sesuatu yang mudah. dan bila dapat berkumpul bersama sama ianya amat indah sekali ... semoga tali tali keluargan tidak akan putus ... pasti emak dan ayah bergembira melihat kami begini ..

Friday, June 25, 2010

saigon disini aku berdiri ..

aku di kota saigon dimana tanah ini menyakisikan darah tertumpah demi perjuangaan ..

beribu tahun mereka berperang untuk kemerdekaan .

Tuesday, June 22, 2010

Seperti biasa pulang ke kampung, emak membekalkan kami hasil hasil kampung. mak bekalkan telur kampung yang segar dan juga buah buah betik yang masak ranum ... makan berdua buat kan kami kekeyangan ..

hati seorang ibu, apa yang ada pada diri nya mesti ingat kepada anak menantu .. sedikit sama di cecah , banyak sama dilapah ...

Sunday, June 20, 2010

Bila di kampung , hidup kami seringkas mungkin aktiviti adalah bertafakur, berkahlwat dan membaca sambil mendenga sang murai bercerita tentang dunia dari kayangan .. seperti masa terhenti seketika disini.

pagi dikampung udara nya dingin, kabus menutupi alam , ayam berkokok tanda hari dah datang, murai dah berkicau bercerita tentang kayangan... kumbang sudah mencari madu, ahmad jais dicorong radio ...ohhhhh waktu bagaikan berhenti seketika ...

malam dikampung sunyi sepi, ayam di pokok mencari teduh, kami tidur seawal 9 malam ... ular mula mencari rezeki, rimau sudah menampakkan belang ...

Friday, June 18, 2010

langit tak selalu cerah

Siapa sangka begini nasib isteri raja .. cuma 5tahun hidup didalam sangkar emas ...

Sebaik baik bina kekayaan dari titik peluh sendiri dan kita cuba menjadi hamba kepada yang mencipta ...

# Azrina Mazhar Diceraikan oleh Sultan Brunei

Saturday, June 12, 2010


Minggu ini hampir setiap petang Tuhan menurunkan hujan ... Dan dalam perjalanan pulang pelangi petang menampakkan diri ... pintu gerbang dikayangan pun terbuka luas di balik balik banjaran titiwangsa dan ia nya amat cantik sekali .. apabila datang kurnia dari tuhan yang mencipta segalanya segalanya indah tanpa perlu diubah ubah ..

Sunday, June 06, 2010

telur kenduri kawin





Burung cenderawasih burung kayangan
Bekus telur untuk para tetamu

Bukan kenduri kawin namanya jika tetamu tidak dibekalkan telur ... Telur ayam rebus adalah tradisi .. telur adalah sumber protien .. telur membawa maksud agar pengatin diberi kan zuriat yang banyak dan sihat .. telur tak boleh diganti dng gula gula ataupun cokelat ... bukan melayu namanya kawin tak bertelur

melayu perlu mengekalkan identity kemelayuaan mereka jika tidak bangsa melayu akan menjadi seperti spices dinosaur hanya untuk pamerkan di muzim ..

Kalau di arab mereka akan memberi tetapi buah kurma dan kalau orang putih pasti lah cokelat .. melayu pula pasti telur ... dan melayu sungguh pandai ... membuat bunga telur dan bekas telur menjadikan ianya sangat cantik untuk diberikan kepada para tetamu ..

entah mengapa setiap kali ke kenduri kawin saya akan menunggu telur ayam rebus dari tuan rumah .. dan jika saya sungguh sungguh terharu jika tuan rumah menghulurkan sebatang dua bunga pahar dari pelamin untuk saya .. rasa begitu dihargai dan dikasihi ...

Saturday, May 29, 2010

duduk bersama


sesautu yang amat menyenangkan apabila keluarga dan rakan rakan datang bertandang...

rumah terasa meriah dengan gelak dan suara kanak kanak ...

moga moga dihari cuti cuti begini kita dapat mengeratkan silaturahim sesama sendiri .. agar tali tali allah tidak akan terputus ...

Thursday, May 27, 2010

MAWARKU..




Dikala Mawar Kuning dan Mawar Merah bertarung menegakkan keadilan .. mereka seakan terlupa akan kehadiran Mawar PUTIH .. mawar yang ingin kan kedamaian dan kehormonian..

semoga mawar mawar ku akan menjadi putih semua ...

Wednesday, May 26, 2010

MERAPI KEHIDUPAN


Bukan sesautu yang mudah untuk merapi kehidupan kita. Memperbetulkan dan merapi kan orang di sekeliling kita amat mudah akan tetapi cuma kita lihat bagaimana pula kita merapikan dan memanjakan diri kita sendiri.
dua tahun saya melupakan untuk merapikan diri saya sendiri dan kini saya didalam proses membersihkan segalanya ..terutama kertas kertas yang tidak diperlukan, memfailkan semua bil bil yang menimbum ya almaklumlah sudah 2 ke 3 tahun .. hoooo... itu pun saya tidak boleh buat secara serentak .. mana punya masa yang banyak ... atau kadang kala saya memikirkan yang saya juga perlu seorang PA separuh masa .. huuuu
huhuuu dan saya juga berharap saya satu hari nanti saya punya bilik kerja yang sebegini : - My Craft Room

Cuba untuk rasa bersyukur dengan apa yang telah diberi kan kepada saya... minggu nie badan rasa sungguh sungguh amat tidak selesa .. setiap sendi merasa tegang... dan jiwa menjadi terlalu sensitif.
Ah banyak banyak berzikir dan bersabar dengan segala dugaan yang datang- kata hati kecil memujuk diri dan terimalah dugaan dengan senyuman kerana mungkin ramai di luar sana lebih dasyat dugaan yang datang menimpa.


dan saya memanjakan diri dengan kelopak mawar putih ... nikmatnya tidak terhingga..

Friday, May 21, 2010

PESTA RAKYAT


wahhhh doremon, spanbox sudah masuk kekampung .. bila nak jual wau dan layang layang ... pasti inidah bermain layang layang di padang bola setiap petang kan...



PESTA RAKYAT .. telah menjadi tradisi rakyat malayisa tak kira di kota mahupun didesa, pasar malam, pasar tani akan menjadi tumpuaan rakyat untuk membeli barang barang keperluaan ... kalau tidak pun saja jalan jalan dan cuci mata... jika balik ke port dickson saya akan menghadirikan diri di pasar malam .. ketika itulah kami berjumpa dengan rakan rakan lama, jiran jiran dan bertukar tukar gossip semasa.. siapa yang telah meninggal dunia , siapa yang kawin dan siapa pula yang telah bercerai ..


Pasar malam , pasar minggu atau pun pasar tani telah menjadi satu budaya malaysia... jika mahu melihat rakyat setempat, sosial budaya mereka .. pergi lah ke pasar pasar begini .. disini lah kita dapat melihat bagai mana rakyat itu berdiri .. apa yang mereka beli, makan dan kesuakaan mereka... disitu lah juga kita boleh melihat siapa yang menjadi pembeli dan penjual ..

Sunday, May 16, 2010

TAMAN ABADI


Di taman Abadi ini
Kau disemadikan
Bersama pepohan kemoja
amanlah dikau menunggu
Hari kebangkitan nanti

Disini hilang sudah segala duka dan nestapa
Amalan dan iman menjadi bekalan
Tinggal isteri dan waris
Tinggal pangkat dan harta

Yang menjai bekalan
Doa dan amalan ..

Buat semua yang telah pergi ke Taman Abadi


Tanah perkuburan
Sg Tua, Gombak
150510

DAMAI LAH KAU DITAMAN BAHAGIA



Kira kira jam 7.30 malam (15-05-2010) kami mendapat sms bahawa sahabat kami telah tiada. Suami benar benar rasa terpukul dengan berita tersebut .. mana tidak nya Naloi cuma berumur 38tahun tak pula kami dengar sakit mahupun demam. Suami agak ralat kerana kami tidak berjumpa beliau hampir 4 tahun .. ya suami ada menelephon bertanya kabar akan tetapi amat sukar untuk berjumpa secara peribadi ... mungkin kerana dia agak sibuk dan begitu juga suami saya ... maka hubungan itu terhenti begitu saja ..
Malam tadi kami ke rumah beliau melihat keadaan keluarga dan jenazah beliau , pagi tadi kami menghantar beliau ke taman bahagia untuk selama lamanya .. dan kalau diizin kan allah kami akan berjumpa di hari perhitungan kelak... Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 anak yang masih kecil - tidak mengerti akan kehilangan dan impak setiadaan tiang seri rumah tangga. ohhhh tuhan tabah kan hati anak anak kecil ini ..
Kami mengenali Naloi dari beliau bujang .. kami lah orang pertama yang mengetahui beliau telah bercinta, menjadi pemengang dulang hataran ketika bertunang dan suami menjadi pengapit kepada beliau ketika beliau berkahwin .. suami lah orang yang menjadi penguat semagat ketika beliau kecut perut untuk melafazkan nikah dan tidak kami sangka hari ini kami juga menghantar beliau ke taman bahagia untuk kali terakhir ...

Tuhan, moga moga kau tabahkan hati isteri dan anak anaknya untuk menghadapi hari hari esok yang penuh dengan ujian .. dan Tuhan moga moga beliau akan tergolong didalam golongan orang orang yang engkau kasihkan...


Baca : Harian Metro

Friday, May 14, 2010

Gadis Penjual Bunga

gadis penjual bunga

Setiap kali sang bulan penuh di malam jumaat saya akan ke gua batu untuk membeli sedikit bunga bungaan untuk dibuat mandian ... telah menjadi tradisi saya bermandi limau / bunga pada malam kilwon .. dan ini dia gadis yang sering memilih melur, limau purut, sirih, air mawar dan sitok untuk saya ...

Wednesday, May 12, 2010

baby ke klinik


muka baby yang penuh dengan kurap ...





jarang benar baby sakit .. selalunya kalau bergaduh di kampung luka luka di badan baby akan pulih secara semula jadi ... paling kuat akan ku letakkan minyak gamat untuk menyembuhkan luka luka.




baby didlm pelukan cet det ..

Ini kali pertama baby berjumpa dng tuan docktor ... kudis di kaki dan kurap di muka telah diubati ... semoga baby comel dan gagah semula

Tuesday, May 11, 2010

selamat hari ibu

Saya tidak pernah menyambut perayaan HARI IBU. mungkin kerana saya sudah tidak mempunyai ibu dan saya juga bukan seorang ibu menjadikan saya tidak peka dengan perayaan ini.

Tetapi secara kebetulan Ahad yang lalu saya pulang kekampung suami dan kami sama sama bersama ibu beliau ... ya orang kampung mana lah tahu akan perayaan ini. Ibu suami saya tidak banyak kerenah ... cuma yang dipinta agar kami selalu pulang kekampung tidak kira apa jua perayaaan .. dia cuma ingin dekat dengan anak anak nya dikala tuanya. Tidak payah untuk membawa beliau ke kedai makan yang mahal mahal ataupun membeli baju yang beratus ribu .. yang cuma diingini masak dirumah, bercerita tentang ayam itik dan pokok sudah membuat beliau bahagia ... hidup ini mudah tetapi kita yang sering meyukarkan kehidupan kita ya...

Dan dia akan meyembelih seekor ayam kampung buat kami tanda kasih dan sayang ... sesuatu yang amat sukar untuk mendapat kan ayam kampung di kota batu ini .. dan mengirup kuah lomak dari kelapa yang dituai sendiri memaniskan lagi kehidupan kami sekeluarga ..

Semoga kita semua mendapat keberkataan kasih seorang ibu ...

Thursday, May 06, 2010

KERETA LEMBU


Kereta Lembu Rodanya Dua
Jalan nyer tak Laju Sejam Sebatu ...

Kerbau dan saya seakan sebati ... Lahir pada tahun Kerbau, kerja juga seperti kerbau, berdarah minang kerbau adalah bintang yang tidak boleh ditukar ganti...

Saturday, May 01, 2010

DIKAMPUNG PUTAR ALAM

Hj Malon ketua kampung di kampung seputar alam. Di kampung ini penduduknyer suka benar membeli kereta, bukan sebijik ada yang sampai 10 bijik .. ada kereta tuan punya tanah, ada kereta orang sewa tanah, ada kereta orang sewa tanah punya boss. Kira kira berbagai bagai jenis kereta boleh di lihat dikampung putar sealam. tak payah pi kedai kereta jalan jalan pusing pusing kampung boleh dah tengok kereta mana yang berkenanan dihati.

Tiba tiba datang seruaan dari kerajaan mengatakan tapak tapak kereta akan disewa..maka berbolon bolon lah warga kampung seputar alam ketakutan .. takut tak dapat parking kereta ... takut kereta mereka tak berbumbung nanti kena hujan dan paneh.. nanti takut ada yang merompak kereta mereka ... ada pula yang lebih advance cita rasa mereka takut kalau sedara mara datang entah setahun entah kan tidak, mana nak parking kereta , anak tiri datang mana nak letak kereta , sepupu sepapat datang mana pula nak di letakkan kereta walaupun cuma 15min datang melawat, mereka pun mahu memohon tapak kedua ketiga kalau boleh 100 - warga putar alam memang tamak tak .. mungkin 5 tahun lagi boleh sewa tangan atas tangan ... ramai juga warga yang tidak bekerja tetap, berniaga atas kayang maka sudah nampak lobang lobang duit dari kampung putar alam ... maka kecoh lah warga warga pening lalat duduk berbincang ...

yang paling ketakutan ketua kampung itu sendiri ... Pak Malon pun berniaga juga ... menyewa kan tanah kepada gadis gadis cun yang kaya raya yang dan jika tidak dapat tapak kereta pasti sewanya ditinggalkan.. buapak buapak yang membuka kampung satu ketika dahulu tak setuju cara pak malon yang ingin engkar arahan raja.. maka pak malon pun mencari kuncu baru :- seorang arab , seorang jawo dan seorang minang untuk berlawan dengan buapak buapak nyer ... ala ala one malaysia lah .. tetapi semua ada kepentingan sendiri wang wang wang sudah nampak didepan mata, balai raya , tapak parking, projek baik pulih , kebun sampai penjabat pengurusan boleh anak bini bekerja sama .. kroni yang pasti .. wang akan datang ... maka pak malaon mengeluarkan dana dan kuncu mereka mula memasang canang ... yang tak pernah ambil tahu dan tahu ala kadar mula merasa kampung sudah tergugat...maka kecoh dalam gelap .. bagai kan orang buta diberi lampu suluh.

Maka warga kampung seputar alam pun bermusyakarah lah, ada di secara haram ada halal surat layang sudah bertaburan .. ada yang tidak setuju mengapa Pak Mail kitab buruk mendapat 6 parkng lot, mengapa buapak pak mail pula dapat depan pejabat pos berbumbung ada pulak yang berkidmat dengan kerajaan (Jabatan Masyarkat Budiman - JMB) boleh dapat 3 lot sedang kan anak baru berumur 15 tahun. mana pula pergi wang pungutan tapak , dewan dan bulan dimakan buapak .. hahahahah ... hahahah . Mereka ibarat orang ingin berperang tidak membawa senjata... mencari didalam terang ... Warga kampung terlupa membaca sejarah siapa yang membuka kampung, siapa yang menjadi duri dalam daging dan siapa pula menjadi gunting dalam lipatan ... terlupa mereka tapak kereta itu dianjugerahkan oleh raja atas jasa jasa berkhidmat mereka ...

Bagi warga kampung yang merasa kan mereka warga kelas ke 3 mula menunjukkan belang .. bertidak balas ... ingin hak yang sama rata ... one kampung kononnya ...mereka terlupa penyewa tanah tetap penyewa tanah... orang yang berhutang dengan balai kampung tidak boleh mengundi dan bersuara .. Warga kelas 3 mula bersetongkol dengan penduduk yang tak tahu apa apa atau ada yang pernah ada masalah dengan kuncu kuncu pak mail ...

tertidas dan yang ingin menjadi juara mula meranmencanang kan itu dan ini .. warga yang tidak tahu ujung dan pangkal mula membuat berbagai andiaan ... sehingga kalau dulu susah senang, menagis ketawa bersama membuka kampung seputar alam , balak ditebang bersama sama kini hanya kerana untuk meletakkan kereta yang tidak bernyawa mereka sudah sanggup mengeluarkan surat layang pak belalang ... semuanya salah dan bermasam muka ..

Pak malon sudah dapat 6 parking sudah tamat perjuangaan nya maka lari lah diri ke Sarawak untuk bermain dengan cucu yang entah halal atau haram ... kampung menjadi kecoh hingga kawan bermasam , lawan bertepuk tangan ...

tapi kini yang atas pagar sudah nampak sama kawan dan siapa suka makan talam ....

Sunday, April 25, 2010

Pilihan raya kecil Hulu Selangor


Pemecah Berita: Pergaduhan terjadi jua akhirnya.. berparang tetak menetak, melayu dan melayu bergaduh (sg buaya, batang kali, kkb) .. yang lain gelak gelakakn kita , yb ampang pkr - zuridah ditumbuk dibatang kali tak macho betul lah org umno pukul perempuan mana pi teluq.. huhuuuu.huuu warga tempatan coollll je ... lepas mengundi pi melawat orang meninggal .. lepas mengundi pi kenduri kampung ...lepas mengudi pi mandi air terjun .. lepas mengundi bukak gerai air batu lepas mengundi jual petai dan jering ... yang gaduh gaduh kecoh kecoh cuma orang luar ... berpuluh bas bas membawa hantumelancung dihulu selangor berkeliaran di batang kali & kuala kubu baru .. jam 3 petang pondok panas umno sudah kesunyian .. gerlia umno sudah mula keluarkan parang dan pedang mencari mangsa di batang kali , sg buaya, kuala kubu baru ... abang fru yang macho macho sudah bersiap sedia utk menangkap mat rempit dan gerlia umno .. tapi mungkin abg fru yang segak akan tersalah tangkap atas arahan ... huhuuu .. helikopter sudah mula berpusing pusing ... najib sudah tak nampak muka .. mat sembab sudah hilang dibatang kali ... cina 100% pkr, india dah jelak dng mic , undi melayu .. hahahahha entah lah ... masjid penuh sesak dng pelancung politik .. mandi , sembayang, makan makan .. feista rakyat dihulu selangor ... besok hulu selangor kembali seperti seperti biasa ... tinggal sampah, siapa yang menang , RAKYAT tetap sama .. makan sehari sekali .. perlu pergi mencari sesuap nasi ... orang asal masih mencari petai dan jering ... siapa yang untung .. bn menang pkr menang gunung ganang ku tetap di tarah ... bukit hijau ku akan menjadi oren, harimau di tembak gajah dilapah sungai tetap keroh pokok saka ku beribu tahun dijadikan balak ... itulah nasib anak bumi ku yang tidak pernah dibela ...


::: SEPETANG DIHULU SELANGOR ::

Hulu Selangor sesak dengan pelancung politik - aktiviti homestay telah bermula... campur 5000 abang abang polis yang macho macho, FRU yang ganas ganas ayu ... orang luar datang dan pergi, kecoh kecoh perangat perabih tabur dan kutip .. yang coollll penduduk tempatan dan orang asal .. sapa bagi mereka terima tapi undi itu rahsia kata meraka .. wahhh bijak bijak dua dua mereka rembat... warga perlu celik politik ... huhuuuu Pilihanraya kecil P049 250410

Saturday, April 17, 2010

Pisang Emas


Pisang Emas dibawa belajar
Masak sebiji diatas peti
Hutang Emas Boleh ku bayar
Hutang budi ku bawa mati



# Pisang Emas di tuai kebun Nyang Simbab - Kg Chenor - Kuala Kelawang, Jelebu, N9 .

Tidak rugi berbudi pada tanah .. nah ini lah hasilnya. Fresh frm the farm. Sangat berbeza jika buah yang dibeli dikedai .. rasanya wangi dan segar .. mak mertua suka benar bertani bermacam macam tanaman ditanam dan segalanya menjadi .. bak kata org tua tua .. sejuk tangan.

kali ini mak pesan setandan pisang emas untuk dibawa pulang ke kota .. ha tak sempat untuk dibuat cucur pisang ... tak sempat masak sempurna setandan saya sudah makan sebiji demi sebijik .. saya memang hantu pisang ... dan ianya sesuatu yang bahagia mendapat buah yang fresh ditanam dengan kasih sayang ...

Saturday, April 10, 2010

AKU TIDAK PERNAH MATI

"aku tidak pernah mati cuma tiada disisimu"

"aku kan hidup didalam tubuh kamu kerana darah mu dan darah ku adalah sama"

itulah pesan emak di hari hari terakhir sebelum dia meninggalkan kami untuk menemuai TUAN yang penyayang.

Dan dengan pesan itu aku menjadi kuat ... untuk tidak mematikan emak dan ayah didalam dunia fana ini aku berusaha untuk mewarisi apa yang mereka ada.

masih ku ingat emak sangat pandai memasak asam pedas.. dan kini aku dan intan sedaya upaya untuk tidak menghilangkan tradisi memakan dan memasak asam pedas untuk keluarga kami .. agar anak cucu emak akan gemar dan pandai memasak asam pedas.

Emak seorang yang sangat berjimat cermat ... tidak boros seperti ayah .. ketika kewangan keluarga kami merundum .. cepat cepat emak bertani di tanah sekangkang kera .. tapi TUHAN yang maha pemurah lagi maha meyayangi tetap memberi rezeki kepada emak sayur emak hidup subur dapat kami sekelurga merasa lobak, kubis dan terung ... kadang kala kekacang sehingga dengan sebatang kelapa berbuah lebat boleh emak berjual untuk duit belanja sekolah si kecil intan. Kesusahan emak tidak pernah diceritakan kepada sesiapa .. dihari hari mendung kadang kala emak cuma makan ikan bilis tidak bergoreng dengan nasi panas ... atau melihat kami kegembiran memakan bubur nasi panas dimalam hari dan rupa rupanya emak dan ayah tidur didalam kelaparan ...

Dulu ku ingat ayah kelaut kerana hobi .. rupa rupa nya ayah ku seorang nelayan untuk menyara kami sekeluarga .. bila ayah bawa balik ikan dan makanan laut sebahagiannya akan emak jual ke jiran jiran untuk mendapat duit dapur untuk membesarkan kami sekeluarga....

Walaupun emak tidak sekolah tinggi tetapi ilmu emak mengalahkan kami berempat .. hati emak cekal dan tabah .. membesar kan 7 anak bukan lah sesuatu yang mudah. Hanya bermula dengan menjual 3 keping kain batik emak tabah menghadapi hari hari kehidupannya. Emak pandai berkira kira .. walaupun cuma bersekolah darjah satu.

Kini Emak telah pergi dialam bahagia .. tidak ada lagi sakit dan perit disana .. dan kami waris waris emak akan mengekalkan tradisi hidup emak agar sentiasa hidup mekara didalam tubuh kami ini...

Sempena 8 tahun ketiadaan emak disisi kami ...
Al Fatiah
7 April 2010

Friday, April 09, 2010

menari tari


akhirnya semua telah selesai .. hahahah .. kami berlatih selama hampir sebulan untuk membuat membuat pertunjukan dipentas sempena makan malam anjuran office pada 2 April 2010.

Dengan dana dan peralatan yang cukup terhad .. kami guna apa yang ada .. dan inilah hasilnya. hebat diatas pentas .. untuk menari cuma 4 min.. masa dan tenaga aduh hai .. ya perlu diingatkan untuk mengumpulkan 16 org dari berbagai department yang tidak mempunyai jadual kerja yang sama .. adalah satu yang amat sukar. kadang kala seperti menjaga anak anak kecil yang mempunyai berbagai kerenah ...syukur semua nya berjalan dng lancar. Kami juga tidak mempunyai juru tari professional semua direka sendiri ... begitu juga dng solekan dan pakaian semuanya mengunakan akal yang agak terhad ... sesuatu yang boleh dibanggakan melihat anak anak muda bersatu menjayakan sesuatu projek.

Ramai yang merasa amat mudah untuk melakukan ini .. apa susah cuma 4 min diatas pentas ... ada suara sumbang yang bergema ... untuk menjayakan sesautu produksi bukan kerja yang enteng .. musik perlu diedit , pakaian perlu di cari , tarian perlu sekata ... gerak tari perlu nampak umh!! belum lagi fikir mengenai emosi dan ada yang cuba untuk menjadi jaguh ... ahhh semuanya satu pengalaman yang sangat berharga .. kemenangan bukan lah sesuatu tetapi ilmu dan pengalaman yang ditimba memaniskan sesuatu persahabatan.

dan alangakah bagusnya kalau lah dapat digabungkan tenaga anak anak muda ini melakukan projek amal .. ha aku berangan terlalu jauh nampaknya .

Saturday, April 03, 2010

sehari di saloon rambut




uban uban yang perlu dilindungi ...

rambut dah panjang dan tidak teratur ..... kalau ikutkan masa tidak memang tak sempat dah nak membetulkan rambut .. tapi terpaksa mencuri juga masa masa yg tersisa...saya sangat suka kekedai rambut .. terasa dimanjakan dan dibelai .. jika punya banyak wang dan masa kalau boleh tiap minggu nak ke saloon untuk memanjakan diri ... ha .. tunggu saya kaya ya ...