Thursday, December 30, 2004

Review 2004

Setiap kali melangkah ke tahun baru yang pasti kita akan memasang azam dan seperti biasa berbagai azam dipasak untuk dilaksanakan dan entah mengapa dihujung tahun ianya entah jadi entah kan tidak.

Kali ini aku tidak mahu memasang azam dahulu tetapi ingin membedah apa yg telah aku lakukan sepanjang 2004…dari situ kita boleh menjadikan ia sebagai satu bench mark utk mendaki ke 2005.

KEWANGAN

Pekerjaan tetap dan stabil (terbaik pernah dikecapi dlm masa 10 tahun )

Setelah 11 bulan mencari perkerjaan akhirnya October 2002 aku mendapat bekerja disebuah syarikat pembinaan dan kali ini aku telah membulatkan tekad untuk tidak mahu “menanam anggur” lagi, seriknya hanya tuhan je yang tahu dan mungkin berkat kesabaran bekerja, gaji ku telah dinaikan sebanyak 3 kali dlm masa setahun dan 2004. Kali ini biarlah bidang pekerjaan akan menjadi sebagai salah satu pemangkin kewangaan family kerana pabila kewangan stabil akan meningkatlah taraf ekonomi kami (biasalah dikota memerlukan double salary) dan syukurlah 2004, bukan sahaja aku di terima bekerja disebuah syarikat yang stabil malah kepuasan bekerja dari segi kewangaan dan status dan setelah 10tahun bekerja, 2004 yang Esa telah menemukan akau disatu dearah yang dapat memberi aku kepuasan dari segi perkerjaan dan kewangan.

Target 2005 :
Aku sedar dalam dunia yg begitu mencabar ini kita perlu bersaing, pengalaman sahaja tidak cukup oleh itu aku mengambil keputusan utk meyambung pelajaran semula supaya aku boleh meng “add value” didalam diri. Nak sambung belajar lagi …terasa betul diri nie dah tuaaaa

Rumah E-13-6 (100% berjaya)
Inilah barang yg paling mahal aku pernah ada dan aku gembira kerana pelaburan kami akhirnya membuahkan hasil. Kami telah berjinkit-jikat membuat sedikit ubah-usai disana sini (semuanya pasang & buat sendiri dari lampu, grill sehinggalah memecah dinding dapur) dan aku bersyukur kerana harganya juga telah naik mencanak-canak. Jika 3 tahun lepas aku beli dng harga 130 ribu sekarang harga dipasaran telah melonjak ke 180 ribu. Hanya dengan 3 tahun untung nyer sudah ke mencecah 50 ribu , syukurlah tetapi memang buat masa ini tak kan ku jualkannya.

Target 2005: nak buek renovation didapur dan nak sewakan- money works for me :)…


Hutang (45% berjaya)
Ketika aku menganggur 2 tahun lepas hutang kami tak terkira banyak nya . Di 2002 hutang yg tertunggak adalah lebih kurang dalam RM30 ribu (c/card & orang perseorangan)…dan diakhir 2004 aku dapat hanya dapatlah menyelesaikan sebahagian kecil hutang piutang terutamanya hutang orang perseorangan dan syukurlah diakhir 2004 hanya tinggal cumalah 2 lagi card credit.

Target 2005 : Clear all the cardssssss (2 cards lagi) ..DEBT FREEEEEEEEE...MEDERKA


KERJA-KERJA KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN

Memang niat dihati nak buat kerja kerja kebajikan & kemasyarakat tetapi aku terpaksa menukar caranya mengikut kesesuaian diriku iaitu dng menolong pihak luar secara ala kadar tetapi melebihkan kepada saudara sendiri dahulu ..mungkin 2 tahun lagi akan aku cuba menolong org luar….

a) membayar zakat pendapatan di kawasan di negeri ku sendiri
b) sumbangan kewangan yg tidak seberapa kepada tafiz di Janda Baik
c) Menolong abang yang sedang mengalami tekanan jiwa
d) Menolong kak ipar yang tengah dilanda masalah pekerjaan & kewangan

Target 2005 : Membayai sekolah pondok (duit api & makanan pelajar)


SELF-IMPROVEMENT

a) lebih islamik – 10% berjaya
ini masih kurang , kepercayaan telah ada tetapi utk usahanya masih kurang terutama sembahyang 5 waktu

b) Menjaga ketamprilan diri – 20% berjaya
Aku telah mula berhias, mula memakai kasut yg betul ke tempat kerja, sudah mula pergi ke salon kecantikan kembali akan tetapi berat badan masih belum dapat dikurangkan. Sudah mula menjaga pemakanan & mengambil vitamin utk membantu proses kesihatan. Aku juga menggunakan petua & tradisi lama utk kelihatan segar & cantik.

Target 2005 : berat badan 45kg, licin kan kulit (nak hilang kan parut dimuka ...BOTOK???? tak cukup duit), rambut yang cantik dan sihat dari penyakit resdung

c) Membaca 12 books a year – 100% berjaya
- Hikayat Raja-Raja Pasai
- Melati Kota Bahru
- Legenda Numerius
- Zaab Dalam Kenangan
- 1511
- 1515
- Syir Riau
- Himpuanan novel Pilihan khatijah Hashim (8 novel )
- How to become a millionaire landlord
- Millionaire are from a difference plante
- Glosari adat pepatih negeri Sembilan
- Tambo alam Naning
- Terombo atau Perbidalan
- Luak Jelebu
- Teach yourself to think

kalau diawal 2004 target ku untuk membaca 12 buku tetapi nampaknyer ia telah melebihi sasaran. Dulu tidak sedar bahawa begitu banyak perkara yang dapat dikutip dengan hanya membaca (membeli & meminjam) buku yang berkualiti aku dapat mengutip begitu banyak ilmu yang jarang diketahui dan kadang-kala tidak terdapat di menara gading.

Target 2005 : nak baca 2 buku setahun @ at least 4 english books ...good books...

d) Lesen Kereta – TIDAK BERJAYA

Target 2005 : Ambil Class

e) Improve my english – TIDAK BERJAYA

Target 2005 : Ambil Class

f) Travelling & pasport antarabangsa – (100% berjaya)
Mmmmmm… ini pencapaian tidak terduga …aku dapat pergi ke Jakarta & membuat passport antarabangsa secara percuma kerana memenangi pertandingan.

Tempat yg sudah dilawati 2004
a) Terengganu – Feb
b) Jakarta – May
c) S’pura – Dec

Target 2005 : Thailand & Sumatera

g) Meets more friend – 50% berjaya
Ye memang sejak 1998 kawan ku hilang satu demi satu, maka memang azam 2004 aku ingin mencari kawan dari berbagai kolompok dan mengeratkan mana yang telah renggang….

Target 2005 : more friends.....

h) BLOG
Nie mamang tak tahu macam mana nak cakap…tapi aku ingat lagi aku nie memang buta IT tak tahu apa benda, buat blog memang tak pandai, menulis lagilah tak pandai, bahasa punya lah teruk. Kalau dulu nak cecah 100 hit mengambil masa berbulan-bulan tetapi syukurlah kini 200 hit dalam seminggu…memanglah blog aku nie tak leh lawan blog kamu semua tapi ia telah menjadi adalah buku peribadi yg paling berharga. Banyak aku belajar & megenali diri aku sendiri pabila aku mula menulis diblog ini.

Target 2005 : nak review books dan nak cantikkan langsir rumah.
PENGALAMAN MANIS 2004
A Menang tiket percuma ke teater Puteri Hang Li Po
B Menang tiket percuma ke Jakarta selama 5 hari bersama Raihan dan wang RM500-00
B Peningkatan dlm kerjaya
C Pertemuan dengan penulis Legenda Numeries – Ahmad Patri

PENGALAMAN PAHIT 2004
A Putus saudara – Berpatah arang berkerat rotan – aku dah jadi org melaka murtad
B Kereta hilang dicuri orang

Azam dan Impian Utk 2005
1) Memantapkan minda
2) Memantapkan idea
3) Memantapkan mental
4) Memantapkan kewangan
5) Memantapkan kerjaya
6) Memantapkan nilai-nilai islamaik dan kemelayuan pada diri
7) Memantapkan kecantikan & kesihatan diri
8) Memantapkan ilmu computer
9) Memantapkan ilmu penulisan
10) Langsaikan hutang kad kredit
11) Koleksi buku bertambah book
12) Nak review buku
13) Lesen Kereta
14) Perbagaikan ulasan blog
15) digi cam
16) new h/phone
17) laptop
18) beli kereta

A person wish to be
menjadi wanita berkerja tanpa memerlukan sokongan sesiapa dari segi kewangaan dan pelajaran dan akan mengekalkan budaya melayu & islam. Ingin mempunyai pandang 10 tahun kehadapan.

Monday, December 27, 2004

BALA ATAU PERINGATAN…..

Adakah ini bala atau peringatan dari Allah????...apa yang pasti tidak sampai sehari selepas Agung, Najib & Misah Omar memotong kek & menyanyi di hadapan GEREJA di Petaling Jaya yang telah disiarkan secara langsung ke seluruh negara maka pagi Ahad, kita telah merasai gegeranan yang amat pelik…tidak pernah malaysia digegarkan sebegini rupa….begitu juga dng Pulau Pinang yang kita ketahui telah menjadi pusat Kristin di Tanah Jawi ini telah menjadi mangsa yang paling teruk….adakah ini semua secara kebetulan???? Tepuk dada tanya selera….mungkin jika ada yang mengatakan saya kuno….lantaklah ..tetapi apabila ulama sendiri telah menutup mulut….raja & menteri yang sepatutnya menjaga kesucian islam telah dibayar…inilah balanya..dan jangan terkejut jika kita tidak mengambil iktibar..akan terjadi perkara yang lebih dasyat lagi….jangan ingat yang kita akan terselamat …..apa saja boleh berlaku ….

Kepada raja, menteri dan ulama …jika anda tidak menjaga kesucian islam dibumi melayu ini ….tunggulah hari kemusahaan akan tiba ….jangan ingat yang anda boleh lari dari pekerjaan ALLAH…





Friday, December 24, 2004

KOMEN

Ada beberapa rakan yang menjadi pembaca diruang ini pernah meyuarakan pendapat agar diletakkan ruangan “komen” dirumah buruk saya ini ..kata mereka saya bagaikan tidak mesra kepada pembaca saya….mereka juga ingin berkongsi pendapat apa yang telah saya suarakan ..itu kata mereka….ada beberapa pembaca yang tidak tidak pernah mengenali saya secara peribadi, sanggup mencari id yahoo saya untuk YM saya …walaupun saya selalu off line…jutaan terima kasih saya ucapkan….

Saya bukan tidak mahu meletakkan ruangan komen tetapi….entah mengapa ruangan komen saya hilang begitu saja…walaupun HTLM nya telah dilinkkan ….ghaib entah dimana….oleh itu jika anda nak sangat berkenalan dengan saya ..heheheheh atau memberi pendapat bolehlah meng- YM saya di “lelasarie” atau ber-email di lelasarie@yahoo.uk.co ….

Mengenai saya tidak mesra kepada pembaca ….bukan saya tidak mahu bermesra tetapi saya lebih meyukai jika anda tidak mengenali saya secara peribadi …mungkin bila saya tidak mengenal anda, saya dapat menulis apa yang saya rasa tanpa dipaksa dengan kata lain tidak perlu menjaga hati sesiapa….ya saya di maya ini pun bukan utk dikenali tetapi lebih utk bercerita dan meluahkan apa yang saya rasa..saya tahu saya sudah mempunyai beberapa pembaca tetap di US, Singapura, Indonesia dan France….sebenarnya saya jua ingin utk berkenalan, tetapi bila difikirkan lebih molek jika kita tidak mengenali diantara satu sama lain …. Kita tidak terikat bukan???..pesan saya …yang saya minta..kalau apa yang saya lakarkan disini tidak betul atau salah ..usah dipakai ..tetapi jika anda rasa yg ada betulnya tulisan hina saya ini ….kongsilah ia bersama….izinkan saya menulis apa yang saya rasa tanpa ada penapisan kerana …jika sudah terlalu ramai yang perlu saya jagai hatinya payah bagi saya…maka nanti tulisan saya perlukan penapisan dan akhirnya ia menjadi satu ruangan menjaga hati sahabat…..cukup lah anda kenali saya sebagai lelasari dialam maya …biarlah saya berkelana sendirian difana ini…izinkanlah saya sekali lagi… dan terimakasih kepada anda yang sudi membaca luahanan saya selama ini….

Wednesday, December 22, 2004

BERKELANA

Saya suka berkelana …orang moden kata pergi holiday …or cuti cuti malaysia … Kata org tua-tua “ JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN”, samalah kata nabi “ Belajarlah hingga ke negeri China” dan bagi berdarah Minang pula mereka sangat menggalakan anak lelaki keluar dari kampung , membuka tanah baru ….berhijrah …kerana hanya dng berkelana, berhijrah dan belajar diluar kelompok kita , dengan sendirinya minda kita akan terbuka …banyak perkara yang akan kita nampak dan lalui….

Kalau diwaktu kecil saya dibawa oleh kedua ibu bapa saya untuk melawat saudara mara yang terdekat di Melaka, Johor hingga lah ke Singapura dan apabila menunggu keputusan SPM saya dibawa pula oleh kak sepupu berjalan ke utara semenanjung…Cameron, Perak, Kedah , Pulau Pinang hingga lah ke Langkawi dan pabila sudah rasa duit sendiri, langkah saya semakin panjang…dari Kelantan hingga lah ke Sarawak.

Percutian saya selalunya berbeza dng rakan-rakan yang lain, ramai diantara rakan saya yang bercita rasa tinggi … mereka gemar tinggal dihotel dan berendam dikolam mandi , tidak pula untuk saya yang lebih menyenangi menumpang bermalam dirumah rakan atau sedara…kalau tinggal dirumah rakan kami dapat merasa suasana sesuatu masyarakat itu dng lebih mendalam ..dari bahasa, makanan hinggalah ke adat resam mereka….dikala berumur 30an baru dapat mejelajahi seluruh malaysia (ada sahabat yang beruntung walaupun dikala 20-an yg sudah separuh dunia ini dijejakinya) dari bandar ke gunung dan hutan rimbanya…kini niat saya untuk BERKELANA dengan lebih jauh lagi …saya ingin ke menaluki Nusantara pula….kalau 2004 saya sudah ke pulau Jawa jika tidak ada aral melintang saya ingin ke Sumatera dan Thailand pula dan niat dihati sebelum saya 40 saya sudah menjelajahi semua bumi yg pernah dibuka oleh nenek moyang saya satu ketika dahulu…

- nota -

jom tengok -
bangkok & pattaya

gambar - bangkok



dua hari selepas artikel ini dikarang impian saya terlaksana jua ….saya telah menempah ticket utk ke Bangkok selama 7hari….saya akan kesana awal April 2005… Bangkok here I come….apa yang ada diBangkok ya??? Tiger show??? Lion show???? Ayam mentah???? huhuhuuuuuu …..yang pasti saya mengimpikan saya bergambar dikuli-kuli Buddah diserata bandar Bangkok…..dan melihat gelagat manusia bersun bath di Pattaya………Lepas ini kemana ya???? Sumatera???? …mmmmmmm tungggguuuuuuuuu poket ku semakin mengering…setandus gurun disahara….

Thursday, December 16, 2004

BUDI BAHASA

Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa

Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai

GURINDAM KELIMA
RAJA HAJI ALI ….



Penghuni kota mempunyai berbagai ragam berbagai budaya …saya tak tahu sama ada budaya anda sama dengan budaya saya …secara amnya budaya dinusantara semua nya ada persamaan..tak kira anda melayu, cina mahupun india …secara ringkasnya ada banyak persamaan …terutama jika kita semua berugama islam….

Kata orang dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung ..masuk kandang kambing mengembek lah kita …masuk kandang rimau tak kan kita nak mengembek ..pasti kita perkotak-katikkan si-belang durjana..itu “ fal-sampah” yang saya pegangan bila duduk diperantauan….

Sebulan ini saya cukup sibuk menghadiri jemputan makan-makan dirumah kawan-kawan dan jiran tetangga sehinggakan dah tak terlarat dek badan…..tetapi atas nama jemputan ...terpaksalah saya gagahkan jua dan bila bercerita tentang makan-makan ini …saya terkenangkan cara nenda sebelum kerumah jemputan …

kalau nenda dijemput kerumah kenduri kawin (dulu tak ada open house hari raya) …nenda cuma akan membawa anaknya yang terkecil (apabila anak nya telah didewasa nenda membawa cucu yang terkecil)..nenda tidak membawa kesemua kaum kerabatnya ….nenda tidak mahu ada orang kampung yang akan mengelarkan kami dengan gelaran “anak-anak babi” (sebab nenda mempunyai 14 orang anak dan 54 orang cucu) . Sebelum kerumah kenduri nenda akan memasak makan yang sedap-sedap untuk seisi keluarga, apa yang dimasak dirumah kenduri itulah yang akan nenda masakkan untuk kami kerana nenda tidak mahu anak atau cucu yang lain terkeliur dek tak merasa masakan kenduri….

Mungkin kerana saya telah dilatih begitu …saya terikut cara nenda ..jika saya akan kerumah jemputan , saya pasti memasak dahulu …saya penuhkan perut suami saya dengan masakan saya..barulah kami kerumah tetamu..saya tidak suka mengosongkan perut agar kami melantak sepuas-puasnya dirumah tetamu (ada umat yang akan berpuasa seharian sebelum menghadirkan diri dirumah jemputan, mungkin dengan cara itu dapat menjimatkan duit dapur mereka???)…bagi saya ke rumah terbuka bukan perlu disertai dengan acara melantak sehingga pecah perut…tujuan kerumah terbuka hanyalah untuk bersua muka dan berkenal-kenalan, makanan adalah acara sampingan saja ..sebagai pembuka kata….itu pendapat saya…

Bercerita tentang jemputan teringat pula saya kepada satu perkara yang saya selalu lakukan sehingga kekadang saya diangap “pelik dan cerewet”…saya bukan manusia yang buruk lantak…saya masih mampu utk menikmati hidangan yang sedap tanpa meminta..saya diajar oleh keluarga jangan pergi kerumah kenduri jika TIDAK DIJEMPUT…walaupun saya keinginan sangat utk menikmati juadah nya …saya pernah dipukul dan didenda oleh arwah ayah kerana pergi kerumah jiran yg ketika itu membuat jamuan harijadi tetapi terlupa menjemput kami sekeluarga….huuuuuu..pesan ayah, saya jadikan sempadan, “ berdosa sebagai org islam pergi kerumah kenduri jika tidak dijemput”. Ya saya memang saya agak cerewet apabila bab makan kenduri kendara tetapi saya bukan lah tahap DEWA yang perlu dirangkap sembah. Saya tidak kisah jika mereka hanya meng SMS, meng YM atau meng E-MAIL jemputan atau memesan kepada rakan-rakan saya…tetapi ianya mestilah dari mulut si tuan punya diri …CEREWET kah saya??? lain hulu lain parangnya …itulah saya … dan saya selesa berpegangan dengan tradisi itu ..tiada kompromi ..full stop…

Monday, December 13, 2004

SAKTI

:: Bagaikan Sakti ::

Cinta datang tanpa diundang seumur masa telah tercipta
Dia datang bagai sakti bagai meyaksi mekar kembang pagi
Cinta datang dengan seyuman panasnya membakar mentari
Wajah yang tak tergambar takan terpudar dari hati insan yang fana ini

Fana ini,

Takan mungkin mentari akan terus tersembunyi
Tiada sempandan tak bisa kulewati

Jika ini hakikatnya aku serahkan jiwa dan ragaku
Menanti dalam sengsara jika ini ketentuannya

Jika ini hakikatnya aku serahkan kan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya kaukan jadi milikku jua

Lirik - M.Nasir – Bagaikan sakti

::Inikah saktinya???::

Kalau anda pernah baca entry yg lalu, anda pasti dapat meneka yang saya sebenarnya mempunyai seorang ayah kandung yg tinggal jauh di pendalaman (ya…saya diberi kepada keluarga angkat) …AYAH dahulu nya seorang hartawan dan tidak saya ketahui apakah sebabnya yang saya diserahkan kepada kedua ibu bapa saya ketika itu. Sewaktu ibu ingin menghembuskan nafasnya, 2 tahun yang lalu, ibu telah ketemukan saya bersama ayah dan kini saya lebih mesra mengelarkannya sebagai “TOK MUDA”, ianya syarat yang perlu saya patuhi atas sebab sebab yang sungguh rumit untuk diperjelaskan …

TOK telah pun meninggalkan seluruh hartanya dan kebesarannya untuk bersendirian mengasingkan diri disebuah surau “taliban” didearah pendalaman… hanya kerana mengenangkan bahawasanya darah yang mengalir ditubuhnya sama seperti saya jua ianya telah menjadi satu tanggungjawap saya untuk melawatnya diawal setiap bulan purnama penuh…bukanlah menjadi satu beban kepada saya kerana saya jua telah sebatang kara sepertinya…saya berbesar hati sebenarnya….

Saya masih teringat akan pesan nienda saya… suami sejuta boleh dicari tetapi saudara, secair mana darah yang mengalir ditubuhnya ia tiada dua ataupun tiga ….kalau sudah tiada, diakhirat kelak baru berjumpa kembali…ianya sudah semacam satu tradisi didalam keluarga kami….darah lebih penting dari segalanya…

Saya tidak pernah bertanya kepada TOK mengapa saya diberi kepada kedua ibu bapa saya walaupun hiba mengenangkan apa yang telah berlaku, saya reda atas kehendak Ilahi…walaupun sehingga saat ini TOK tidak pernah dia memanggil saya dengan panggilan “anak” …tetapi saya dapat merasakan kehangatan kasih dari sinar matanya dan perbuatannya….jika saya sakit, beliau sanggup menompang lori utk turun ke kota ….dia pasti mengoreng beras dan kunyit jika saya cerit berit (puterinya buruk lantak ) atau menjadam dengan limau ketika panas datang meyerang ....masih saya ingat ketika saya disengat sang lebah durjana ketika memetik rambutan radum dibelakang suraunya…tidak tidur sepanjang malam beliau menjaga saya, menumbuk herba untuk dijadikan penawar…kasihnya sama seperti ayah yang telah menjaga saya selama 19 tahun…..

Ya, TOK tidak pernah memberi wang ringgit kepada saya apatah lagi tanah berekar…tetapi kasihTOK tidak pernah kering dan tandus, …sama penuhnya seperti kasih kedua ibu bapa saya yang telah pergi menemuai sang pencipta….cuma manisnya bersama TOK saya tidak pernah dipukul…sebab saya telah dewasa….saya bersyukur kepada yang ESA kerana saya diberikan begitu ramai insan yang sangat menyayangi diri saya…kalau dimasa kecil saya dijaga oleh nenda seperti menatang minyak yang penuh, kalau saya digigit nyamuk yang pasti satu rumah dihamunnya…ketika berumur 7 tahun saya mengenal erti kasih ayah dan ibu…ayah sanggup kelaut setiap minggu kerana ketika itu beliau tidak mampu membeli ketam dan sotong kesukaan saya dipasar, ketika penyakit asma saya bertambah teruk ayah sanggup menghisap hingus dan kahak saya diwaktu malam…….dan ayah meninggalkan saya ketika 19 tahun menemui ILAHI dan ketika itu saya menyesali kerana tidak dapat berjasa kepadanya….ketika saya berumur 25 tahun saya bernikah suami saya… betul kata org tua….sesayang mana pun suami terhadap isterinya tetapi kasih sayang nenda, ayah dan ibu tiada tolok bandingnya….sayang suami tak kan sama….suami tidak sanggup bercengking mata jika saya batuk sepanjang malam….paling tidak …dia akan tidur dibilik sebelah …suami tidak akan mengurut badan yang bisa sehingga kepagi kerana katanya ia ingin ke pejabat dng sesegarnya….kalau selalu kita merungut kesakitan…takut dimintanya pula seorang madu utk dijadikan penawar… tetapi kini pemberiannya melebihkan segalanya ….diberikan seorang yang tidak pernah saya duga….TOK….pemberian nie tiada tolok bandingnya lagi…. Ini adalah anugerah yang tidak terhingga….TOK ibarat ganti nenda, ibu dan ayah…tidak ramai yang bertuah seperti saya, mereka yang telah diambil digantikan dengan lebih baik ….bukan utk bermegah tetapi………saya hanya dapat memanjangkan rasa syukur kepada Sang Pencipta…sekarang saya percaya yang apa saja boleh diberi jika DIA berkehendakan….hanya yang perlu kita lakukan hanyalah meminta kepadanya….kerana DIA lah sebaik penjaga kita difana ini….

Friday, December 10, 2004

KASIHMU JUA

Adakah??

kasih mu sepekat darah ditubuh ku ini
sayang mu semanis halwa madu
budimu seteguh sepohon tualang
seluas angakasa tanpa sempadan
sedalam lautan tanpa bertepi

Bawalah perkabaran ini wahai sang bayu
Mentari akan menghangatkan aku dipelukanmu
Sang hujan akan membasahkan kasihmu
Sang embun akan mentunaskan aku bersama nyawanya…

Kerana
Aku perlu tahu
Bagaimana kasih mu terhadap ku ….
Kerana kau sekali kau ucapkan kepada ku
Ayat keramat itu


Kekadang kita sebagai manusia amat payah utk membezakan kasih yg diberikan oleh seorang kepada kita

Saya juga tidak pandai menilai kasih…bagi saya jika suami mengatakan I love u…barulah kasih …bagi saya jika seseorang kasihkan saya , mereka perlu memberi secara solid …benda yang dipegangan, dirasa atau disentuh….mungkin kalau kata-kata kasar - saya seorang yg materialistik…..ohhhhh ya mungkin itu saya….mungkin kerana cara didikan saya atau cara pembacaan saya… ….saya hanya mula diajar mencium tangan ibu saya ketika berusia 20 tahun ..itu pun melihat seorang rakan yang asyik mencium tangan ibunya tidak kira waktu…ohhh ibu malu-malu ….mengeluarkan tangannya dan akhirnya butiran permata jatuh dari anak matanya ….ibu saya juga tidak pandai menunjukan kasih dan sayang nya dng cara belaian, pelukan ataupun ciuman …dan saya tidak salah kan ibu …saya faham cara ibu didik ….tapi saya tahu ibu terlalu sayang kan saya….kalau ibu berwang apa yg saya minta pasti ibu belikan…

Kini baru saya bahawasanya kasih itu sebuah pengorbanan…..kasih tidak boleh dibeli dng wang ringgit atau pun harta tetapi kasih dan sayang hanya dapat diukur melalui pengorabanan seseorang terhadap kita….seperti ibu yang sanggup bergadai nyawa utk melahirkan saya…ayah yang sanggup menebalkan muka berhutang hanya utk melihat anak gadisnya menjamah brani…suami yang sanggup berhempas pulas bekerja utk memberikan saya tempat perlindungan yang sangat selesa….TOK yang sanggup memanjat pokok tualang utk sebotol madu asli yang saya idamkan….itulah kasih yang tidak dapat dibeli walaupun berjuta ringgit diberikan….

Walaupun saya bukan puteri raja, saya bersyukur kepada yang ESA kerana apa yang dicurahkan kepada saya oleh mereka belum tentu sang puteri dinegara antah berantah dapat rasakan….Saya bersyukur yang saya sering dikelilingi oleh manusia yang sanggup berkorban nyawa demi saya… Mungkin nilah yang dikatakan kasih dan sayang ….tak ternilai dek permata sebesar gunung…


gurindam ...bugis


gambar

Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tida murka
Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan mendapat selamat
Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai
Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya menjadi kapil

GURINDAM PASAL YANG KESEPULUH
RAJA HAJI ALI …..

I

Saya cuba untuk menghafal Gurindam Duabelas karangan Raja Haji … dan pabila sampai ke Pasal ke10 …teringat kepada tanggungjawap saya kepada ayah dan bonda….kini mereka tiada lagi …anak pun belum menjelma …oleh itu tanggungjawap saya kepada rakan dan taulan saja ya ….

Ohhhhh….Raja Haji tak suruh pun kita berbaik dng saudara sebapak seemak ya????....kenapa??? mungkin kekadang kala berbudi dengan yang jauh lebih menguntungkan dari dengan saudara sepusat atau sebau bacang…



Tuesday, December 07, 2004

RAJA HAJI ALI

DENGARKAN TUAN SUATU RENCANA
MENGARANG DI DALAM GUNDAH GULANA
BARANGKALI GURINDAM KURANG KENA
TUAN BETULKAN DENGAN SEMPURNA

Raja Ali Haji
Selasa Rejab 263H
Pulau Penyengat
Riau, Sumatera....

Mungkin tidak ramai yang kenal sapa beliau nie ya....semasa kecil saya kagum dng beliau ...ketokohan beliau ...beliau wira saya selepas Hang Tuah...saya tahu dia seorang pahlawan dan raja yang gagah berani ...Melayu Bugis, Raja diLaut, samudara adalah takluk jajahan mereka tetapi saya sungguh terkejut bila mengetahui yang beliau juga banyak mengarang gurindam dan syair rupanya beliau juga seorang tokoh sastera yang ulung...

Saya suka pada GURINDAM DUABELAS....saya juga suka kepada Kitab al-Nikah...beliau menulis hukum hakam islam dng cara bergurindam dan bersyair...sungguh manis bila di baca...ohhhh saya jatuh cinta kepada bahasanya...kalau dulu saya bayangkan org bugis semua nya ganas dan garang tetapi pabila membaca syirnya ....terasa begitu manjanya lelaki bugis...yaaaa dan kini barulah saya ketahui mengapa begitu ramai sang gadis yang sanggup bermadu dng lelaki berbangsa Bugis...

Friday, December 03, 2004

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - HAMKA

ULASAN BUKU - HAMKA

I

“Dia seorang pemuda yang melarat. Melarat dari sejak asal dan turunan, pusaka yang diterimanya sejak dari ayah dan bondanya.. Ayahnya bangsa Minangkabau tulen yang terbuang jauh dari kampung halaman, sampai mati dirantau setelah kembali dari buangan, lantaran malu pulang ke kampung. Lagi pula meskipun pulang, bukankah ada pepatah:

“Tak ada ranggas di Tanjung,
Cuma nak ampaian kain
Tak ada emas dikandung
Dunsanak jadi ‘rang lain’ ”

Ibunya seorang Mengkasar, mati seketika dia masih kecil, hidupnya besar dalam pangkuan org lain. Ditempuhnya Tanah Minangkabau dengan cita-cita besar, cita-cita hendak menempuh tanah bapa, tanah tempat dia dibangsakan menurut adat istiadat dunia. Kiranya kedatanganya kesana, dipandang org laksana minyak dng air …di Minangkabau dia orang Bugis di Mengkasar dia tetap orang Padang… dan dia diusir dari tanah asal keturunanya…pinangannya ditolak kerana dia bukan orang Miangkabau, negeri dimana ibu berkuasa, dia tidak orang beradat berlembaga tidak berboko tidak berbangsa….bagailah bangsa lain tidak beradat berbudaya …..


II

“Ya, demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada org lain walaupun bagaimana besarnya….siapakah diantara kita yang kejam, hai perempuan muda??? Tiba-tiba kau balas yang tak tersudu diitik, tak termakan diayam….masih mendinging ditelinga perkataan mamak mu…”NEGERI KAMI NEGERI BERADAT”….kamu mesti pulang ke Padang !!…Pulang ke Minangkabau!! Janganlah hendak dikawini saya, bangsa yg tidak tentu asalnya …bukankah Miangkabau itu negeri Beradat???.... .. Pantang pisang berbuah dua kali, pantang pemuda memakan sisa…..


:: nota ::

Saya terjumpa buku ini di Kinokuniya- KLCC…oleh kerana namanya telah tersohor dipelusuk Nusantara, hati tergait-gait untuk mendalami tulisan beliau….mulanya agak lucu bila melihat bukunya hanya berharga RM16-00 senaskah, terdetik dihati saya bahawasanya begitu murahnya harga penulisan bangsa Melayu ….atau mungkin Hamka tidak seperti yang diagungkan …tetapi pabila saya membaca tulisannya dan fahami nuklian yang ingin disampaikan dan akhirnya dihelaian terakhir, tertumpahlah butiran halus dihujung mata saya….buku ini tidak sepatutnya berharga RM16-00, ia lebih mahal dari itu…ianya satu refomasi yang perlu ditanamkan kesetiap hati bangsa Minang, hati saya bercampur baur, isinya sangat berat tak tertanggung dek badan rasanya ….cerita tentang cinta dan harapan antara insan timur yang ingin mencari jalur susur dan meniti hari kemodenan dan memyelami tentang adat yang yang telah lapuk di panahan mentari dan lekang dek hujan…. mungkin…ya bagi saya ianya satu naskah yang hebat yang patut dibaca oleh segenap bangsa Nusantara….


HAMKA

[]

kalau tidak ranggas di Tanjung
cuma nak ampian kain
Kalau tidak emas dikandung
Dunasak (saudara perempuan ) jadi rang lain

Saya sedang membaca TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK dari HAMKA…satu naskah yang berat bagi mereka yang mengerti…bagi anda yang ingin mendalami adat Perpatih …buku ini patut anda baca dan halusinya…


[]

Bukit putus Rimba Keluang
Direndam jagung dihangusi
Hukum putus badan terbuang
Terkenang kampung kutangisi


Mungkin inilah rasa hati lelaki Minang yang terbuang ...

HAMKA dilahirkan pada 17 Februari 1908, di Meninjau Sumatera Barat dan meninggal pada 21 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenarnya HAMKA ialah Haji abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau mereupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara. Bujak dan mahir dlm bidang kesusasteran, penulisannya yang kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam….


Thursday, December 02, 2004

HIDUP INI

Sudah pergi awan kelabu
Ditiupi bayu lembut
Mentari menerangi bumi yang kelam
Sepurnama yang lalu

[]

Hidup tak selamanya indah dan hidup juga tak selamanya mendung…kalau dulu aku dipulau kini mereka yang meludah ingin menjilat kembali …memang pada mulanya sedih tidak terkira ..apakah salah ku sehingga aku diperlakukan begitu rupa ..akhirnya aku mengambil jalan mudah, “I don’t care anymore”, aku ingin hidup terus melangkah kehadapan, bukan kebelakang , life have to goes on …akhirnya aku tahu misi ku berjaya …mereka datang kembali, mungkin utk menuntut hak yang bukan mereka punya…mereka ingat aku sebodoh mereka tidak tahu apa yang telah mereka rancang, ku panjangkan syukur kepada yang Esa kerana telah memberi aku akal yang tajam ….



Rezekimu
Sedalam sumadera tiada penghujung
Sebesar angkasa tiada sempadan
Walaupun hanya sebiji zarah
Untuk kami hambamu ini…

[]

Tidak dapat diperhitungkan betapa besarnya rezeki Allah. Sentiasa cukup utk semua kejadiaannya…Cuma kita saja tidak mengerti ataupun buat buat tidak tahu…walaupun hanya bergaji ratusan ringgi ada hambanya yang masih mampu menyara anak seramai 9 orang…sehingga ke menara gading…ada pula yg bergaji puluhan ribu masih tidak mampu untuk menanggung isteri seorang.. pelikkan…

Sampai sekarang saya masih tidak boleh membuat seperti ibu saya lakukan…dulu suaminya hanya bergaji RM150 sebulan tetapi ibu boleh membeli tanah berekar-ekar….ibu belajar nya tidak tinggi , kerana tidak cukup wang ibu tidak dapat meneruskan pelajaran ke darjah 2…ibu tidak tahu membaca mahu pun menulis… tetapi ketika ibu meninggalkan kami, semua anak nya dapat sebidang tanah ataupun rumah ….dapat seurat rantai utk setiap anak gadisnya agar dijadikan kenangan…tapi saya …masih belum mempunyai anak masih berkais-kais setiap bulan…..bagaimana ya???

Tuesday, November 30, 2004

CINTA

Kasih
Ayamkanlah aku
bersamamu

Sayang
Dakapkanlah aku
bersamamu

Rindu
Bawakanlah aku
bersama mu

Agar ia tahu
Betapa tinggi
CINTA INI…..

Sunday, November 28, 2004

Zakat

Berilah apa yang engkau mampu,
dan janganlah engkau menahan
(untuk bersedekah)
lalu ditahan oleh Allah (rezeki) atasmu.
(Riwayat Muslim & Nasaai)

saya membayar zakat …bukan utk bermegah tetapi utk menggalakkan org lain juga berzakat …ramai diantara kita yang tidak tahu apa itu zakat …kalau tanya pada ibu bapa kita ..mereka akan kata ohhhh aku pun bayar zakat …bila nak raya tu …itu zakat fitrah zakat itu wajib walaupun anda fakir …itu zakat tubuh badan ..hanya RM4.90 sekepala…

yang saya maksudkan ialah zakat pendapatan …zakat harta benda ..zakat padi …zakat emas yg kita pakai …ya saya berbangga kerana saya dapat membayar semua zakat diatas …saya tak takut kalau jatuh miskin kerna membayar zakat ..kerna telah dijanjikan oleh Allah sesiapa yg membayar zakat akan disuburkan rezekinya berpuluh kali ganda …

Ini cerita saya …

7 tahun dulu saya menganggur …saya duduk menompang bilik di rumah kak, tiada kereta, tiada rumah tiada wang ….akhirnya suami saya niat kalau cukup duit dia nak bayar zakat pendapatan…kira-kira punya kira mengikut kira kami kena bayar sebanyak RM120-00, lepas sebulan suami saya bayar saya dapat kerja bergajikan RM1200-00 sebelum (betullah janji Allah … kami bagi org susah 120 setahun kami dapat balik 1200 setiap bulan)….tahun kemudian nya saya & suami membayar RM150 ..tup tup rezeki saya dapat beli rumah harga RM130 ribu….saya bayar setahun 150 setahun saya dapat rumah 130 ribu sepanjang hidup saya …itu lah nikmat Allah.

Ada org kata …aku tak nak bayar kat Pusat Zakat …entah kemana zakat itu akan disalurkan …tapi bagi aku pulak …Aku tetap akan membayar di Pusat Zakat di negeri masing masing kalau mereka guna duit tu ..mereka tanggung di akhirat kelak ..aku sebagai umat islam telah menjalankan keja ku ..Allah kata bayar zakat kepada pemerintah islam …itu saja …utk membahagi-bahagikan biarlah mereka yang buat…apa apa besok biar mereka jawap ... keje aku sebagai umat dah selesai...

Lagi satu masa aku pergi kurus dulu …ustaz ada kata …elok org islam bersatu padu bayar di satu tempat …kalau seorang bayar 100hinggit , 10 juta dah berapa????...dan kalau kumpulkan banyak perkara yang kita dapat lakukan …tapi kalau kita berseorangan apa yang boleh kita bantu umat islam dng RM100…nak biayai pendidikan anak pun tak cukup kan???? Itulah pentingnya muafakat dan bersatu pada…kalau 22 juta umat islam di malaysia bayar 10 hinggit dah cukup utk menampung fakir di malayisa betul tak???

Cuma dimalaysia ini satu je saya tak setuju …kalau kita bayar zakat di selangor ..wang zakat tu tak di salurkan ke kelantan atau pun ke sabah ….kekadang sedih jugak tengok zakat di selangor bernilai 40juta di kelantan tak sampai pun 15 juta….sedangkan penduduk dikelantan tu lebih ramai yg memerlukan wang zakat…

Wednesday, November 24, 2004

Rumah Terbuka??

Adakala saya menjadi agak rimas bila ada yang bertanyakan soalan “bila nak buat rumah terbuka” atau yang lebih memualkan ada saudara rapat yang tak sayang mulut bertanya tidak membuat rumah terbuka atau tidak cukup bajet??? Dan soalan cepu emas itu akan saya jawap secara sepontan bahawasanya rumah saya sentiasa terbuka selama sebulan cuma apa yang perlu mereka lakukan jika ingin kerumah saya hanya perlu menekan butang telephone bimbit masing-masing dan berikan hari dan waktunya saja…

Bukan saya menolak tradisi membuat rumah terbuka tetapi saya adalah manusia yang tidak bernama rasanya tidak perlu untuk membuat rumah terbuka…saya bukan artis yang mempunyai ribuan peminat atau saya bukan politukus yang perlu menjaga hati pengundi saya..jadi apakah rasionalnya bagi saya utk membuat RUMAH TERBUKA???

Masyarakat kita tidak kira Melayu atau pun India (saya tidak pernah dengar lagi masyarkat Cina membuat rumah terbuka walaupun merekalah bangsa yang paling kuat makan) kadang kala terlalu mengikut sesuatu tradisi yang tidak sesuai untuk dijadikan amalan.

Bagi saya hari raya adalah hari dimana kita berjumpa untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama islam…cuba anda bayangkan jika anda membuat rumah terbuka…tetamu yang datang sekitar 100 hingga 150 org…bagai mana anda ingin mengeratkan tali persaudaraan, nak tanya khabar pun sudah penat apatah lagi nak beramah mesra, sudah lah jumpa setahun sekali selepas bersalamaan semuanya akan pergi makan (makan sambil berdiri pula tu …), melantak semahu-mahunya, akhirnya hari dimana sepatutnya kita digalakan supaya menjadi umat yang bersederahana dan bersatu padu bukan menjadi hari pertunjukaan pentas untuk memperagakan sapa yang lebih kaya atau pun kasa…..

Selalunya bila syawal menjelang tiba…mula-mula saya akan pulang kekampung…melawat semua warga yang lebih tua dari saya …setelah seminggu saya akan pulang kekota…diwaktu itu …family dari kedua belah pihak pula akan membuat kunjugan balasan pula…..selalunya diminggu pertama adalah untuk keluarga dibelah suami saya dan minggu kedua dari kaum kerabat saya pula (kadang kala mereka akan bermalam dirumah kami). Jiran-jiran terdekat pula akan saya jemput dihari biasa hanya membuat acara minum petang….kepada rakan sekerja pula kami akan menjamu mereka di minggu ketiga..selalunya sabtu dari rakan suami dan ahad nya pula rakan sekerja saya.

Saya lebih selesa jika kaum keluarga saya datang secara berkumpulan dan saya dapat hidang kan masakan kegemaran mereka secara khusus sebagai contoh disebelah saya mereka suka kan ayam goreng berempah dan spageeti ( lebih kebaratan ) dan eluarga suami saya pula lebih suka kepada menu tengahari dan ketimuran.... Barulah dapat kita duduk bercerita dan bergurau senda dan dapat lah mengeratkan lagi tali persaudaraan itu….walaupun ianya nampak remah dan temeh tetapi ketika inilah masanya kita berjamu dan bersuai-kenai ibarat kata minang "jauh moncari suku, doket moncari waris". …menu bukanlah perkara utama ketika Syawal menjelang tetapi eratan dan tali persaudaraan diantara sesama islam itu lebih penting….tidak perlu dijamu dng makanan kelas pertama cukup apa yang ada…sudah memadai bukan????

Tuesday, November 23, 2004

Ertinya sebuah hari raya

Mungkin sudah agak terlambat utk bercerita tentang hari raya ..tapi kata org tua-tua …raya sebulan …

Kalau diwaktu kanak-kanak hari raya merupakan hari mengumpulkan wang …dari ayah turun ke pak cik hinggalah ke nenda…selalunya ampow diberi mengikut berapa hari kami berpuasa dan nilai nya pula RM1-00 utk sehari, hari raya juga hari melaram ..ibu pasti buatkan saya sepasang baju kurung dijahit tangan dan beberapa helai gaun. Memang betullah, hanya kanak-kanak saja yang bergembira di hari raya…..

Bila meningkat remaja, perniagaan ayah merundum, tiada lagi baju baru , nenda pun telah pergi menuemuai yang esa …raya tak semeriah mana…ketika itu aku terpaksa memberi giliran adik yang kecil pula utk merasa kenikmatan beraya ….teringat betapa ayah terpaksa mengambil upah membuat rendang dan kuah kacang agar kami sekeluarga dapat merasa juadah itu utk berhari raya….

Bila sudah berkawin, hari raya sudah tidak dirasai lagi …semua nya tanggung jawap, rendang perlu dipelajari , merebus ketupat dan berbagai lagi …raya bukan lagi satu kegembiraan tetapi satu tanggungjawap yang perlu di isi utk mengembirakan generasi muda….

Tetapi tahun ini baru lah saya tahu erti sebenar-benarnya hari yang diberi kan oleh Allah kepada umat islam, Eid-Mubarak adalah hari dimana kita membuang segala dosa yg lama, kita ganti dng hari yang baru …bermaaf-maafan diantara keluarga dan berkunjung kerumah saudara yg tua utk mengeratkan lagi perhubungan..bak kata org melayu “yang jauh di dekat kan, yang dekat di rapat kan”. Yang kaya membantu yang miskin ….di hari ini kita perlu memberi kekuatan kepada yang lemah, yang tua meyayangi yang muda dan yang muda mengasahi yang tua…..buang yang keruh ambil yang jernih.

Eid-Mubarak bukan untuk kita menujuk siapa yang lebih kaya, lebih hebat atau lebih kasa…bukan untuk memperagakan barang kemas di tangan ataupun baju ratusan ringgit mahupun kereta ratusan ribu tetapi Eid-Mubarak adalah hari dimana kita memaafkan segala kesalahan saudara kita tidak kira muda mahu pun tua, hari dimana silaturahim dipereratkan, hari utk bersedekah dan beramal jariah ….jangan lah kita menjadi bangsa yang terdahulu meyalah-gunakan hari yang baik ini membuat amalan bidaah yang akan merosakkan hubungan kita sesama islam….marilah kita bersama-sama memeriahkan bulan mulia ini dengan kunjungan ke rumah-rumah saudara kita yang tua, melawat pusara org yang terdahulu dari kita dan bersedekah jariah kepada anak yatim yg memerlukan.


Monday, November 22, 2004

raya tahun ini

tahun ini saya beraya di Jelebu (dirumah mertua), kali ini raya sungguh meriah sekali,seluruh keluarga semuanya pulang kekampung...ada yang hampir 10 tahun tidak pulang pun akhirnya mendapat seru utk beraya di kampung ...mungkin kerna saya dan suami saya ada mereka pun nak pulang juga kot(perasaan lah nie)... hehehhehe. Tok Haji sanggup beraya bersama kami, Pak Usu pun begitu walaupun isterinya tidak mahu pulang dikeraskan hatinya balik kekampung bersama anak-anak nya, rumah kami jadi rumah tua kali ini dan saya tak sangka ada juga isteri yang tidak mahu mengikut suami pulang kekampung), makcik yang tidak pernah beraya dikampung halaman akhirnya terbuka hati utk beraya di Jelebu bersama sama kaum kerabatnya yang sejauh di nun Penang sana berpusat diJelebu ....dan berbagai lagi...tetapi syukur kampung suami kali ini meriah sekali...


baby dah tak sabar nak balik kampung....


SEHARI SEBELUM HARI BANTAI

ohhh ya tahun ini kami sekeluarga kacau dodol sebelangga ...best gilerrrrr ...rasa nya aktiviti ini akan diteruskan utk mengeratkan lagi silaturahim diantara keluarga...

kami juga anyam daun ketupat...
(maaf tak de gambar ..bateri kong)..

HARI BANTAI
mungkin masyarkat minang mengelarkan hari ini sebagai hari bantai kerana ...kita semua terpaksa membating tulang utk membuat persiapaan hari raya....

kami buat seperti semua org lain buat ...rendang daging & ayam, rebus ketupat, kuah kacang, rendang kerang ....


ketupat beras dan pulut


memasak rendang dan ketupat di penanggah

pasang lampu keliling rumah ..

nyalaan pelita utk meyenangkan org surau datang bertakbir...

bertakbir dari kampung kekampung (maaf tak de gambar ..saya tertidur...menantu pemalas heheheh)

PAGI RAYA
Sembahyang hari raya ..(saya tak dapat bersama .....bulan dah penuh...)

sekampung datang menyerang ....

anak kecil yg gemarkan rendang


sebahagian menu utk jamuan sekampung


3 generasi berkumpul (cicitnya malu nak ambil gambar....)


saya beraya....(maaf tak dapek ambil gambar dah nanti org kata gayat dah pulak...)

ESOKNYA ..

BALIK Ke Port Dickson


tahun nie tak dapek gi masjid dan kubur ....

Monday, November 08, 2004

KEPADA MU AKU BERSERAH

Entah mengapa, cuaca diMalaysia sudah tidak menentu lagi ..dalam sekelip mata, langit yang terang benderang boleh bertukar menjadi gelap gempita…Jumaat lepas, perancangan awal ingin pulang segera untuk singgah ke gerai nasi byrani …tetapi langit tak sentiasa cerah …panas tak sampai kepetang, 4.30 kepulan awan menjelma, tanpa guruh dan petir hujan turun mencurah..seakan menangis mahu-mahunya …dan ketika ia berhenti sebentar seketika, aku yang tidak berpayung berlari anak merendah gerimis dan sampai saja di perhentian teksi, hujan mengila kembali dan kali ini ditemani rakan karibnya, Angin.

Nasib, tuah masih dipihak ku …ada teksi yg masih sudi berhenti …didalam perut teksi hati berkata “Habis lah, tak de payung bagai nak menjamah nasi idaman hati” (telah hampir sebulan mengidam), dan aku cuma dapat menelan air liur pekat ketika teksi meluncur lalu digerai byrani dan ku pujuk lagi hati yang lara , “tak pelah, bila teduh sedikit akan ku turun bersama sekaki payung”.

Tetapi memang kita hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan segalanya, ribut sepanjang malam …hati meraung, kenapalah payah benar untuk menjamah sebungkus byrani, terkeliur bila mengenangkan si-Yani dapat menjamah brayni hampir setiap hari..betapa tidak adilnya Tuhan kepadaku. Dan betapa sukarnya tekak ini dipaksa menelan telur kicap pabila azan dilaungkan (peti sejuk kosong kerna tidak kepasar…) dan akhirnya aku tidur awal..aku dan dunia ku……..enak diulit mimpi ketika hujan dingin.

Keesokan harinya, barulah ku tahu betapa bertuahnya diri ini, jika dikala aku dipercikkan tempias gerimis, rupanya ada warga kota yang terkandas dek banjir kilat separas lutut, jika dikala air mataku jatuh dipipi kerana terpaksa menjamah telur goreng kicap rupanya ribuan warga kota terpaksa berbuka tanpa air dan makanan dek terperangkap dengan kesesakan yang tidak dapat diceritakandan ketika aku enak diulit mimpi, bersama bayu gunung membuai lembut, rupanya ada sepasang suami isteri yang telah kehilangan anak dan rumah dek tanah runtuh.....

Ya ALLAH, aku yang kecil lagi hina ini tunduk syukur kepadaMU kerana kau telah mempermudahkan segala perjalanan aku dan suami ketika itu …rupanya segala kepayahan yang kau beri kepada ku itu cumalah adalah kepayahan yang teramat mudah diantara hamba mu yang lain ….


JAWAPAN HAMPEH

:: Pak Lah tentang banjir di seluruh negara

"Perdana Menteri juga menggesa orang ramai tidak membuang sampah sarap sesuka hati menyebabkan sungai dan longkang tersumbat dan air melimpah melepasi tebing apabila berlaku hujan lebat.“Sisa binaan seperti tanah, simen dan kayu yang bertimbun di sana sini menyebabkan aliran air menjadi perlahan apabila hujan dan tidak dapat mengalir ke dalam longkang dan sungai dengan cepat.“Sampah sarap yang dibuang ke dalam longkang juga menyebabkan aliran air tersekat dan menyumbang kepada kejadian banjir, terutama di kawasan pembangunan pesat seperti di Kuala Lumpur,” katanya.

Lela: Apa kena mengena banjir satu negara pasal buang sampah lah pulak ...nak salah kan rakyat lah nie, zaman datuk nenek aku dulu tak de pun alam flora tak de pun dbkl angkat sampah tak banjir pun ???

::MB Selangor

"Saya tak faham kenapa Dr Azman tidak membenarkan orang kampung memasuki rumah utk menolong ..mungkin kalau orang kampung tolong tak akan jadi begini" Berita TV3

Lela: kenapa nak salah kan Dr tu pulak, masa tu rumah dia tak runtuh lagi ..dia tak nak org kampung ambil barang dia kot...anak dia mati itu dah kuasa Tuhan ...kalau org kampung datang pun nak mati mati jugak ....soalan nya kenapa boleh terjadinya tanah runtuh ???...nie pun nak salah kan rakyat ..kawasan tu dah beratus tahun org kampung buek rumah tak pernah tanah runtuh ..sejak hutan dan bukit ditarah secara rakus oleh kerajaan negeri kawasan gombak sudah tidak stabil lagi ???? Salah hujan lagi ke ???


Wednesday, November 03, 2004

BABY


* baby baru buka posa, rehat kan badan di depan tv
** aku saja ganggu baby yg tengah bergolekan dng b/fnyer (laki aku lah tu), apa lagi benganglah si baby tu



*** baby dah start mengganas

**** dia tergolek lagi ..(baby hanya akan tido diatas tilam ...huhuuuu)

Apa lagi ye??

Syukurlah tahun nie dapat membeli sepasang baju kurung (dah 6 tahun tak tukaq baru raya) untuk diri sendiri dan sehelai baju melayu berwarna purple dan 2 pasang seluar untuk sang suami…seperti biasa saya hanya membeli “kuih tunjuk” sebab saya memang tak pandai dan tidak mempunyai kesabaran untuk membelek biskut yang cute miut kerana benda cute perlu ketelitian dan masa yang banyak…semalam cuti Nuzul Quran ye… maka paginya saya cat pintu pagar dan suami cat dapur …malamnya pula saya kerumah ren bergotong royong membuat acar buah untuk dijadikan buah tangan kepada saudara dan rakan terdekat (nak buek kuih tak pandai ..nak beli tak termampu…) kami buat 10 kilo acar buah dng modal RM150 …cukuplah tu …


Apa lagi ye persiapan saya untuk raya nie ….sabtu nie saya nak basuh rumah, nak basuh langir dan cadar sebelum balik beraya ke kampung …depavalli nie suami nak kacau dodol di kampung …mmmm apa ye yang tertinggal …saya dah bagi duit kat adik untuk beli barang pasar di hari raya nanti (dia masih tanam anggur)…saya dah beli sepasang baju untuk ayah tapi ayah suruh saya letak kat rumah  je katanya dia takut baju yang saya beli itu dipakai orang. (ayah dah 5 tahun duduk tinggal disurau didearah pendalaman – sekali sekala dia datang duduk dirumah saya utk berehat) .

Kad raya pengganti diri sudah diedarkan kepada rakan-rakan yang jauh ..yang boleh dihubungi melalui e-mail hanya kad maya sebagai tanda peyambung tali persahabatan…

Apa lagi ye????........ohhhh saya perlu bayar ZAKAT FITRAH …inilah perkara yang paling penting sebagai syarat untuk berhari raya … Suami kata dia nak bayar di Kuala Lumpur je, senang mudah dan cepat tapi saya kata bayar lah di Jelebu …Kuala Lumpur dan Selangor pungutan zakat sudah mencecah puluhan juta …sampai dah tak terbagi dah fakir seluruh selangor nie (sehinggakan pekerja PZS pun diberi Kembara…) di negeri sebelahan Selangor dan Kuala Lumpur N9, Perak, Kelantan & Terengganu terlalu kurang pungutan zakatnya …rasa nyer N9 tahun lepas tak sampai pun 5 juta ……kekadang kita perlu menolong saudara terdekat sebelum menolong yang jauh…betul???

Friday, October 29, 2004

MURAHNYA

tidak dapat saya gambar kan dengan kata-kata ...lihatlah saja ...mereka satu bangsa dan satu agama...mungkin kalau kita masih leka ...kita juga akan begini ....





mana perginya pemimpin islam????
mana perginya pejuang islam???
mana perginya RAJA MELAYU???
kenapa kamu membisu????
Berapa banyak nyawa lagikah yang kamu perlukan utk kamu bangun menolong???
Nyawa kami sudah tidak berharga lagi kepada kamu ???
Begitu murahnya rupanya nyawa orang islam kepada kamu ....


Wednesday, October 27, 2004

MELAYU SUMATERA

::DATA::

Ada beberapa rakan yang bertanya dari mana saya dapat sebegitu banyak info tentang masyarakat Minang??? Jawapannya dari cerita orang tua dan pembacaan ..bapa saya cerita tentang indahnya bumi Minang, tentang berani nyer pahlawan Minang, tentang bijak warga Minang ketika berlawan dengan Mahajapahit…saya tak percaya kata bapa …bapa kata carilah kalau kau tak percaya …saya cari buku pasal Minang saya cari tokoh Minang di tanah jawi ..ya allah betapa payah nyer mencari data mengenai masyarakat Minang …akhirnya buku yang pertama saya baca mengenai Minang adalah TAMBO ALAM NANING – DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA…saya beli ketika sale di stor DBP di AU 3, saya sarankan kepada semua warga yang mengaku sebagai anak Minang perlu menjadikan buku ini sebagai kamus kehidupan, lepas itu saya mencari dan mencari lagi buku tetapi tidak pernah ketemui sehinggalah rakan saya terjumpa beberapa buku yang boleh dibuat rujukan dan selepas itu saya menjumpai sebuah kedai buku maya yang menjual berbagai buku minang …mungkin anda juga seperti saya, sukar utk mendapat fakta tentang masyarakat Minang …. Kalau dahulu orang Minang kurang pendedahan atau mereka yang kurang ingin mendedahkan diri diarus media massa dan atau mungkin tidak mahu mengaku mereka berdarah minang (malu atau takut nanti menjadi anakdara tua atau anak perempuan tidak dipinang) tetapi sekarang saya bangga bila melihat kedai buku maya ini, web yang canggih diterajui oleh masyarakat minang dan ramai penulis muda yang telah mewarani dunia kini..mungkin ramai lagi yang terkenal dan ternama tetapi masih malu untuk mengaku mereka bangsa minang …cari lah sahabat ku kemudian anda akan tahu betapa hebatnya dan perkasa kita darah yang mengalir didalam diri kita ini.

Kedai Buku Maya – UJANA

::SYAIR BUMI KU::

Saya selalu bertanya kepada ayah..indah sangat ke bumi Minang…hebat sangat ke pahlawan Minang dan ayah cuma cakap kalau tak caya cari lah cari lah ….akhirnya saya terjumpa ini …


Elok ranahnyo Minangkabau
Rupo karambia tinggi tinggi
Cando rumpuik gantie gantielan
Rupo pinangnyo linggayuran
Bukik baririk kiri kanan
Gunuang Marapi jo Singgalang
Tandikek jo gunuang Sago
Pasaman jo gunuang Talang
Aianyo janiah ikannyo jinak

Lagi di …
Alam Minangkabau
Oleh A.B. Dt. Majo Indo
Disadur dari buku "Kato Pusako"


Tuesday, October 26, 2004

hujan datang lagi


ANGIN BERTIUP LEMBUT....LANGSIR DI RUANG TAMU MENARI GEMALAI...



AWAN BERARAK MENUTUP HANGAT MENTARI , BUMI KELAM SEKETIKA.




BUMI DINGIN DISIMBAHI AIR RAHMAT ....BEKU KAKU



SELEPAS HUJAN, SEGAR DAN MENTARI MUNCUL KEMBALI, BUANA SEAKAN KAKU SEKETIKA , DAMAI DAN TERANG ..HUJAN TELAH MEMBERSIHKAN KEKOTORAN SEHINGGA LANGIT BEGITU TERANG...



Sunday, October 24, 2004

BULAN PUASA

::Berbuka::

Pening dok memikirkan nak masak apa …terutamanya dikala kita berpuasa nie …mungkin ramai yang kata ala buat apa nak teruk teruk masak …berdua je bukan ada anak …dibawah tu pilih aja apa yang ada ..10 ringgit macam macam dapat ..bukan tak nak beli tapi terfikir bermacam-macam diantaranya ..

a) Salah satu sebabnya saya nie gila nasi …buka puasa mesti nak nasi ..so setakat nak beli memang rasa tak berbaloi, lagi pun saya nie buruk lantak ikan seekor tak cukup seorang. Ayam seketul lekat kat gigi je.

b) Kalau saya pi membeli mememang tak boleh bertambahlah jawapnyer …lepas tu kena masak sahur pulak..last last sama juak …baik sekali masak …

c) Selalu lauk kita beli dah berapa hari direcycle terutamanya sekarang nie musim hujan, biasalah peniaga mesti nak untung

d) Kebersihan – biasanya orang gerai nie tak berapa bersih …bukan lah saya nie pembersih sangat tapi kalau beli ikan pun dah berbau macam mana nak sumbat ke anak tekak ye????

e) Selalunya gerai masak memang berkilo kilo ajinomoto, dah lah perut kosong masuk terus serap apa yg kita makan, kita nak puasa nak sihat kan badan terus badan jadi toksik.

Saya cuma kekedai jika teringin nak makan menu yang sukar untuk dimasak sebagai contoh nak makan nasi brani ke atau nasi tomoto ke atau sesekali teringin nak berbuka western menu ketika berpuasa.

::Bersahyur::

Dari kecik saya liat bangun sahyur …tapi dah jadi isteri nie terpaksa lah jugak…nasiblah suami saya jenis yg tak kisah selalunya dia tak selera nak makan nasi pepagi buta maka kami pun buat ala sarapan pagi …kekadang roti dng telur, cucur bawang dng kari, mee goreng, lempeng ….begitulah selama sebulan ..boleh??

::makan dihotel::

selalunya dalam sebulan berpuasa sekali mesti saya pergi makan dihotel, suami saya akan pergi bersama-sama rakan-rakannya dan saya pula dng rakan-rakan saya, bukan apa selalu saya suka makan dihotel sebab ada makan barat , tahun ini saya makan di Concrard PJ satu kepala 55hinggit suami saya makan kat Estern Hotel di PJ….bosss tahun nie tak belanja ke???? Huhuhuuuuuuuu …last year saya makan di Hotel Kuda Emas (Golden Palace Hotel)…satu kepala 90hinggit tapi tak pe boss belanja …so ok lah …makanan memang puasa hati best gilerrrrrrrrrrrrrr…

::membeli belah::

Sebenarnya dah lama saya tak shopping raya kerana saya tak suka berpusu-pusu nak memilih tak selesa ..itu bagi sayalah. Mungkin sebab kereta saya hilang sooo rennn nak mengembirakan hati saya maka dibawanya saya keliling kota. Mula-mula kami pergi ke Taman Tun pergi cari baju kurung ….huhuuuu cantik bajunyer ren yg pilih, ren jua yg bayarkan dan semua kata saya nampak ayu dengan kurung berbunga purple itu …

Kemudian kami ke Jalan TAR…pergi cari tempat kuih …dah 6 tahun kawin tempat kuih pun tak beli lagi …saya beli bekas kuih semuanya harga 30hinggit murah kan ..sebabnya saya bawa MAMA (emak renn), dia mintak kurang dlm bahasa Hokiekan …terus harganya jatuh menjumammmmm.

Cerita bekas kuih, saya memang tak buek kuih …memang dari dulu saya tak pandai buat kuih …semua kuih tunjuk tapi saya tak suka beli kuih kilang…walaupun murah tapi rasanya semua mungkin bentuk saja yang berbeza …tahun nie saya beli kuih bahulu coklet chip, kuih kapit, tat nenas dan biskut cornfleks. Ha cukup lah …selalunya jika rakan & saudara datang kerumah saya masakkan yang berat-berat soooo kuih tu sampingan je ..bolehlah kan …

::kemas rumah::

ohhhh saya tak de maid ..so semua kena buat sendiri sebelum balik ke kampung …kena basuh langsir kena buang semua abuk, sawang, basuk cadar dan selimut , hantaq toto ke dobi…mop dan gitu gini …tapi tahun nie suami saya memang busy gilerrrrr ..kena mengcat dapur, girll pintu dan semua pintu didalam rumah …padan muka dia …huhuuuu

Friday, October 22, 2004

BLOGGER

Saya selalu bertanya pada diri mengapa saya ingin menulis di blog..adakah kerana ingin dikenali atau ingin punya ramai peminat, popular atau hanya untuk kepuasan diri???

Yang pasti saya ingin pendapat saya didengari kerana diluar hati saya tidak dilayani..saya manusia yg sangat kerdil…kalau anda kenal saya mungkin anda tidak mahu mendengar apa yang saya ingin luahkan ..itu memang fitrah manusia …kebanyakan manusia suka melihat secara fizikal dahulu …sebagai contoh jika saya doctor atau pun peguam….akan ramai yang akan mengiakan apa yang saya cakapkan sebab telah terpatri diminda bahawa manusia yang boleh didengar-pakai adalah manusia yang pandai dalam bidang akedemiknya atau pun manusia yang berharta, selalunya mereka inilah yang akan disanjung dan dipuji dan segala idea akan diterima pakai tanpa ada penapisan….

Mungkin jika anda mengenali saya secara peribadi, suara saya tidak akan didengari kerana anda merasakan bahawa saya seorang yang cuma berpendidikan rendah atau hanya pekerja am tidak bisa berfikir secara ilmiah tidak ada keilmuan membincangkan tentang adat, pembangunan ummah, mencela menteri dan berbagai, itu memang lumrah kehidupan minda manusia tidak tidak boleh kita ubah.

Dirumah inilah tempatnya saya dapat meluahkan segala apa yang ada di minda untuk dikongsi bersama…yang tidak bisa saya ucapkan didalam alam nyata kerana faktor keadaan…saya disini jua bukan untuk mencari peminat tetapi mencari sahabat yg sudi mendengar apa yg ingin saya luahkan, itu sahaja.

::MOGOK??::

entah mengapa sejak akhir-akhir amat sukar untuk mencari blog yang berkualiti terutama dari segi bahasa mahupun idea yang boleh dikongsi, walaupun blogger baru tumbuh bak cendawan tetapi ramai pula senior yang berkualiti berhenti menulis, ada yang memberi alasan untuk berehat seketika, atau ada yang terus menutup kerana kerana takut karya mereka diciplak oleh peminat…saya akui keputusan yang anda lakukan adalah hak anda dan saya sebagai pembaca tidak hak untuk melarang tetapi ianya amat merugikan kepada ummah kerana akhirnya masyarakat itu sendiri akan kekurangan idea kerana telah kehilangan begitu ramai penulis matang…. Dibawah ini saya senaraikan beberapa blog yang amat saya kagumi, saya telah membaca tulisan mereka sebelum saya mempunyai blog lagi, bagi saya mereka mempunyai karsima, tulisan & idea mereka berbeda dari yang lain. Kini yang tinggal hanya lah beberapa kerat yang masih terus menulis dan bersedia untuk berkongsi apa yang ada diminda mereka (saya ucapkan tahniah) mungkin tuan punya rumah punya alasan yang tersendiri mengapa mereka tidak mahu kita melihat rumah mereka. Walaupun apa alasan anda saya merasakan keputusan yang anda lakukan dengan tidak menulis telah merugikan bukan sahaja anda tetapi ummah secara amnya…

::Pilihan LELA 2004::

:: blog hiburan ::-
:: blog gelak ::-
:: blog alam ::-
:: blog politik ::-
:: blog agama ::-
:: blog pengalaman diri ::-

Thursday, October 21, 2004

SIAL????

Hari nie hari kesialan seumur hidup, mungkin badi sudah melekat memang payah nak dibuang, datangnya bertimpa-timpa menguji kesabaran aku yang kerdil ini, mungkin badi suami ku memang alah kepada apa jua jenis kenderaan tidak kira berat atau ringan kalau masa bersekolah basikal hilang, beli motor cup cabuk pun hilang dicuri dan hari nie kancil ku yg telah berusia 5 tahun hilang di parking lrt…macam nak pecah kepala hotak aku dok memikirkannya ..terutama dah nak raya nie ..macam mana nak balik kekampung, nak ke pasar, gitu gini …..patah kaki ku …

Sebenarnya setakat nak keluarkan kancil sebijik tak semahal mana pun, ada RM63 dah boleh keluar sebijik…tapi banyak lagi isu lain pulak yang timbul, insurance nya naik mencanak kalau tahun nie aku cuma bayar rm300 kalau kereta baru rm900. Sepatutnya tinggal cuma 2 tahun nak dilangsaikan di bank kalau beli baru 5 tahun aku menjadi hamba kepada ceti berlesen tu …aku dah tak larat rasanya…itu pun takut beli lagi hilang lagi.

Kata putus lantak lah tak de kereta tak pe ..tak yah nak pening kepala …aku pun bukan ada kampung lagi dah, aku pun dah yatim piatu dan aku pun bukan ada anak kecil yang memerlukan kenderaan..kalau laki aku nak sangat balik ke kampung biar lah dia balik dng kak dia ke abang dia ke …pandai lah dia cari jalannya sendiri..aku nak gi pasar boleh tumpang renee atau susah sangat naik je lrt tu ….begitu jugak nak gi kerja, jalan kaki ½ jam atau pun aku tahan je teksi…yg penting aku dah tak nak pening kan kepala ku ini lagi …nak buat macam mana org tak hargai jasa kita …benda dah ada tapi tak dijaga …

Tapi bila marah ku reda, bila difikirkan balik mungkin ini cara Allah nak suruh aku merendah diri ….mungkin aku terlalu angkuh bila berjalan dimuka bumi ini…baru dapat merasa naik kancil aku dah gila, sebab itulah dia ambil semula, dia suruh aku tunduk kembali …rasakan kembali susah nya berjalan kaki setiap hari untuk mencari rezeki…atau mungkin mungkin mungkin semua nya mungkin diambil sedikit untuk melihat bagai mana aku bertindak, reda atau tidak, kalau dia tengok aku cool je mana tahu diberikan pulak kereta yang menjalar ….mana tahu rezeki Tuhan ….entahlah dan lantaklah ..Cuma aku bersyukur …terima kasih kepada yang mencuri …lepas satu beban ku …hutang bank langsai ..insurance tak yah bayar ada duit extra untuk raya tahun nie..balance 10 ribu yang insurance bagi tu dapatlah ku masukan ke dalam ASB hek????.



ADAT BERKATA

Tumbuh dihulu dihulukan
Tumbuh dihilir dihilirkan
Tumbuh di tongah dihimpuni

Maka rangkapa kata ini menunjukkan tanggungjawab kepada semua , sebagai contoh jika ada jemputan hendaklah menghadirkan diri dan jika tidak ada kelapangan perlulah dipesan ataupun saudara lain diganti. Dari kata adat ini kita telah dapat melihat nilai tanggungjawap yang ingin diterapkan oleh masyarakat minang agar perpaduan dan kesejahteraan akan dapat diperpanjangankan dikalangan sesama sendiri sepertimana jua nilai yang ingin diterapkan oleh Islam yg dibawa oleh Muhamammad itu sendiri.

Monday, October 18, 2004

ISLAM ATAU ADAT???

"Melentur buluh biarlah dari rebung" itu kata org tua tua dan kata org Minang pula “biar mati anak jangan mati adat” saya tahu ramai tak setuju, Kata orang sekarang biar tak beradat asalkan kita ikut Islam …mana lebih penting adat atau islam ???

Bagi saya adat lebih penting kemudian barulah islam, mungkin ramai kata saya dah gila ..melebihkan adat dari islam ??? Bagi aku kalau tak beradat kita tak kan islam ??? ohhhhh mungkin kau kata saya sudah murtat???

Saya tanya kamu ???? Bila dosa kita dikira???? Adakah dosa kita dikira sebaik sahaja kita keluar dari rahim ibu ??? atau dosa kita dikira selepas kita bermimpi (lelaki) atau darah merah bulan mengambang (perempuan)….aku nak tanya lagi bila diwajibkan kita bersembahyang???? Keluar dari perut, atau semasa kita berumur 4 tahun atau selepas akhil baligh??? Dan aku nak tanya lagi perlukah org gila bersembahyang, berpuasa, berzakat ????

Disinilah letaknya fungsi adat …adat keislaman perlu diterapkan semasa bayi dan kanak-kanak dan selepas mereka akhil baligh mereka akan mempunyai nilai-nilai melayu islam sejati ….

Jika seseorang itu menjadi gila pula, Islam dengan sendirinya tidak akan mendacing berat amalan meraka di dunia ini …jadi dimana pula letaknya org gila dlm masyarakat? ..disinilah pentingnya adat…kita akan mengikut kata adat bagaimana sepatutnya kita masyarakat yg berwaras melayan org gila ataupun warga emas yg telah nyanyuk …

Dan Saya bersetuju dng kata adat “BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT” Org kata kalau dah anak mati siapa nak junjung adat???? lebih baik mati dari hidup menjadi kafir, meyusahkan mak-bapak didalam kubur nanti kerana buat apa ada anak yg tidak beradat dan tidak berislam???? Biarlah mati dari nanti kita sebagai ibu akan ditanya di liang lahad mengapa kita tidak menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.

::----------::

Semalam selepas aku pulang dari membeli kuih terjumpa dua anak kecil sedang makan & minum didalam lif. Mereka mungkin baru berumur 4 atau 5 tahun.

Saya sedar kanak-kanak ini tidak diwajibkan berpuasa tetapi bagi saya kalau emak-bapak perlu menegur anak-anak mereka jangan makan diluar dibulan ramaddan ini (oooohhhh inilah maksud adat yg saya katakan), kalau dari kecil kita sudah tanamkan bila datang bulan bulan ramadan, tidak baik makan dihadapan orang nanti kerana ditakut nanti pabila dah jadi bulu sifat malu dan terbiasa sudah tertanam pada diri mereka, mungkin kerana emak-bapak mereka terlupa utk menegur, sayalah terpaksa menegur secara sopan dan baik ..saya katakan kepada mereka ””ehhhhh tak malu, inikan bulan puasa …org lelaki tak patut makan depan org sebab nanti hilang macho” (tahu plk makna macho tu…:) )dan lebih menarik selepas saya berkata begitu terus saja dibuangnya air ke tong sampah dan saya katakan lagi dng cara yg baik “lain kali kalau nak makan, makan je di rumah malu org nampak ye”


::---------------::

Pagi tadi semasa hendak ke tempat kerja, saya lalu disatu kawasan dan terkejut beruk pabila ternampak begitu ramai org melayu yg sudah hilang segan dan silu dalam diri mereka dengan muka selamba tanpa rasa bersalah mereka beratur panjang membeli nasi lemak bungkus. Yang bestnya penjual pakcik melayu menjual dan pembelinya pula lelaki melayu, lebih mengharukan lagi ada pulak seorang minah yg memakai tudung litup beratur sama (macam nak bagi tahu yg dia tengah bulan mengambang) …entahlah dimana sudah hilangnya “kemaluan” org melayu ye ??? "Malu adalah sebahagian dari iman" itu kata Nabi kita bukan???

Sunday, October 17, 2004

ZAMAN MELATAH

-- SAMY OHHHHH SAMY --

Samy melatah lagi!!!!!!!

Samy kata dia masuk office dari pukul 5 pagi ke 1 petang????? Lela kata kenapa masuk 5 pagi nak macam mana nak kerja org tak de lagi , bila org masuk kerja dia pulang dah…..

Sebenarnya lela maleh nak memperkatakan tentang samy nie ..nama samy sekarang macam saham tengah naik dan turun tetapi kalau kita sama melompat maknanya kita juga ikut melatah. Orang yg melatah selalunya dah nyanyuk dan org nynayuk nie macam budak dah otak nyer…oleh itu kita jangan layan sangat kalau dilayan maknanya kita pun akan nyanyuk sama ….

Saya tak setuju samy letak jawatan …kalau samy letak jawatan maknanya senanglah samy …macam senanag nyer Ling Leong Sik yg tak payah menjawab kepada rakyat tetentan isu yg timbul …..saya setuju pada pak lah yg tidak membenarkan samy, rafidah mahupun najib utk diletakkan didlam kabinet …biar mereka sendiri yg membersihkan tong taik mereka …berani buat berani tanggung …lepas samy siapalah agaknya dicuit pak lah ye????

1 - Hanya PM yang berhak tentukan kedudukan saya- Samy
2- Samy perlu bertanggungjawap- Fomca


-- KAK PAH --

Kak Pah pun melatah?????

Kak Pah sekarang dah mengalahkan ahli politik , saya tak nak mengulas takut nanti disaman pulak ..Cuma terkadang heran bin ajaib bila mengenangkan artis dimalaysia ini, mereka kadang-kala mengalahkan anak raja …langsung tak leh dicuit ….mengalahkan ahli politik tak boleh ditegur…..

Apa-apa pun kepada Kak Pah dan kuncu-kuncunya ingatlah kita manusia akhirnya ketanah jua….

1- kak pah kena pukul

Friday, October 15, 2004

RAMADAN AL-MUBARRAK

Pabila 1 Ramadaan berkunjung tiba yang pasti saya akan merindui nasi brani arwah ayah, setiap tahun tanpa jemu beliau akan memasak nasi berani utk hidangan kami sekeluarga dan secara jujur sehingga kini aku belum berjumpa mana-mana kedai yg boleh memasak nasi berani sesedap ayah tetapi situasinya berbeza pabila aku memasuki alam perkahwinan, ditahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri, makanan yg paling enak dapat ku jamah cumalah bubur lambuk masjid kampung baru, selama sebulan aku beratur dimasjid utk mendapat kan bubur yang menjadi hidang diwaktu berbuka dek kerana kegawatan ekonomi ketika itu.

Dan walaupun kini ekonomiku telah pulih, aku akan selalu cuba mengingatkan diri agar tidak menjamu selera secara keterlaluan kerana bulan ini bukan lah bulan utk berpesta makanan ianya lebih kepada bulan menginsafi kesusahan & kepayahan fakir miskin yg tidak begitu bernasib baik seperti kita, mungkin kita mampu utk menikmati lauk pauk yg lazat lagi enak di hotel bertaraf 5 bintang tetapi tahu kah kita berapa ramai pula anak-anak yatim yg mungkin hanya menjamah ikan kering dan sambal belacan utk berbuka dikala ini atau rakyat berugama islam diseluruh dunia yg hanya dapat menjamah roti kering dan air kosong ditengah-tengah peperangan kini?.

Adalah lebih baik kita menderma kepada mereka yg memerlukan daripada kita membazirkan wang utk pergi kekedai setiap petang hanya utk memenuhi nafsu dan tempolok kita …ibadat berpuasa itu sendiri sebenarnya telah menyarankan agar kita meningatkan kepada kesusahan dan kepayahan dan mengekang hawa nafsu didlam diri setiap umat islam. Janganlah dek kuatnya nafsu makan kita di bulan Ramaddan, kita akan ditertawakan oleh org kafir kerna cop sebagai bangsa bernafsu kuat atau nanti kita akan menajdi seperti setengah bangsa arab yg bersahur di hotel dengan disajikan dng makan lazat, wanita dan tarian gelek …adakah itu islamnya yg kita pegang???….

Thursday, October 14, 2004

kampung ku

Saya selalu bercerita tentang kampung suami di Jelebu bukan??? Mungkin para pembaca sering tertanya indahkah sangat kampung saya??? Disini saya ada beberapa gambar untuk dikongsi bersama...



Boleh dikatakan setiap rumah disini memiliki pohon nyior, masyarakat minang amat gemarkan santan kelapa terutama jika anak menantu pulang kekampung.


Jelebu terkenal kerana cuacanya yang amat kering (terkering ditanah melayu) dan untuk melihat kepulan awan ditengahhari jarang sekali tetapi entah mengapa (mungkin cuaca dunia telah berubah) sebulan dua ini Jelebu sering dituruni hujan. Terasa bagai di Janda Baik pula


KASIH IBU SAMPAI KEMATI...melihat ibu ayam dan anaknya mengingatkan saya kepaaa arwah ibu, mencari rezeki dari pagi hingga kepetang demi anaknya.


Inilah Anggrek Desa, mungkin saya belum begitu cekap untuk mengambil gambarnya dari jarak dekat , orkid desa ini berwarna putih nun jauh diatas dahan belimbing, bila dipetik barulah tahu ianya berbau harum dan begitulah yang saya dapat katakan mengenai Jelebu, ianya jauh di puncak banjaran titiwangsa, putih bersih, kurang dikenali tetapi jika datang sekali kesini pasti mahu singgah lagi...dan akhirnya suamiku dipaksa memanjat dahan belimbing berusia seratus tahun (ditanam oleh moyangnya) kerana sang isterinya ingin kan bunga desa utk dibuat mandi..


Sehijau daun mu, begitu lah Jelebu yang dapat saya gambarkan, dimana-mana masih hijau dan segar dibasahi embun pagi setiap hari.


Ubat nyamuk kampung....begini lah setiap petang, kami akan mengasap setiap penjuru rumah dek takut kepada bala tentera datang menyerang dimalam hari....


Tuesday, October 12, 2004

inilah intan payung

dari semasa kesemasa saya akan mengup-date keleteh anak saya ini..harapan agar anda juga akan terhibur..


hello semua!!! nama saya BABY, saya dah bujang trang tang tang berumur 2 tahun berbulu putih dari teling hinggalah keekor, tapi kalau seminggu tak mandi kelabu asaplah jawapnyer..mata saya satu warna biru satu lagi warna hijau ...saya berasal dari Australia.


BABY tengah kontrol hensom..nak tackel g/friend...walaupun BABY dah 2thn tapi BABY tak pernah ada g/friend ...kesihan ye ;((


BABY golek golek frust menonggeng sebab g/f dia tak layan dia...kesihan tak pelah BABY nanti mama cari kan g/f yg lagi cun...


larrrr sudah lah tu BABY, jangan lah golek golek lagi


sampai ke kl pun baby frust teringatkan g/fnyer

Saturday, October 09, 2004

DARAH INI MASIH DISINI


Diam bukan bermakna aku setuju
Senyum bukan bermakna aku suka
Kalah bukan bermakna aku tewas
Aku mencacak dilangit, menjunam ke bumi



Inilah perasaan ku ketika ini, marah geram hiba bercampur baur dan ia begitu menyesakkan, bagai mahu pecah dada dek tak tertahan lagi …terima kasih kepada mas & ren yang sentiasa mendengar tanpa jemu, kadangkala jika marah sudah menguasai diri, diam dan bersabar amat payah sekali dan ketika ini aku amat mengkagumi Hang Tuah kerana boleh bersabar dengan kerenah Sang Raja.

Ketika tangan dan kaki ku diikat, mulutku disumbat secara paksa untuk menelan segala keji dan nista tanpa diberi aku peluang utk membuka silat digelanggang. Beginilah agaknya rasa deritanya Tun Fatimah dicaci dan seluruh keluarganya dibunuh dan kemudaian diherat untuk dijadikan santapan sang raja tetapi ingatlah bahawa beliaulah orang pertama dibarisan hadapan ketika melawan Portugis, bukan untuk Sang Raja tetapi untuk ibu pertiwinya. Aku tidak mahu memberontak seperti Hang Jebat yang mabukkan darah raja kerana itu bukan jalannya, aku perlu menelan hempedu pahit kerana itulah ubat penyelesaian, mungkin aku kalah dikala ini tapi percayalah kepada kamu yang melakukan ini, aku berjanji dengan nama Sang Pencipta, aku puteri Minang tidak mudah kalah, aku puteri bangsa berdarah pahlawan dari segenap ceruk buana telah bercampur satu dalam tubuh kerdil nie dan berpantang mati sebelum ajal. Jikaku rebah ketika ini, aku pasti menang 100 tahun lagi. Percayalah kerana itu telah terpatri di Lahfuz Mahfuz untuk ku.

Friday, October 08, 2004

KEJAYAAN ???


Kau miliki rumah beratus ribu
Atas nama ceti
Kau miliki kereta menjalar
Atas nama ceti
Kau miliki ilmu dimenara gading
Atas nama ceti
Kau miliki wang plastik
Atas nama ceti
Kau miliki gaji puluhan ribu
Atas nama hamba….

Kaya, berjaya & berilmu sudahkah kau?????


Dimanakah duduknya sebuah kejayaan ?? adakah kekayaan yg kita miliki akan mengukur kejayaan seseorang itu??
Kalau lah kekayaan menjadi batu pengukurnya aku ingin bertanya lagi bagaimana pula untuk mengukur sebuah kekayaan, dimanakah bench marknya????

Adakah dengan hanya berkereta besar, berumah besar tetapi setiap malam menunya ikan masin kita sudah boleh menabik dada yang kita sudah kaya??? dan kita sudah menempah kejayaan???

Atau kejayaan itu berlandaskan darimana kita memperolehi ilmu??? Adakah jika aku hanya SPM berpangkat 3 aku tidak berilmu dan kau yang belajar dimenara gading sudah boleh digelar ilmuan dan sudah boleh berjaya dalam sebuah kehidupan ini???? (Nabi juga buta huruf tetapi kesayangan Allah dan diturunkan segala ilmu kepadanya)

Aku sudah dan ada jawapanya tetapi aku sedih kerana masih banyak diantara kita masih lagi mengukur kejayaan dan keilmuan anak mereka, sedara mereka, kawan-kawan mereka dikulit….jangan lah kita masih melihat kulit kerana ianya hanya untuk manusia yang berminda kelas ke-tiga.

Apa gunanya jika kamu bergaji puluhan ribu tetapi diakhir bulan selepas ditolak hutang rumah, kereta dan kad plastik kamu hanya dapat menjamah sambal belacan, mungkin lebih mulia lagi sang petani hidupnya sederhana tidak mempunyai hutang keliling pinggang tetapi masih dapat menjamah ayam kampung setiap malam dan kantung ASB nya tidak tertabung lagi….

Thursday, October 07, 2004

PUTERI GUNUNG LEDANG

Sudah lama untuk pergi menonton PLG tapi ianya selalu tidak kesampaian, antaranya sebab nya ticket yang sering kehabisan dan tayangannya full house dan menjadi kebiasaan pada saya untuk melakukan sesuatu perkara songsang...YA!! saya pergi menonton LOTR setelah hampir 6 bulan ia ditanyangkan hanya kerana tidak mahu bersesak dengan manusia yang meyemut. Mungkin ada diantara anda akan mengatakan saya mendapat benda yang lemau tetapi ianya lebih selesa dari segi lain, tidak perlu berebut tiket atau beraurakan bau peluh tengit bersama kelompak yang entah dari mana.

Saya tidak mahu mengulas kerana saya bukan pengulas film, tarikan utama untuk melihat PLG adalah kerana ia berkisar kepada sejarah melayu dan seperti yang diketahui saya amat meyukai apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti mana saya sukakan Puntianak Harum Sundal Malam.

Ada beberapa perkara yang dapat saya pelajari dari PGL

a) Bangsa Jawa adalah bangsa terakhir yang menganut agama Islam diNusantara dan didalam PLG barulah saya tahu kenapa bangsa Jawa telah menjadi duri dlm daging kepada Bangsa Melayu dan Nusantara amnya…

b) Kita tidak boleh menurut hati kerana bila mengikut hati badan binasa, banyak babak didalam PLG dapat kita pelajari dan halusi bahawa Gusti Putri Retno Dumillah terlalu mengikut hatinya untuk mencari cintanya akan tetapi kerana tidak sabar cintanya telah mengeruhkan keadaan yang sedia ada bergolak.

c) Digambarkan juga setiap watak mempunyai ego yang sangat kuat (baru saya tahu kenapa bangsa nusantara dapat dipecah-pecahkan oleh barat), Dumillah (macam nama arab ye??) dengan egonya bahawa dia inginkan cintanya tanpa memikirkan tugasnya yang dipikul dibahunya sebagai seorang puteri diraja, Gusti Adipati Handaya Ningrat- abangnya Dumillah pula mempunyai ego untuk mempertahanankan agama hindunya yang ketika itu sudah diambang senja, Putera Demak pula ego dengan keislamanya (???? - setahu saya didalam sejarah mengatakan bahawa rakyat jawa yang meminta pertolongan Demak/islam kerana tidak tahan dengan kerenah raja-raja jawa yang kuku besi), Sultan Melaka juga ego dengan kejantananya yang tidak puas untuk menjamah tubuh setiap puteri diseluruh Nusantara dan yang menjadi mangsa tentulah Tun Teja dan Hang Tuah.

d) Didalam PLG saya mempelajari sesuatu yang sungguh berharga iaitu kita perlu menggunakan akal untuk mencapai sesuatu. Dumillah mempunyai kepandaian yang tidak ada tandinganya dizaman itu tetapi kerana terlalu mengikut hati, maka sejarah melakarkan beliau sebagai sebagai “hamba cinta” tetapi berlainan pula dengan Tun Teja menggunakan kebijaksanaannya dalam diam dan akhirnya dia berjaya menjadikan anaknya sebagai waris takhta kerajaan Melayu Melaka (kalau kita baca sejarah kita akan tahu yang Tun Teja hanya berdarah bendahara Pahang), Tun Teja tidak menurut cintanya kepada Tuah dan digambarkan juga yang Hang Tuah amat menyayangi anak Tun Teja seperti menatang minyak yang penuh.


e) Bagi saya secara peribadi cinta yang agung bukanlah berakhir dengan penyatuan dua jasad dialam maya ini seperti yang diinginkan oleh Dumillah kepada Tuah tetapi cinta agung bagi saya adalah seagung cinta Teja kepada Tuah dan cinta Tuah kepada Raja Ahmad (anak Tun Teja). Walaupun Teja dan Tuah tidak bersatu jasad kerana berkorban demi bangsa dan tanahair. Secara simboliknya Raja Ahmad lah yang menjadi lambang cinta sejati antara Tuah dan Teja kerana Raja Ahmad menjadi raja pertama yang berdarahkan bendahara (org kebanyakan) dan kuat dengan nilai keislaman. Sebenarnya Tuah telah menggunakan akal bistari untuk menukar institusi diraja ketika itu agar darah kebanyakan dapat dilantik tanpa ada perang saudara (itu jua kehendak islam bukan??) Atas nama cinta utk anak bangsa melayu Tuah & Teja sanggup tidak bersatu agar dapat menukar tradisi lama dan lapuk kepada nilai keislaman diistana dan yang lebih manis ia ditukar dengan mengunakan akal yang waras bukan dengan pedang & keris seperti Jebat & Dumillah.

Sebenarnya banyak perkara yg ingin saya lakarkan tetapi mungkin kata adat minang / melayu ini telah menceritakan segalanya …………..


KATA ADAT

Air orang dah disauk
Ganteng orang dah dipatah
Adat bona orang diduduki
Janang mombawak cupak gantang kito
Ko nogori orang lain

Kata ini membawa maksud jangan kita membawa adat & resam kita di tempat orang, bak kata org tua dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, begitu juga jika orang merantau ke tanah jawi / melayu, jika datang ke negeri kita maka kenalah mengikut adat resam kita, itulah yang telah disampaikan secara simbolik oleh Sultan Melaka kepada Puteri Jawo ini.


::Kejelekan PLG::

#Buruknya tangan PLG
#Buah mangga PLG hampir terkeluar di atas puncak gunung
#Teruk dan buruknya kaki Hang Tuah
#Kuningnyer gigi Sultan Melaka
#Ketiak & dada Gusti Adipati berbulu tengit

-------------------


Seperti biasa selepas menonton mestilah balik kerumah dan ketika membayar duit parking, aku & ren terkejut beruk, harga parking mencecah ke RM9.00, harga tiket wayang pun baru RM7.50, takkan harga minyak naik 5sen hari parking pun naik kot, duit ohhhhh duit seperti air mengalir

Ren merdeka rupanya, seminggu suaminya diMiri mengira berapa tong minyak untuk dibuat bonus nanti, maka kami menjadi anak dara seketika, kedai ditepi jalan menjadi pot bersembang kosong sambil menjamah kue tiew kerang dibawah sinaran bulan udara kering di tepi kaki bukit setiawangsa, kami bercerita tentang hari esok yang tidak ada kesudahannya, bercerita tentang cita-cita dan pengorbanan, tentang duri yang terbenam didalam jasad ini sejak azali lagi dan akhirnya kata putus dimenteri ..tekad kami cuma satu --à ”live gracefully for better life”.


Wednesday, October 06, 2004

entahlah

ADAT BERKATA:

Sosek dihujung jalan,
Balik ko pangkal jalan
Sosek dihujung kato
Balik ko pangkal kato


Maka rangkapan kata Adat ini memberi satu petua kepada org melayu utk mendapatkan satu-satu penyelesaiannya yang sepanjang Adat tidak dapat diselesaikan dengan sepenuhnya. Maka hendakklah kita balik kepada kepada kehendak syarak Islam.

::-------::

semalam aku demam sokmo, batuk dan gatal hidung tak tertahan dek badan, itulah proses yg terpaksa aku hadapi setiapkali aku mengambil vit C dan E dan oleh kerana itu aku berniat utk pulang awal tetapi keluar saja dari pejabat ke tempat menunggu teksi tengok tengok jalanraya sesak seakan-akan tersebut disatu sudut yg tidak diketahui. Seingat aku selama disini tak pernah aku alami keadaan yg begitu sesak kecuali ada kemalangan dihujung jalan (maka pagi betul jangakaan ku rupanya bas meletup di MRR2), maka dengan itu aku pun menapaklah ke GIANT mengharapkan adalah teksi yang akan mengambil penumpang kerana selalu nya disitulah pot semut bersama gula-gulanya, tetapi entah mengapa mungkin sial dibadan belum dilimau, pakcik-pakcik teksi semuanya jual mahal, siap menawar harga yg tidak terfikir dek akal, sudah lah tidak mahu menggunakan meter kemudian menawarkan harga sehingga RM15 sedangkan dihari biasa kerumah hanya tidak pun mencecah RM5 , tidak ada cara lain aku kuat kan tekad dan semangat menapak mengharungi onak & duri, menuruni lurah dan denai dan mungkin kerana berjalan selama 1 jam terus demam ku kebah dek kerana peluh jantan habis keluar dan mungkin hari ini akan ku kuatkan semangat utk berjalan sejam lagi, jimat RM5 sehari dan sebulan ada extra RM150, badan pun cergas….

::-------::

Manusia kalau kulit nya setebal kulit biawak memang susah utk dilicinkan kembali, letak lah apa bahan pun, nasihatlah dengan kata yg lembut mahupun kasar, perlilah secara gurauan atau halau ia seperti anjing kurap tetapi orang iniyg akan tetap dengan pendirian bodohnya, lebih bodoh dari pak kaduk. Tak tahulah macam mana nak buat agar kulit mereka yang tebal itu boleh menjadi licin selicin kulit telur…mungkin hanya kuasa sakti saja yg dapat menukar kulitnya kembali.

Friday, October 01, 2004

ANAK KITA

Maksud
Sejenis binantang kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sebagai binantang kesayang, biasanya utk menangkap tikus.

Di dlm adat Pepatih

kucing mempunyai perlambangan yang bermaksud suku waris dan perempuan yg belum berkahwin serta ipar lamai.

Perbilangan lama
Jalan bernama semua beriring,
Lenggang bernama helang mengepak
Duduk bernama bunga sekuntum
Bertinggi helang berbegar
Berjunjung tiung akan terbang
Berkungkum gagak akan hinggap
Berbelok KUCING bermain daun
Berendah kuau menyesar


Petikan dari GLOSORI ADAT NEGERI SEMBILAN

Dulu aku memang tak suka kucing mungkin sebab aku ada lelah, nenda kata bulu kucing boleh bawa penyakit, mak kata rumah kotor kalau ada kucing tapi ayah suka kucing, ayah akan beri sisa-sia ayam kepada kucing-kurap di belakang rumah, ayah kata kucing bawa rezeki.

Di sekolah cigku kata kucing adalah binatang kesayangan nabi, bila aku baca sejarah, sejarah catat yang Firaun sangat sayang pada kucing sampai diukir patung kucing emas untuk disembah oleh rakyat nya …mak mertua aku pulak cakap dia suka bela kucing sebab kucing penjaga rumah … ular selalu tewas dng kucing kampung.

Dan aku pula sudah dua tahun aku bela kucing, aku namakan dia “BABY” mungkin sebab aku tidak punya anak maka kasih kami tertumpah kepadanya, kami ajar baby macam manusia, kami memberi arahan kepada baby dalam bahasa melayu bukan bahasa kucing, kami tak panggil baby meowwwwwww, kami tak ajar baby makan benda yg berdarah … baby tak pandai mencekus lauk didapur …dia tahu kalau nak makan mesti makan dipinggannya sendiri, aku mandi kan baby setiap minggu sebab baby tido dng aku. Ada kawan kawan aku cakap baby baka australia yg tercampak dimalayisa entahlah sebab aku punggut baby dia tengah nyawa-nyawa ikan.

Baby bukan kucing biasa …bagi aku baby kucing pelik …sepelik tuannya …baby berbulu putih ..seputih susu…seluruh badan nya berwarna putih, anak mata baby 2 warnanya sebelah biru dan sebelah lagi hijau…kalau aku bawak baby jalan-jalan dlm kereta baby tahu dimana tempat yg patut dia duduk….baby kami anggap dah macam anak bukan kucing …baby akan cemburu kalau suami aku manjakan aku lebih dari dia …huhuhu aku bermadu dng sang kucing …baby tahu aku tak suka busuk ...kalau dia berak dia akan berak di tandas dan kencing betul-betul dilubang air ….kecuali kalau aku & suami balik lambat dari office baby akan kencing di depan pintu itu tandanya dia marah kerana ditinggalkan dalam gelap….sebenarnya tak terkata perangai si baby nie tapi kadang-kadang terasa jugak macam manalah agaknya kalau kami mati dahulu ……..