Friday, December 26, 2008

HARI NATAL

kalau setahun lepas aku menyambut natal di singapura ... memang niat di hati ingin ke pulau temasik untuk bercuti ... sehingga hujung tahun tapi bila dah jadi macam nie ... semua aktiviti ku di tangguhkan untuk seketika ... anak anak itu lebih penting ... telah menjadi impian melihat anak anak itu nanti berjaya satu hari kelak.

Ada yang bertanya mengapa aku perlu susah susah ... seperti yang ku kata kan ... aku tidak mahu mereka merasakan seperti yang aku rasa .. dan bagi diri ku biar susah setahun dua nie dari merana seumur hidup ... ah tentu kamu jemu membaca cerita sedih ini ya .. berbalik kepada hari natal ...
tahun ini aku menyambut nyer di bangsar ... nampaknyer ia tidak sehebat ditahun tahun lalu ... tidak banyak kerena dan warga mat salleh berlepakkan dan mabuk mabukan ... mungkin kerana gawat ... kadang kala ada baiknyer gawat ...

mula mula aku ke bangsar village untuk pergi ke MPH ... kosong ... tidak terasa santa akan turun ... apabila natal dijadikan produt maka bila gawat roh natal itu sendiri menjadi kosong dan hampas ... nampak orang orang kaya dijalan telawi lebih rela duduk di rumah dari mencicip secawan kopi berpuluh ringgit .. gawat sudah terasa mungkin.

selesai membelek buku ... aku dan suami menyusuri jalan di telawi menuju ke mc'd ... mc'd bangsar tempat sentimental bagi kami berdua ... dikala bercinta kami lepakking di sini ... duduk duduk sambil minum coke melihat gelagat manusia yang ingin menyambut hari natal ... nampaknyer kemeriahaan sudah hilang ... anak anak gadis menjual pre-paid lebih ramai dari warga yang datang untuk meraikan malam natal ... anak gadis melayu menjual pre-paid kad... anak anak lelaki india berkeliaran menjual tin-tin party pack ... mmmm ... nampaknyer kota kita sudah menuju kearah kota jakarta , delhi dan mana mana kota kelas 4... lebih ramai menjual dari membeli ... tawar menawar sudah merata ... membuat kami tidak betah duduk ...

kami pulang jam 1 pagi ... tiada keseronaokan yang cuma ada harapan yang akan hilang di telan kegelapan malam ...

Thursday, December 25, 2008

BANGSARIAN

Kini aku berkampung di bangsar ... huuuuu canggihkan ... yes i'm offically a bangsarian for a year or two... memang sebelum aku kawin aku tinggal di bangsar ... tapi sudah hampir 11 tahun aku meninggalkan tempat ini...

selepas berkawin aku beli rumah di setiawangsa .. sehinggalah semuanyer terpaksa berubah ... tapi yang kelakar memang dah dua tiga bulan di aku dok cerita dng suami nak duduk dibangsar je ... mudah .. dapat sewa rumah di pantai hill park pun ok la ... sebabnya semua family ku ..kakak, makcik, mak sedara ... sepupu sepapat dari suami dan aku semua menetap di kawasaan bangsar dan pj... dah hampir 4 tahun aku bekerja di bangsar juga ... so its a very ideal place to live in ..

tapi biasa lah bangsar, harta tanah mahal gila ... tak mampu orang seperti aku untuk duduk dan menyewa disini... tiba tiba kena pulak diduduk berkampung dirumah kakak ku ...

bangsar tidak seperti 10 tahun yang lalu ... ya masa bergerak dan berubah ... try to get in track ... benda yang pertama kami lakukan sebagai warga bangsar adalah ... huhuuuu menebeng setiap pagi di kedai mamak .. hahahahaah ... yes we had a good breakfast to a diff mamak resotoren a very day ...restoren mamak di bangsar terutama di telawi dan lucky garden bersih dan canggih ... kalah mc'd di setiawangsa...


family kakak ku try to live with the life ... but there is a empty inside of everyboday... so yang penting aku lah yang kena kuat ... benda pertama yang aku lakuka adalah ... membasuh semua kain cadar dan sarung bantal ... ya bau badan abang ipar ku melekat sehingga ke sanubari ... it quite sad to see all the children hugging the bantal to smeelll the father sweat ... walaupun nampak aku kejam but life have to gooooo on ... aku panas kan bantal di mentari pagi .. syukur kini bantal bantal sudah garing di bakar sang suria,

dan aku start mengemas bilik study nyer ... benda pertama yang aku buang adalah abuk rokok dan kotak kotak rokok ...bau rokoknyer akan mengingatkan kami kepada beliau ...

semuanyer berubah kini

abang ipar ku telah selamat di kebumikan ... dia telah berjumpa dengan Sang Pencipta .. selamat dia di dunia sana.

Maka dia meninggalkan seorang balu (kak ku) 2 puteri dan 2 putera ... he has been a very good husband and father.... meninggalkan segalanyer ... cuma kini anak anak dan isteri nyer memerlukan moral support ... ya lah meninggal secara mengejut ... semua tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab...apabila suami atau ayah berada bersama kita tak terasa keujudan dan tanggungjawabnyer atau kita merasa selesa dan selamat kerana kita tahu ayah , suami atau abang akan ada bila ada sesautu terjadi ...

tapi kini segalanyer perlu berubah ... ibu mesti memenganggan 2 tangunggjawab.. anak mesti memainkkan peranaan juga .. sudah tidak boleh manja dan setiap keputusan mesti tepat dan cepat ...

dan aku ... kehidupan ku juga kini berubah ... kalau dulu selesa hidup bersama suami di rumah ... kerja , balik, kemas rumah menjadi aturan hidup ... buat seketika aku dan suami akan berpindah rumah ... duduk di rumah kakak ku .... anak anak dan kakakku memerlukan lelaki di rumah ... untuk menjadi pembakar semangat dan tunggak kekuatan ... ada yang berkata mengapa perlu bersusah susah biar saja mereka berdikari .. sampai bila pula ingin bergantung hidup ..

aku juga pernah merasa kehilangan ayah diwaktu begitu muda... tidak siapa yang ambil peduli ... jadi aku faham perasaan anak anak sedara ku ... mereka ibarat anak ayam kehilangan ibu .. helang sentiasa berlegar ingin menyambar jika terlalai ... kalau bukan helang diangkasa musang sentiasa mengunggu.... maka menjadi tanggungjawab bukan seorang adik, emak sedara tetapi sebagai islam kita perlu menjaga sehinggalah mereka boleh berdikari ... besar pahala menjaga dan mengasihi anak anak yatim ...

berbalik kepada atauran hidup ku kini .... semua nyer berubah ... aku juga dalam proses penyesuaiaan ... kalau dulu semua sendiri ... kini ... anak anak sedara pasti call jika aku pulang lewat (huhuuuuuu) ... keselesaan sudah tidak ada dlm kamus ketika ini ... yang penting kini cuma anak anak ini perlu hidup dlm suasana ceria dan mampu berdikari kelak ... aku tidak mahu kesilapan yang sama berlaku kepada adik adik ku ketika ayah ku sudah tiada.

Friday, December 19, 2008

kepada jua ia kembali

seluruh keluarga sedang bersedih ... beliau bukan saja abang ipar dari kak sulung tetapi sepupu ku dari sebelah ayah ku ... bukan itu saja dia ibarat "pillar" of the family ... not only for his own family but kepad keluarga ku dan seluruh clan di melaka .

beliau adalah anak sulung lelaki dan cucu sulung lelaki ... berkawin dengan kak sulung ku .. membuatkan dia betul betul yang mengetuai segalanya ... kalau ada apa apa masallah kepada beliau lah kami jadi rujukan ...

isnin lepas dia telah meninggalkan kami .... yes the pillir of the family has gone ... bukan saja anak anaknyer terkapai kapai tapi kami juga terbabit ... ia satu kehilangan yang amat besar bagi keluarga kami ... bila sauk sudah tiada kapal pasti terkapai kapai ... seperti anak ayam kehilangan ibu... helang menanti mencari mangsa.

beliau meninggalkan 4 waris dan seorang balu ... masih bersekolah semuanyer ... buat seketika aku dan suami akan berpindah sebentar ke rumah mereka ... sehingga mereka boleh menerima hakikat bahawa sauh nyer sudah tiada....

kehilangan ini sungguh menyakitkan ... tetapi hidup perlu di teruskan ... semuanya adalah hak Allah juga dan kita tidak boleh bertanya mengapa dan kenapa ... sudah menjadi hukum alam setiap yang hidup pasti mati ... maka aku dan suami mesti kuat ... ketika ini kami lah yang menjadi sauh dan pillir sehingga anak anak nyer kuat untuk mengharungi dugaan dan badai ...

Thursday, December 11, 2008

MELAYU?



hahahahah aku bangga jadi anak melaka... SHAHRUKH_KHAN telah kita melayukan seperti mamak kuti mahadir mengaku diri nyer MELAYU .... seperti dato k yang mengaku diri nyer melayu ... nie lah baru nama gokal ....

Monday, December 08, 2008

HARI RAYA QURBAN

Cuaca sungguh lembab. Sana sini hujan turun dan turun ... kabus tebal menutupi bumi ... tahun ini kita beraya dengan kopi panas .. sungguh enak sekali ...

menu di pagi raya kali ini amat menyeronokkan ... sup daging , nasi impit dan kopi panas ... sesuatu yg istemewa lain dari yang lain ... pagi yang dingin kabus dan hujan mengindahkan lagi suasana, suara takbir berkumbandang segenap alam menyeru agar manusia kembali kepada fitrahnyer dan jam 12 , mentari masih tidak muncul langit masih kelabu ...

ketika kita sedang enak menghirup air renehan daging apa khabar pada saudara saudara kita di kelantan dan terengganu ... banjir tetapi yang pasti mereka tidak sekalut orang orang kaya di bukit antarabangsa ... perlu bantuan tentera dan kapal terbang ... tak ramai pun tapi kecuh nyer satu dunia ... begitu lah adat orang kaya dan terkenal ...

sehari sebelum raya, aku menyebuk kan diri ke pasar keramat ... suasananya meriah sekali .. ramai yang membeli belah untuk hari lembaran ... daun ketupat merata rata ... mmmm... kedai jual kelapa beratur menanti giliran ... malamnyer pula aku ke gombak melawat adik lelaki ku ... membawa redang untuk mereka sekeluarga ... sepanjang perjalanan dunia dan melayu telah banyak berubah ... di balik kemordenan mereka sudah lupa kemeriahan hari raya ... wanita wanita melayu beratur panjang membeli rendang di tepi zoo negara ... makcik makcik kampung yang duduk di bandar sudah lupa bagaimana cara untuk mengayam ketuapt dan mereneh rendang ... anak anak lelaki tidak reti untuk mencari buluh untuk dibuat lemang ... mereka di kedai kopi berbual kosong ... maka mati lah kenikmatan takbir di malam hari ...

anak anak melayu bergitu gayat melihat lembu lembu di ikat untuk dibuat korban... mungkin nilah kali pertama mereka melihat lembu hidup ... gayat nyer sehingga sanggup mengerumi lembu lembu sehingga berjam jam .... ohhhhh anak anak melayu kampung yang sudah disunatkan menjadi orang modern kononnyer.

hari ini bukan mengenai lembu, rendang atau baju ... ianya lebih bermakna ... hari dimana hari meraikan cinta, kasih dan pengorbanan sejagat .. hari untuk kita meraikan dengan kasih dan sayang, bersaudaraan dan kesatuaan ... hari ini kita patut jadi kan hari dimana hari pertemuaan dua kasih suami isteri dan anak bersatu ... hari dimana kita patut berkorban apa saja demi ugama bangsa dan tanah air ... menyembelih lembu adalah qorban yang paling nipis sekali .. pengorbaan yang lebih besar di tuntut ... menyatukan keluarga ... balik berkumpul bersama ibu bapa sanak saudara mengeratkan persaudaraan ... hari dimana kasih sayang dipupuk ... hari kita mengikat janji dengan allah untuk berjihad mencurahkan selurah jiwa dan raga demi islam dan melayu tercinta....

Sunday, December 07, 2008

RAYA HAJI

seperti biasa bila tiba hari raya haji saya akan sibuk kerana sudah hampir 4 tahun kami menyambutnyer di rumah sendiri dikuala lumpur . Ingat ingat dan cadang kan tahun nie nak beraya di rumah suami tetapi entah macam mana plan terpaksa berubah maka kami sambut je lar di sini. Salah satu sebabnya adik saya yang bongsu bersalin ... ya kami tak de orang tua maka terpaksa lah pergi jengok jengok tengok apa yang patut.

Sudah menjadi kebiasaan saya bila hari raya mesti ada baju kurung, rendang ketupat dan saudara mara berkumpul ... memang kalau ikut zaman sekarang ketika musim akhir tahun, cuti sekolah dan bonos nak je pi melancung bersama suami tapi oh tidak saya tidak mahu budaya melayu islam telan di arus zaman.

hari raya adalah satu kenangan yang mengembirkan bagi saya . yalah masa dulu kita tak de pi mana mana, makan sedap sedap dan pakai baju yang cantik cantik hanya bila tiba hari raya keluarga dapat berkumpul makan sedap sedap dan semua nampak bergembira .... kini tidak lagi .. modensasi telah menukar cara hidup kita dan adat lama sudah dipandang kuno ... tapi tidak bagi saya semoden dan sepandai mana pun saya akan tetap meraikan hari raya seperti mana mak ayah saya meraikan ..

hari ini rumah saya di sapu bersih, lantai dimop ... dapur saya yang sudah hampir setahun tidak berasap ... berbau rempah ratus , bau santan dimasak mengingatkan saya nostalagia yang tidak mungkin akan kembali lagi ... tahun ini seperti biasa saya jemput keluarga dan kenalan yang tidak pulang berhari raya ... saya masak rendang, menanak wajid dan pulut dan menapai tapai untuk menu dipagi raya ...

Saturday, December 06, 2008

LUPA LEKA ATAU DEGIL??

Manusia sering lupa leka dan terlena .. entah mengapa manusia tidak pernah belajar dari sejarah dan akhirnyer inilah berlaku ... kepada sesiapa mahu kita tuding jari ...

yang perlu menjawap segala persoalan nie adalah orang orang yang telah meluluskan segala projek projek ini .. bawa ke muka pengadilan ...

tetapi tuhan amat adil .. kali ini bencana di beri kepada orang kaya dan berpangkat ... bayang kan jika orang seperti kita yang terkena ... orang orang kampung di hulu hulu ...

dan melihat pada gambar gambar diatas ini, tanah runtuh diakibat kan ada projet diatas ... ya manusia ini lebih dari orang lain ... lebih tinggi bagi mereka lebih baik .. dan ini lah jadinyer ... inilah jawapan alam kepada kita bila kita tidak mahu bersahabat dengan mereka lagi ... jangan salah kan tuhan, air , angin atau apa apa ... kita menumpang di sini sepatutnya kita kena menghormati mereka ... so nasib kamu lah labi

Thursday, December 04, 2008

PANTAS

Betapa masa berlalu dengan begitu pantas sekali ... 2008 akan melabuhi tirai ... banyak yang berlaku dan perlu di halusi dan diperbaiki. Masa tidak bergerak pantas ... masih 24 jam sehari 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun tetapi kita yang terlau mengejar dunawi sehingga kita lupa untuk meraikan setiap detik kehidupan....

kepantasan kehidupan seharian telah membuat kita menjadi manusia yang beku dan bodoh ... mengejar bayang bayang sendiri akhirnya tulang dilepaskan kedalam air ... dan bila kita menoleh kebelakang baru lah kita tahu ... manusia telah rugi dengan kerja yang sia sia

kekadang kita perlu memperlahankan sedikit kehidupan ini agar kita dapat meraikan setiap detik kehidupan ... kita lupa pada alam yang sentiasa dekat dengan kita ... kita lupa pada sahabat yang setia pada kita dan kita lupa kepada kedua ibu bapa kita yang telah melahirkan kita hanya untuk mengejar wang yang sedikit.

apalah ada pada wang yang cuma besi besi yang boleh dijual beli... tetapi besi besi ini yang boleh membutakan mata setiap insan yang bergelar manusia mawas.

kita sudah lupa bagaimana manis nyer rasa madu, sejuknya rasa salju dan hijau nyer warna dunia...


perlahan kan masa kita ... melihat betapa alam menangis kesakitan... melihat kerinduan ibu menagih sedikit perhatian ... melihat ungas dan magasaktwa yang minta di bela dari kita bernama manusia.... duduk sejenak bertafakur kepada Yang Esa yang mencipta kan kita dari setitis air yang busuk.

TERLEKA

Manusia
seakan lupa kepada janji janji
kepada pencipta
yang satu

manusia
merogol dan membunuh alam
dan
akhirnya alam sudah mulai
memusuhi manusia

sabtu lalu terjadi lagi tanah runtuh, 2 terkorban. Kita tidak pernah belajar dari sejarah dan ya manusia adalah makhluk yang lupa dan ego. apabila bumi sudah tidak di hormati inilah jadinyer . maka jangan salah kan tuhan untuk apa yang terjadi.

Tetapi sebagai manusia yang berjiwa murni ... kita patut menghulurkan apa juga bantuan...

Thursday, November 27, 2008

Salad frm the heaven

pagi tadi di office, kami ada atur cara yang istemewa - sarapan sambil beramal.

aktivitinyer senang saja ... sesiapa yang rajin masak akan menjual makanan utuk sarapan di office. dan kami akan makan bersama sama di sky garden jam 8.00 pagi .. duit yang dikumpulkan akan diderma kan kepada rakan sekerja kami yang baru kematian suami akibat kemalangan jalan raya isnin yang lalu.

maka saya pun join lah sama ... saya buat salad .. senang dan sempoi ... jumpa rebus apa yang patut dan letak dlm bekas yang comel ... saya namakan salad saya "salad from the heaven". Syukur laris betul jualan saya ... saya buat 30 pax dengan harga rm3 se pax. semua duit yang terkumpul diserah kan kepada tabung untuk diberikan kepada sahabat kami yang sedang kesedihan.

Yang kelakarnyer saya buat keputusan untuk menyertainya secara terkejut .. tiba tiba dapat ilham dan benda yang paling senang dalam dunia .. SALAD

Wednesday, November 26, 2008

CUTE CUPCAKES


entah mengapa dari dulu lagi kita memang minat tengok design cup cakes ...tapi sehingga kini masih tak sempat nak membuat atau pun membelinyer ... hehehehhe so tengok dlm net je lah ...

so salah satu atur cara sabtu ini .. cuba membuat cups cake... huhuuuu

Sunday, November 23, 2008

BERCUKUR JAMBUL

:: Hari 40 ku gugurkan bekasan uri ibu ku....

Tadi si-kecil bercukur jambul. Ia umurnyer sudah mencecah 40hari ... tapi kami tak buat yang hebat hebat ... cuma pergi ke mak bidan bawa kelapa dan kepalanyer di cukur bersih - sebenarnya lela boleh cukurkan tapi kan anak orang nanti jadi apa apa marah pula mak pak nyer, kalau anak sendiri memang lela buat je...dan sukar betul nak botak rambut si kecil ... hampir 2 jam kami bertarung berpeluh lah jugak ... dan suara nyaring si kecil bergema satu bagunan ... setelah selesai segalanya si kecil dimandikan dengan air limau.

Pada mulanya si-ayah tidak mahu melakukan segala adat adat yang remeh temeh ini ...katanya anak mat salleh tak lakukan ini semua pun sihat sihat semuanyer ... tapi pabila kepala anak nyer dipenuhi ruam dan kulit kepala dah pecah pecah ... baru lah cari lela ... dan seperti biasa akan ku bahasakan mereka semua ... "bila dah jadi taik baru nak cari lela ya!!".

syukur semuanya masih boleh diubati ... walaupun kepala si kecil sudah penuh dengan kulit kulit kepala yang berkerak. selepas selesai bercukur ... aku agihkan sedikit buat tangan kepada jiran jiran tertangga ... tanda syukur semuanyer telah selamat .

Tuesday, November 18, 2008

aktiviti hujung minggu

sekarang ini aku sudah punya satu lagi aktiviti hujung minggu. Aku sudah punya anak buah yang baru. Baru sebulan usianya ... maka bertambah lah aktiviti hujung minggu ku ... Perlu ku lihat lihat kan mereka maklumlah ibu-ibu muda, ayah nyer pun muda masih tidak betah menjaga kecil sebesar tapak tangan .

Ketika inilah terfikir betapa sukarnya tidak mempunyai orang tua. Yalah kalau ada emak atau ayah boleh lah tolong tengok tengok kan .. kan kita semua bekerja ... dan kalau ada orang tua boleh lah pandang pandang kan .... mana yang tak kita tahu boleh ditegur tegur ... ini semua kena fikir sendiri ...

sebenarnya aku pun tak lah pandai jaga budak tapi gagahkan juga lah ... bila dah jadi yang tua kena nampak kuat dan keras .. walaupun sebenarnya tak tahu apa apa ...

rupanya jaga budak kecil bukan lah semudah yang disangka .. sekarang nie baru lah tahu macam mana mak pak kita jaga kita ... kasih sayang yang mereka curah kan ... cuba beri yang terbaik kepada kita yang termampu apa yang boleh mereka berikan ...

adik call katanya anak nyer macam tak sihat... kulit baby macam kulat air .. maka sibuklah kita pergi mencari air kelapa untukbuat mandian.. kata orang tua tua air kelapa ini elok untuk baby.... syukur ada sedikit kurang ... ahad nie nak pergi buat cukur jambul ... kata orang sepatutnya 7 hari setelah lahir tapi biasalah bila kita bagi tahu kat ayahnyer ... takut kepala anak nyer yang masih lembut ... tunggu 40 hari ... bila dah 40 hari ... habis kulit kepala berkerak-kerak ... kesihan tengok baby menanggung sakit ... tapi apa nak buat kita dah nasihat ... so bila dah teruk baru lah sibuk nak cari sapa yang boleh cukur rambut si kecil .. nasib lah dapat dicari ... tapi seperti biasa dunia sekarang tak ada yang percuma ... heheheh .. Ahad nie aktiviti hujung minggu ada lah cukur rambut si kecil . ...

Wednesday, November 12, 2008

buku dari bandung


menjejak saja kaki di bumi bandung, saya terus ke toko buku. Tidak mahu menyesal seperti mana saya di kota jakarta 4 tahun yang lalu. Telah saya tanam kan niat bila sampai di bandung nanti saya ingin membeli buku buku tulisan orang indon yang rata rata sangat bermutu.

Memang telah menjadi idaman saya untuk membeli beberapa buah buku untuk dibawa pulang sebagai ole-ole. rupa rupanyer impian saya dimakmulkan dan ohhhhh saya menjadi seperti orang gila bila melihat begitu banyak buku yang bermutu dan yang penting ianya murah banget!!. Akhirnyer saya membeli Tetralogi tulisan Pak Pramoedya Ananta Toer -Bumi Manusia, Anak Semua bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca yang memang sukar untuk di dapati di Malaysia

Saya kenali beliau melalui pembacaan saya di blog beliau, dia sering menulis dan melaungkan selogan bumi ini di diami oleh anak semua bangsa ... dan ketika saya menjumpai tetrlogi ini saya benar benar gembira... saya menari nari di toko buku membuat semua orang termanggu manggu ... kawan sepejabat mengatakan saya sudah gila ... orang kebandung membeli baju dari kilang berkodi kodi saya membawa pulang buku buku yang entah faham atau tidak bahasanyer ... ketika membayar saya memberi tahu rakan bahawa .. saya sudah boleh pulang ke kuala lumpur ... saya sudah dapat apa yang saya hajati ... sudah lupa telekung dan baju kebaya bandung !!! hahahah a... kata pemandu pelancung kami ... jika semua seperti Lela ... tutup semua kedai di bandung ... hehehehehe ...

wellll guys ... i will be always diff frm others meh!!! dan ketika ini saya sudah mula menghadam dan menjilat keilmuaan yang dicurahkan didalam setiap buku buku beliau ... wahhhhhhhhhhhh penulis malaysia tidak ada yang setanding beliau ketika ini!!!.

Thursday, November 06, 2008

AKU PERNAH SINGGAH DI KOTAMU


aku pernah singgah di kotamu
ruas-ruas jalan, taman-taman kota
kebanyakan makin gersang
memuat aku tidak kerasan

di kotamu kini bertumbuhan gedung pencakar langit
dan sarana industri
hasil utang bank dan luar negeri
kebersihan air sudah tidak penting lagi

udara penuh asap
perkampungan mu amat jorok dan bersisik
bau amis dan bacin terminal
telepon mum yang rusak
dan halte bus tak berfungsi
gedung pemerintah sekolah tak terjaga
para rakyat menganggur meminta minta
adalah pemandangan biasa yang aku jumpai

bandung
indonesia

Wednesday, November 05, 2008

SEKITAR BANDAR BANDUNG

berkelana di negeri orang ... yang paling penting adalah melihat lihat ... apa orang putih sebut sight seeing. cuaca dikota bandung agak sejuk seperti di tanah tinggi .. kalau di malaysia macam ala di cameron lah ... tapi cameron lagi kelas .. bersih dah selesa ... di sini banyak pengemis tak selesa untuk berjalan jalan ... dan banyak orang kacau suruh beli barang .

mengambil beberapa keping gambar untuk diabadi kan di dlm album peribadi ... so this is a few for you to see ...




banjaran gunung berapi di tanah tinggi bandung


kedai air soya


ole ole dari bandung - tempe goreng

Tuesday, November 04, 2008

BANDUNG

:: BANDUNG, INDONESIA - 28/10/08 to 3/11/08

tempat tido

takubang perahu

saya baru pulang dari bandung, indonesia ... office bawa berjalan ... terima kasih boss ... kalau tak tak merasa pi bandung.

semua beria ia untuk kebandung ... bershopping... ya barang barang nyer murah bangat ... saya tidak membeli banyak ... cuma beli sehelai dua seluar untuk suami ... jangan tak tahu telekung pun saya tak membeli ... tidak ada aktiviti menarik .... cuma shopping selama 5 hari 5 malam kemudian ke takubang perahu, berurut di hotel dan kena keracunan makanan ...

saya jadi lembik kerana muntah dan cerit .... mmmmm ... itu setelah di jab sebelum kesana kalau tak mahu saya mati kerana makanan mereka tidak sesuai untuk perut saya. Saya ingat kan saya seorang yang tak kisah makan dan perut yang tak kisah rupa rupanyer saya lah yang pertama dan paling cepat terkena kerancunan ... rakan rakan yang lain setelah pulang baru kena cerit . taubat saya tidak akan makan sebarang disana lagi...


Sunday, October 26, 2008

Growing Up in Trengganu.


Tadi selepas balik dari pejabat [Ya, Ahad pun lela kerja :(( ], singgah sebentar di Jaya Jusco ... makan makan di food court. Selepas makan, masuk ke kedai buku ... untuk melihat apa yang menarik ...

telah menjadi hobi setiap bulan mesti membaca satu buku baru!! tak sempat baca pun mesti beli satu ... simpan je dulu mana tahu nanti bila pencen boleh membaca semahunyer ... mana lah tahu tiba menganggur setahun dua nie cukup lah stok untuk membaca tak yah pi beli buku lagi ... kira kira macam simpanan lah juga nie ... hahahahah a

Maka terminat lah kita kat satu buku nie "Grwong Up in Terengganu", salah satu sebab nak beli buku nie sebab tak banyak buku yang menceritakan tentang negeri terengganu, cerita tentang masyarkatnyer ... yang saya tahu terengganu punya pantai yang cantik, nasi dagang yang sedap dan cuaca nyer yang panas kedeking (itu ayat tok saya!!). Kerna info tentang negeri ini sangat sedikit maka saya pun beli lah buku ini... and i did a good investment !!!. buku ini menceritakan tentang masyarakat terengganu dan kisah kisah di sana.

Ketika membaca buku tulisan Adibah Amin - As I passing by mengingatkan saya tentang baju kurung berkain kapas, masak asam pedas dan berbagai budaya orang johor / melaka yang saya terlupa ... tetapi kini saya cuba menanam sedikit unsur unsur kemelayuan riau kedalam diri saya setelah membaca buku buku tulisan beliau.

dengan membaca buku buku tulisan dari pak hamka saya dapat mengenali budaya orang minang dan mendalami hati budi mertua saya, begitu juga bila saya membaca buku buku tulisan Shanon Ahmad saya mengenali cara hidup petani dan orang kampung.

Berbalik kepada buku tulisan Awang Goneng ini saya mengenali masyarkat pertengahan / kelas atasan orang terengganu... mmmmm... menarik juga orang ganu nie ya ... dan yang pasti raja raja nyer hensom hensom belaka!!.

Dan yang menariknya buku ini terbit dari hasil tulisan blog beliau .... huhuuuuu .. check this out + kecek-kecek (cerita sikit)

Saturday, October 25, 2008

Terima Kasih

sayang
sepuluh tahun
melayari bahtera ini
mengharungi ombak dan badai

terima kasih
kerana sudi membimbing
aku yang tidak punya apa apa

menjadi
pelindung dan
meng-ngasihi aku
yang sehina ini


semoga kita akan bersama
menhadapi dugaan dan cabaran
yang bakal menjelma
yang pasti
kau adalah yang terbaik ...
setelah sepuluh tahun

ULANG TAHUN KE-10

Kejam kelip ... aku meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10. Oh tuhan rasanya baru benar kami membina mahligai ini. Rasa macam baru 10 bulan ... ya tak tipu.

yang paling menyedihkan aku dan suami menyambut nyer di office masing masing ... busy ... sepanjang hari aku di sessi brain storm ... dan aku pulang jam 3 pagi!!!. Tuhan saja yang tahu perasaan ku ketika ini. Sedih pun ada lah jugak ...

Masih ingat lagi 10 tahun yang lepas ... asalkan kawin je .. maklumlah gawat ... lepas kawin susah kerana aku tidak bekerja maka tak dapat lah nak pi honey moon or jalan jalan ... aku merancang berbagai atur cara ... tido di hotel atau pergi bercuti, paling tak pun ke genting or cameron (aku suka tempat tinggi dan sejuk) ... tapi nampaknyer cuma angan angan ku , masa tidak mengizin kan ... entah bila baru dapat berhoney mooonnnnnnnnnnn....

Thursday, October 23, 2008

MASA DAN WANG

Kita telah menjual masa untuk keselesaan
Masa dan wang tidak boleh seiringan
Punya banyak masa
tidak punya wang

maka apa yang perlu kita lakukan untuk
punya banyak wang dan
punya banyak masa

Saturday, October 18, 2008

PERTAMA KALI

Masanya sudah tiba. Lambat 1 minggu dari tarikh yang dijangka. Lebih kurang jam 2 lebih pagi, kami menyambut seorang lagi waris yang akan memakmurkan muka bumi ini. Isteri adik lelaki ku sudah selamat melahirkan seorang puteri . Syukur Alhamdulillah. Sihat dan cergas .. cukup segala sifat, tidak ada kekurangan dan penyaki dan itu saja yang kami doa kan dari dahulu. Kata adik ku wajahnyer seiras wajah ibu ku, putihnya seperti aku, rambut nyer hitam ... ya darah kami pekat mengalir di tubuhnya.

Tubuh kecilnya sudah dikamatkan, dia diam dalam dakapan ayah nya. Moga dia akan menjadi anak yang baik perwaris darah kami ini .

Dan pertama kali ketika adik ku bertanya apa yang perlu dia lakukan dengan uri anaknya membuat aku kehilangan kata-kata. Ketika inilah aku cuba menahan air mata dari tumpah. Tuhan, ku mohon kekuatan dari-Mu kerana ketika ini lah tugas orang tua tua diperlukan. petua itu tidak diturunkan kepada ku ... aku meraba dalam kegelapan tetapi Tuhan mendengar dan syukur ada yang datang membantu.

Adik lelaki dan suami ku membasuh uri dari darah dan aku sibuk mencari limau dan asam ... mencari segugus bunga yang harum dan paku untuk di bungkus bersama uri ... sepanjang mencuci ayat suci tidak lepas dari mulut kedua para lelaki :). Dan kami tanam uri di atas gunung di banjaran titiwangsa ... di surau di tepi sungai.

kegawatan ekonomi

saya masih ingat lagi ketika kegawatan ekonomi 1997 dan ketika itu saya tidak mempunyai pengalaman untuk menghadapi nyer ... memang teruk benar rasa tekanannya ... saya diberhentikan kerja, kawin ketika gawat .. dan yang paling parah sikap saya yang tidak pandai mengurus kewangan membuat keadaan kami perit kerana hutang keliling pinggang.



tetapi saya bangun dan mula belajar disebalik kegawatan, belajar apa itu kewangan, berbelanja secara berhemah dan reda dengan segala yang datang dan belajar bahawa hidup perlu diteruskan ... semuanya perlu di telan dan perlu ada rasa syukur dan mengharap kan bahawa ada cahaya di setiap penghujung jalan ...



Dan kini setelah sepuluh tahun - ekonomi kapitilis gawat sekali lagi ... menguncup untuk mungkin melantun ... dan seperti dicatatkan di dalam Al-quran surah Yusuf ... setiap tujuh tahun kita akan merasa kesusuahan ... maka bila senang jangan lupa bahawa satu hari kita akan merasa susah !... oleh itu saya pegang satu konsep ... bila senang jangan boros !!! perlu menyimpan ... seperti kisah semut dan nabi sulaiman ... walaupun nabi sulaiman memberi makan yang cukup untuk setahun .. sang semut hanya makan setengah dari yang diberi .. kerana takut nabi sulaiman terlupa .. maka akan ada separuh lagi ... konsep inilah yang perlu kita pegang .. jangan habis kan semua yang kita ada ... perlu simpan simpan simpan ... kita tidak tahu apa yang akan berlaku ...



maka setelah saya mendapat pekerjaan semula ... perkara yang pertama saya laku kan adalah membayar semua hutang lapuk saya... kemudian saya membayar bil utility in advance for a year!!! sebab kalau saya tak bekerja, ini semua masih ada untuk meneruskan kehidupan untuk setahun. dan yang paling penting adalah jangan boros .. cuba sedaya upaya memasak dan makan dirumah .. beli barang yang perlu saja ... dan jangan tambah hutang seperti membeli kereta baru

tapi jangan terkejut ... kegawatan 2008 sebenarnya lebih parah ... ianya bukan seperti gawat di kala 80'an atau 90'an ... tetapi ini adalah gawat in 100 tahun ... kegawatan ini lebih parah ketika 1930an ... dan ketika gawat 1930 ianya membawa kepada perang dunia pertama dan kedua ... maka anda yang masih ingat gawat 2008 ini tidak ada apa apa ... tolong bersedia ... kali ini ekonomi kapitalis musah ... hancur ... sehingga USA god to kapitalis system telah mengubah dasar dengan meng Negara kan semua kepentingan seperti bank dan business .. kita antara negara yang akan merasakan bahang ini .... kemungkinan syarikat syarikat gergasi dan multi nasional akan menarik balik kepentingan masing masing dan kita akan kekurangan pekerjaan .. apa lagi ya!!! harga makanan akan melonjak naik !!! apa bila ekonomi tergugat ... jenayah boleh terjadi kerana rakyat sekarang nak kerja mudah!!! so what should we do? ... entah saya pun tidak punya jawapan yang khusus...

tetapi yang boleh saya katakan .. berjimat, menyimpan dan berserah ... rezeki halal berada di mana mana...

HUJAN

hujan hujan hujan
di petang hari
ini bukan lagi rahmat tuhan
tetapi amaran dari NYA

hujan hujan hujan
setiap hari
tanda alam sudah mula
berubah

adakah ini tanda tanda
nabi nuh menanggil
untuk naik ke kapal
agar manusia tidak
karam kali kedua?

hujan hujan hujan
bumi menangis minta simpati
manusia masih leka
mencari sesuap nasi
yang tidak punya apa apa

Tuesday, October 14, 2008

KAPUT

Router ku kaput !!!!... so internat access ku sangat limited ...

so tunggu gaji baru boleh beli router yang baru sebab poket ku pun kaput ...

Wednesday, October 08, 2008

LETIH

Aku letih.

Masih "raya mood" dan aku berharapkan weekend datang dengan cepat. Tidak perlu menghadap boss yang makin menggila.

Dan aku bertambah penat apabila melihat e-mail memasuki peti suratku , melihat Boss mengarah. Aduh, punyalah banyak e-mailnya. Satu ayat yang pendek makan masa 5 minit untuk aku habiskan membaca. Kurang pahala puasa enamku kerana banyak menyumpah boss. Ah! mungkin lepas ini aku kehilangan pekerjaan.

Oh ya, atau mungkin gaji ku tak akan naik naik... Nasib lah labu

Saturday, October 04, 2008

dipagi hari raya



saya dan suami di pagi raya.. heheheheh

tahun ini raya saya agak simple dan sweet ... pulang ke kampung suami pada hari selasa, malam nyer sibuk buat persiapan takbir... sudah menjadi tradisi kampung suami melakukukan takbir disetiap rumah diseluruh kampung dimalam raya .. satu kampung akan bergema takbir dan takmid hingga ke dini hari ... hidangan sungguh mudah karipap dan teh o panas ... dan duit raya di sedekahkan kepada para tetamu diakhir atur cara.

Pagi saya bangun awal ... mandi sunat hari raya dan pergi menunaikan sembahyang sunat di masjid... sesudah solat kami pulang bersarapan bersama dan bergambar sambil meminta ampun dan maaf dari kedua orang tua kami ... jam 10 pagi kami mula bergerak keseluruh kampung untuk menziarahi sanak saudara ... terutama warga warga emas ... dan akhir nyer sakan berjamu selera dan sampai demam demam .. yelah mana tak perut terkejut semuanya dalam sehari .. tapai, itik, ayam, paru ... belum lagi lemang, ketupat , laksa dan entah apa apa ... last last tak leh tidur sebab dok pi tandas sepanjang malam. adik adik sedara semua gelak kan kata mereka "kak lela macam budak kecik beraya sampai demam demam ..." mmmmm
hhhuhhuuu dengan sapa ya tu??? hisamuddin rais

raya kali nie saya dapat sesuatu yang istimewa saya dapat makan tapai di rumah hisamuddin rais idola saya dan beramah mesra dengan beliau sendiri... selalunya saya cuma melihat beliau dari jauh ... tapi kali ini saya memberanikan diri untuk bergambar dan bercerita ... eheeehheheh seronak gilerrrrrr ...membaca tulisan beliau mengenai tapai membuat saya rasa teruja untuk menjamah tapai orang jelebu ... memang power ... siap ada gas lagi ... dan besok nyer tapai ini membuat saya demam ... saya memang suka kan tapai ... masa di kampung nenek dan makcik saya akan membuat tapai jika ada majlis perkahawinan atau pun kenduri kendara .. tapi sebab semua dah ada kencing manis tradisi membuat tapai di hentikan ... maka kalau teringin bebenar saya akan beli di pasar malam .. dan saya suka makan tapai dng ais krim ... atau kek cokelat ... sedap sekali ...


tapai tapai ...

Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARI RAYA



saya rasa ramai yang sudah tiba di kampung halaman ketika ini.... di ucapkan selamat hari raya kepada semua. Berhati hati di jalan raya ... jangan boros berbelanja ... raikan apa yang perlu saja .. duit bukan segala-galanya ... meraikan hari kemenangan bukan dengan duit tetapi dengan hati yang tulus iklas...

jangan lupa ke masjid untuk bersembahyang, jangan lupa ke kubur, jangan lupa melawat yang tua ... mungkin nie kali terakhir kita memohon ampun dan maaf... jangan tunggu open house baru nak pi melawat ... dan jangan kita mengharap makanan yang sedap sedap dari rumah yang kita lawati ... berjumpa dan bermesra lebih penting dari lemang dan rendang...

saya masih di kota ... akan pulang ke kampung suami pada hari selasa ... dan pulang ke rumah pada hari khamis ...

Friday, September 26, 2008

RAYA NAK TIBA?

dam dam dum
bunyi mercun

zakat fitrah sudah berbayar?
kubur sudah dibersih?
rumah sudah dikemas?
sirap sudah di tanak?

hidup hanya sekali
sekali buat salah
sampai bila bila
orang akan ingat

raya datang berkali kali
setiap kali tak sama berkali kali
rendang dan ketupat setiap kali
manusia tak hidup berkali kali

bila tiba hari raya
takbir jangan dilupa
kubur mesti dilawati
tua mesti diziarahi
miskin mesti dikasihi
tradisi mesti diwarisi

ketupat rendang
jangan dilupa
baju kurung
busana negara
kunjung mengunjung
jangan dilupa

Wednesday, September 24, 2008

hari jadi suami ku

roti .. sedap bangat

suami ku menyambut ulang tahun ... dah tua rasanyer .. heheheeh

mula mula aku arrange nak berbuka puasa bersama sama adik beradik dia dan aku sekali ... makan makan together gether ... tapi biasalah bila semua dah ada keluarga sendiri .. ada je yang tak boleh hadir ... dan akhirnya ... kami berbuka di sebuah restoren di jalan ampang ... western food ... bersama abangnyer...

dia kegembiraan ... dan poketnyer kosong ku kerja kan ... hahahahahh

tetapi sungguh berbaloi ... dan aku hadiah kan beliau MP4 membuat dia terkejut bagat ... tak sangka isteri ia boleh belikan mp4 .. mmmmm ...
kentang goreng

suami ku seorang yang sangat sibuk ... jarang di rumah dan terlalu komited kerja nyr .. sabtu ahad pun kadang kala di office .. so kalau ada mp4 tu boleh lah dia dengar dengar lagu dan ceramah ... sambil sambil buat kerja ... dan sesekali boleh lah aku pinjam untuk tengok movie bila di kampung or travelling ... aku kan selalu travelling .. kira hadiah tu utk aku sekali lah ... hahaah a

tapi yang kelakar nyer ... dia tak nak bawak pi office tak rosak atau tercalar .. katanyer benda mahal ... dah lah pulak ... susah jugak dapat suami macam nie kan ...

today i eat like a king ... tapi bila fikir fikir balik rasa menyesal pun ada ... sebab makan sebegini mewah di luar sana ada yang tak menjamah nasi ... ya kadang kala manusia gagal mengawal nafsu nyer sendiri ...

Monday, September 22, 2008

berbuka bersama anak anak yatim

:: berbuka puasa dikaki gunung ledang...
puteri puteri bersama deebers

sabtu lepas saya ke Segamat, Johor .. satu lembah yang terletak di kaki gunung ledang ... satu perkampungan lama yang sangat mistik dan banyak sejarah lama tercipta disini ... tempat dimana telah menjadi tempat persembunyiaan sang puteri yang menunggu cinta dan di buru cintanya ... tempat pahlawan agung melayu Hang Tuah bertapa untuk mendapat ilmu kepahlawanan dan akhirnya menghilang menyepi diri disini lah jua...

Kedatangan saya bersama rakan rakan disini bukan untuk mendaki Gunung Ledang tetapi pergi melawat sebuah rumah anak yatim dan berbuka bersama sama mereka disana. Telah menjadi tradisi saya hampir setiap tahun untuk berbuka bersama sama anak yatim disekitar Kuala Lumpur, seperti di Gombak atau pun di Ampang Park kerana saya merasakan bahawa kita perlu menggembirakan anak anak yatim terutama di bulan yang mulia nie, Allah sayang kepada umat yang suka mengembirakan anak yatim, sedang kan kita yang besar nie pun yang tiada mak bapak akan tersedih sedih dikala berbuka apatah lagi anak anak kecil yang masih memerlukan kasih dan sayang ... dan kira tahun nie kira hebat lah .. berbuka keluar dari kota lumpur ianya telah menjadi satu pencapaian peribadi ...

Kami bertolak dari kota kira kira jam 3.30 petang dan sampai di kaki gunung ledang kira kira jam 7.00 petang ... tanah sang puteri sungguh nyaman dan redup ... kalau di perhati kan lembah ini lembah mistik ... menjejaki kaki disana, tiada bayang-bayang di tanah dan tiada awan merah dikaki langit .. ianya semacam di atas kayangan tanah ini.

asam pedas orang melaka ...

me and deebers

anak anak nyer sungguh keletah dan berhati waja ... anak anak gadis mereka sungguh confident .. yalah seperti roh puteri itu sendiri, kental dan ber hati waja ... dan kami di jamu dengan asam pedas kepala ikan tenggiri ... ya menu yang saya pinta secara peribadi dari tukang masak.. sapa yang ke melaka, muar dan segamat perlu merasa asam pedas dan ianya tidak menghampakan ... sedap nyer tidak terperi ... hidangan asam pedas membuat saya terleka makan ... tuhan tu maha agung ... dia membahagiakan saya dengan kenikamatan yang tidak terhingga ... 10 tahun saya kerinduaan asam pedas ibu saya ... hari ini saya dapat mengnikmatinyer semula ... syukur tak terhingga itulah nikmat yang tak dapat saya lupakan ...

malam di kaki gunung ledang sungguh molek .. tak panas dan terlalu beku .. sesedap rasa .. dan sesekali angin dari puncak gunung datang menyapa bertanya khabar ... aku kegembiraan ... pulang ke tanah tumpah melihat anak anak kecil dijaga rapi ... tanah masih beradat dan dapat menikmati makanan tradisi tuan puteri dan laksamana hang tuah ... menjadi aku pulang dengan hati yang tenteram ...

anak anak sedang menikmati ais krim ... sambil menonton persembahaan adibah

dan mungkin satu hari nanti akan ku jelajahi lembah ini sekali lagi ... bertapa menyepi seketika disini pasti molek.




TAK RAYA KE?

di office pagi tadi boss tanya ... "lela tak ambil cuti ke"? "Ambillah" jawabku sambil membulatkan mata... apa kena boss aku nie "... kenapa tak ambil lama-lama" tanya nyer lagi .. aku kata cukuplah buat apa nak ambil lama lama ... dia pelik ... dia tanya u tak pi shopping ke? tak kemas rumah ke? tak melawat family ke? aku ketawa tak menjawap soalan yang kurasa tak perlu dijawab...

Last last dia masih tak puas hati ... tanya nyer "U tak sambut hari raya ke lela" hahahahahahahah pening pening ... kenapa you tak ambil advance untuk hari raya ... aku jawab buat apa nak ambil nanti bonus ku dapat sikit ... hahahahahha dia bengang je ...

Jadul hari raya ku mudah saja, selasa aku balik kampung suami ku ... rabu raya ... buat apa yang patut ... pi sembahyang hari raya, pi ziarah orang kampung , dua hari raya balik port dickson - biasa lah aku anak yatim piatu so tak buat apa apa ... yang paling penting pi ziarah kubur kedua orang tua ku ... lepas tu aku akan ke melaka pi tengok kubur nenek dan tok ... pi rumah melawat makcik makcik lepas tu malam balik, jumaat di kl & pi rumah sedara di kl ... sabtu ahad .. duduk rumah rehat kan badan ... cukup lah kan? kalau ada yang nak datang rumah ... bagi tahu je ... i goreng meee ... senang no open house ... aku suka beli baju 6 months in advance ... so tak terkocoh kocoh nak beli apa apa ... kalau tak de pun tak pe ... raya bagi ku bukan lah apa sangat .. selalu yang seronoknya budak budak je ... orang tua macam aku nie .. dapat pi sembahyang hari raya dah cukup ... dapat pi zirah kubur dah best ... itu je yang aku idam kan ... for my hari raya ...


kemas rumah ... tak payah .. dah 2 bulan aku mengemas ... cuma perlu mop je ... sabtu ahad lepas raya boleh buat ... aku tak beli langsir baru or perabut baru ... itu membazir namanyer ... hari raya disambut kerana kemenangan kita membersihkan diri dari dosa ... bukan buat dosa lagi ... so hari raya nie buat apa yang wajib je ... bayar zakat fitrah, pi sembahyang sunat hari raya, mengzirah kubur dan melawat orang tua .. cukup ... no more than that ...

cuma tak pi tukar duit raya je lagi ... mmmm...

Sunday, September 21, 2008

anak bangsa ku

pernah kamu terfikir
kurusnya anak bangsa ku
timbul urat dan tulang
tanda sukarnya kehidupan

pernah kamu terfikir
kampung kampung bangsa ku
yang tidak punya pili air
dan api eletrik
tanda sukarnya kehidupan

pernah kamu terfikir
surau usang sekolah usang
jalan tidak bertar
tanda anak bangsa ketinggalan
jauh kebelakang

tapi kini
api air rumah sekolah
jalan bertar
anak anak bangsa ku masih
KETINGGALAN

anak bangsa ku kini
hanyut dalam kekayaan cipatan
sang politikus dan ekonomis
tapi masih miskin roh dan ilmu

klcc
di reka oleh orang putih
di bina oleh orang indon
di sewa oleh keling dan cina
dan
anak anak bangsaku menjadi
pembeli dan penggaya ...

malam tujuh likur

masih ingat
setiap petang ke kedai
membeli miyak tanah
untuk bekas bekas pelita

masih ingat
selepas berbuka
kita sama sama menyalakan
api pelita disekitar rumah

setiap malam
rumah berseri dengan cahaya pelita
tanda tujuh likur sudah datang

masih ingat
kalau hujan ditengah malam
hati menjadi sayu kerana
pelita padam dan alam menjadi gelap

kini ...
sudah tiada pelita dan minyak tanah
hilang bersama neon dan lampu kalimantan
hidup ini sudah berubah

kini malam tujuh likur sudah hilang rohnya
zikir dan tamid tidak kedengaran
pelita minyak tanah hilang ditelan lampu lampu
mereka sudah lupa apa itu
kemeriahan di malam tujuh likur

Friday, September 19, 2008

masih ingat kah kita?

masih ingat kah kita
satu ketika dahulu
menunggu beduk dihujung kampung
tanda berbuka sudah tiba

masih ingatkah kita
satu ketika dahulu
beduk dipalu
tanda sahur sudah habis

masih ingatkah kita
ketika menunggu
berita dari teluk kemang
ternampak bulan ke tidak

masih ingatkah kita
saudara mara sanak saudara
duduk bersama bersembahyang
di masjid di pagi raya

masih ingatkah kita
bagai mana ketupat diayam
oleh jari halus sang ibu
tanda kasih kepada sang anak

masih ingakah kita
bagai mana rendang di renyai
bersama peluh sang ayah
tanda sayang kepada sang anak

masih ingatkah kita
satu kereta 11 orang didalam
pergi melawat saudara
mengerat kan silaturahim

ohhhh itu kenangan masa silam
yang tak mungkin
akan berulang kembali
cuma yang tinggal
memori indah untuk dibawa
sampai kemati....

MY DAY TODAY

Tadi aku pulang awal ... berbuka puasa bersama adik bongsu kepada ayah ku ... gelaran yang kami berikan kepada beliau adalah "busu"... sebab dia yang bongsu... consider di kl nie dia lah yang paling tua dalam family ku lah ...

Nampak kegembiraan diwajah beliau bila aku datang petang tadi ... mmm macam dia tahu yang aku sukakan brani ... sometimes bila kita membaca manusia dng mata hati baru lah kita tahu yang they really love us ... in many ways .... ada orang sayang melalui percakapan ... ada yang sayang kita melalui makan dan berbagai ... cuma mungkin kita terlalu ego untuk menyatakan kasih sayang kita ...

sewaktu makan ... busu dan suami makan begitu berselera sekali ... katanya hari ini hari yang istemewa ... mmmm ... ya bulan yang penuh berkat ini perlu di banjiri dengan kasih sayang ... i'm happie to that i have made a peace with her especially in this month of ramaddan

----------

tadi saya pulang awal ... satu office bersorak gembira ... hahahahah ... kata mereka tak pernah tengok saya pulang seawal ini ... kelakar pun ada ... i told them that i have to go early because i will had dinner with my auntie ... and they told me ... "we will call your auntie to had dinner every day "... ohhhh god is it so obiouse ka? menghalau ka?

------------

lepas berbuka ... kita timbang berat badan ... i lose 5 kilo this ramadan ... suka memanglah suka sebab badan susut ... tapi macam risau lah pulak ... 2 weeks 5 kilo ... berat air or sakit nie? tapi memang sekarang nie tak selera nak makan ... makan pun tak habis ... nasi sepinggang boleh share dua orang ...sahur memang tak makan ... lepas tu penat di office tuhan je yang tahu ... belum nak mengemas rumah dan gitu gini ... mmmmm tapi kalau boleh nak turun lagi 5 kilo lah best jugak!!!... hehehehhehehehe

Tuesday, September 16, 2008

BERBUKA BERSAMA

bunyi azan bergema
tanda makan dah tiba
berbuka sendirian
terkatup deria rasa

lauk pauk dihadapan mata
bukan tanda nikmat terkata
bersama keluarga
itu lebih bermakna

bila bersama keluarga
nasi dan garam
cukup sesedap terasa
itulah nikmat hidup sekata

walaupun duit berkepuk
makan penuh semeja
kalau sendirian
tak bermakna rasa

Aku masih ingat lagi semasa kecil ... bulan puasa bagai kan bulan family ... ketika ini lah kami sekeluarga akan berbuka bersama-sama, yang selalunya agak sukar untuk di hari hari kebiasaan. Ianya menjadi rutin setiap bulan puasa ... kemudian ayah akan pastikan kami pulang berbuka bersama nenek dikampung setiap minggu. Bila kak long kawin ayah akan membawa kami berbuka bersama kak long dan suami at least sekali ... lepas tu ayah akan membawa ke rumah saudara yang terdekat ... molek kan ...

bila kawin ... ianya menjadi kemestiaan pulang kerumah kedua orang tua kami untuk menyambut ramadaan yang penuh berkah .. tetapi suami tak seperti ayah yang sanggup pulang setiap minggu untuk berbuka bersama nenek ... dan suami ku tidak seperti ayah yang suka menzirahi keluarga untuk berbuka .. suami ku lebih suka makan dirumah kemudian terus berlari ke surau untuk berjemaah ...

tapi syukur dia telah banyak berubah ... kalau dulu rutin kami cuma ke rumah kedua orang tua kami kini dia sudah pandai untuk berbuka di rumah kak long ku... seronok bila berbuka beramai ramai terasa meriah berpuasa ... jumaat ini aku akan berbuka di rumah mak usu ku ... mmm sesuatu yang aku nanti kan ... seingat ku sejak arwah ayah tiada aku tidak pernah berbuka bersama mak usu ku ... tadi aku membuat temujanji dengan mak ucu ... suara di hujung telephone seakan tergamam ... terkejut mungkin mak usu ku ... mungkin dia terfikir aku buang tebiat kut ... heheheheheh

sabtu ini aku akan kesegamat untuk berbuka bersama sama anak yatim ... ada yang mencebik ... mengapa begitu jauh untuk berbuka ... bagiku mengembirakan anak yatim adalah sesuatu yang akan diberkati ... aku faham bagaimana perasaan mereka ... dan bila bersama mereka kesunyian itu akan terubat sedikit .. mungkin

ahad ini hari jadi suami ku...telah aku aturkan berbuka untuk bersama keluarga suami ku .. pasti meriah kan ... sebenarnya dah tua tua nie menu yang dihidangkan bukan lah sesuatu yang penting tetapi seronok bila berbuka bersama sama ... ramai ramai lebih meriah ... mungkin aku dilahirkan didalam keluarga yang besar membuatkan aku rindu suasana tersebut ...

Saturday, September 13, 2008

BERBUKA BERSAMA DEEBERS



me and a few friend who called our self as deebers has gahter to gether and had our berbuka puasa dinner at vistana hotel ... our dinner to is mainly to jumpa jumpa dan bercerita .. yalah dah lama tak berjumpa ... lagi pun this is a frist event as such with is done with deebers ... sepatutnya yang beria-ia berjanji adalah dalam 13 orang tapi seperti biasa orang melayu kan kan janji jarang yang tepat ... so end up hanya 7 org je yang turn up ... tapi tak pe ... senang nak berbual dan bermesra...

we had a good food ... i had some bubur lambuk and some kambing .. mmmmm and air bandung ... bulan puasa kali ini sebenarnya kita jarang makan banyak ... sekeping kuih dan setengah senduk nasi ... tapi bila pi makan buffet nyer rasa rugi lah pulak makan sikit kan ... so hari nie rasa perut macam nak pecah ... semua masuk ... ikan, kambing , salad dan berbagai ...

pencuci mulut .. labu dan kastad...

sebenarnya tujuan duduk semeja dan makan bersama ini buka lah untuk melantak tapi lebih kepada untuk mengeratkan silaturahim diantara kesatuan ...

RAYA NAK TIBA

puasa tinggal 17 hari lagi
kemas apa yang perlu
buang apa yang patut
biar nampak kemas dan bersih

kuih sedang di bakar
buat hidangan di hari raya
zakat fitrah jangan dilupa
agar berkat hendaknya

mentari hangat membakar
langsir dan kain kering semuanya
sawang dan habuk
divakum jua

petang ini ke masjid jamek
songkok dan tudung menjadi idaman
agar nanti berseri di hari raya
tapi membazir jangan

Thursday, September 11, 2008

selamat berbuka

selamat berbuka
sahabat sahabat ku
aku masih di office
mencari sesuap nasi
yang halal

tea dan kuih
menjadi jamahan
entah sampai bila
begini nasib ku

tapi jika tidak bekerja
bagai mana nanti
rumah perlu dibayar
perut perlu diisi

allah kepada mu saja lah
mampu ku mengadu
hanya pada mu
tempat aku menaruh kasih
walaupun aku tahu
aku tak layak untuk
menghirup kasih mu
siapa lah ku
hamba mu yang hina ini

memori

tap tu tap ... puasa dah 11 hari ... tahun nie macam tak rasa meriah puasa .... 1st dan 2nd day dapat lah balik kampung meluangkan masa dengan orang tua dan alam... mmmm .. dapat buat sembahyang sunat terawih di kampung...

pulang ke kuala lumpur semua nyer sibuk kembali ... tuhan je tahu keje di office ... seperti menghisap darah... kadang kala rasanya macam tuhan nak duga orang islam kot ... dugaan nyer hanya tuhan saja yang tahu tapi syukur mungkin kerana doa di bulan puasa cepat betul nampaknyer ...

baju kurang yang di tempah sudah siap ... 2 pasang dari kain kapas ... cukup lah dua pasang ... jangan membazir terutama tengah tengah gawat nie kan... kuih raya belum di buat lagi .. tapi suami tahu benar isterinyer so dia dah siap siap tempah sebelum puasa ... 4 jenis .. cukuplah kot .. kalau nak buat pun sejenis dua je ... jangan membazir ...

tahun nie sepatutnya giliran saya ... sebab kita yatim piatu selalunya raya di rumah dua hari raya baru balik ke rumah suami ... tapi sebab mertua semakin uzur .. saya beralah lah biarlah setiap tahun suami pulang berhari raya dng mak dan ayahnyer ... i have alot and plenty of time to be with him ... this is the time to make his parents happie ... ya lagi pun hari raya adalah hari untuk memberi kan ... giving to others ... i give my turn to them to make them happie ...

tahun nie puasa cuma teringat arwah mak dan ayah ... teringat masa kecil kecil dulu apa ketika puasa nie nak apa pasti mereka akan sediakan ... walaupun dulu mak ayah tak sesenang mana tapi segala kemahuaan kita pasti dituruti ... ohhh god i really miss their food and love ...

Sunday, September 07, 2008

DARI DAPUR LELA: KURMA AYAM

Sudah hampir seminggu kita berpuasa ... dan saya masih tidak sempat untuk memasak dan seperti biasa alasan yang paling mudah akan saya berikan adalah kerja kerja di pejabat - saya terpaksa balik lambat maka saya tak sempat masak. Semalam dan hari ini saya mengambil kesempatan untuk masak, ala ala tebus dosa lah nie ... so this is my frist menu for the month of ramadan ... kurma ayam dan kentang .. nasib lah sedap ..Bertambah suami makan (sebenarnya saya yang tambah ) org nogori mana lah reti makan kurma berbagai nie .. kalau boleh mereka nak tiap hari masak lomak cili padi... hahahhaha

Kurma sedap dimakan bersama sambal belacan dan timun.... mmmm dan lebihan kuah kurma saya panas kan dan makan dengan roti dikala sahur... senang kan... lagi pun kita berpuasa bukan nak melantak ... arwah ayah saya suka masak kurma terutama bulan puasa .. tak kira ayam atau daging .... kira macam makanan dari kecil lah nie ...

Selamat berbuka!!!

Saturday, September 06, 2008

Watching the dolphin

seumur hidup nie lah kali pertama saya menonton dan melihat secara nyata ikan lumba lumba .... satu pengalaman yang tidak akan saya lupa kan .. kesian kan dah nak separuh abad baru pi nonton ikan lumba lumba tapi tak pe lah dari tak dapat tengok langsung dan kalau dulu saya cuma melihat dari gambar atau cerita cerita mengenai ikan lumba lumba atau berangan angan bila lah agaknyer saya boleh duduk menonton pertunjukaan atau sarkis ikan lumba lumba ... syukur walaupun dah tua tapi masih sempat menonton....
Manjanyer dia

penonton di letak kan didalam sebuah kemah mengelilingi tanjung dimana ikan lumba lumba akan membuat persembahan ... ada 4 ekor semuanya berwarna merah jambu .. wah!! kagum melihat ikan macam orang bila mereka bermain bola .. yang paling pelik mereka boleh menerima arahan begitu baik sekali ... dan agak terkejut bila mereka boleh berdiri diatas ekor sambil pegang dan membaling bola dengan kedua sirip seakan akan seperti manusia pun ada jugak ... betullah kata orang tua tua dikatakan ikan lumba dan paus satu ketika dahulu adalah manusia tetapi ketika zaman nabi nuh mereka bertukar menjadi ikan lumba lumba.
sedang menunggu persembahan bermula ...


Ikan lumba lumba adalah sepesis mamalia dimana mereka juga melahir kan anak anak seperti manusia dan dikatakan mereka adalah makhluk yang paling cerdik selain dari manusia.... begitu hebat ciptaan tuhan ... rugi lah pulak rasanyer tak dapat sentuh ikan ini kerana takut seluar basah ... kalau ingin tengok ikan lumba lumba pasti cari seluar paras lutut ... mmmmm

saya menonton di dolphin lagoon di pulau sentosa ... pertunjukkan dilakukan 4 kali sehari. Yang saya tonton session pukul 3.30 petang ... mentari terik diatas kepala ... panas lah jugak ... kemah pun penuh dengan manusia tak tahu dari mana ... pertunjukan hanya kira kira 1/2 jam je habis je pertunjukan hujan turun ... harga ticket 25sing (tolong jangan kali 2.5 ya jawab nyer memang tak pi tengoklah ) tapi tiket nie boleh pi dua tempat a. dolphin lagoon dan b. under waterworld. Habis je menonton pertunjukan ikan lumba lumba kami ke under waterworld pulak.... pengurusan sentosa amat lah bijak sekali mereka tak buat kedua tempat tu dekat dekat so kita kenalah berjalan or naik bas (nasib disediakan bas percuma) so terus buat sightseeing sekitar pulau ... underworld mereka lebih kurang macam kan aquaria klcc ... tapi rasa rasanyer aquaria kita lagi menarik dan teratur ... dan semestinyer murah .... hahahahhaha



apa yang boleh saya katakan mereka mempunyai pengurusan yang baik terutama dari segi penganggukutan awam .. tapi cendermata mereka tak best ... tak de yang istemewa ... dan ya allah tandas mereka ... terkejut saya melihat nyer ... naik baik berak ke perut ... kotor dan berbau ... dan yang paling geram tak de air ... terpaksa beli air mineral untuk bersuci ... itulah kadang kala bila di negeri sendiri kita tak rasa air tu penting dan berharga ... bila dah di negeri orang lihat mereka bercatu baru lah kita rasa nikmat negeri sendiri ... kalau di tempat kita setiap tandas ada penjaga kat sana ... mmmm so sapa kata singapura bersih ... give 2 tumbs up to malaysian people !!!!

TANDAS - SINGAPURA



AKU KESENTOSA
PERUT KE MEMULAS MULAS
MINTA DIKOSONGKAN

LALU AKU TERGESA KE TANDAS
KU BAYANGKAN KALAH KLCC
SATU BENUA TAHU SINGAPURA
BERSIH DAN CANGGIH

SEBATU SEMERBAK BAUNYR
SUDAHLAH TU AIR PUN KOTANG
MACAM MANA NAK MELABUR NIE

AKU TERPANA
TANDAS NYER KALAH
DI PUDU RAYA ....
OHHHHHHHH INDAH KHABAR DARI RUPA
MALAYSIA KU BERIBU KALI BAIK RUPANYA

Wednesday, September 03, 2008

ARAB STREET, SINGAPURA


aku lapar ......Sentosa makanan tak sedap
aku terus ke arab street
makan brani kambing
ha haha sedap nyer bukan kepalang

tak cukup kambing
ku tala mertabak
mmmmmm puas hati ku tak terperi
makanku seperti raja sehari

Lepas makan perut ku merangam
mungkin dok tahan kencing dn berak
di sentosa tak de air
tak sanggup nak calit ditepi kain
syukur ... masjid sultan seberang jalan
sungguh indah masjid ini

melambang kan islam
sejarah melayu satu ketika dulu
dan yang penting tandas 1st class
lega hati ku berak berulam air
itulah nikmat tidak terperi

Kalau anda ke singapura
jangan lah lupa ke arab street ya
kalau duit ada yang lebih
kain berpapan murah dan cantik
tapi jangan berkira kira

2.5 nanti tak berbeli dan termakan
jawabnyer balik malaysia kosong perut kosong tangan


@2.5 TUKARAN WANG rm kepada sing 2.5rm=1singbetapa jauh mereka meninggalkan kita ya!!!!
pak menteri apa dah jadi duit ku dok turun
semua tak menjadi ...

tak lama lagi ke bandung pun duit mereka tinggi
apalah nak jadi dng negeri ku kini
mungkin semua sedang diulit mimpi
zzzzzzzzzzzzz atau diulit oleh bini muda
bangun bangun pak menteri ....!!!!

SELAMAT BERPUASA

Selamat berpuasa kepada semua muslim dan muslimat
siang menahan lapar
malam menahan nafsu
terawih jangan kita lupa
tardaus jadikan amalan

jangan dok pi melawat pasar juadah
jangan dok nak tengok tudung lawa
jimat cermat separuh puasa
jangan diturut hawa dan nafsu

Tuesday, September 02, 2008

PULAU SENTOSA, SINGAPURA


satu ketika negeri ini pernah menjadi miliki kita
tapi kini sejarah pun sudah tiada
kerana sudah diroyak dan dirabak
kalau boleh mereka tidak mahu nama kita di pulau ini
hati ku sedih dan pilu ...

sahabat ku dari temasik
bertanya kepada ku
mengapa dahulu dato moyang kita menjual temasik kepada mereka
jawab ku ...
datuk moyang kita bukan menjual
tapi memberi secara percuma ...

setiap kali ku negeri ini
sedih hati ku tidak terkata
kalau dulu kita menjadi raja
kini sudah bergelar hamba
duduk merempat di tanah sendiri


tapi apakan nasib
melayu menang tak sedar diri
suka menjual dan berjudi
hingga tergadai tanah dan bini

ah lupa kan segala kesediahan
biar politukus yang memikirkan
biar nanti mereka menjawab diakhirat
mengapa dibiarkan anak dan cucu menjadi murtad



pulau sentosa indah namanya
menjadi tempat pertahanan negara
japang datang bunuh membunuh

hingga pulau diduduki hantu
kini sentosa ramai tetamu
datang dari pelusuk buana

keling masam
mat salleh tengih
satu sentosa semarak baunyer

tak de lagi melayu disentosa
kalau dulu niyur melambai
membiru laut melambai lambai
tenang aman dan sentosa ...

pulau ni
tapi kini sentosa moden
kedai judi di kiri kanan
arak merata tempat
aurat terbuka mencuci rapat


AKU PUSING PUSING PULAU SENTOSA ... ADA SINGA BESAR DITENGAH TENGAH PULAU ... MACAM MACAM ADA ... ORANG NYER PUN BERBAGAI RAGAM ... PERGI UNDER WATER WORLD ... DI MALAYSIA PUNYA LAGI POWER ... TANDAS NYER MENGALAHKAN PUDU RAYA ... NAK CEBUK TAK DE AIR (MUNGKIN AIR NYER MAHAL ....), MAKAN PUN TAK SEDAP ... PERMAINAN DI SINI ... HAHAHHAHAH ... HOOO KINI KU RASA MALAYSIA BERATUS LEBIH BAIK ... TAK PAHAM MENGAPA ORANG MENDERU DERU KE PULAU SENTOSA ... KALAU MEREKA KE KLCC ATAU SUNWAY LAGOOON ATAU KE MELAKA SERIBU KALI BAIK ...

ATAU MUNGKIN ORANG MALAYSIA TAK PANDAI PROMOSI... SO ORANG MALAYSIA JANGAN MALAS MALAS .. NEGARA KITA BERIBU KALI LEBIH CANTIK ...






KEMBARA "TERLALU ISTIMEWA" - SINGAPURA


Kali lagi saya ke Singapura untuk mengikuti rombongan "Kembara Terlalu Istimewa 08/09 - Singapura" bersama Adibah Noor dan kami pergi melawat kerumah anak anak yatim di sana. Memang telah menjadi cita cita dan impian saya untuk pergi keluar dari Malaysia dan melihat budaya orang melayu di luar dari Malaysia. Bak kata orang tua jauh perjalanan luas pandangan. Ada yang menjuih apa bila saya katakan saya akan ke singapura untuk tujuaan kemanusiaan ... tanya mereka mengapa singapura banyak lagi tempat lain yang serba kekurangan.. dan jawapan saya kepada mereka kita perlu pelajari dari mereka. Dan sykur apa yang saya cari ada jawapannya.

Memang sudah telah menjadi cita cita dan impian saya dari dulu untuk membuat kerja kerja amal diluar malaysia terutama membantu bangsa melayu di nusantara dan kembara ini menjadi satu titik permulaan dan syukur ianya sudah menjadi kenyataan ... dan untuk menjadikan mimpi menjadi realiti bukan sesuatu yang mudah... perlu ada pengorbanan tak kira dari segi wang, masa dan tenaga ... tetapi saya puas .. diharap ini bukan yang pertama dan terakhir ... rombongan ini akan menjadi satu titik untuk saya pergi lebih jauh dari misi misi kemanusian saya yang lain.
wajah wajah melayu singapura -
kedua anak ini ditinggalkan di dlm kemah di tepi jalan oleh kedua ibu bapa kerana ayah gila perempuan lain ibu tak mampu utk menyara 3 anak yang masih kecil ....

Orang Melayu Singapura sebenarnya bukan lah asing bagi kita ... ianya bagai saudara satu bapak lain ibu ... maka persaudaran ini jangan kita putuskan ... kita patut memasukkan melayu singapura didalam keluarga kita ...Bangsa melayu bagai satu keluarga besar di merata rata .. di singapura , thailand, filipina, sumatera, kemboja dan burma ...

Jumaat malam sabtu kira kira jam 9.00 malam kami bertolak dari kuala lumpur dan sampai ke singapura kira kira jam 2.00 pagi . Selalunya perjalanan hanya mengambil masa kira kira 5 jam tapi kesesakan lalu-lintas membuat perjalanan kami agak lama ...

Sabtu 30 August kami ke Darul Ma'aw untuk bertemu dengan anak-anak yatim disana... yang pasti sungguh berbeza dengan rumah rumah anak yatim di malaysia ... semuanya cukup dari segi material ... kanak kanak juga dibela dengan baik sekali ... mereka sungguh aktif dan ada jati diri ... apa yang sungguh mengharukan mereka sangat berbakat dlm bidang seni... agak malu ada warga melayu malaysia yang tidak boleh berdikir barat atau menari tarian inang tetapi kanak kanak disini tahu apa itu dikir barat dan tarian melayu seawal umur 3 tahun !!!!.
hensom kan? anak kita pun tak boleh bela sebersih ini ...

sorry gambar gelap - mereka menari riang

Darul Ma'wa adalah rumah untuk kanak-kanak yang tida berayah dan beribu, ada juga mangsa dera sex dan di biar terbuang kerana kemisikiinan ... ramai orang melayu di singapura penagih dadah maka anak anak mereka terbiar dan terbuang ... disini lah tempat mereka menumpang kasih ... mereka pergi sekolah dan diajar ugama dan seni dan budaya melayu seperti makan dengan tangan ... duduk bersila ... kesenianan melayu dan bahasa melayu... mereka masih fasih berbahasa melayu dan berlagu dlm bahasa melayu ... mereka masih memakai baju melayu dan baju kurung bertudung litup ... sungguh mengharukan ...


bilik sembahyang dan perpustakaan
tempat tidur kanak-kanak

walaupun rumah yang mereka duduki ini rumah lama tetapi dijaga dengan bersih dan cukup serba serbi nyer ... kerajaan singapura juga memantau rumah rumah anak yatim supaya ianya lengkap dan teratur dari segi kebersihaan dan infrastructur nyer ... begitu juga dengan pendidikan anak anak tidak terabai dan inilah perlu kita pelajari dari mereka ...

Walaupun mereka ini cukup dari segi material tetapi mereka perlukan sokongan dan perhatian dari segi emosi ... lain padang lain belalangnya ... begitu juga mereka ... agak gembira apa bila mereka boleh menyanyi lagu lagu dari malaysia seperti lagu lagu adibah dan berbahasa melayu dengan fasih sekali.